07 Oktober 2021

Gaji Ronaldo atasi seluruh skuad 3 kelab EPL

 Cristiano Ronaldo menyertai sesi latihan skuad kebangsaan Portugal di pusat latihan Cidade do Futebol, Oeiras berhampiran Lisbon semalam menjelang aksi persahabatan menentang Qatar, pada Sabtu ini. - Foto AFP.

Cristiano Ronaldo menyertai sesi latihan skuad kebangsaan Portugal di pusat latihan Cidade do Futebol, Oeiras berhampiran Lisbon semalam menjelang aksi persahabatan menentang Qatar, pada Sabtu ini. - Foto AFP.

LONDON: Cristiano Ronaldo menerima bayaran tinggi daripada Manchester United, mengatasi seluruh skuad dari tiga kelab di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Ketiga-tiga kelab iaitu Norwich, Leeds dan Brentford membelanjakan kurang dari £25 juta (RM142 juta) setahun untuk gaji pemain, menyamai jumlah bayaran yang diterima bintang Portugal berusia 36 tahun itu.

Ronaldo memperoleh sebanyak £480,000 (RM2.7 juta) seminggu yang mana nilai itu mencecah kira-kira £24.96 juta (RM141.9 juta) setahun.

Sebagai perbandingan, Norwich membelanjakan £24.24 juta (RM137 juta) setiap 12 bulan untuk membayar gaji pemain yang merangkumi 31 pemain bagi keseluruhan skuad.

Spotrac turut mendakwa Leeds mempunyai bil gaji tahunan sebanyak £18 juta (RM102 juta) untuk skuad 25 pemain mereka.

Skuad kendalian Thomas Frank, iaitu Brentford memiliki anggaran gaji terkecil di EPL dengan membayar 28 pemain senior mereka hanya £13 juta (RM74 juta) setiap tahun.

Tidak mengejutkan, United membelanjakan kos paling tinggi untuk bayaran gaji iaitu berjumlah £227 juta (RM1.2 bilion) bagi 12 bulan untuk membiayai skuad mereka.

Antara pemain yang menerima pendapatan besar adalah penjaga gawang, David de Gea yang membawa pulang £375,000 (RM2.7 juta) seminggu dan pemain sayap, Jadon Sancho sebanyak £350,000 (RM1.9 juta) seminggu.

- AGENSI

Tiada ulasan: