30 Oktober 2009

Orang Muda Geng Kita jadikan Futsal medan bersama PAS

Email : safarizal saleh

25 Oktober 2009 (IPOH) - Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur menjadi Dewan Pemuda PAS yang pertama meneruskan agenda 'Orang Muda Geng Kita' setelah dilancarkan oleh Ustaz Haji Abu Bakar Hussien, Pesuruhjaya PAS Negeri Perak baru-baru ini.

Dengan menjadikan pertandingan Liga Futsal 'PAS For All' menjadi pentas untuk golongan peminat-peminat sukan ini tanpa idelogi politik, Pemuda PAS Ipoh Timur telah menarik hampir 24 pasukan bagi pertandingan kali ini.

Liga Futsal ini telah dirasmikan oleh Ustaz Haji Norazli Musa, Pengurus Pasukan Bolasepak Negeri Perak. Manakala penutupnya telah disempurnakan oleh Ustaz Zawawi Hassan, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Pertandingan Futsal ini akan menjadi pentas juga buat Pemuda PAS Perak kerana setiap juara Parlimen yang dianjurkan oleh PAS Kawasan akan ditemukan di dalam pertandingan antara juara-juara kelak.


Pertandingan peringkat Pemuda PAS Perak akan diadakan pada pertengahan bulan Disember ini. Bagi pertandingan akhir tersebut akan dinamakan Piala Pesuruhjaya PAS Perak.

'Kejayaan menganjurkan pertandingan futsal ini dilihat sebagai satu petunjuk aras yang cukup jelas untuk menyatakan sokongan padu dari anak muda kepada PAS apabila seawal 8 pagi lagi tapak futsal telah dibanjiri oleh ratusan anak muda dan remaja.' jelas Salman Saleh, Ketua Pemuda PAS Ipoh Timur yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Perak.



Krisis satu proses matangkan parti

PENDAPAT

Mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat PAS malam tadi sekali lagi menegaskan usaha ke arah penubuhan kerajaan perpaduan tidak akan berbangkit lagi, selepas kebimbangan terhadap usaha itu ditimbulkan lagi oleh Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam blognya.

Isu yang timbul tidak lama selepas pilihan raya tahun 2008 itu membawa PAS kepada satu cabaran getir yang menyaksikan debat dalam kalangan pemimpin-pemimpin PAS secara terbuka.

Hari ini, selepas lebih setahun pilihan raya yang menyaksikan kemenangan besar PAS dan parti-parti Pakatan Rakyat, pengalaman demokrasi yang dilalui sepatutnya telah mematangkan setiap parti terbabit.

Debat berhubung proses politik negara kita adalah satu keperluan untuk parti-parti Pakatan Rakyat menilai dan memahami realiti dan keperluan negara ini, dengan setiap parti memahami sumbangan satu sama lain.

Dalam kes PAS, apa yang telah dilalui sejak Mac 2008 lalu sepatutnya membawa iktibar kepada parti, terutama berkaitan pentingnya parti mempunyai prinsip dan haluan yang jelas dalam meneruskan penyertaan dalam proses politik negara.

Selepas dua muktamar berlalu selepas pilihan raya 2008, PAS telah menetapkan pendirian untuk bersama pakatan politik PR dan mengukuhkan pakatan ini sebagai imbangan kepada pakatan Barisan Nasional yang secara tidak adil membolot peratus kerusi yang lebih besar.

Sebagai satu wadah politik dalam satu proses politik yang lebih besar, PR tidak terus wujud dan sempurna sebagai satu pakatan, seperti juga BN yang mengalami turun naik sebagai satu perkongsian politik yang melibatkan permainan kuasa dan tawar-menawar yang berterusan.

Dalam sejarah terkini, parti-parti pembangkang di negara kita bersatu dalam dua gabungan yang kemudiannya berpecah, sebelum wujud dalam bentuk terbaharu sebagai PR.

Secara mudahnya, PR ialah satu proses dan bukan satu matlamat. Kerana itu, debat untuk mengukuhkannya lagi hendaklah diteruskan, tanpa melihat kritikan yang adil sebagai tindakan khianat.

Matlamatnya masih jauh untuk dicapai, dan pasti tidak akan dapat dicapai dengan mudah dan tanpa usaha dan perancangan yang sepatutnya.

Atas sebab inilah PAS perlu mematangkan dirinya dengan politik semasa yang semakin kompleks dan memastikan mandat yang diamanahkan kepada PAS dapat menjadi satu bahagian penting dalam agenda PR.

Kerana inilah juga, PR perlu meletakkan kepentingan rakyat - yang digunakan pada namanya - sebagai sesuatu yang diutamakan dan bukan sekadar simbol dalam pemasaran politik.

Dalam satu aliansi politik, tidak ada ketetapan yang sedia ada melainkan semuanya dirunding berdasarkan proses biasa rundingan dan tawar-menawar politik, dengan setiap pihak tidak mendapat semua yang dikehendaki kerana perlu ada yang dikorbankan demi matlamat yang ingin dicapai melalui aliansi itu.

PAS sebagai parti yang sudah lama terlibat dalam proses politik negara ini perlu bertindak matang dan tidak membenarkan apa yang berlaku baru-baru ini membawa kepada pergeseran yang merugikan parti, ketika sejumlah besar rakyat meletakkan harapan pada parti ini.

Pertemuan yang bakal diadakan awal November nanti perlulah menjadi satu lagi proses debat dalaman yang sihat bagi PAS, yang mematangkan lagi parti ini sebagai salah satu pemain politik yang penting di negara kita.

Penggunaan pertemuan itu nanti untuk manuver politik kelompok hendaklah dielakkan. Tidak perlu lagi dakwaan dan label seperti pro-Umno dan menyokong kerajaan perpaduan - yang sering dikemukakan dengan konotasi negatif semata-mata - yang telah beberapa kali dinafikan dan tidak pernah terbukti.

PAS dan ahli-ahlinya - yang termasuk wakil-wakil yang dipilih rakyat - perlu bertanggungjawab dengan mandat yang telah diberikan oleh rakyat, ahli-ahli parti dan menyedari juga kedudukan PAS sebagai sebuah gerakan Islam.

HarakahDaily.Net/-



Seminar hapus persepsi salah terhadap PAS

KUALA LUMPUR, 29 Okt: PAS yakin keputusan menggantikan muktamar khas (EGM) dengan seminar pemerkasaan parti akan memberikan kebaikan kepada parti sekaligus melenyapkan segala tuduhan jahat pihak-pihak tertentu terhadap parti itu.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, matlamat seminar berkenaan adalah untuk menegaskan bahawa PAS akan memperkasakan kedudukan dan peranannya untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

"Apa yang hendak dicapai dalam seminar itu, untuk mempertegas bahawa PAS akan memperkasakan kedudukan dalam Pakatan Rakyat," katanya.

"Ini akan melenyapkan segala persepsi dan tuduhan yang dimainkan oleh pihak tertentu kononnya PAS tidak serius dan tidak begitu berminat untuk bersama Pakatan Rakyat," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di lobi Parlimen tengahari tadi.

Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian turut menyifatkan seminar berkenaan lebih efektif berbanding EGM kerana ia memberi peluang kepada orang luar berbanding EGM yang hanya terbuka kepada ahli sahaja.

Seminar itu juga kata Salahuddin membuktikan bahawa PAS sebuah parti yang terbuka dan sedia menerima segala kritikan orang luar untuk meningkatkan prestasi parti.

"Forum ni sangat sesuai supaya PAS dapat dengar dengan baik kritikan yang mungkin ikhlas dari orang luar dan boleh jadikannya pandangan kedua parti."

"Ini menunjukkan PAS parti terbuka, berlapang dada. Sebab itu kita adakan forum yang sesuai untuk orang luar datang dan memberikan pandangan," katanya.

Ditanya berhubung ketetapan mesyuarat malam tadi agar Lembaga Disiplin PAS menyiasat semua dakwaan terhadap PAS Selangor, beliau berkata perkara itu telah diserahkan kepada pengerusi Lembaga Disiplin Parti, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga naib presiden PAS.

"Mesyuarat malam tadi menyerahkan kepada Tuan Ibrahim untuk uruskan isu itu. Jadi bukan bidang kuasa saya untuk menjawabnya," ujarnya.

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa mesyuarat malam tadi diadakan bagi membuat keputusan untuk membuang beberapa pimpinan parti yang bermasalah.

"Isu kononnya PAS akan membuang beberapa kerat pemimpin parti tidak berbangkit langsung malam tadi," tegasnya.

PAS juga tegasnya menutup rapat isu kerajaan perpaduan yang dimainkan media dan memberi jaminan isu itu tidak akan berbangkit lagi.

Seminar dijadualkan berlangsung pada 7 November ini di Dewan Datuk Fadzil Nor, Markaz Tarbiyah PAS, Taman Melewar, Gombak bermula jam 9 pagi.

HarakahDaily.Net/-

16 ahli CC MCA tuntut EGM bagi pemilihan baru

Kumpulan 16 ahli Jawatankuasa Pusat (CC) MCA hari ini menyerahkan tuntutan rasmi supaya mesyuarat agung luar biasa (EGM) diadakan bagi mengadakan pemilihan baru parti itu.

Mereka yang membuat tuntutan itu termasuk Naib Presiden Tan Kok Hon, Ketua Pemuda Datuk Wee Ka Siong dan Ketua Wanita Datin Paduka Chew Mei Fun.

Tuntutan rasmi itu di diserahkan oleh tiga pemohon yang juga anggota CC - Wong Nai Chee, Datuk Wee Jeck Seng dan Datuk Liew Yuen Keong - kepada petugas pejabat setiausaha agung di ibu pejabat parti di ibunegara jam 4.50 petang tadi.

Mereka mengemukakan tuntutan mengikut Perkara 30.2 perlembagaan MCA. EGM boleh diadakan atas arahan presiden parti, permintaan oleh satu pertiga ahli CC atau permohonan satu pertiga perwakilan pusat.

Menurut perlembagaan parti itu, setiausaha agung MCA, Datuk Wong Foon Meng perlu mengeluarkan notis untuk mengadakan EGM dalam tempoh lima hari.

Kumpulan itu juga menuntut dua resolusi dibincangkan dalam EGM tersebut, iaitu:

1. Usul untuk memilih semula kesemua ahli CC MCA. Jika diluluskan, ahli CC perlu dipilih alam tempoh 30 hari.

2. Usul untuk mengisytiharkan sebagai batal dan tidak sah sebarang perubahan jawatan yang dilakukan oleh presiden MCA selepas 10 Oktober 2009.

Enam belas 16 ahli CC yang menandatangani surat tuntutan tersebut terialah Yeow Chai Thiam, Chor Chee Heung, Hou Kok Chung, Chai Kim Sen, Gan Hong Su, Lee Wei Kiat, Wong Nai Chee, Wee Ka Siong, Yu Chok Tow, Chew Mei Fun, Yoo Wei How, Wee Jeck Seng, Wong Siong Hwee, Liew Yuen Keong, Tan Kok Hong dan Hoh Khai Mun.

Malaysiakini/-

MERENUNG KEBIJAKSANAAN ALMARHUM USTAZ FADZIL NOOR

Oleh MOHAMED HANIPA MAIDIN

Sahabat baik saya, Saudara Muhaimin Sulam pada masa ini sedang menulis tesis Phd beliau mengenai mantan Presiden PAS iaitu Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor.

Muhaimin memberitahu saya dalam menyediakan tesisnya beliau telah antara lain menemubual Tun Mahathir bagi mendapatkan pandangannya tentang Almarhum.

Mahathir memberitahu Muhaimin bahawa beliau amat menghormati Almarhum dan mengakui bahawa meskipun Almarhum adalah pemimpin pembangkang namun beliau banyak belajar dari Almarhum.

Seorang lagi pemimpin yang ditemubual oleh Muhaimin adalah Lim Keng Yeik iaitu mantan presiden Gerakan. Lim Keng Yeik juga menghormati kebijaksanaa Almarhum.

Dalam kesempatan ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca tentang dua insiden yang saya pernah lalui bersama dengan Almarhum . Dua insiden itu bagi saya menunjukkan ketelitian dan kebijaksanaa Ustaz Fadzil Mohd Noor.

Insiden pertama adalah apabila saya menjadi penterjemah beliau semasa beliau ditemubual oleh seorang wartawan Austria. Temubual itu berlangsung di Pejabat Harakah di Jalan Pahang. Memandangkan saya secara kebetulan ada di situ Almarhum mengajak saya untuk hadir di temubual itu sekaligus menjadi penterjemah beliau.

Banyak soalan yang diajukan oleh wartawan tersebut kepada Almarhum. Dalam banyak jawapan yang diberikan oleh Ustaz Fadzil, saya amat tertarik dengan jawapan yang beliau berikan kepada satu soalan yang saya kira satu soalan untuk memerangkap beliau.

Wartawan Austria itu bertanya kepada Ustaz Fadzil apakah yang PAS akan lakukan kepada pernigaan judi di Genting Highland jika PAS ditakdirkan memerintah Malaysia ?

Sebelum Ustaz Fadzil menjawab soalan tersebut saya tertanya-tanya bagaimanakah Ustaz Fadzil akan menjawab soalan tersebut. Saya dapat merasakan bahawa wartawan Austria itu mahukan Ustaz Fadzil Noor menjawab bahawa PAS akan menutup pusat judi di Genting Highland kerana judi adalah haram menurut Islam. Saya percaya jika begitulah jawapan Ustaz Fadzil Noor maka itulah yang dimahukan oleh wartawan barat itu bagi menunjukkan bahawa gerakan Islam seperti PAS adalah ekstrim dan jika memerintah maka kononnya hak orang buka Islam akan tergugat.

Saya jenuh memikirkan bagaimanakah Ustaz Fadzil akan menjawab soalan tersebut. Sebelum Ustaz Fadzil ditanya soalan itu saya ada membaca di akhbar the star yang diterbitkan sebelum temubual itu tentang jawapan yang diberikan oleh pemimpin PAS yang lain bahawa PAS akan menutup pusat perjudian itu jika PAS memerintah Malaysia. Saya merasakan meskipun jawapan itu tidak salah dari sudut agama namun menjawab secara sebegitu akan menguatkan persepsi di kalangan orang bukan Islam yang tidak memahami Islam bahawa itulah PAS sebuah parti yang ekstrem.

Mari kita lihat kebijaksanaan Ustaz Fadzil menjawab soalan yang saya nyatakan di atas.

Beliau menjawab lebih kurang begini : “ Bagi kita ( PAS ) ada isu yang lebih besar dari isu yang kamu bangkitkan tersebut. Bagi kita ( PAS ) isu tentang penyalahgunaan kuasa, isu rasuah , isu pencabulan hak asasi dan isu pencabulan sistem demokrasi dalam negara ini adalah isu-isu besar yang rakyat mahukan kita ( PAS ) membuat perubahan jika kita ditakdirkan mengambil alih kuasa dari Barisan Nasional.”

Sebaik sahaja saya mendengar jawapan itu saya berkata dalam hati memang layaklah Ustaz Fadzil menjadi pemimpin saya. Jawapan yang amat bijaksana. Beliau tidak kata beliau tidak akan haramkan judi oleh itu tidak boleh dituduh PAS sudah menggadai prinsip. Cara beliau mengalih ( divert ) persoalan yang dibangkitkan amat menakjubkan.

Dalam satu insiden yang lain saya kebetulan berkesempatan makan tengah hari bersama beliau di kantin Parlimen. Semasa makan tersebut beliau menceritakan kepada saya tentang isu yang berlaku di Parlimen. Beliau memberitahu saya bahawa beliau tidak begitu senang hati dengan cara ahli-ahli Parlimen Umno menyerang pentadbiran Taliban di Afghanistan. Ustaz Fadzil memberitahu cara Umno menyerang Taliban adalah dengan cara yang tidak adil kerana tidak langsung menceritakan aspek positif pemerintah Taliban khususnya kejayaan Taliban menyelesaikan isu dadah di negara itu.

Ustaz Fadzil memberitahu saya pada mulanya beliau ingin bangun dan membela Taliban yang diserang secara tidak adil oleh Umno. Namun beliau menyatakan bahawa beliau berfikir panjang sebelum meneruskan hasratnya itu. Beliau menyatakan bahawa beliau amat khuatir dan bimbang jika beliau bangun membela Taliban yang diserang secara tidak adil oleh Umno, PAS akan dilihat membela Taliban . Apabila PAS dilihat membela Taliban, ujar Ustaz Fadzil, maka rakyat negara ini akan dimomokkan oleh Umno bahawa PAS adalah sama dengan Taliban. Dan ini , dari segi politik, akan menyukarkan PAS untuk menangkis serangan Umno itu dalam keadaan Umno menguasai media massa. Maka beliau mengambil keputusan tidak bangun untuk membela Taliban.

Sekali lagi saya lihat kebijaksanaan Ustaz Fadzil. Beliau amat teliti dan cermat dalam mengambil satu-satu pendirian. Meskipun apa yang beliau ingin buat itu betul ( membela pihak yang diserang secara tidak adil ) namun sebagai pemimpin beliau memikirkan kesan apa yang beliau buat itu. Inilah antara lain kualiti seorang pemimpin – sentiasa memikirkan kesan sesuatu tindakan yang ingin dilakukan.

Apa yang Ustaz Fadzil lakukan tersebut, bagi saya, adalah mencontohi apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Bagi kita yang menekuni seerah Rasulullah s.a.w pasti akan tahu bagaimana kisah Rasulullah s.a.w. dan pemimpin Munafiq Abdullah bin Ubay bin Salul . Meskipun diminta oleh para sahabat untuk membunuh Abdullah bin Ubay namun Rasulullah s.a.w enggan melakukan hal tersebut. Rasullullah s.a.w menolak saranan para sahabat tersebut kerana tidak mahu dikatakan orang selepas itu bahawa Muhammad telah membunuh sahabatnya sendiri.

Kita lihat juga peristiwa penaklukan bumi Palestine pada tahun 637 Masihi oleh Syaidina Umar . Semasa Syaidina Umar berada di dalam gereja waktu solat pun tiba. Paderi menyuruh beliau bersembahyang dalam gereja tersebut. Syaidina Umar dengan penuh hikmah menolak pelawaan tersebut . Umar jelaskan pada Paderi tersebut sekiranya beliau sembahyang di situ kaum muslim akan ingin mengingati peristwa bersejarah itu dengan mendirikan masjid di tempat itu ( gereja itu ) dan jika itu berlaku kaum muslim akan memusnahkan gereja itu.

Lihatlah sikap seorang pemimpin. Sentiasa memikirkan kesan apa yang ingin dilakukan. Moga kita dapat mengambil pengajaran dari kisah di atas.

Sebab-sebab was-was dalam ibadah

http://akhisalman.blogspot.com/

MUKADDIMAH

Persoalan was-was sering ditimbulkan oleh masyarakat. Sebelum ini sy telah menulis berkenaan dgn was-was dalam akidah (klik sini) . Saya telah berkata ingin menulis tentang tajuk was-was dalam ibadah pula. Hajat ini sudah lama tertangguh. Ramai dikalangan sahabat dan sahabiah kita yang mengalami penyakit ini yang mengadu pada saya. Banyak perkara yang perlu disentuh dalam perkara ini. Buat permulaan ini saya akan menulis tentang sebab-sebab seorang itu terjebak dalam perkara ini. Oleh itu dengan penulisan ini, mudah-mudahan ia menjadi panduan berguna kepada semua.

SEBAB-SEBAB WAS-WAS

Banyak perkara yang menyebabkan was-was dalam ibadah ini. Diantaranya adalah seperti berikut:

1. Kejahilan dalam agama.

Oleh kerana kejahilan sebahgian besar manusia terhadap agamanya menyebabkan mereka melakukan perkara yang tidak disuruh oleh agamanya. Manusia yang berilmu mengetahui najis-najis yang dimaafkan sedangkan manusia yang jahil terpaksa membasuh najis-najis yang dimaafkan. Saya telah menulis tentang najis2 yang dimaafkan pd artikel yang lepas (sila rujuk sini ). Manusia yang berilmu juga akan menjimat air ketika bersuci dan tidak termasuk dalam golongan yang melampau yang disebut dalam Hadis Nabi saw:

إنه سيكون في هذه الأمة قوم يعتدون في الطهور والدعاء

"Sesungguhnya akan ada satu dikalangan umat ini yang melampau dalam bersuci dan berdoa." (Hr Abu Daud)

Imam Ghazali berkata:

"Penyakit was-was adalah disebabkan kejahilan dengan ilmu syariat atau rosak akalnya. Kedua-duanya adalah sebesar keaiban dan kekurangan."

2. Kelalaian dalam beribadah.

Perkara utama dalam ibadah adalah khusyuk mengingati tuhan. Tidak kira ketika wuduk atau dalam solat. Firman Allah swt:

فاعبدني وأقم الصلاة لذكري


" Hendaklan engkau menyembahku dan dirikan solat supaya dapat mengingatiku." (14 : Toha)

Apabila lalai, menyebabkan seseorang itu tidak mengingati apa yang dibasuh dalam bersuci dan apa yang dilakukan ketika solat. Ketika ini syaitan akan mengambil peranan menggodanya sehingga dia terjebak dalam penyakit was-was. Ibnu Abbas telah berkata:

الشيطان جاثم على قلب ابن ادم فإذا سهى وغفل وسوس فإذا ذكر الله خنس

"Syaitan mendempek di hati manusia. Apabila manusia lupa dan lalai syaitan akan menimbulkan was-was di dalam hatinya. Apabila manusia ingat Allah syaitan akan berpaling."

Ini bertepatan dengan ayat 36 dan 37 surah az-Zukhruf.


3. Syaitan yang menggoda.

Tugas syaitan adalah untuk merosakkan wuduk dan solat seorang. Nabi saw bersabda:

إن للوضوء شيطانا يقال له الولهان فاتقوا وساوس الماء

"Sesungguhnya ada syaitan yang menganggu ketika seseorang itu berwuduk yang bernama walhan. Waspadalah terhadap was-was dalam penggunaan air ketika berwuduk." (Hr Ahmad dan tirmizi)

Didalam solat pula ada syaitan yang bernama Khinzab menganggu manusia solat.

4. Terlampau berhati2 dan memerhati.

Apabila sesorang itu terlampau berhati2 dalam bersuci, wuduk atau mandi menyebabkan dia tercampak dalam penyakit was-was. Dalam bersuci, wuduk dan mandi hanya cukup perasaan Zhon dan tidak perlu tahap yakin. Perasaan zhon adalah seseorang yang rasa sudah bersih ketika beristinjak (basuh najis) dan rasa sudah basuh dalam berwuduk dan mandi. Adapun sedikit perasaan yang mengatakan tidak bersih lagi atau belum basuh ia dipanngil waham dan tidak perlu dilayan.

Adapun dalam masalah batal wuduk dan solat ini dapat dilihat orang yang berpanyakit was-was ini sering membatalkan wuduk atau solatnya kerana perkara yang tidak pasti. Sedangnkan dalam Islam hanya mengira perkara yang batal sekiranya ia berlaku secara yakin. Nabi saw bersabda:

إذا وجد أحدكم في بطنه شيئا فأشكل عليه أخرج منه شيء أم لا فلا يخرجن من المسجد حتى يسمع صوتا أو يجد ريحا

"Apabila seseorang mendapati sesuatu pada perutnya dan tidak pasti samaada keluar angin dari duburnya atau pun tidak janganlah dia batalkan solatnya sehingga dia yakin keluar seperti mendengar bunyi kentut atau mencium baunya." (Hr Bukhari dan Muslim)

5. Lemah Iman

Kenipisan iman menyebabkan seseorang itu mudah itu ditipu daya oleh syaitan dan mengikut hawa nafsunya dalam perkara was-was. Kita lihat orang yang kuat imannya seperti Omar bin Khattab ra, syaitan takut untuk mendekati dan menggodanya. Nabi saw bersabda:

ايها يا ابن الخطاب والذي نفسي بيده ما لقيك الشيطان سالكا فجا إلا سلك فجا غير فجك

"Wahai anak Khattab, demi tuhan yang mana diriku berada dalam kekuasaanya, tidak ada syaitan yang berjalan menemui dirimu di satu jalan melainkan dia akan melalui jalan yang kamu tidak lalui." (Hr Bukhari dan Muslim)

KESIMPULAN

Oleh itu setiap muslim mengenal pasti setiap sebab-sebab diatas dengan baik dan cuba menghindari dengan baik. Pada artikel yang lain saya akan menyebut tentang contoh-contoh orang yang mengalami penyakit was-was dalam ibadah seperti yang diceritakan oleh para ulama. Minta maaf kerana jarang-jarang menulis. Doakan saya.

Rujukan: Al-Quran, Syarah sahih Muslim oleh Imam Nawawi, al-Waswasah karangan Dr Iadah alkubaisi dan al-Was wasah oleh Fuad Siraj.

Hukum memberi ucapan selamat hari raya untuk orang kafir

http://akhisalman.blogspot.com/

MUKADDIMAH

Dalam shoutbox ada pertanyaan yang berkait dengan hukum mengucapkan selamat hari raya bagi perayaan orang kafir kepada orang-orang kafir. Soalannya adalah seperti berikut:

hakim assalamulaikum saya ingin bertanya 2 soalan pertama bolehkah kita wish hapy depavali atau pun marry crismas

Untuk menjawab persoalan ini, dr Yusuf Qardawi telah menjawab dalam bukunya (sila lihat rujukan). saya akan mengambil sebahgian dari apa yang telah beliau kemukakan sebagai jawapan pada persoalan ini

HUBUNGAN ORANG KAFIR DENGAN ORANG BERIMAN

Hubungan muslim dengan orang kafir adalah hubungan yang baik selagi mana orang kafir tersebut tidak memusuhi dan menganiya orang Islam. Ini jelas dari apa yang Allah gariskan dalam ayat berikut:

"Allah tidak menegah kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil kepada orang kafir yang tidak memerangi kamu dan tidak menghalau kamu dari tempat tinggal kamu. Sesungguhnya Allah cinta kepada orang-orang yang berlaku adil." (8 : Mumtahanah)

Asma' bintu Abu Bakr telah datang berjumpa dengan Rasulullah saw , bertanya kepada baginda:

"Ya Rasulullah , sesungguhnya ibu ku yang masih kafir telah datang untuk menghubungi silatur rahim denganku, adakah aku boleh menghubungi silatur rahim dengannya?" Nabi saw menjawab :

صلي أمك


" Hubungi silatur rahim dengan ibu mu." (Hr Bukhari dan Muslim)

Ini menunjukkan Islam tidak menghalang hubungan baik diantara muslim dan non muslim.

Nabi saw bersabda:

اتق الله حيث ما كنت وأتبع السيئة الحسنة تمحها وخالق الناس بخلق حسن


" Bertakwalah kamu di mana kamu berada, ikuti perbuatan jahat kamu dengan perbuatan yang baik pasti akan dihapuskan dosa perbuatan jahat itu dan hendaklah kamu berakhlak bersama manusia dengan akhlak yang baik." (Hr Tirmizi dan Ahmad - hadis bersanad hasan)

Nabi saw menyebut perkataan manusia bukannya orang Islam atau orang yang beriman. Ini menunjukkan bahawa kebaikan itu hendaklah diberikan kepada semua manusia.

Sebahgian orang yahudi telah berjumpa dengan Nabi Muhammad saw dan mengucapkan:

السام عليك (kematian untuk mu)

Aisyah mendengar ucapan mereka, lantas menjawab:

وعليكم السام واللعنة يا أعداء الله (Untukmu kematian dan laknat wahai musuh-musuh Allah)

Nabi saw mencela Aisyah terhadap apa yang telah diucapkan. Aisyah pun berkata:

"Ya Rasulullah saw, Adakah engkau tidak mendengar apa yang mereka ucapkan?"

Baginda saw menjawab:

يا عائشة الله يحب الرفق في الأمر كله

"Wahai Aisyah, Allah cinta kepada kelembutan pada semua perkara." (Hadis Bukhari dan Muslim)

FATWA DR YUSUF AL-QARDAWI

Berdasarkan hujjah dan dalil yang lepas , Prof Dr Yusuf Qardawi telah berkata:

"Oleh kerana itu , Tidak ada tegahan kepada induvidu atau Kesatuan Islam untuk memberi ucapan tahniah sempena perayaan orang-orang kafir , samaada dengan mulut atau dengan kad. Selagi mana tidak mengandungi ucapan-ucapan berbentuk keagamaan yang bertentang dengan dasar-dasar Islam seperti mengakui Nabi Isa disalib. Ini kerana agama Islam menafikan perkara ini. Firman Allah swt:

"Dan mereka tidak membunuh Nabi Isa dan tidak menyalibnya tetapi yang dibunuh dan disalib adalah orang serupa mukanya dengan Nabi Isa a.s." (156 : an-Nisa)

Ucapan-ucapan yang biasa sempena hari raya orang kafir dan tidak mengandungi lafaz yang mengakui atau meredai agama mereka adalah ucapan sopan santun sesama manusia.

Tidak dilarang untuk menerima hadiah daripada mereka dan membalas hadiah mereka. Nabi saw menerima hadiah dari orang kafir seperti Muqauqis pembesar qibti di mesir dan lain-lain.

KESIMPULAN

Terdapat ulama yang melarang ucapan seumpama ini seperti ulama arab saudi. Oleh itu kita perlu berlapang dada dan tidak fanatik dengan mana-mana pendapat. Kita perlu bersatu dari segi fikiran dan kerja untuk menghadapi orang-orang kafir yang memerangi umat Islam. Kadang-kadang saya hairan, kita saling memboikot sesama muslim tetapi selamba membeli barangan buatan kafir yang memerangi umat Islam. Fikirkanlah.

Rujukan: Sofwatut Tafasir oleh Syeikh Sobuni dan Fi Feqhil Aqalliyyat al-Muslimah oleh Dr Yusuf Qardawi.

Haji mabrur.

Oleh : Jarjani Usman

“Haji mabrur tidak ada balasan baginya melainkan surga” (HR. Imam Bukhari dan Imam Muslim).

Setiap insan yang sadar pasti berharap mendapat haji mabrur, apalagi dijanjikan surga. Tentunya, haji mabrur adalah haji makbul, yaitu haji yang diterima Allah. Dengan demikian, untuk mendapatkan haji mabrur tak cukup dengan berharap, tetatpi juga perlu disandingkan dengan berusaha.

Perlu berusaha untuk membekali diri dengan niat, pakaian, ongkos, uang, makanan, dan sebagainya, yang baik-baik. Sebab, Allah berjanji tidak akan menerima kecuali yang baik-baik. Di samping itu, perlu mengerjakan rukun haji yang lengkap. Dengan demikian, sangat tidak masuk akal bila mencari haji mabrur dengan niat untuk berbangga-banggai, membawa uang haram, dan badan yang telah tumbuh dengan daging haram.

Dengan kata lain, menuju haji mabrur harus melalui tahapan mensucikan diri dan harta, memperhambakan diri kepada Allah, dan mengikis berbagai penyakit hati seperti merasa lebih dari hamba-hamba yang lain.

Sebenarnya Islam telah menuntun tahap demi tahap menyucikan diri. Sebelum bulan haji, ada bulan-bulan mensucikan diri dan harta benda, seperti berpuasa di bulan Ramadhan, bertarawih, dan mengeluarkan zakat dan zakat fitrah. Di bulan itu juga diturunkan al-Qur’an sebagai pedoman, termasuk tentang pedoman menjaga kesucian diri dan harta benda. Kalau tahapan awal saja sudah tidak lulus, semisal, dalam berpuasa hanya tersisa lapar dan haus, di tahapan berikutnya juga patut dipertanyakan

‘Bajet Cocacola’ BN Perak

Oleh : Speaker V.Sivakumar.

Dalam sejarah negeri Perak tidak pernah belanjawan diluluskan dalam masa 20 minit. Pada 28/10/2009 BN telah berjaya mencipta satu lagi lembaran sejarah dengan meluluskan ‘Bajet Cocacola’ dalam masa 20 minit. Pakatan Rakyat tidak mengiktiraf belanjawan yang dibentangkan oleh kerajaan BN yang tidah tidak sah di negeri Perak. Satu daripada sebabnya ialah ia dibentangkan dihadapan seorang Speaker yang tidak halal. Tambahan pula, Dato Seri Zambry dan barisan EXCOnya juga tidak patut berada dalam dewan kerana mereka telah digantung daripada menghadiri persidangan oleh Jawatankuasa Hak & Kebebasan. Begitu juga, 3 orang bekas Ahli-ahli Dewan yang telah meletak jawatan juga berada dalam dewan ketika bajet dibentangkan.

Walaupun kami tidak mengiktiraf bajet BN, apakah yang menghalang BN daripada membuat persidangan bajet itu mengikut prosedur yang betul? Mereka meluluskan bajet dengan tergopoh-gapah. Ia diluluskan dalam masa 20 minit sahaja, itulah sebabnya ia boleh digelar sebagai bajet Cocacola. Kami tidak menghalang mereka daripada membentangkan bajet. Lagi pun, beratus-ratus polis berada di dalam dan di luar untuk memberi perlindungan kepada BN untuk membentangkan bajet tersebut. Tambahan pula, 22 orang ‘bodyguard’baru yang digelar ‘bentara sementara’ dilantik untuk memberi perlindungan kepada Dato R.Ganesan. Dalam situasi yang cukup terkawal, kenapa BN gagal membuat bajet yang sempurna?

Pada hemat saya, ada 2 sebab kenapa BN terpaksa meluluskan ‘Bajet Cocacola’.

1) Mereka sendiri mula yakin bahawa kerajaan mereka adalah tidak sah. Satu kerajaan yang sah tidak akan membentangkan bajet segera dalam keadaan terdesak. Pada tahun 2008, saya mengendalikan bajet selama 4 hari. Ini adalah kerana Kerajaan Pakatan Rakyat adalah kerajaan yang sah di Negeri Perak. Bayangkan bajet Najib diluluskan dalam 20 minit di Parlimen. Bolehkah kita terima bajet seperti itu? Jika tidak, bagaimana kita boleh terima bajet 20 minit yang diluluskan oleh BN Perak? Ini adalah satu bentuk penyelewengan wang rakyat. Ia tidak diluluskan dengan cara atau prosedur yang betul. Ahli-ahli Dewan Negeri Pakatan Rakyat tidak memgambil bahagian dalam pembentangan bajet tersebut. Persoalannya berapa orangkah Ahli-ahli Dewan Negeri BN yang mengambil bahagian dalam perbahasan bajet itu? Kenapa mereka tidak mengambil bahagian dalam perbahasan? Adakah Ahli-ahli Dewan Negeri BN yang secara fizikalnya berada di situ juga tidak mengiktiraf atau boikot bajet yang dibentangkan oleh Dato Seri Zambry Abdul Kadir? Pada tahun yang lepas saya memberi peluang sekurang-kurangnya 20 minit untuk setiap ahli-ahli Dewan Negeri untuk membahaskan bajet. Dato Seri Tajol Rosli, mantan Menteri Besar Perak dibenarkan untuk membahas bajet yang dibentangkan oleh Dato Seri Nizar selama hampir 2 jam. Tetapi, pada tahun ini BN telah meluluskan bajet keseluruhannya dalam tempoh 20 minit. Adakah Dato Seri Zambry Abdul Kadir membuat pengulungan perbahasan bajet? Jika tidak, bagaimana kita boleh mengiktiraf Bajet 2010 yang diluluskan oleh BN dalam Dewan Negeri Perak. Nampaknya BN hanya mengkaburi mata rakyat dengan membuat satu bajet dengan cara yang tidak betul. Bagi mereka, proses, prosedur dan undang-undang adalah tidak penting. Mereka mahu kekal berkuasa secara haram walupun ia tidak menepati undang-undang.

2) Satu lagi sebab kenapa Bajet Cocacola diluluskan ialah Dato R.Ganesan yang memduduki kerusi Speaker secara haram tidak tahu untuk mengendalikan satu persidangan bajet yang sebenar. Jika dia fasih dalam undang-undang dan perintah-perintah tetap, sudah tentu dia tidak akan mencemar persidangan tersebut. Beliau telah mencemari dewan pada persidangan 7 Mei dengan memanggil polis masuk ke dalam dewan dan mengheret keluar Speaker yang sah. Kali ini beliau mencemari dewan sekali lagi dengan membenarkan bajet diluluskan dalam masa 20 minit. Jika beliau adalah Speaker yang sah dan menghormati undang-undang, sudah tentu beliau tidak akan tunduk kepada arahan eksekutif untuk bertindak di luar batasan kuasanya. Walau bagaimanapun, beliau boleh memohon kepada ‘Malaysia Book of Record’ kerana pencapaiannya mengendalikan persidangan Bajet yang paling pantas di Malaysia.

Kerajaan BN terpaksa meluluskan bajet 20 minit dengan kawalan polis dan bentara-bentara baru kerana mereka takut kepada bayang-bayang sendiri. Satu kerajaan yang sah dan diterima oleh rakyat tidak perlu takut seperti ini. Sampai bila BN akan bertahan dengan suasana ketakutan? Bubarkan DUN perak dan adakan pilihanraya kecil supaya rakyat boleh menentukan kerajaan yang sah dan menamatkan kemelut politik yang berpanjangan ini.

Luo Yang Zhi Gui : Kertas di Bandar Luoyang Mahal Sekali


Asal Usul:

Zuo Si ialah seorang sasterawan yang tersohor di China pada zaman Dinasti Jin. Sebenarnya, dia seorang budak nakal yang tidak mahu menuntut ilmu ketika masih kecil. Perkara itu sangat memeningkan kepala ibu bapanya.

Pada suatu hari, ketika berbual-bual dengan beberapa orang kawannya, bapa Zuo Si mengeluh, sambil berkata:

"Anak saya ini langsung tak mahu belajar. Nampaknya susahlah baginya untuk mencapai apa-apa kejayaan apabila dewasa nanti."

Perkataan bapanya ini terdengar oleh Zuo Si yang kebetulan lalu di situ ketika itu. Dia berasa sedih, dan insaf bahawa dirinya memang tidak dapat mencapai apa-apa kejayaan jika tidak berubah sikap, asyik bermain, dan acuh tak acuh dalam pelajaran. Hasrat untuk belajar dengan tekun supaya dapat mencapai cita-cita yang tinggi demi membalas kasih sayang yang dicurahkan oleh ibu bapanya selama ini, pun terus tersemat dalam hatinya.

Dengan ketekunannya dalam menuntut ilmu selama beberapa tahun, akhirnya Zuo Si membesar menjadi seorang pemuda yang sangat berilmu. Karangan-karangan yang dihasilkannya selalu mendapat markah dan pujian yang tinggi daripada gurunya.

Ketika Zuo Si berumur 20 tahun, seisi keluarganya telah berpindah ke bandar Luoyang, ibu negara China pada ketika itu. Dengan yang demikian, Zuo Si mempunyai kesempatan untuk berinteraksi dan berkongsi pengalaman dengan golongan cendekiawan di peringkat atasan yang menguasai cabang ilmu yang pelbagai di sana. Dengan menyerapnya ilmu pengetahuan dari pelbagai cabang itu, mindanya menjadi semakin cerdas dan terbuka.

Bakat Zuo Si dalam bidang kesusasteraan telah terpancar sepenuhnya apabila dia menghasilkan karyanya "Qi Du Fu" dalam masa setahun sahaja. Kemudian, dia menghabiskan masa selama 10 tahun pula untuk menghasilkan karyanya "San Du Fu", yang kandungannya mencakupi aspek adat istiadat dan budaya tradisi di ibu kota tiga buah negeri, iaitu negeri Wei, negeri Shu dan negeri Wu, sebelum ketiga-tiganya disatukan menjadi sebuah negara di bawah pemerintahan Dinasti Jin.

Sebaik sahaja karya tersebut disebarkan, ia terus menarik minat dan perhatian pembaca, baik daripada kalangan cendekiawan dan pegawai kerajaan, mahupun daripada kalangan rakyat biasa. Disebabkan teknologi mencetak belum dicipta pada ketika itu, maka mereka terpaksa berebut-rebut membeli kertas untuk menyalin buku tersebut, sehingga menyebabkan harga kertas di bandar Luoyang melambung tinggi. Peribahasa "Kertas di Luoyang mahal sekali" pun wujud selepas peristiwa tersebut.

Saudara pendengar, setelah mendengar cerita tersebut, adakah saudara faham apa erti peribahasa "Luo Yang Zhi Gui" ini? Sebenarnya, ia digunakan untuk memuji karya-karya yang cemerlang, yang menjadi ikutan ramai atau yang laris jualannya...CRI/-

Jemaah Haji China Akan Menaiki Kapal Terbang Sewa Khas ke Mekah

Rombongan Jemaah haji China sudah bersiap sedia untuk berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan fardu haji. Rombongan pertama akan berlepas dari Lanzhou, ibu kota provinsi Gansu esok dengan kapal terbang sewa khas.

Menurut maklumat dari Jabatan Hal-Ehwal Agama Gansu, kira-kira 13,000 penganut Islam China akan mengerjakan haji tahun ini. Kerajaan akan menyuntik secara percuma vaksin influenza A(H1N1) kepada setiap anggota dan menyediakan doktor untuk setiap rombongan jemaah.

Selamat berkonvensyen .




Konvensyen Pakatan Rakyat Perak esok akan menghimpunkan lebih 600 orang pimpinan utama Pakatan Rakyat di semua peringkat di Perak bertujuan diperkukuhkan lagi ikatan kesetikawanan, memupuk solidariti, memantapkan semangat perjuangan dan menjalin persefahaman.

Pakatan Rakyat Perak sekali lagi mencatat lembaran baru sejarah politik Malaysia dengan kejayaan menganjurkan konvensyen seumpamanya sejak pakatan Rakyat yang juga ditubuhkan di negeri ini.

Pimpinan utama Pakatan Rakyat Pusat akan membentangkan kertas masing-masing yang lebih menjurus ke arah memantap dan memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Senario politik Perak terkini akan menjadi fokus utama perbincangan.

YAB Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menyampaikan ucapan penutup konvensyen. Tan Seri Khalid Ibrahim dan YB Lim Guan Eng turut menjadi panel penting dalam program tersebut, manakala YB Dato' Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin akan mengulas senario politik Pakatan Rakyat Perak.

Sebelah malamnya YAB Datuk Tuan Guru akan menyampaikan ceramah perdananya di Chemor.

Sidang DUN Perak 28 Oktober.

ADUN PKR Pelabuhan Klang umum jadi bebas.

Seorang lagi wakil rakyat PKR meninggalkan parti itu dan menjadi ADUN bebas - kali ini di Selangor selepas dua di Perak awal tahun ini dan seorang di Kedah pada Ogos.

ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah (gambar), sejak beberapa bulan lalu menimbulkan spekulasi bakal menyertai Umno, membuat pengumuman itu di sebuah hotel di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Beliau sejak sekian lama menimbulkan masalah dalam parti itu apabila didakwa tidak menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat di situ

Pagi ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengusulkan kepada PKR agar mendesak Badrul Hisham melepaskan jawatan wakil rakyat.

Menurut kenyataan pejabat menteri besar hari ini, kerajaan Selangor prihatin terhadap aduan penduduk di Pelabuhan Klang mengenai ketidakupayaan Badrul Hisham menjalankan kewajipan beliau sebagai wakil rakyat.

Mayat 2 korban tragedi jambatan gantung ditemui

Inilah jambatan gantung yang menelan 3 korban di Kampar.


Dua lagi korban tragedi jambatan gantung runtuh sewaktu menyertai perkhemahan 1 Malaysia di Kampar Selasa lalu telah ditemui.

Mereka ialah Davadharshin a/p Maheswarawandan, 11, dan Diryasree a/p Vasudevan, 12.

Davadharshin adalah pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mambang Diawan, manakala Diryasree adalah pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil (SJKT) Gopeng

Mayat Davadharshin ditemui malam tadi manakala mayat Diryasree ditemui pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Aziz Yusof berkata mayat Davadharshin ditemui terapung pada jam 11.30 malam tadi berhampiran Jambatan Mat Selangor, Tanjung Tualang - kira-kira 15 km dari tempat kejadian.

Beliau berkata, mayatnya yang ditemui oleh anggota RELA telah dibawa ke Hospital Kampar untuk bedah siasat.

Aziz berkata keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai penemuan tersebut dan mayat mangsa akan dituntut keluarganya hari ini untuk dikebumikan.

Manakala mayat Diryasree ditemui jam 10.45 pagi tadi berhampiran Tronoh Mine, Sungai Kinta, 25 km dari tempat
kejadian.

Mayat mangsa yang ditemui terapung oleh pasukan penyelamat telah dibawa ke ospital Kampar untuk bedah siasat.

Sebelum ini mayat mangsa pertama Dina Dewe a/p Nathan, 11, ditemui pada jam 8.40 pagi Selasa lalu berhampiran loji di sungai itu kira kira empat kilometer dari tempat dia terjatuh.

Tiga mangsa tersebut adalah antara 22 murid yang dihanyutkan arus deras apabila jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberang Sungai Kampar runtuh pada malam Isnin lalu.

Bagaimanapun 19 mangsa berjaya diselamatkan oleh guru dan pengawal sekolah terbabit. - BERNAMA

Kerusi DUN Pelabuhan Kelang.

(klik untuk paparan lebih jelas)


Akhirnya Adun Perlabuhan Klang dicadang letak jawatan

Harakahdaily

SHAH ALAM, 29 Okt: Akhirnya, Adun PKR Perlabuhyan Klang, Badrul Hisham Abdullah dicadangkan meletakkan jawatan oleh Menteri Besar yang juga Pengerusi PKR Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Tindakan ini diambil selepas hampir setahun proses membetulkan keadaan dibuat namun terbuktinya ianya gagal dan sikap Adun berkenaan tidak berubah.

Khalid mencadangkan kepada Majlis Pimpinan Pusat PKR supaya ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat kawasan tersebut.

Menurut kenyataan pejabat MB hari ini, kerajaan Selangor prihatin terhadap aduan penduduk di Pelabuhan Klang mengenai ketidakupayaan Badrul Hisham menjalankan kewajipan beliau sebagai wakil rakyat.

"Sejak surat tunjuk sebab dikeluarkan kepada beliau pada 20 Ogos 2009. Beliau tidak mengambil sebarang langkah untuk memperbaiki prestasi kerja beliau.

"Dalam surat jawapannya. Badrul Hisham telah menyatakan kesudian untuk berjumpa dengan pimpinan negeri dan parti..

"Namun demikian beliau masih enggan berjumpa dengan pimpinan kerajaan negeri ataupun parti, menjawab panggilan telefon dan SMS, serta membuka semula Pusat Khidmat beliau untuk penduduk Pelabuhan Klang," kata kenyataan tersebut.

Berikutan itu, Khalid hari ini membuat satu usul kepada MPP PKR supaya Badrul Hisham meletakkan jawatan sebagai ADUN Pelabuhan Klang.

"Menteri besar juga akan menghantar satu delegasi untuk memaklumkan pendirian tersebut kepadanya dalam masa terdekat.

"Kerajaan Negeri tidak akan bertolak ansur dengan pemimpin yang tidak bertanggungjawab kerana mereka ini hanya akan menggagalkan usaha kerajaan negeri dalam meningkatkan taraf ekonomi dan sosial rakyat," kata kenyataan itu lagi.

Ipoh bagai zon perang, selar dakwaan Adun PR tidak dihalang-Nizar

KUALA LUMPUR, 29 Okt: Pakatan Rakyat Perak menyelar penafian yang dibuat ketua polis negeri itu yang mendakwa anggota keselamatan mereka tidak melakukan sebarang halangan dan kekasaran kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan.

Menteri Besar Pakatan Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada satu sidang media di lobi parlimen siang tadi berkata, penafian oleh mana-mana pihak berhubung berlakunya kekasaran dan halangan terhadap Adun pakatan adalah satu penafian bohong.

Menurutnya, kesemua Adun Pakatan semalam di halang dan ada di antara mereka dikasari sewaktu ingin menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) tersebut.

"Kalaulah dinafikan oleh ketua polis Perak, ketua polis negara mahupun menteri dalam negeri, ini satu pembohongan," katanya.

Pihak polis dakwanya telah melanggar peraturan Panel Kod 124 Kanun Keseksaan kerana telah menghalang ADUN dari melaksanakan tugasan menghadiri sidang Dun.

Menceritakan kembali pengalaman mereka menghadiri Sidang DUN Perak semalam, beliau memberitahu kesemua ADUN pakatan berdepan sekatan pihak polis di lima tempat iaitu tiga sebelum masuk ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak, dan dua sebelum masuk ke dewan persidangan.

"Kami disekat dengan lima 'check point' (pemeriksaan), di setiap check point itu kami hanya dibenar masuk seorang demi seorang.

"Keadaan itu sengaja dibuat supaya kami tidak masuk (dewan persidangan) sebelum pukul 10," katanya yang juga ADUN Pasir Panjang.

Selepas memasuki pagar bangunan SUK, kesemua Adun Pakatan katanya ditolak ke kawasan letak kereta di bawah bangunan tersebut.

Jelasnya, tindakan tersebut bagi menghalang oarang ramai dan pihak media melihat kekasan yang mereka lakukan kepada Adun pakatan.

"Mereka menolak kami ke kawasan parking kereta supaya tidak dilihat umum.

"Di situlah mereka menjalankan 'operasi' mencekik sivakumar," ceritanya lagi.

Apa yang diketahui rakyat berhubung insiden semalam katanya, hanya antara secebis yang berlaku yang sempat dirakam oleh petugas media, malah masih banyak kekasaran lain diperlakukan kepada mereka khususnya kepada Speaker, V Sivakumar sebelum memasuki dewan persidangan.

"Saya lihat seorang anggota polis, ASP Bala nama dia, merampas songkok speaker Sivakumar di hadapan kami," katanya lagi.

Beliau juga mendakwa selain dicekik, Sivakumar turut dihentak diperut.

Selain itu, pelbagai tekanan lagi dilakukan kepada ADdun pakatan termasuk dipaksa menggunakan laluan tangga kerana lif ke dewan persidangan diberhentikan, komputer riba dan kamera dirampas dan kesemua pintu masuk ke dewan dikunci dengan hanya satu laluan dibuka.

Kehadiran ratusan anggota polis mengawal bangunan SUK itu juga di ibarat Ipoh seperti berada dalam 'zon perang'.

Jelasnya jalan-jalan menuju ke bangunan tersebut yang ditutup, berpuluh trak polis dan simpanan persekutuan FRU merintangi pintu masuk ke bangunan SUK serta notis larangan berada di dalam kawasan 50 meter dari kawasan bangunan SUK seolah-olah wujud ancaman besar terhadap ibu negeri itu.

Ketua Polis Perak Datuk Zulkefli Abdullah semalam menafikan anggota keselamatan mereka melakukan kekasaran dan menghalang Adun Pakatan Rakyat memasuki Bangunan SUK untuk menghadiri sidang.

Beliau turut menolak dakwaan yang mengatakan speaker yang juga Adun Tronoh V.Sivakumar dikasari sehingga menyebabkan jubah yang dipakainya terkoyak.

Hadir sama pada sidang media tersebut, Adun Pantai remis, Nga Kor Meng dan Adun Setiawan Ngeh Ko Ham.

Semalam, Adun Pakatan memberitahu selain Sivakumar, sekurang kurangnya dua lagi dikasari pihak polis termasuk Nga Kor Meng di mana alat sulitnya dipegang manakala seorang lagi Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai diseret di lantai.

Dalam persidangan berasingan semalam, Pakatan Rakyat telah meluluskan dua usul dan satu usul tergempar.

Usul tergempar adalah rakaman takziah kepada mangsa tragedi program 1Malaysia di Kuala Dipang dan semua kem program latihan khidmat negara dan program luaran lain digantung sehingga siasatan kes tersebut selesai.

Dua usul lagi adalah bersetuju melantik bekas pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman sebagai senator dan merakam penghargaan terhadap laporan Ketua Audit Negara, sewaktu pentadbiran Pakatan pada tahun 2008.Harakahdaily/-

Kenyataan penuh PAS Selangor

PAS Selangor ingin merujuk kepada keputusan mesyuarat khas jawatankuasa kerja PAS pusat pada 28 Oktober 2009 di Pejabat Agung PAS.

Pendirian PAS Selangor adalah seperti berikut:

PAS Selangor mengalu-alukan kesediaan PAS pusat untuk menangani kemelut yang berlaku dalam PAS sebagaimana yang diputuskan dalam mesyuarat khas jawatankuasa kerja PAS pusat pada 28 Oktober 2009.

PAS Selangor juga menyambut baik keputusan untuk menolak EGM (mesyuarat agung khas) dan seterusnya menyelesaikan masalah dalaman melalui siasatan yang dilakukan oleh jawatankuasa disiplin parti.

Seluruh kepimpinan dan ahli PAS negeri Selangor bersedia untuk disiasat dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada jawatankuasa disiplin parti. Kami menyeru agar siasatan ini dilakukan dengan serta-merta bagi mengembalikan integriti seluruh ahli-ahli PAS di negeri Selangor.

Bagi memulihkan imej parti, PAS Selangor menggesa agar jawatankuasa disiplin parti dapat membuat penyiasatan secara menyeluruh dan membersihkan PAS daripada anasir yang mengganggu-gugat PAS seperti mengambil tindakan yang tegas terhadap ahli-ahli yang mendedahkan rahsia parti kepada umum melalui saluran media dan blog.

Bagi meninggikan prinsip-prinsip al-'adalah yang ditetapkan oleh Islam, PAS Selangor ingin menekankan jawatankuasa disiplin parti hendaklah juga menyiasat orang yang membuat tuduhan dan mengambil tindakan yang tegas kepada mereka sekiranya tuduhan tersebut tidak benar kerana mencetuskan suasana yang tidak stabil dalam parti dan seterusnya merosakkan imej parti.

Merujuk kepada beberapa isu yang dibangkitkan, kami ingin menegaskan bahawa ahli-ahli PAS Selangor di semua peringkat telah menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pimpinan PAS negeri sebagaimana yang telah diputuskan melalui mesyuarat khas badan perhubungan PAS negeri Selangor yang bertarikh 27 September 2009.
PAS Selangor menyeru kepada semua ahli-ahli parti agar menghormati jawatankuasa disiplin parti di dalam menjalankan tugasnya dengan tidak membicarakan isu ini sehinggalah proses penyiasatan dan pendakwaan selesai.

PAS Selangor seterusnya menyeru kepada ahli-ahli PAS di Selangor agar bertenang dan membiarkan proses siasatan yang dilakukan oleh jawatankuasa disiplin parti selesai sepenuhnya. Semua ahli-ahli PAS di Selangor mestilah menyatakan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan YB Tuan Guru Presiden.

Mohd Khairuddin Othman
Setiausaha
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Tajuk berita dalam akhbar Cina

29.10.09 1. YAB Ust.Azizan: Pas hanya ada beberapa kerat peminpin yang berbeza pandangan, saya tidak rasa perlu mengadakan satu Muktamar Khas.

2. Nik Aziz hanya mahu penjelasan mengenai kerjasama antara Pas dan Umno.

3. YAB Dato'Seri Nizar melambai-lambaikan tangan dengan para hadirin dalam Dewan Undangan
negeri Perak.

4. BN Perak meluluskan peruntukan sebanyak 3.6 juta ringgit kepada 9 buah SUWA di negeri Perak.

5. YAB Dato' Seri Nizar: Polis berjawatan tinggi yang merampas songkok YB Sivakumar.

6. Penyokong Pas mengadakan solat hajat di depan bangunan DAP.

7. Dato' Seri Hadi Awang: Pas tidak mengadakan Muktamar Khas.

8. Dato' Seri Hadi Awang: Pas sudah menutup pintu mengenai rundingan antara Pas & Umno.

9. Dato' Seri Hadi Awang: Isu Selangor diserahkan kepada jawatankuasa disiplin.

Disediakan oleh: Muhammad K.Y.Tiang Bin Abdullah

PUASA SUNAT HARI KHAMIS, AMALAN AHLI PAS PERAK: PESURUHJAYA PAS PERAK

Email :mohd hafez sabri

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyeru agar semua ‘amilin gerakan Islam agar memperbanyakkan puasa sunat, terutamanya pada hari khamis. Beliau mengulas beberapa hadith Nabi Muhammad SAW antaranya:

1. Diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a. menceritakan bahawa; “Adalah Rasulullah s.a.w. amat menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis”- (Riwayat Imam Tirmizi. Menurut beliau, hadis ini hasan soheh).

2. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda; “Dibentangkan amalan-amalan di hadapan Allah pada hari Isnin dan Khamis. Maka aku menyukai dibentang amalanku (di hadapan Allah) pada ketika aku berpuasa” – (Riwayat Imam Tirmizi).

Menurut beliau, hadith-hadith tersebut menceritakan kepentingan para pejuang gerakan Islam memperbanyakkan puasa sunat Isnin dan Khamis. Menurutnya lagi, sebagai petugas gerakan Islam, kita bukan sahaja menjadi ahli politik, bahkan kita juga adalah ‘abid dan juga ahli sufi seperti yang telah dikemukakan dalam usul pertama di dalam usul ‘isyrin oleh asy-Syahid Imam Hassan al-Banna. “Ibadah puasa bukan sahaja melatih diri menahan lapar dan dahaga, malah lebih daripada itu,” ujar beliau menerangkan kelebihan berpuasa. Menurutnya, kelebihan Allah SWT memfadhilatkan ibadah puasa kepada orang Islam adalah untuk mentarbiyah diri. Ibadah puasa sunat membentuk keikhlasan dalam diri kita melakukan amal ibadah kepada Allah SWT kerana ketika kita berpuasa, tiada siapa yang tahu samada kita berpuasa ataupun tidak, hanya diri sendiri dan Allah SWT yang mengetahui hakikat kita berpuasa.

Selain itu, beliau juga menegaskan agar puasa bagi petugas gerakan Islam, PAS khususnya, sampai kepada matlamatnya iaitu mentarbiyah ruhiyyah dengan menjaga mata, telinga, mulut dan hati daripada perkara-perkara lagho (sia-sia) dan jauh sekali maksiat. “Dengan berpuasa secara fizikal sahaja tidak akan menjadikan hati kita tunduk kepada Allah SWT dan merendahkan hawa nafsu, tetapi iltizam dalam diri untuk mentarbiyah hawa nafsu akan menundukkan hati untuk mencapai natijah puasa tersebut,” katanya lagi menceritakan pentingnya untuk petugas PAS berpuasa sunat Isnin dan Khamis.

Beliau juga menyeru agar para seluruh ahli PAS di Perak khususnya sebolehnya berpuasa setiap hari khamis, menurut beliau puasa hari khamis bagi PAS Perak merupakan satu perkara yang sangat sinonim yang mana ibadah sunat ini adalah antara ibadah yang disarankan oleh kepimpinan PAS Perak sebelum ini lagi.

“InsyaALLAH jika seluruh ahli PAS Perak istiqamah berpuasa setiap hari khamis, jemaah kita akan sentiasa mendapat kerahmatan dari Allah SWT.”, jelas beliau.

TAKUT BINI....

http://zailina88. blogspot. com

Al-kisahnya, pada zaman dahulu kala, seorang Raja yang takut bini, telah memerintahkan sekelian rakyatnya, LELAKI sahaja, berkumpul di suatu tempat seumpama stadium zaman sekarang.

Titah Raja: Wahai sekelian rakyat beta, sesiapa yang takut bini, semua berkumpul di sebelah kanan beta. Dan, sebaliknya, di sebelah kiri beta.

Maka, tanpa berlengah kesemua yang hadir berkejaran ke sebelah kanan Baginda, kecuali seorang sambil memeluk sebatang tiang.

Titah Raja (dalam hati): Hari ini aku dapat ilmu tak takut bini.

Titah Raja: Wahai saudara, kemari mengadap beta.

Lelaki: Tuanku lah ke mari ke tempat patik.

Titah Raja: Eh! Kamu lah kemari.

Lelaki: Tuanku lah kemari.

Titah Raja: Heh! Aku Raja kamu. Kamu kemari.

Lelaki: Tuanku lah kemari.

Titah Raja (dalam hati): Tak pa, ilmu punya pasal aku pergi.

Lalu Baginda pun mencemar duli ke tempat lelaki tadi. Sesampai sahaja di tempat lelaki tadi, Baginda pun bertanya.

Titah Raja: Apakah rahsia sebenar kamu, tidak takut bini ?

Lelaki: Sebenarnya tuanku, patik lah orang yang paling takut pada bini.

Titah Raja: Kan tadi Beta telah arahkan, sesiapa yang takut bini ke sebelah kanan Beta. Kenapa kamu tidak menurut perintah Beta ?

Lelaki: Sebenarnya tuanku, ISTERI patik telah berpesan kepada patik supaya, TUNGGU DI TIANG INI DAN JANGAN KE MANA-MANA SEHINGGA DIA DATANG.

Bersama Dr Haron: Menukar hukum Allah SWT kesalahan besar

Email : mohd naim mohd zain

SOALAN: Ada ulama mengatakan bahawa pemerintah Islam hari ini, dibolehkan memilih undang-undang selain undang-undang Allah dan menggantikannya dengan undang-undang ciptaan manusia kerana perubahan zaman, boleh membawa perubahan hukum berdasarkan kepada kaedah ilmu fikah yang berbunyi antara lain bahawa 'hukum Islam berubah mengikut perubahan tempat dan masa'. Betulkah pandangan ulama itu? Adakah kaedah fikah tersebut terpakai? Mohon Dato' jelaskan. - MOHD FIRDAUS AHMAD, Bandar Country Homes, Rawang

JAWAPAN: Permasalahan anda kemukakan ini besar yang melibatkan hukum-hukum Allah.

Saya ingin mengingatkan, jangan sampai kita mempermain-mainkan hukum Allah dengan memberi alasan remeh bagi membolehkan manusia menggunakan alasan agama untuk menolak hukum agama.

Hukum Allah SWT ada dua cabang yang terbesar. Pertamanya, hukum-hukum qat'ie dan keduanya, hukum-hukum yang tidak qat'ie.

Yang qat'ie bermaksud hukum-hukum tetap yang tidak berubah. Yang tidak qat'ie adalah hukum tidak 'rigid' dan boleh berubah.

Yang tidak berubah sabit seperti hukum-hukum kesalahan jenayah dan hudud. Sedangkan hukum-hukum yang sabit dengan ijtihad, ia boleh berubah.

Hukum-hukum haram halal sesuatu pemakanan yang sabit dengan ayat-ayat yang muhkamat, demikian juga dalam minuman serta dalam haram halal bergaul dengan perempuan.

Yang diharamkan dalam perkahwinan seperti yang disebutkan muhramat, yang diharamkan berkahwin selama-lamanya.

Begitu juga haram memakan babi, bangkai, darah, meminum arak dan yang seumpama dengannya, hukum haramnya kekal sampai sehingga bila-bila.

Sebenarnya tidak ada pilihan. Allah juga tidak pernah memberi pilihan dalam melaksanakan hukum-hukum qat'ie, seperti haramnya riba, mencuri atau merompak, berzina dan sebagainya sudah sabit pengharaman dalam al-Quran.

Hukumnya sabit, maka ia tidak lagi menjadi pilihan.

Firman Allah (mafhumnya): "Dan tidak harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan sesuatu perkara, tidak harus mereka membuat pilihan sendiri. Dan sesiapa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia berada dalam kesesatan yang amat nyata." (Surah al-Ahzab, ayat 36)

Daripada ayat ini dan hadis-hadis Nabi yang sahih, jelas menunjukkan bahawa hukum-hukum Allah tidak boleh dipermain-mainkan.

Adapun kaedah yang disebutkan itu, memang ia suatu kaedah fikah yang termasuk dalam istilah al-qawa'id al-fiqhiyyah.

Kaedah seperti ini tidak boleh dilaksanakan kepada kesemua hukum. Ia dibuat oleh ulama terdahulu, bagi mengkhususkan kepada perkara-perkara penggunaan akal yang disebut sebagai ijtihad.

Ijtihad bererti, ulama mengeluarkan hukum-hukum baru yang diasaskan kepada nas-nas syarak berdasarkan kepada i'llah dan sebab-sebab khusus yang membolehkan hukum baru dikeluarkan.

Hukum-hukum ini adalah hukum akal. Akal manusia berbeza. Seperti berbezanya hukum-hukum ijtihad pada perkara-perkara furui'yyat (perkara cabang) dalam hukum fikah.

Perkara cabang inilah yang memungkinkan ijtihad dan berlaku perubahannya yang mengikuti perubahan zaman.

Namun demikian, bukan kesemua hukum ijtihad boleh berubah mengikut perubahan zaman atau mengikut selera manusia.

Jika ijtihad bertentang dengan hukum asal yang qat'ie dalam al-Quranul Karim, maka ijtihad tersebut tidak boleh dipakai.

Seperti kaedah lain yang disebutkan, ijtihad tidak boleh menyalahi hukum syarak.

Sepatutnya para ulama mencari jalan untuk memudah atau membolehkan hukum Allah dilaksanakan. Bukan mencari justifikasi untuk menghalang perlaksanaan hukum tersebut.

Antara sebab bagi manusia hari ini menolak hukum Allah SWT, adalah kerana ingin mempertahankan status-quo yang ada.

Jangan sesekali menyokong pemerintah, dengan tidak memberi perhatian serius daripada akibat penolakan hukum-hukum Allah SWT.

Oleh sebab itu, menukar hukum Allah dengan hukum ciptaan manusia adalah kesalahan yang amat besar.
Perhalusilah sebaik-baiknya sebarang tindakan kita, bagi mengelak kerugian besar di akhirat nanti. Wallahua'lam.

Bersama Dr Haron

Mohon bantuan bedah jantung.

Email : khairul azman sakri

GERIK: Seorang murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Seri Tawai dekat sini, yang mengidap jantung berlubang perlukan RM25,000 untuk kos pembedahannya di Institut Jantung Negara (IJN) pada 29 Oktober ini.

Bapanya, Haji Mohd Tahir Abdul Karim, 77, yang bekerja kampung, berkata sebahagian wang belanja pembedahan telah ada, tetapi masih tidak mencukupi untuk kos pembedahan anaknya itu yang dijadual pada Khamis ini.

Katanya, yang tinggal di rumah nombor 62 A, Kampung Tawai, 33300, Gerik, Perak, anaknya mengidap jantung berlubang sejak kecil lagi, tetapi hanya baru dikesan ketika berada di tahun empat.

"Untuk kos pembedahannya, kami memerlukan sebahagiannya lagi kerana bukanlah senang untuk menyimpan sebanyak RM25,000 dalam masa singkat.

"Sebahagian wang yang ada adalah derma orang ramai selain simpanan sendiri sedikit demi sedikit, jadi sekiranya pihak Harakah dapat mengeluarkan sedikit pembiayaan, saya amat mengalu-alukannya," katanya.

Ziarah ke rumah keluarga pesakit itu turut dihadiri sama Yang Dipertua PAS Kawasan Lenggong, Haji Razman Haji Zakaria, Naib YDP, Haji Mustamam Lop dan lain-lain.

Haji mohd tahid berkata, sekiranya siapa yang ingin menghulurkan derma diharap dapat memasukkan wang ke akaun Bank Simpanan Nasional atas namanya sendiri bernombor 08231-29-00003912-5.

Katanya, dia sangatsangat berterima kasih kepada semua penderma yang bersimpati terhadap nasib anaknya.

Kenapa Nak Baca Al-quran Sedangkan Tak Tau Makna?

Email : Wan Sanusi Wan Ali

Terdapat seorang lelaki tua yang tinggal di sebuah ladang di Kentucky, US dengan cucunya.

Setiap pagi, Si Datuk akan membaca Al-Quran di ruang dapur. Si cucu yang melihat, juga meniru
perbuatan Datuknya itu.

Satu hari si Cucu bertanya kepada datuknya, “Atuk, saya baca Quran ini tapi tak fahamlah maksudnya. Kalau faham pun saya akan lupa bila tutup Al-Quran. Jadi apa gunanya kita baca Al-Quran ini?”

Si Datuk lalu berpaling sebentar dan mendapatkan sebuah bakul yang kotor kerana diisi arang sebelumnya.

“Nah, kau pergi sungai, bawak air dalam bakul ni” . Si cucu pun bergegas ke sungai yang berhampiran dengan rumah mereka di ladang. Apabila pulang, tiada lagi air yang tinggal.

“Kau lambat sangat, cuba lari laju-laju sikit”. Si cucu pun berlari ke sungai dan apabila tiba di hadapan datuknya, tiada juga air yang tinggal.

“Tak boleh lah Atuk”. Cuba sekali lagi. Kali ini datuknya melihat dari pintu.. Si cucu pun, cepat-cepat ke sungai dan berlari membawa bakul untuk tunjuk kepada datuknya. “Nampak tak Atuk? Tak boleh lah”.

“Tak ada gunaya” bentak si cucu. :sad:

Si Datuk pun berkata, “Jadi kau rasa tak bergunalah? Cuba kau tengok bakul tu”.
Seperti baru tersedar, si cucu baru perasan yang bakul yang kotor tadi, kini sudah bersih.

Terus si datuk menyambung, “Macam itu lah dengan membaca Al-Quran, walaupun tidak memahami maksudnya, tetapi ia tetap membersihkan si pembacanya. Itu semua dengan kehendak Allah. Kerja Allah”

Moral: Bacalah Al-Quran walau tak tau maknanya... kerana ia kalam Allah yg boleh membersihkan hati kita. Wallahua'lam.

Rakyat Bersama Pemimpin




Lelaki berdiam diri tanda protes

Email : mohd naim mohd zain
Oleh Nor Affizar Ibrahim


Pasangan perlu tahu apa masalah belenggu suami termasuk mungkin bosan dengan kerenah isteri

SEORANG wanita yang secara kebetulan bertemu dengan teman lama dan mengetahui rakannya itu sepejabat dengan suami secara spontan bertanya, bagaimanakah sikap suaminya ketika di tempat kerja.

Kata wanita itu, di rumah suaminya seorang yang agak pendiam dan sukar diajak berbual. Malah, sepatah ditanya maka sepatah yang lazimnya akan dijawab oleh suami. Wanita itu mengeluh lagi, katanya, keadaan itu membuatkannya berasa bosan dan ada kala tertekan dengan sikap suami.

Peliknya ketika bercinta dulu, suami rancak bercakap dan pelbagai topik dibangkitkan hinggakan kadangkala dirinya sendiri tidak berpeluang bercakap.

Bagaimanapun, wanita itu mengakui suaminya seorang lelaki yang baik, dan tidak pernah mengabaikan keperluan rumah tangga termasuk tanggung jawab terhadap anak. Cuma yang tidak menyenangkan hati, suami terlalu pendiam dan lebih suka membuat hal sendiri seperti membaca surat khabar, lebih gemar tidur walaupun waktu siang hari atau rajin membasuh kereta selepas berkahwin.

Mendengar segala luahan itu, teman lamanya agak sedikit terkejut. Setahunya, di pejabat suami kepada rakannya itu tidak berhenti bercakap dan ada saja topik yang hendak dibincangkan. Kadangkala, bergurau dan mengusik rakan lain serta rajin juga bergosip sesama teman. Kenapa pula jadi begitu?

Kaunselor berdaftar Universiti Malaya, Hushim Salleh, berkata senario suami menjadi pendiam dalam rumah tangga dan berubah watak apabila berada di luar memang banyak berlaku. Malah, sepanjang mengendalikan kaunseling perkahwinan, masalah seumpama itu adalah antara isu atau konflik rumah tangga yang kerap diluahkan oleh isteri.

Beliau berkata, ada isteri yang mengadu mereka putus asa dan membiarkan suami dengan sikap pendiam asalkan rumah tangga bahagia. Namun, ada juga wanita yang terus bersabar dan terpaksa memendam perasaan serta terus berada dalam keadaan tertekan.

“Berdasarkan kajian kes banyak faktor yang menyebabkan suami menjadi pendiam ketika di rumah dan antaranya ialah tidak wujud lagi hubungan mesra antara pasangan berkenaan seperti mana mereka bercinta dulu.

“Faktor lain ialah timbul kebosanan suami terhadap kerenah isteri yang selalu mengongkong, banyak bertanya dan asyik membebel atau bercakap tidak berhenti-henti tanpa mengira tempat dan keadaan. Untuk ‘melarikan diri’ daripada semua itu dan tidak mahu menimbulkan konflik serta keadaan haru biru, lelaki memberontak atau protes secara diam dengan mengambil sikap mendiamkan diri,” katanya.

Beliau berkata, sikap seperti itu sebenarnya tidak baik untuk hubungan antara suami isteri. Sikap dan tindakan suami itu akan lebih menyakitkan hati isteri yang tidak faham serta tidak tahu apa-apa dipendamkan oleh pasangannya.

Bagaimanapun, Hushim, berkata tidak semua lelaki bersikap seperti itu sebaliknya, ada yang boleh bersoal jawab dan tidak kisah jika pasangannya bertanya apa saja dilakukannya serta mengetahui segala tindak tanduknya.

Begitu pun, beliau berkata, lazimnya antara lelaki dan wanita, pihak isteri sememangnya paling banyak mengajukan pertanyaan. Wanita menganggap dengan bertanya dan bersoal jawab ia sebagai suatu cara untuk mencari jalan penyelesaian. Malah, ada isteri begitu agresif bertanya itu dan ini sehingga terkeluar kata-kata yang tidak elok didengar.

“Selain kedua-dua faktor itu, suami bertukar menjadi pendiam mungkin juga disebabkan ada orang ketiga dalam rumah tangga. Suami bukan takut dengan isteri tetapi mengambil jalan selesa dengan hanya berdiam diri dan membiarkan isteri saja bercakap atau bertanya.

“Suami seperti itu bijak bermain psikologi dan dia tahu, apabila tiba masa isteri akhirnya akan berhenti bertanya apabila soalan diajukan tidak dijawab. Selain itu, ada suami yang bimbang jika dia menjawab maka akan lebih banyak lagi pembohongan yang dibuatnya kepada isteri,” katanya.

Hushim berkata, memang ada suami yang hanya bersikap pendiam di rumah atau bersama pasangan, tetapi tidak bersikap seperti itu ketika berada bersama rakan atau di luar rumah seperti di tempat kerja.

Katanya, suami yang bersikap sedemikian boleh dianggap berada dalam dua dunia berbeza atau bertopeng apabila berada dalam situasi berbeza. Antara alasan diberikan, tiada cerita yang boleh dikongsi bersama atau topik menarik yang perlu dibincangkan dengan isteri. Ada juga yang selamba berkata, ketika bercinta dulu, sudah banyak perkara dibincangkan bersama sehingga tiada ‘modal’ lagi untuk dijadikan bahan perbualan.

“Kata-kata seperti itu silap sama sekali. Selepas berkahwin sepatutnya, lebih banyak yang perlu diperbincangkan dan dirunding bersama kerana tanggungjawab semakin bertambah. Ini termasuklah, cara menguruskan kewangan atau hal pelajaran anak.

“Berbanding ketika bercinta, isu yang dibincangkan tentulah lebih banyak mengenai soal kasih sayang, kesetiaan dan perasaan cinta,” katanya.

Beliau berkata, selain berbincang mengenai isu kekeluargaan dan tanggung jawab, suami isteri juga boleh berkongsi cerita atau meluahkan perasaan masing-masing mengenai hal di luar seperti masalah di tempat kerja atau tekanan dihadapi.

Sebagai contoh, apabila suami bercakap mengenai sesuatu hal seperti masalah di pejabat, isteri sepatutnya cuba menyesuaikan topik itu dan perlu memberi sokongan kepada pasangan. Sebagai wanita, tidak rugi jika sekali-sekala mengalah dan mendengar apa yang dicakapkan suami daripada anda bercakap hal lain.

Pada masa sama, isteri perlu menjadi pendengar yang baik kepada suami dan cuba elakkan banyak menyampuk supaya suami tidak berasa bosan.

Hakikatnya, kata Hushim, sindrom suami menjadi pendiam di rumah tidak boleh dibiarkan berlanjutan kerana konflik seperti itu bukan saja membuatkan rumah tangga menjadi hambar, tetapi turut menyebabkan sehingga berlaku perceraian.

“Lelaki perlu bersikap terbuka dan membuka ruang untuk berkomunikasi selalu dengan isteri. Sikap suami yang terus membisu boleh memberikan tekanan kepada isteri. Malah, konflik yang timbul boleh memberi kesan kepada anak.

“Paling dikhuatirkan, isteri yang dalam keadaan tertekan akan bertindak melampaui batas sehingga bersikap ‘pindah gantian’ kepada anak dan melakukan perkara negatif seperti yang berlaku dalam beberapa tragedi sedih antara ibu dan anak sebelum ini,” katanya.

Belajarlah Menjadi Dewasa

Email : mohd naim mohd zain

Ramai yang memasuki gerbang perkahwinan hanya dengan bermodalkan cinta semata-mata. Sedangkan perkahwinan yang bermula dengan cinta membara bukan jaminan untuk ia terus bertahan.

Dan, surat nikah pula bukan jaminan kebahagiaan kerana ia ibarat lesen kereta yang belum tentu menjamin keselamatan jalan raya jika kita tidak mematuhi peraturan lalu lintas.

Dalam perkahwinan kita membawa beraneka kelakuan dan kebiasaan. Kelakuan itu sama ada baik mahupun buruk, kelebihan atau kelemahan serta kedewasaan atau kanak-kanak.

Perkahwinan adalah tindakan orang dewasa walaupun ketika memasuki gerbang perkahwinan, kita belum cukup dewasa. Sepatutnya, apabila diijab kabul, kita yakin kepada diri sendiri bahawa kita dalam dunia orang dewasa.

Dalam perkahwinan, kita mungkin terbawa sikap keanak-anakan atau perangai ganjil dan mementingkan diri sendiri. Malah, perkahwinan bukan jaminan kita akan meninggalkan semua sifat itu.

Namun, apabila kita mampu mengimbangi kelakuan yang sukar itu, perkahwinan menjadi perpaduan yang menyenangkan.

Terdapat juga seseorang yang begitu lama mempunyai sikap keanak-anakan tiba-tiba berubah menjadi orang dewasa apabila memasuki alam perkahwinan.

Kadangkala perkahwinan itu melukai kita tetapi perkahwinan juga menyembuhkan kita. Banyak pasangan suami isteri yang bahagia mempunyai cerita betapa sulitnya mereka ketika dalam masa penyesuaian.

Malah, mereka hampir terhempas dan karam. Tetapi, mereka mampu menghadapi semua cabaran itu dan akhirnya perkahwinan menjadikan mereka dewasa.

Dalam perkahwinan kita beruntung kerana mempunyai seorang kawan tempat kita mengadu, membahagikan masa dan menghadapi hari-hari yang tidak dapat dipastikan sama ada seronok atau sebaliknya.

Walaupun kadangkala perangai suami menyakitkan hati, tetapi dia masih boleh menjadi suami yang baik malah kadangkala dalam kesepian, dapat juga kita melabuhkan kepala ke bahu atau dada suami.

Memang selalu kita dengar keluhan yang menakutkan mengenai perkahwinan. Misalnya, seorang wanita bercerita, “selama 20 tahun saya menjadi isterinya, hidup saya benar-benar terseksa. Barulah sekarang kami bahagia”.

Mendengar keluhan begini, tentu ada yang beranggapan bahawa begitu lama untuk mencari penyesuaian, jika begitu lebih baik tidak kahwin sahaja.

Sebenarnya, kejadian yang begitu dramatis tidaklah selalu terjadi untuk mencapai penyesuaian dalam perkahwinan. Sebagai bukti, ketika hidup bersama keluarga, ayah, ibu, kakak, abang dan adik atau dalam pergaulan sehari-hari, teman sebilik juga memerlukan keseimbangan.

Malah, kejadian sehari-hari seperti itu adalah latihan untuk hidup bersama pasangan anda dalam perkahwinan.

MATINYA DEMOKRASI DI PERAK

Kenyataan Media (28 Oktober 2009)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat sedih dan cukup bimbang dengan suasana di Perak terutamanya apa yang telah berlaku semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada hari ini sebentar tadi.

Krisis yang sudah hampir lapan (8) bulan berlalu ini seolah-olah tiada jalan penyelesaian kerana banyak pihak yang diberikan kuasa telah menyalahgunakan kuasa mereka mengikut perancangan- perancangan yang telah di susun oleh UMNO / Barisan Nasional (BN).

DPPN Pk melihat bahawa krisis yang sepatutnya diselesaikan oleh rakyat telah diketepikan kerana terlalu gilakan kuasa dan sikap tidak sabar UMNO / BN untuk berkuasa kembali sebelum Pilihan Raya Umum ke - 13 sehingga sanggup membelakangkan nilai-nilai adab ketimuran serta adap-tertib kepimpinan.

DPPN Pk sedar bahawa suara yang telah kami sembahkan kepada DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah semasa mengadap baginda tempohari tidak membuahkan hasil sepertimana yang rakyat Perak harapkan.

DPPN Pk amat bersimpati kepada seluruh rakyat Perak khasnya dan rakyat Malaysia amnya malah masyarakat antarabangsa yang melihat sendiri krisis yang masih berlarutan ini tanpa penyelesaian konkrit serta terkuburnya demokrasi dan undang-undang yang menjadi asas keluruhan dalam Rukun negara Malaysia.

DPPN Pk sekali lagi merafak sembah merayu kepada Paduka Seri Sultan Perak dan juga Raja Muda Perak membantu kami dan rakyat yang cintakan demokrasi untuk memastikan krisis ini dapat diselesaikan secepat mungkin melalui jalan musyawarah dan keluhuran perlembagaan.


DR. RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

ADAKAH JEBAT AKAN MUNCUL?

Email : Naninu Sakun

ASSALAMUALAIKUM YB!
PERTAMA2NYA SAYA UCAPKAN SYABAS KEPADA SEMUA ADUN PAKATAN RAKYAT YANG TETAP MEMPERJUANGKAN KEADILAN DIBAWAH LANDASANNYA DAN TETAP MEMPERTAHANKAN WALAUPUN JIWA DERITA. TERIMA KASIH YB2 PAKATAN RAKYAT SEMUA KERANA ANDA TIDAK MELACURKAN DEMOKRASI DI MALAYSIA KHUSUSNYA DI NEGERI PERAK INI. SEDIH HATI INI BILA MELIHATKAN BN SENANG2 SAHAJA MEMAINKAN UNDANG2 DAN TAHNIAH KEPADA PDRM KERANA SUDI JADI BARUA BN! KEPADA POLIS DAN ADUN2 BN YG BERAGAMA ISLAM BERSEDIALAH DGN JAWAPAN ANDA YG TERBAIK DI AKHIRAT KELAK.

KENAPA UNDANG2 BOLEH DIPERMAINKAN DENGAN BEGITU MUDAH OLEH BN? KENAPAKAH MELAYU DI KG2 MASIH TIDAK SEDAR PERKARA INI? ADAKAH KERANA WANG RM200? ADAKAH KERANA DPT PERCUMA HELMET? ADAKAH KERANA DAPAT BENIH2 IKAN KELI? ADAKAH KERANA DAPAT BERAS FREE? ADAKAH KERANA DAPAT MAKAN FREE? SENANG2 MELAYU TERUS LAYU! TAPI SAYA BERSYUKUR MASIH ADA LAGI MELAYU YG TIDAK SABAR2 AKAN MENGHUKUM KEBOBROKAN BN INI PADA PILIHANRAYA AKAN DATANG. NAMUN SOALAN SAYA KENAPA MASIH ADA UMAT MANUSIA DI MALAYSIA INI MASIH TAK SEDAR DITIPU BN? ADAKAH NAK TUNGGU JEBAT DATANG MENEGAK KEBENARAN BARU KITA SEDAR AKAN KESILAPAN?

TRAGEDI YG MEMBABIT PELAJAR MATI DI PERAK KERANA PROGRAM PERKHEMAHAN 1 MALAYSIA MENYEDIHKAN KITA. KESIAN GURU2 PULA MEDIA DAN IBU BAPA MENYALAHKAN. MANA NUTP? MANA PERGINYA SETIAUSAHA AGUNG KPPK? PANGGIL PRESS CEPAT BUAT STATEMENT! SAYA TIDAK DAPAT LUPA SEORANG AHLI NUTP KAWAN SAYA DI TAIPING BEGITU SEDIH MENCERITAKAN SATU PERKARA KEPADA SAYA MEMBABITKAN SETIAUSAHA KPPK. NAK TAHU 1 MALAYSIA APA KISAHNYA? BENDANI SAYA KENA DEDAHKAN KERANA SAYA JUGA DAH KENA. GURU TERSEBUT MENGHADAPI MASALAH TENTANG GAJINYA DI GRED DGA 32 DAN DG A41 YG MEMANG RUMIT. DIRINGKASKAN CERITA BELIAU TELAH MENGHUBUNGI SI SETIAUSAHA NUTP SETELAH MENDAPAT NO TELNYA DARI SAYA. TAHU APA KATA SETIAUSAHA NUTP? BELIAU TELAH MEMARAHI CIKGU BERKENAAN, CAKAP TAK SEPERTI BELIAU CAKAP DENGAN PRESS PENUH TATATERTIB. SOALAN SAYA PATUTKAH INI? SAYA X KATA NUTP XELOK, SAYA SANJUNG KERANA ADA DIKALANGAN AJK BEGITU MEMPERJUANGKAN NASIB GURU2 SEPERTI DI ERA SAUDARA SHAUKAT ALI, USTAZ, DATO SIVA DLL TETAPI HORMAT KAMI GURU2 DI DITAIPING MUSNAH BILA DENGAR KISAH SAHABAT TADI. NUTP BOLEH CEK SEKOLAH MANA YG XADA MENYOKONG SETIAUSAHA NUTP TERSEBUT DALAM PEMILIHAN YANG LEPAS DAH TENTU TAHU.

MINTA MAAF SETIAUSAHA NUTP SAYA TERPAKSA DEDAHKAN INI TAPI SAYAPUN DAH TERKENA DENGAN ANDA. SAYA TELAH MEMBUAT SURAT RAYUAN KEPADA NUTP MENYOKONG USAHA SAYA MENYAMBUNG BELAJAR BERSAMA2 ISTERI. CAWANGAN BERI SURAT MAKLUMKAN IA TELAH DIPANJANGKAN KEPADA SETIAUSAHA NUTP TAPI SETELAH LEBIH 3 TAHUN SAYA MASIH TIDAK MENDAPAT APA2 SURAT DARI SI SETIAUSAHA INI. TAKKAN NAK TUNGGU JEBAT MUNCUL BARU MASALAH SI SETIAUSAHA INI BOLEH SELESAI?MUNGKIN ADA GURU2 YG MENYOKONG SETIAUSAHA NUTP INI. TERUSKANLAH SAYA XMARAH TAPI KALAU KENA BATANG HIDUNG SENDIRI NANTI JGN MARAH SAYA PULAKYE. NAMUN BEGITU SAYA TETAP PUJI NUTP DULU YG SETIA MEMPERJUANGKAN NASIB GURU SEBELUM INI TAPI SAYA TIDAK PUJI SI SETIAUSAHA NUTP LANI. MAAFYE! WALLAHUAKLAM.....SAYA BERANI KERANA BENAR...

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

TPM, DIGESA AMBIL TINDAKAN SEGERA – PESURUHJAYA PAS PERAK

Email : mohd hafez sabri

IPOH, 29 Oktober - Berikutan pendedahan berkenaan jambatan gantung yang runtuh sehingga mengakibatkan seorang murid sekolah meninggal dunia dan dua lagi hilang dalam tragedi baru-baru ini dibina tanpa mendapat kelulusan Jabatan Kerja Raya (JKR), jelas mengecewakan semua pihak.

Menurut Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain, beliau menggesa agar Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhiyiddin Yassin bertanggungjawab sepenuhnya atas kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah JKR Perak Datuk Dr Safry Kamal Ahmad bahawa jambatan yang dibina tidak mendapat kelulusan dari pihak JKR.

Sebelum ini Muhiyyidin Yassin telah mengarahkan satu jawatankuasa siasatan ditubuhkan untuk menyiasat kejadian jambatan gantung yang runtuh itu, serta meminta jawatankuasa itu membentangkan laporan tersebut kepada beliau.

Menurut Pesuruhjaya PAS Perak itu, Muhiyyiddin perlu bertindak segera atas pendedahan Pengarah JKR Perak itu, hal ini kerana beliau merupakan individu yang paling bertanggungjawab dalam kes ini, kerana beliau adalah Menteri Pelajaran Malaysia, jelas beliau

Memetik ulasan Pesuruhjaya PAS Perak itu “ Saya menggesa Menteri Pelajaran Malaysia segera menyelesaikan kes ini, jangan hanya menunggu laporan sahaja, tindakan perlu dilakukan dengan segera, insiden ini bukan perkara kecil, ia telah menyebabkan kehilangan nyawa manusia ” jelas beliau

Memetik ulasan beliau lagi “ Saya menggesa agar pihak kerajaan mengenalpasti siapakah pihak bertanggungjawab menjalankan projek membina jambatan gantung ini, Siapakah kontrektor yang bertanggungjawab terhadap projek ini, Mengapa projek ini dijalankan tanpa pengetahuan JKR, dan berapa anggaran sebenar jumlah wang yang dihabiskan untuk membina jambatan ini “

Menurut Pesuruhjaya PAS Perak itu, semua persoalan ini perlu dijawab sesegera mungkin, sesungguhnya rakyat Malaysia mahukan penjelasan yang sebenar berkenaan insiden ini, hal ini penting supaya ianya dapat dijadikan iktibar bagi semua pihak, jelas beliau.