30 Oktober 2009

Kenyataan Media Siva : Siapa yang berbohong ?

Gambar yang ditunjukkan oleh Sivakumar membuktikan bahawa benar beliau dikasari dan dicekik oleh polis.

IPOH, 29 Okt :-Saya memanggil sidang media selepas penafian Ketua Polis Perak dalam akhbar Sinar menafikan polis bertindak kasar dan saya berbohong. Demikian kenyataan media oleh Speaker Dun Perak, V.Sivakumar dalam sidang media sebentar tadi di sini.

Hadir sama dalam sidang media itu ialah Adun-Adun Pakatan Rakyat, Drs. Khalil Idham Lim (Titi Serong), Ong Boon Piao (Tebing Tinggi), Chang Min Kai (Simpang Pulai), Tai Sing Eng (Kuala Sepetang), Chen Fok Chai (Keranji) dan Yee Siew Kai (Pokok Asam).

Rakan media ditayangkan rakaman kekasaran polis yang dilakukan terhadap Adun Pakatan Rakyat.

Beliau menegaskan siapa tipu, saya atau akhbar??, tanyanya.

Kenyataan Ketua Polis Perak seperti dibaca dalam Sinar Harian, apa yang dikatakan oleh Adun Pakatan Rakyat tidak benar.

Sivakumar mengatakan mereka merancang untuk membuat kekasaran kepada Adun dalam bangunan SUK. Saya juga mempersoalkan ramai orang lain termasuk peguam UMNO boleh masuk, namun kenapa kami Adun hanya satu persatu dibenar masuk ikut pintu besar yang buka sedikit sahaja.

Siva mengatakan yang sebenarnya yang mengatur drama ialah Zambry.

Bukti saya bukan buat drama ialah cebisan baju yang koyak yang ditunjukkan kepada media kelmarin, katanya lagi.

Saya menegaskan saya bukan menipu dan yang menipu ialah Ketua Polis Perak.

Saya mempersoalkan kenapa Ganesan di kawal oleh 22 orang yang mengelilingi tempat duduk Ganesan. Sedangkan saya pada 7 Mei lalu, saya tidak dijaga langsung oleh polis dan membantu apa yang saya arahkan.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

geng2 bn mmg pandai berlakon...tp rakyat sudah tahu lakonan mereka..tak perlu nak menidak itu dan ini. Nanti satu persatu temberang mereka akan terbuka tanpa mereka sedari...ALLAH itu Maha Adil

Tanpa Nama berkata...

wamakaru wamakrallah wallahu khairul makirin, mereka ingat mereka bijak dan hidup mau menongkat langit ye, aku yakin akan tiba masanya Allah akan bongkar segala kebobrokan mereka Bn Jahanam

Budak Pencen berkata...

Yb Sivakumar pernah saya puji dan sekali lagi
saya tabik kepada beliau.Kesabaran dan keberanian YB Siva tiada tolok banding.Kepada
PDRM tengok lah apa yg telah kamu lakukan.Ketua
Polis Perak pernah saya kagumi semasa bertugas
diKelantan tetapi sekarang walau apa pun alasan beliau mengarahkan anak buah menggomoli
YB Siva,tidak boleh diterima dalam Negara demokrasi Malaysia.

azhar berkata...

salam...YB jangan takut...kami profesiaonal tahu semua perkara tu..cuma skrg letih sikit...kita tunggu bubar dun...kita gempur mereka...KP Perak tu memang ckp mcm tu ,jaga periuk nasi...nanti kena jadi jaga plak...tak best tu...sepatutnya dari dulu lagi polis boleh jaga ...cume depa ingat yang bagi makan kat depa tu Be End...tunggu masa kita tumpor dema...

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) berkata...

secara logiknya pun, perkara ini memang tak masuk akal semenjak kehilangan 'adun2 lompat' dahulu.

rentetan peristiwa yang berlaku kemudiannya cuma menguatkan lagi kesahihan bahawa terdapat konspirasi rampasan kuasa yang sangat terancang oleh be end.

adalah masuk akal untuk pr kembali berkuasa di perak andai pilihanraya diadakan sekali lagi.

namun kuasa itu nampaknya bukan di tangan pr. maka kita dipaksa menunggu pru-13 untuk membuktikan kehendak rakyat sekali lagi?

dalam jangka masa itu mcm2 perkara boleh berlaku. pelbagai sandiwara dan ugutan lagi akan ditanam dalam jiwa para pengundi terutama pengundi atas pagar.

saya sokong sebarang tindakan yb kerana tanpa tindakan, kelak perak hanya akan tinggal sejarah sebagai negeri yg pernah diperintah pr satu ketika dulu...

pakjol64 berkata...

susah sungguh hangpa jadi ADUN PR Perak.
Kat Mongolia pun tak macam tu.....

Tanpa Nama berkata...

ya saya setuju sebenarnya Ketua Polis tu xbc paper

Zuones berkata...

Zaman sekarang... Polis semakin tidak dipercayai.. Polis kini ada perogol.. penjenayah... perasuah.. KPI Polis agak teruk... segalanya kerana cahaya keimanan semakin jauh... Dan lihatlah bagaimana mereka yang pernah terlibat.. apa jadi kepada mereka.. ALLAH itu Maha Adil.. ALLAH akan menolong hambanya.. Doa mereka yang dianiaya... tiada hijab ...

Tanpa Nama berkata...

Be End..........tunggu

anak sedara siva speaker sah berkata...

saya juga baca paper metro hari ini..
ada cerita kp negeri yang menidakkan kekasaran polis terhadap siva dan geng pr tu..
Baginda bertitah takda anggota polis berkasar cuma berkawal..berkawal cara polis..ala macam polis amerika tu yang termasuk dalam "cought on camera "tu...
pukul pakai cotar tu..
kat sini dia orang tak buat cam tu..cuma cekik.pijak..mungkin dia orang tak nampak pakcik saya tu..ialah sebab dia gelap sikit..tapi yang heran tu ..uncle zambri yang bak bontot kuali lama tu dia orang nampak pulak,,siap jaga lagi..
mesti depa depa tu perasan yang dapat gaji halal pada hari tu..pada hari tu je pun..hari lain dgn rasuah..duit kopi..duit kopi pati..itu yang tak pedulikan samada gaji masuk ke tak masuk tu..
itu belum yang masuk acc special lagi bagi yang lebih tinggi..
apa pun kesian uncle and geng depa..kena titik..ada gambar pun tak dipercayaai orang..
kat pd azez dakwa kena tumbuk terus ada pihak siasat..gambar takda pun..

Tanpa Nama berkata...

Assalammualikum Yb..gambar siva @ gambar yg lain2 tu kita buat banner besar2 punya.letak kat kita punya markas depan jalan kasi org nampak terang2 punya.Ok tak

Tanpa Nama berkata...

Kpd ADUN2 PR, Tahniah...korg mmg layak digelar pahlawan..lawan tetap lawan...satu cdgn..kalau bleh, tiap2 insiden yg polis nie buat mcm celaka, amik nama diorg, simpan, kita nak tgk 2-3 tahun lagi ape jd kat diorg..kalau kita memerintah esok, heret diorg ke muka pengadilan..terutama si polis nama BALA.. ko tunggu...

Tanpa Nama berkata...

SETUJU SGT SETIAP GAMBAR INSIDEN2 KEJAHATAN POLIS DIBUAT BANNER BESAR DAN DIGANTUNG DI SETIAP TEMPAT STRATEGIK SUPAYA MAKHLUK UMNO DAPAT TENGOK DGN TERANG LAGI BERSULUH!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

tak payah lah buat banner dan gantung.....bee een dah memang jalan tutup mata la ni......suma benda, undang2 dh dilanggar..

Tanpa Nama berkata...

Allah Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa. Setiap kekejaman pasti ada pembalasan dan tunggu PRU13 pasti jawapannya di sana ...