25 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :
قُلْ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَمَآ أُنزِلَ عَلَيْنَا وَمَآ أُنزِلَ
عَلَىٰٓ إِبْرَٰهِيمَ وَإِسْمَـٰعِيلَ وَإِسْحَـٰقَ وَيَعْقُوبَ وَٱلْأَسْبَاطِ
وَمَآ أُوتِىَ مُوسَىٰ وَعِيسَىٰ وَٱلنَّبِيُّونَ مِن رَّبِّهِمْ لَا نُفَرِّقُ
بَيْنَ أَحَدٍۢ مِّنْهُمْ وَنَحْنُ لَهُۥ مُسْلِمُونَ ﴿٨٤﴾ وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ
ٱلْإِسْلَـٰمِ دِينًۭا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِى ٱلْءَاخِرَةِ مِنَ
ٱلْخَـٰسِرِينَ ﴿٨٥﴾ - آل عمران
اَشْهَدُ اَنْ لاَ الهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ
لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبـَارِكْ
عَلىَ سَيِّدِنـَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الِهِ وَاَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ اِلىَ
يَوْمِ الدِّيْنِ.
اَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله اِتَّقُوْ
اللهَ فَاِنَّ اللهَ مَعَ الْمُتَّقِيْنَ.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Bertaqwalah
kita kepada Allah dan janganlah kita mati kecuali dalam keadaan kita beriman. Ayat yang dibacakan tadi bermaksud :
Katakanlah
(wahai Muhammad): Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang telah
diturunkan kepada kami dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi:
Ibrahim dan lsmail dan Ishak dan Yaakub dan keturunannya dan kepada apa yang
telah diberikan kepada Nabi-nabi: Musa dan Isa dan sekalian Nabi-nabi dari
Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan
seseorang pun di antara mereka, dan kepada Allah jualah kami berserah diri
(Islam). Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan
diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang
rugi. – Ali Imran ayat 84 -85.
Allah menerangkan dalam ayat di atas bahawa menjadi kewajipan
kepada semua Umat Islam yang mengaku menjadi Umat Nabi Muhammad SAW agar
beriman kepada Allah dan Al-Quran yang diturunkan kepada baginda serta beriman
kepada kitab-kitab yang diturunkan kepada para nabi sebelumnya termasuk
Ibrahim, lsmail, Ishak dan Yaakub, Musa,
dan Isa serta para nabi yang telah diutuskan oleh Allah. Ini kerana Allah
pernah tidak membeza-bezakan di antara mereka kerana kesemua mereka membawakan
agama dan ajaran daripada Allah.
Maka celakalah nasib kita di Hari Akhirat kelak jika kita memilih
selain Islam sebagai cara hidup yang lengkap. Apakah kita pada hari ini
benar-benar telah memilih cara hidup Islam dan meninggalkan cara hidup selain
daripada Islam atau kita sendiri tidak mengetahui yang mana satukah cara hidup
yang telah ditentukan oleh Islam.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Dalam ayat seterusnya Allah berfirman :
كَيْفَ يَهْدِى ٱللَّهُ قَوْمًۭا كَفَرُوا۟
بَعْدَ إِيمَـٰنِهِمْ وَشَهِدُوٓا۟ أَنَّ ٱلرَّسُولَ حَقٌّۭ وَجَآءَهُمُ ٱلْبَيِّنَـٰتُ
ۚ وَٱللَّهُ لَا يَهْدِى ٱلْقَوْمَ ٱلظَّـٰلِمِينَ ﴿٨٦﴾ أُو۟لَـٰٓئِكَ
جَزَآؤُهُمْ أَنَّ عَلَيْهِمْ لَعْنَةَ ٱللَّهِ وَٱلْمَلَـٰٓئِكَةِ وَٱلنَّاسِ
أَجْمَعِينَ ﴿٨٧﴾ خَـٰلِدِينَ فِيهَا لَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ ٱلْعَذَابُ وَلَا
هُمْ يُنظَرُونَ ﴿٨٨﴾ إِلَّا ٱلَّذِينَ تَابُوا۟ مِنۢ بَعْدِ ذَٰلِكَ
وَأَصْلَحُوا۟ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌۭ رَّحِيمٌ ﴿٨٩﴾
-
آل عمران
Bagaimana Allah akan memberi
petunjuk hidayat kepada sesuatu kaum yang kufur ingkar sesudah mereka beriman
dan juga sesudah mereka menyaksikan bahawa Rasulullah (Nabi Muhammad) itu
adalah benar dan telah datang pula kepada mereka keterangan-keterangan yang
jelas nyata dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk hidayatNya
kepada kaum yang zalim.
Mereka itu balasannya ialah
bahawa mereka ditimpa laknat Allah dan malaikatNya serta sekalian orang-orang
yang beriman.
Mereka kekal di dalamnya, tidak
diringankan azab seksa daripada mereka dan mereka pula tidak diberi penangguhan.
Kecuali orang-orang yang
bertaubat sesudah (ingkar) itu, serta memperbaiki keburukan mereka, maka
sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani – Ali
Imran ayat 86 - 89.
Sidang Jumaat sekelian,
Allah menegaskan bahawa Dia
tidak akan memberi petunjuk hidayat kepada seseorang yang menolak SyariatNya
setelah diperlihatkan berbagai bukti kebenaran Allah dan dipertontonkan dengan
kebenaran dan ketinggian akhlak Rasulullah kerana mereka sebenarnya telah
menzalimi diri mereka sendiri. Akibat tindakan yang mereka pilih sendiri maka
mereka akan dilaknat oleh Allah dan malaikatNya serta sekalian orang-orang yang
beriman. Mereka akan kekal di dalam neraka dan tidak akan diringankan azabnya
dan tidak akan dipedulikan sama sekali.
Namun atas belas ehsan Allah yang Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani mereka masih berpeluang untuk bertaubat serta memperbaiki akhlak
dan keimanan mereka serta berusaha menjadi orang-orang yang bertaqwa.
Ulamak berbeza pandangan mengenai sebab
turunnya ayat ini. Antara yang paling masyhur adalah sebagaimana yang
disebutkan oleh Imam Abu Jaafar At-Tobari
bahawa ayat ini turun kepada Al-Harith Bin Suwaid Al-Ansari (اَلْحاَرِثُ بْنُ سُوَيْدِ الأَنْصاَرِي) yang asalnya
merupakan seorang Islam dan kemudiannya murtad. Beliau kemudian menyesal dan
ingin bertaubat lalu turunlah ayat ini. Lalu beliaupun kembali kepada Islam.
Sidang Jumaat sekelian,
Manusia paling malang di dunia dan di Akhirat adalah golongan
ketiga yang bakal mendapat siksaan Allah yang amat perit dan mereka akan kekal
di dalam neraka. Firman Allah :
إِنَّ
ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ بَعْدَ إِيمَـٰنِهِمْ ثُمَّ ٱزْدَادُوا۟ كُفْرًۭا لَّن
تُقْبَلَ تَوْبَتُهُمْ وَأُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلضَّآلُّونَ ﴿٩٠﴾ إِنَّ ٱلَّذِينَ
كَفَرُوا۟ وَمَاتُوا۟ وَهُمْ كُفَّارٌۭ فَلَن يُقْبَلَ مِنْ أَحَدِهِم مِّلْءُ
ٱلْأَرْضِ ذَهَبًۭا وَلَوِ ٱفْتَدَىٰ بِهِۦٓ ۗ أُو۟لَـٰٓئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ
أَلِيمٌۭ وَمَا لَهُم مِّن نَّـٰصِرِينَ
﴿٩١﴾
Sesungguhnya
orang-orang yang kafir sesudah mereka beriman, kemudian mereka bertambah kufur
lagi, tidak sekali-kali akan diterima taubat mereka dan mereka itulah
orang-orang yang sesat.
Sesungguhnya
orang-orang yang kafir, lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak
sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka emas sepenuh bumi,
walaupun dia menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak) itu. Mereka itu akan
mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan mereka pula tidak akan
beroleh seorang penolong pun – Ali Imran ayat 90 – 91.
Muslimin yang
dirahmati Allah,
Berbeza dengan orang-orang yang murtad kemudiannya menjadi
bertambah kufur sehinggalah saat kematian mereka. Golongan yang sesat seperti
ini tidak akan diterima taubat mereka dan mereka itulah orang-orang yang sesat.
Mereka akan menerima azab yang tidak terperi sakitnya yang tidak mampu
dihentikan siksaan itu dengan pertolongan sesiapa ataupun jika mereka mampu
sekalipun menebusnya dengan emas dan permata sebesar bumi dan segala yang ada
di dalamnya.
Syeikh Dr. Wahbah Bin Mustaffa Az-Zuhaili (وهبة بن مصطفى الزحيلي) dalam tafsirnya Al-Wasithnya (تفسير الوسيط) menceritakan
mengenai 3 golongan kuffar yang disebut dalam Al-Quran iaitu berasaskan keadaan
mereka yang berterusan dalam kekufuran lalu mati ataupun bertaubat selepas
murtad ketika hidupnya ataupun hanya bertaubat di saat akhir hidupnya.
a.
Mereka yang murtad lalu bertaubat maka
diterima taubat mereka itu selagi nyawanya belum sampai ke ghargharah. (الغرغرة)
b.
Mereka yang murtad lalu bertaubat
kemudiannya kembali murtad maka tidak akan diterima taubatnya.
c.
Mereka yang murtad dan mati dalam keadaan
kufur.
Maka
tidak akan diterima taubat mereka yang murtad ini dan tidak akan
mampu
ditebus walau dengan apa cara sekalipun.
بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ
الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ
الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ
الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ
وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ
وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.
خطبة كدوا
اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :
أَفَغَيْرَ دِينِ ٱللَّهِ يَبْغُونَ وَلَهُۥٓ
أَسْلَمَ مَن فِى ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ طَوْعًۭا وَكَرْهًۭا وَإِلَيْهِ
يُرْجَعُونَ ﴿٨٣﴾ (آل عمران :83)
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَــهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ
لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .
فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ
فَازَ الْمُتَّقُوْنَ
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Apakah kita masih tidak mahu menerima ketetapan
Allah sedangkan langit dan bumi serta segala isi di dalamnya telah tunduk dan
patuh kepada ketetapan Allah samada secara rela ataupun terpaksa. Hanya jin dan
manusia yang masih lagi degil dan mencari cara hidup lain selain dari yang
telah ditetapkan oleh Allah.
Murtad tidak hanya semata-mata dengan
mengisytiharkan keluar dari Islam. Murtad boleh terjadi dengan menolak hukum
dan Syariat Allah. Murtad juga berlaku jika kita menerima sebahagian Syariat
Allah dan menolak sebahagian yang lain. Murtad juga boleh berlaku dengan
menghina Allah, Rasul dan Syariat Allah. Murtad juga boleh berlaku apabila kita
mensyirikkan Allah dengan sesuatu. Maka janganlah kita berterusan melakukan
sesuatu yang boleh mengeluarkan kita daripada sempadan agama suci ini sehingga
kita mati dalam keadaan kita tidak diiktiraf sebagai seorang Islam yang
beriman. Maka apakah yang akan menyelamatkan kita daripada kekal selama-lamanya
berada dalam azab kerana jika kita mempunyai segala bentuk kekayaanpun di muka
bumi ini maka tidak akan ada nilainya di sisi Allah untuk kita tukar
ganti.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ
وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ
وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ
رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ،
اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،
وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ
اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ
يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ
رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،
وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ
كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا
مُنْزِلَ الْكِتَابِ،
وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ،
بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ
الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ
وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف
عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
رَبَّنَا ءَاتنِاَ
فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ
لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ
وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم
لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .
فَاذْكُرُوْا اللهَ
الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ
يَزِدْكُمْ ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ ، وَلَذِكْرُ اللهِ
أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Perak