11 Oktober 2012

Raja Jordan lantik PM baru menjelang p’raya

25 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


AMMAN: Raja Jordan, Raja Abdullah II telah melantik Perdana Menteri baru untuk membentuk barisan Kabinet baru menjelang pilihan raya parlimen. Ini adalah kali terakhir raja mempunyai kuasa untuk melantik Perdana Menteri di negara ini.
Selepas pilihan raya, yang dijangka diadakan pada akhir tahun ini atau awal tahun 2013, rakyat Jordan akan mengundi ahli parlimem yang kemudiannya akan memilih calon untuk jawatan perdana menteri.

Perubahan itu adalah di bawah semakan perlembagaan yang berlaku tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha pembaharuan Raja Abdullah.

Pihak istana mengatakan Raja Abdullah melantik  Abdullah Ensour, bekas timbalan perdana menteri, untuk menggantikan Fayez Tarawneh, yang meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Rabu lalu.

harakahdaily/-

Tiada ulasan: