12 September 2016

Perlombongan emas di Kelantan.

13 Jamadil Awwal 1437 [MOD] -

Manakala perlombongan emas sekarang dijalankan di dua tempat di Kelantan iaitu Mukim Sokor di Tanah Merah dan Kampung Pulai di Gua Musang. Di Sokor perlombongan emas diusahakan sebuah syarikat dari China iaitu China Nonferrous Metal Mining (Group) Co. Ltd (CNMC). CNMC sebuah konglomerat dari China yang terlibat dengan perlombongan sumber galian bukan ferus di seluruh dunia. 

Syarikat terbabit ditubuhkan pada 1983 dan ia diuruskan oleh Suruhanjaya Penyeliaan dan Pentadbiran Majlis Negeri Aset Negeri. CNMC mempunyai lombong di Zambia, Mongolia, Thailand, Malaysia dan Laos. Syarikat berkenaan juga melabur dalam perlombongan tembaga, aluminium, nikel, zink, tantalum, niobium dan berilium. 

Masjid Xiaodongying Guangzhou

10 Zulhijjah 1437 [MOD] -



Masjid Xiaodongying yang dibina pada zaman Dinasti Ming mempunyai sejarah selama kira-kira 500 tahun. Masjid ini telah memberi sumbangan yang besar kepada usaha pendidikan di Guangzhou sama ada pada masa silam atau zaman moden ini.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.

10 Zulhijjah 1437 [MOD] -


Saya sekeluarga mengucapkan SHR Aidil Adha kepada semua umat Islam di mana sahaja berada. Semuga Hari Raya ini dapat meningkatkan lagi keimanan kita kepada Allah SWT dengan kita mengambil iktibar dari semangat pengorbanan yang dilakukan oleh para Rasul dan Nabi khususnya Nabi Ibrahim AS sekeluarga.

22 Februari 2016

Mangsa banjir di Sarawak meningkat 7,931 orang

13 Jamadil Awwal 1437 [MOD] -

KUCHING: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di bahagian Kuching, Serian dan Samarahan meningkat awal pagi ini sehingga menjangkau 7,931 orang daripada 2,033 keluarga berbanding 5,769 orang daripada 1,527 keluarga malam tadi.
  
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Sarawak, Siti Huzaimah Ibrahim berkata jumlah pusat pemindahan (PP) banjir juga bertambah menjadi 47 buah berbanding 31 malam tadi.

04 Februari 2016

Potensi ternakan rusa, mudah dan jimat

25 RabiulAkhir 1437 [MOD] -
Penternakan rusa merupakan satu bidang yang masih baru dan kurang diceburi golongan usahawan di negara ini. Kepelbagaian tanggapan menyebabkan bidang ini dipandang sepi meski pun ia mampu menjana pendapatan lumayan buat pengusahanya.

Lazimnya, orang ramai menganggap haiwan ini sebagai hidupan liar dan sukar untuk dipelihara atau diternak. Selain itu, kebanyakan individu menganggap haiwan ini sebagai ternakan eksklusif yang tidak mampu diusahakan kerana bernilai tinggi.