3 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
َلْحَمْدُ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَهْدِيْهِ
وَنَسْتَغْفِرُهُ، وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئاَتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهِ فَلاَ
مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْهُ فَلاَ هَادِىَ لَهُ.
أَشْهَدُ أَن لَا إِلَهَ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ
وَرَسُولُهُ، أَرْسَلَهُ بِالْحَقِّ بَشِيرًا وَنَذِيرًا بَيْنَ يَدَيِ
السَّاعَةِ، مَنْ يُطِعِ اللهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ رَشَدَ، وَمَنْ يَعْصِهِمَا
فَقَدْ غَوَى.
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ
عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ !! اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُم وَإيَّايَ
بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُونَ.
Saudara kaum muslimin sidang Jumaat
yang dirahmati Allah,
Dikesempatan
yang mulia lagi berkat ini saya ingin memberi ingatan kepada diri saya sendiri
dan kepada tuan-tuan sidang Jumaat yang dirahmati sekalian agar terus menerus
berada di dalam ketaqwaan kepada Allah s.w.t dengan mengerjakan amal soleh,
kerana hanya dengan amalan soleh sahaja akan menjamin kejayaan di dunia dan
kebahagian di Akhirat.
Sidang Jumaat yang diberkati,
Di
antara peranan yang telah di bawa oleh Islam ialah membentuk manusia, sama ada
itu dari segi orang perseorangan atau pun dari segi kemasyarakatan. Dari segi
orang perseorangan, Islam telah menanam di dalam jiwa manusia dasar-dasar
pengabdian diri kepada Allah s.w.t, iaitu dengan mematuhi segala perintahnya
dan meninggalkan segala larangannya mengikut hukum-hukum halal dan haram,
harus, sunat dan makruh yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t dan juga yang
telah dinyatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Oleh kerana itulah manusia mencapai
martabat kemuliaan yang tinggi, mempunyai nilai yang berbeza sesuai dengan
sifat semula jadinya sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. Manusia
menutup aurat kerana mereka mempunyai harga diri. Manusia menjaga maruah diri
mereka, dan mereka makan makanan yang di halalkan oleh Allah s.w.t dan mereka
mempunyai batas-batas yang tertentu. Di samping itu mereka juga mempunyai
akhlak dan perangai yang dapat mengawal jiwa mereka sehingga mereka dapat
menjadi anggota masyarakat yang layak mentadbir muka bumi ini dengan
sebaik-baiknya. Sifat-sifat seperti ini adalah perlu untuk menjalinkan hubungan
dengan Allah s.w.t, dan hubungan sesama manusia dan juga hubungan dengan bahan
yang digunakan oleh manusia di atas muka bumi ini.
Saudara-saudara sidang Jumaat
sekalian,
Sesungguhnya
Islam telah berjaya membentuk masyarakat yang berteraskan keimanan kepada Allah
S.W.T yang mana iman dan Islam telah dijadikan asas hubungan di antara satu
sama lain sehingga manusia yang terdiri daripada berbagai-bagai bangsa dan puak
yang terdiri daripada berbagai-bagai macam kabilah, yang dulunya berperang di
antara satu sama lain yang mempunyai sempadan dan batas-batas geografi telah
berjaya menjadi umat Islam yang hidup bersaudara di antara satu sama lain
berdasarkan kepada asas persaudaraan Islam. Mereka telah menerima kenyataan
yang telah difirmankan oleh Allah s.w.t ;
إِنَّمَا
الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ
لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ - (ســورة الـحـجــرات: 10)
Sebenarnya orang-orang yang
beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu
(yang bertelingkah) itu, dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh
rahmat.”
Atas
asas persaudaraan Islam umat Islam telah menerima Bilal Al- Habshi, Suhaib Al
Rumi dan Salman Al Farisi sebagai saudara mereka yang satu, diterima menjadi
anggota masyarakat yang tidak boleh di pisahkan di antara satu sama lain sama
sebagaimana bangsa Arab yang ada di Mekah ketika itu. Umat Islam dapat menerima
Imam Bukhari sebagai ulama hadis yang muktabar walaupun beliau adalah berasal
dari Asia Tengah bukan dari Tanah Arab. Orang-orang Melayu menerima Imam Syafie
sebagai pemimpin mazhab, walaupun Imam Syafie adalah berketurunan Arab dan
orang-orang Arab pula dapat menerima Imam Abu Hanifah walau pun Imam Abu
Hanifah berasal dari negeri bukan Arab.
Itulah
hubungan persaudaraan di antara umat Islam yang telah dijalinkan oleh ajaran
Islam yang maha mulia. Islam telah mendekatkan hati-hati manusia yang ternyata
tidak boleh didekatkan oleh sempadan geografi, dan tidak juga boleh didekatkan
oleh harta benda.
لَوْ أَنْفَقْتَ مَا فِي الأَرْضِ جَمِيعًا
مَا أَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ (ســورة الأنفـال: 63)
Kalau engkau belanjakan segala (harta
benda) yang ada dibumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan hati
mereka. Akan tetapi Allah telah menyatu padukan di antara (hati) mereka.
Saudara kaum muslimin sekalian,
Memang
tidak dapat dinafikan bahawa semangat kebangsaan telah membantu dalam
perjuangan memerdekakan Negara-negara, namun oleh kerana ianya bukan daripada benih
Islam dan Islam mengajarkan bahawa unsur akidah yang satu menjadi faktor
penyatu umat walaupun datangnya dari berbagai-bagai bangsa. Namun semangat
kebangsan ini hanya akan bermakna jika ianya digunakan untuk memimpin umat
Islam ke arah melaksanakan Islam yang sebenarnya. Ulama telah memainkan peranan
menentang segala pengaruh penjajahan yang datang ke bumi Islam, kerana mereka
menganggap bahawa yang datang itu adalah musuh dengan tidak mengira bangsanya.
Asalkan sahaja ia memusuhi Islam walaupun dari bangsanya sendiri. Sesungguhnya
penjajahan telah berjaya melahirkan ketaksuban kepada bangsa bukan daripada
kalangan orang yang melebihkan agama melebihi dari segalanya.
Maka marilah kita menjadi
satu umat yang saling sayang menyayangi, bantu-membantu, bela-membela antara
satu sama lain bukan atas dasar kita satu bangsa semata-mata tetapi yang lebih
utama dan dituntut adalah kerana kita semua satu akidah yang wajib
tolong-menolong dan bantu membantu sesama kita. Umat Islam yang bukan berbangsa
Melayu juga adalah saudara kita tidak kira sama ada dia orang Cina Muslim atau
India Muslim ataupun bangsa-bangsa lain. Janganlah kita meletakkan kepentingan
bangsa lebih dari kepentingan agama. Inilah keindahan Islam apabila dilihat
dari sudut jalinan persaudaraan. Kita diikat dengan aqidah
melepasi ikatan-ikatan bangsa, tempat dan kumpulan serta kelompok.
بَارَكَ اللهُ لِىْ
وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ
اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ
اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ
اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ
وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ
نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Perak
خطبة كدوا
اَلْحَمْدُ للهِ القَائِل :
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا
خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا
إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ (الحجرات : 13)
أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ
وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اللّهُمَّ صَلِّ
وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ
وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ !
اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ
مُسْلِمُوْنَ.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Allah tidak menjadikan
manusia berbangsa-bangsa dan berpuak-puak agar kita bergaduh dan menunjukkan kehebatan antara sesama manusia.
Allah menjadikan kita berbagai bangsa untuk kita saling mengenali sesama
kita. Allah juga menjadikan kita
berbagai agama agar terbuka peluang
dakwah terhadap mereka. Kita wajib melaksanakan tugas dakwah dengan mendekatkan
orang bukan Islam kepada agama kita. Janganlah menjauhkan mereka daripada Islam
dengan ungkapan perkauman dan rasa kebencian terhadap mereka.
Realiti politik Negara
pada masa ini seakan-akan membawa gambaran bahawa sokongan orang bukan Islam diperlukan
bagi membolehkan umat Islam berkuasa walaupun Umat Islam sebenarnya adalah
majoriti. Mana-mana pihakpun memerlukan sokongan mereka bagi membolehkan kita
berkuasa. Janganlah sesama kita, ungkapan perkauman dan permusuhan terhadap
mereka kita luahkan dan akhirnya pasti akan sampai ke telinga mereka kecuali
terang-terangan mereka memusuhi Islam. Namun tatkala memerlukan sokongan mereka
kita terpaksa merayu dan melepaskan berbagai hak kita sebagai balasan terhadap
mereka. Akhirnya sokongan tersebut hanya membawa rebah dan menjadi musibah bagi
kita.
Pilihanraya yang bakal
berlangsung tidak lama lagi hanya sebagai wasilah untuk kita melaksanakan tugas
sebagai Khalifah di muka bumi. Kuasa pemerintahan tidak akan ada maknanya jika
hanya menyebabkan kita terpaksa melonggarkan ikatan kita dengan peraturan
agama. Marilah kita bersatu walau bukan dalam
kumpulan yang satu, untuk memenangkan Islam dalam setiap keadaan yang
berlaku. Timbanglah pemilihan kita berdasarkan kepentingan yang menyebelahi
nasib Umat Islam dan masa depan Islam di tanah air tercinta ini. Hantarlah
suara-suara Islam yang lebih ramai ke dewan-dewan perwakilan untuk menyuarakan
kepentingan Islam. Memang dan kalah adalah hak ketentuan Allah namun yang pasti
kita wajib memastikan segalanya memihak kepada agama Allah.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ
لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ
ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ
وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ
وَسَلَّم
.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ
الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ
وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ
الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،
وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ.
اَللَّهُمَّ عَذِّبِ
اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ
أَوْلِيَائَكَ،
اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ،
وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ. اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ
الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ
الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ
وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف
عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ.
رَبَّنَا
ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ
النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
إِنَّ الله يَأْمُرُ
بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ
الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ.
فَاذْكُرُوْا اللهَ
الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ
فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا
تَصْنَعُونَ.