10 September 2011

Keretapi terbakar, penumpang KTM terjun gerabak

12 Syawal 1432H. [MOD] -

Perjalanan kira-kira 800 penumpang kereta api Ekspres Senandung Wau terlewat sejam apabila sebuah daripada 14 gerabak kereta api terbabit terbakar berhampiran Stesen Keretapi Merapoh, dekat Kuala Lipis, malam tadi.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu walaupun kebanyakan penumpang terjun dari koc untuk menyelamatkan diri sebaik tren berkenaan berhenti mengejut.

Kereta api ekspres itu yang dalam perjalanan dari Tumpat ke Kuala Lumpur meneruskan semula perjalanan sebaik sahaja kebakaran berjaya dipadamkan, koc dipisahkan dan ditinggalkan di Stesen Keretapi Merapoh.

Gerabak yang membawa generator dan alat pendingin hawa itu disedari terbakar oleh pemandu lokomotif lalu segera memberhentikan tren sebelum menghubungi pihak bomba dan pasukan penyelamat berhampiran.

Sejurus kemudian sepasukan enam anggota bomba sukarela Kampung Merapoh berkejar ke lokasi untuk mengawal api daripada merebak ke gerabak penumpang lain sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang tiba 16 minit kemudian untuk membantu.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang Ahmad Zailan Maarof berkata pihaknya menerima penggilan pukul 12.11 pagi dan terus menghantar pasukan tujuh anggota penyelamat dengan sebuah jentera bomba.

"Kami mengambil masa 15 minit memadam api pada gerabak terbabit yang sebahagian besarnya hangus," katanya.

Beliau berkata pihak Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis menyiasat punca kebakaran dan gerabak yang terbakar masih diletakkan di Stesen Keretapi Merapoh.

- Bernama

Kumpulan bersenjata tembak mati 12 orang di Nigeria

12 Syawal 1432H. [MOD] -

JOS 10 Sept. - Seramai 12 orang mati ditembak, termasuk tujuh beradik dalam dua serangan berasingan oleh kumpulan bersenjata yang tidak dikenali di kawasan yang sering menjadi perbalahan penganut agama yang berbeza di tengah Nigeria, semalam.

Jurucakap kerajaan negeri Plateau, Pam Ayuba berkata, sembilan orang terbunuh dalam serangan pertama, lapan mangsa terdiri daripada keluarga yang sama iaitu seorang ayah dan tujuh anaknya.

"Lima yang terbunuh berusia bawah 10 tahun dalam serangan yang berlaku di Barkin Ladi, kawasan yang dikuasai kumpulan etnik Kristian di pinggir bandar Jos," jelasnya.

Seorang ketua komuniti, Emmanuel Loman berkata, serangan kedua berlaku di kampung berhampiran, menyebabkan tiga orang terbunuh.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa siri serangan maut membabitkan kumpulan penganut Islam dan Kristian sering tercetus di bandar Jos menyebabkan beratus-ratus maut dalam keganasan tersebut. - AFP

Aktivis serang kedutaan Israel di Mesir

12 Syawal 1432H. [MOD] -

KAHERAH 10 Sept. - Mesir diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga selepas polis bertempur dengan penunjuk perasaan yang menyerbu bangunan Kedutaan Israel di sini hari ini.

Televisyen rasmi melaporkan seorang maut akibat serangan penyakit jantung ketika kejadian itu manakala 448 orang yang lain cedera.

Duta Israel ke Mesir, Yitzhak Levanon bersama kakitangan kedutaan dan keluarga dilaporkan dibawa pulang pada awal ke Tel Aviv pagi ini, kata sumber lapangan terbang. - Reuters

Musyidul Am PAS hadir untuk tutup Konvensyen Malaysia Negara Berkebajikan

12 Syawal 1432H. [MOD] -

Konvensyen Malaysia Negara berkebajikan : Tawaran PAS anjuran Lajnah Penerangan PAS Pusat hampir berada dipenghujungnya dengan kehadiran Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat yang telah hadir dalam Konvensyen yang diadakan sehari di Taman melawar hari ini>

Sebelum itu Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man membentangkan rumusan dan agenda bertindak yang digariskan sepanjang Konvensyen yang diadakan hari ini.

Antaranya beliau menegskan bahawa sambutan 60 Tahun PAS yang akan diadakan di Pulau piang akan diisi dengan satu agenda mengenai "Negara berkebajikan.

Selain itu satu "road show" Negara Berkebajikan akan di adakan oleh Lajnah enerangan PAS Pusat, disamping itu beliau juga menyenaraikan beberapa agenda lain yang telah digaris dan dirumuskan untuk menjayakan konsep Negara Berkebajikan.

Harapan beliau juga allah semuga segala usaha yang dilakukan ini akan mendapat keberkatan dan kejayaan dengan izin Allah Swt.

32 kawasan catat kualiti udara sederhana

12 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Sebanyak 32 kawasan di negara ini mencatatkan kualiti udara sederhana manakala 19 lagi baik dalam bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) setakat 11 pagi ini.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan tidak ada kawasan mencatatkan IPU tidak sihat.

Lima kawasan mencatat IPU tertinggi ialah Nilai, Negeri Sembilan (90); Batu Muda, Kuala Lumpur (80); Petaling Jaya dan Banting di Selangor masing-masing mencatat 79; dan Cheras, Kuala Lumpur (78).

Bacaan IPU pada tahap antara 0 dan 50 dianggap baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 301 berbahaya.

Menurut JAS, keadaan berjerebu dijangka berterusan untuk beberapa hari akan datang dan menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka serta bekerjasama memadamkan kebakaran kecil.

Kenapa Tunku laungkan merdeka jika tidak dijajah

12 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 10 Sept: “Rakyat tertanya-tanya, jika negara tidak pernah dijajah, kenapa Tunku Abdul Rahman melaungkan merdeka?

“Kenapa setiap tahun kita menyambut kemerdekaan? Apakah penulisan sejarah perlu dibakar kerana telah tipu pelajar-pelajar sekolah?” tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar).

Katanya, sekarang terbukti siapa yang hendak membohongi sejarah.

“Rasa kesian kepada profesor upahan Umno yang mengakhiri hidup mereka yang akan dicemuh oleh semua makhluk di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kenyataan mereka memalukan ahli akademik yang jujur.

Justeru, ujarnya ahli akademik perlu bangkit membetulkan kenyataan itu.

“Biarkan Majlis Profesor Umno dengan khayalan mereka semata-mata untuk mendapat sanjungan Umno. Kenyataan mereka juga akan menjadi sejarah hitam dalam negara ini,” katanya lagi.

Justeru, ujarnya, tembelang Umno terserlah bahawa parti itu bukan pelopor memperjuangkan kemerdekaan negara.

Ini, katanya kerana selama ini Umno menipu rakyat Malaysia termasuk ahli-ahli Umno bahawa Umno yang memperjuangkan kemerdekaan.

Apa tidaknya, kata beliau setiap kali menyambut kemerdekaan, pemimpin Umno menipu rakyat seolah-olah perjuangan kemerdekaan bermula daripada 11 Mei 1946.

Menurutnya, sekarang mereka biarkan orang suruhan mereka yang konon bergelar profesor untuk menjadi penangkis Umno.

“Rakyat tidak pelik dengan kenyataan mereka ini yang memang menjadi Umno sejak di dalam perut emak mereka lagi.

“Rakyat pelik jika mereka ini mengkritik Umno,” ujarnya lagi.

Tambahnya, oleh kerana terlalu hendak menjadi pembodek, sehingga mengeluarkan kenyataan bahawa negara kita tidak pernah dijajah, kenyataan yang diketawa oleh orang pekak dan buta.

“Saya yakin pemimpin Umno pun tersenyum melihat gelagat ayam sabung mereka, sehingga pemimpin Umno pun tidak sanggup untuk menipu rakyat,” katanya.

Ulasan :

Apa pula nama yang baru hendak kita gelarkan kepada Tunku Abdul Rahman. Kalau sebelum ini dia dipanggil Bapa kemerdekaan, apa pula nama baru yang prof taugeh ini hendak cadangkan.

Konvensyen bukti PAS sedia hadapi PRU-13

12 Syawal 1432H. [MOD] -

GOMBAK, 10 Sept: PAS tidak gentar untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan berlaku pada bila-bila masa meskipun sedar Umno BN sedang rancak melakukan penipuan.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Umno BN tidak akan dapat menutup penipuan mereka dalam sistem pilihan raya khususnya isu daftar pemilih dalam keadaan dunia yang serba canggih ini.

"PAS anjur konvensyen negara berkebajikan yang merupakan tema muktamar untuk dipanjangkan bagi menghadapi pilihan raya umum.

"Ini menunjukkan PAS bersungguh-sungguh untuk menghadapi pilihan raya umum walaupun kita dibayangi maklumat yang mendukacitakan di mana perancangan untuk penipuan yang lebih besar dilakukan dalam pilihan raya umum.

"Zaman ini zaman internet dan kita dapat kesan penipuan ini dan mereka (Umno BN) nak tutup cepat-cepat jadi tapi jangan nak tipu kita dah dapat maklumat," kata beliau pada sidang media di sini.

Terdahulu beliau merasmikan Konvensyen Negara Berkebajikan di Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar, dekat sini hari ini.

Beliau yang juga ahli parlimen Marang berkata, Umno BN sengaja membangkitkan isu-isu yang dapat menimbulkan kemarahan rakyat sekaligus membuatkan mereka lupa kepada usaha membersihkan sistem demokrasi di negara ini.

"Mereka (Umno BN) nak tutup isu penipuan pilihan raya dengan isu-isu yang sengaja dibangkitkan untuk menggelegakkan perasaan rakyat supaya lupa isu sebenar iaitu untuk menghidupkan dan memulihkan proses demokrasi," kata beliau lagi.

Beliau turut mengingatkan Umno BN agar tidak terus memperbodoh rakyat dengan menutup segala maklumat yang benar sebaliknya menunjukkan kesungguhan mereka untuk menghidupkan amalan demokrasi bersih.

"PAS menasihatkan kerajaan jangan menggunakan gula-gula sementara kepada rakyat untuk menghentikan tangisan. Bila habis gula-gula, dia tipu lagi,lepas itu sambung lagi, tak selesai masalah.

"Oleh itu kerajaan mesti sungguh-sungguh menyelamatkan negara dengan menghidupkan demokrasi sebenar dan PAS sungguh-sungguh nak masuk pilihan raya," tegasnya.

Justeru katanya, konvensyen hari ini bagi menggerakkan jentera parti khususnya penerangan parti untuk menyalurkan maklumat mengenai negara berkebajikan kepada rakyat.

"PAS gerakkan jentera parti di seluruh negara pada hari ini supaya membawa mesej konsep negara berkebajikan yang kita nak kenalkan kepada rakyat yang diselaraskan bersama Pakatan Rakyat.

"PAS sudah perkenalkan dalam manifesto pilihan raya ke arah negara berkebajikan dan kita memaklumatkan kepada jentera parti melalui konvensyen supaya jentera parti dapat memahami hasrat negara kebajikan supaya dapat disampaikan kepada rakyat," katanya.

Konvensyen anjuran Lajnah Penerangan PAS ini melibatkan seluruh jentera penerangan dari setiap negeri.

Turut bersama pada sidang media tersebut ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Adram Musa.

Harakahdaily/-

Kalau tak pernah dijajah, kenapa sambut merdeka

12 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 9 Sept: “Kalau kita tak pernah dijajah, buat apa sambut merdeka?” tanya Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam bidasan sinis sebagai reaksi spontan kepada kenyataan sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling yang berhujah bahawa berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu ‘tidak pernah terjajah’, sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.

“Sekiranya benar begitu, jadi maksudnya 31 Ogos 1957 bukanlah tarikh merdeka. Jadi Dr Zainal secara tidak langsung nak bagitahu rakyat dah terkena tipu 54 tahun oleh Umno ke?” sindir beliau lagi.

Malaysiakini melaporkan bahawa Zainal berhujah berkata “fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British).”

“Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," katanya.

Beliau turut mendakwa adalah kesalahan yang amat besar jika rakyat menyebut negara kita terjajah selama 400 tahun kerana menurutnya sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.

"Dinaungi tidak sama dengan kolonial... Hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.

"(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi... Sejak mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan perspektif sejarah (itu) perlu diubah.

"Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan yang amat besar," Malaysiakini memetik beliau sebagai berkata.
Berdasarkan hujah Zainal, Tuan Ibrahim bertanya secara sinis ‘adakah tarikh merdeka sebenar ialah apabila Jepun kalah dalam Perang Dunia ke 2?’

“Rakyat semakin ‘fening’ di bawah pemerintahan Umno. Sebenarnya ini menandakan bahawa pemikiran rakyat masih terjajah dengan pelbagai fakta mengelirukan,” kata beliau.

Sementara itu, bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut menyindir hujah yang dibuat Dr Zainal.

“Prof Zainal Kling kata bahawa 'kita tidak pernah dijajah, siapa kata kita pernah dijajah itu kesalahan besar'..ertinya selama ini ramai yang tertipu..seruan menghalau penjajah, bebas dari penjajah, merdeka dari penjajahan itu semua itu tidak benar.. satu kesalahan besar..” tulis beliau secara sinis di laman Facebooknya.

“Kemerdekaan lawan bagi kehambaan atau penjajahan..ertinya tiada hari merdeka yang sebenar..kita tidak pernah dijajah..buku sejarah mesti diubah semula..entahlah..siapa yang hendak berteori silalah lagi..macam-macam ada..” tambah beliau lagi.

Sementara itu, Ketua Pengarang Siasah, Mohd Sayuti Omar turut menyindir Zainal dengan soalan-soalan bertubi di blognya.

“Saya ingin tanya profesor yang mahir sejarah itu, apakah yang dilakukan oleh British semasa mereka melindungi Tanah Melayu dalam tempoh itu mereka tidak melaksanakan kerja-kerja menjajah Tanah Melayu.

“Siapa yang mengawal kewangan, hasil bumi serta menjaga keselamatan? “Bukankah pihak British. Apakah pengertian dilindingi berbanding dengan dijajah?

“Bukankah British melantik suruhanjayanya di negeri-negeri yang bertindak menjadi Pegawai Daerah yang mempunyai kuasa eksekutif?

Apakah hanya kerana tidak ada catatan itu maka ia diterima sebagai tidak kena dijajah atau digoreng oleh British. Semudah itukah penerimaan dan pentafsiran kita. Bukankah selama 'melindungi' itu penjajah membunuh ramai pahlawan Melayu, seperti Tok Janggut, Tok Sago dan lain-lain?

“Atau sejarah baru akan ditulis oleh Zainal dan sekutunya akan membuangkan pengikhtiraf mereka dibunuh penjajah itu sebagai penderhaka atau dalam semangat sehari dua ini komunis?” soal beliau lagi.

Jika benar apa yang dihujahkan Dr Zainal, Sayuti bertanya bagaimana pula dengan hakikat negara menyambut hari kemerdekaan 31 Ogos setiap tahun?

“Kenapa tidak disebut atau Prof Kling maaf Zainal Kling mencadangkan kepada kerajaan ditukar menjadi sambutan hari ditidak dilindungi? Seharusnya beliau menerusi sekutunya sudah lama membuat cadangan dan bantahan apa dilakukan kerajaan itu?” soal beliau dengan sinis.

Ulasan :

Selayaknya mulai sekarang saya nak gelarkan dia sebagai prof taugeh, dia telah mendahului zaman dengan mengeluarkan kenyataan yang sangat menongkah arus dan luar biasa dan tidak masuk akal.