17 Mei 2014

R lancar kempen “Petronas sila bayar royalti”

16 Rejab 1435. [MOD] -



KOTA BHARU: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah melancarkan kempen "PETRONAS SILA BAYAR ROYALTI".

Program anjuran badan bukan kerajaan, aktivis R itu diadakan di Dataran Ilmu selepas kuliah mingguan Jumaat sesi kedua yang disampaikan Mohd Amar.

Larangan merokok dalam kenderaan awam bermula

16 Rejab 1435. [MOD] -
BERNAMA 
KUALA LUMPUR: Operasi bersepadu penguatkuasaan larangan merokok dalam kenderaan awam di seluruh negara bermula semalam dalam usaha memastikan pematuhan larangan itu terutamanya di kalangan para pemandu.
  
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman dalam satu kenyataan berkata operasi tersebut melibatkan Kementerian Kesihatan dengan kerjasama pelbagai agensi seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.

Pelumba super siri M'sia maut semasa latihan

16 Rejab 1435. [MOD] -

Pelumba Super Siri Malaysia (MSS) 2014, Amaludin Abd Rahman maut dalam kemalangan semasa sesi latihan pusingan pertama kejuaraan motosikal itu di Litar Antarabangsa Sepang, semalam.
    
Sepang International Circuit (SIC) dalam kenyataan berkata pelumba novis berusia 42 tahun itu dipercayai gagal mengawal jenteranya di 'Turn 15' sirkit itu sebelum terbabas dan melanggar penghadang tayar pada pukul 4.30 petang.

Sah, Dyana Sofya calon DAP di Teluk Intan

16 Rejab 1435. [MOD] -


Peguam berusia 27 tahun lulusan UiTM, Dyana Sofya Mohd Daud hari ini diumumkan sebagai calon DAP dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng membuat pengumuman itu di pusat gerakan pilihan raya kecil DAP di Bandar Baru Teluk Intan hari ini.