25 Mac 2008

Exco Kerajaan Negeri Selangor


Jangan Perkecil Kewibawaan Pimpinan

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, dalam keadaan sekarang, sokongan semua pihak amat diperlukan bukan sahaja untuk memastikan kestabilan di peringkat Pusat bahkan di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang.

Para pemimpin UMNO di semua peringkat dinasihatkan supaya mengutamakan kepentingan parti dan bukannya mengambil tindakan yang cuba memperkecil-kecilkan kewibawaan pucuk pimpinan.


Demikianlah yang kita harapkan juga kepada semua pemimpin UMNO jangan cuba memperkecikan kewibawaan semua kepimpinan negeri-negeri yang telah dikuasai oleh parti-parti alternatif.


Mereka telah nendapat mandat yang besar dari rakyat yang inginkan perubahan. Paling menarik semuanya telah mendapat perkenan sultan sehingga tertubuhnya kerajaan negeri tersebut, kecuali negeri Perak yang belum menerima perkenan Sultan bagi barisan exco yang terlantik.

PM mahu Idris untuk jaga rahsia? - Husam

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mempersoalkan apa pentingnya Perdana Menteri yang dituntut berundur, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mempertahankan Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar (MB) Terengganu sehingga badai politik dengan istana perlu dicipta?

"Idris saja boleh memimpin Terengganu atau Abdullah ada menaruh rahsia tertentu yang Idris saja boleh menjaganya? "Adakah di sana rahsia tentang perbelanjaan Monsoon Cup atau Masjid Kristal yang menambat ikatan antara Abdullah dan Idris? "Tidakkah cukup monsoon hujung tahun membadai Terengganu sehingga badai baru pula hendak dicari?" soal beliau dalam blognya, cetusan-hati.blogspot.com

Sultan tahu?

Mengulas punca penolak istana itu, Husam berkata, mungkin ada yang diketahui Sultan atau Majlis Pemangku Raja yang tidak diketahui oleh kita semua. "Sultan, atau dalam kes Terengganu, Majlis Pemangku Raja, berhak menolak mana-mana calon yang dicadangkan kerana Sultan bukan robot".

Terpulang kepada Umno mencadangkan nama baru yang boleh diterima oleh kedua belah pihak, katanya lagi.

"Jika itu pun tak dapat diuruskan, ke mana negara kita akan dibawa?"

Beliau juga mempersoalkan, adakah Idris begitu sempurna sehingga Sultan atau Majlis Pemangku Raja tidak mempunyai sebab dan kebijaksanaan mereka sendiri menolak Idris.

PM tambah musuh

Kepada Exco Kerajaan Negeri Kelantan itu, apa yang berlaku di Terengganu itu memperlihatkan Abdullah menambah satu lagi musuh - istana.

Ketika segelintir ahli Umno Pulau Pinang bertempik melaungkan pembelaan Melayu di pulau di mana Melayu telah dipinggirkan selama lima puluh tahun dan Umno adalah sebahagian dari mekanisma itu, di Perlis dan Terengganu, Umno pimpinan Abdullah menunjukkan belangnya tidak mengindahkan sesiapa, hatta Raja-Raja Melayu, katanya.

"Apa yang hendak diperjuangkan Abdullah?"

Sebelum pilihanraya, kata beliau, pengundi Cina yang pertama merasa kecewa dengan kepimpinan beliau. Kekecewaan itu tidak dirawat sehingga Barisan Nasional (BN) menerima padahnya. Kekecewaan pengundi Cina diikuti pengundi India, seperti yang telah kita saksikan.
Menjelang pilihanraya baru-baru ini, katanya lagi, Abdullah melancarkan serangan terbuka untuk menawan Kelantan yang merupakan tapak Melayu-Islam.

"Perasaan umum pengundi Melayu itu pun Abdullah sanggup lukai".


Pengundi Melayu seluruh negara tidak kurang ramai yang bersimpati dengan Kelantan, sekalipun mereka mungkin penyokong Umno, kata Husam.

"Tema umum ialah, biarkan Kelantan kekal bersama PAS. Biarlah ada keragaman".

Akibat kelemahan kepimpinan Abdullah yang kian ketara, katanya, rakyat tertekan.
"Abdullah tidak tertekan, walaupun hilang lima negeri. Beliau gembira?"

MB Terengganu :Ketua Umno bahagian Bantah Keputusan PM

Abdullah Ahmad Badawi hari ini mempertahankan tindakannya melantik Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu berdasarkan sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).Perdana Menteri berkata, pelantikan itu tidak akan berubah kerana ia dibuat berasaskan sokongan padu yang diterima oleh Idris daripada ADUN negeri itu.“Sebarang lantikan dibuat terhadap orang lain tidak kena dari segi Perlembagaan,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kemelut pelantikan Menteri Besar di negeri Pantai Timur itu di sini hari ini.

Sementara itu lain pula bagi semua ketua UMNO bahagian di Terengganu kecuali Besut menyokong pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said, 51, sebagai Menteri Besar yang baru menggantikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Idris Jusoh.


Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang berkata, ketua-ketua UMNO bahagian di Terengganu sebulat suara menyokong pemilihan Ahmad kerana percaya beliau mampu menggalas tugas menerajui kepimpinan negeri itu.


Katanya, UMNO Terengganu mempunyai lapan bahagian iaitu Kemaman, Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu, Hulu Terengganu dan Besut.


Jelasnya, selain beliau selaku Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, turut menyokong pelantikan ADUN Kijal itu yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Kemaman ialah Datuk Dr. Rosli Mat Hassan (Dungun), Datuk Abdul Rahman Bakar (Marang), Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri (Kuala Nerus) dan Datuk Mohd. Jidin Shafee (Setiu).


Selain itu Utusan turut menyiarkan pandangan dari rakyat Terengganu yang mahu semua pihak menerima dan menghormati keputusan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) yang melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said, 51, sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru.


Nampaknya tiga keadaan keadaan yang menarik ini mewarnai politik Terengganu pada hari ini. Kita tunggu dan lihat apa kesudahannya.