
Sementara itu lain pula bagi semua ketua UMNO bahagian di Terengganu kecuali Besut menyokong pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said, 51, sebagai Menteri Besar yang baru menggantikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Idris Jusoh.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang berkata, ketua-ketua UMNO bahagian di Terengganu sebulat suara menyokong pemilihan Ahmad kerana percaya beliau mampu menggalas tugas menerajui kepimpinan negeri itu.
Katanya, UMNO Terengganu mempunyai lapan bahagian iaitu Kemaman, Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu, Hulu Terengganu dan Besut.
Jelasnya, selain beliau selaku Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, turut menyokong pelantikan ADUN Kijal itu yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Kemaman ialah Datuk Dr. Rosli Mat Hassan (Dungun), Datuk Abdul Rahman Bakar (Marang), Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri (Kuala Nerus) dan Datuk Mohd. Jidin Shafee (Setiu).
Selain itu Utusan turut menyiarkan pandangan dari rakyat Terengganu yang mahu semua pihak menerima dan menghormati keputusan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) yang melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said, 51, sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru.
Nampaknya tiga keadaan keadaan yang menarik ini mewarnai politik Terengganu pada hari ini. Kita tunggu dan lihat apa kesudahannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan