04 November 2021

Harap larangan penjualan arak diperluas seluruh Perak

 

TELUK INTAN: Permasalahan arak bukan isu kecil dan ia perlu ditangani lebih-lebih lagi jika melibatkan umat Islam di mana PAS sejak dahulu tetap konsisten menentang penjualan arak secara terbuka dalam masyarakat.

Aliran trafik sesak sebelum Tol Gombak

 

Keadaan terkini aliran trafik yang menyaksikan kesesakan teruk menuju Plaza Tol Gombak.

PETALING JAYA – Aliran trafik dari Pantai Timur menghala ke ibu kota dilaporkan mengalami kesesakan teruk ketika ini.

Britain jadi negara pertama di dunia luluskan pil antiviral Covid-19

 

LONDON: Britain menjadi negara pertama di dunia yang meluluskan penggunaan pil anti viral Covid-19 yang dihasilkan oleh Merck dengan kerjasama Ridgeback Biotherapeutics sebagai usaha berterusan mencegah penularan virus maut itu.

Aliran trafik meningkat 1.48 juta orang balik kampung

 

Mat Kassim Karim

PETALING JAYA: Jumlah aliran trafik di tiga lebuh raya utama semalam meningkat susulan perayaan Deepavali hari ini. 

Operasi dan tinjauan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) mendapati, kira-kira 1.48 juta kenderaan dicatatkan di lebuh raya Utara-Selatan (1.26 juta) Lebuh Raya Kl-Karak (150,936) dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (53,541).

Bajet 2022 tak lulus, Parlimen Portugal dibubar

 ANTONIO Costa. FOTO EPA

ANTONIO Costa. FOTO EPA

Lisbon: Majlis Negara Portugal, yang dipengerusikan Presiden Marcelo Rebelo de Sousa pada Rabu memutuskan untuk membubarkan Parlimen selepas ahli Parlimen menolak rang undang-undang belanjawan 2022.

Individu tidak divaksin antara punca peningkatan kes COVID-19 Jerman

 Orang ramai berdiri di sebelah papan tanda yang mengiklankan ujian pantas antigen COVID-19 yang boleh dijalani oleh penduduk Jerman secara percuma di Berlin. - Foto AFP

Orang ramai berdiri di sebelah papan tanda yang mengiklankan ujian pantas antigen COVID-19 yang boleh dijalani oleh penduduk Jerman secara percuma di Berlin. - Foto AFP

BERLIN: Jerman menyaksikan peningkatan ketara kes baru COVID-19 dengan angka mencecah 33,949 dalam tempoh 24 jam.

Angka dikeluarkan agensi kesihatan Robert Koch Institute (RKI) menyaksikan angka terbaru itu mengatasi rekod sebelum ini iaitu 33,777 pada 18 Disember 2020.

PBT, Ahli Majlis, ada kuasa larang jual arak kepada umat Islam, kata Idris

 

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Ahli Majlis mempunyai bidang kuasa mengenakan peraturan itu dalam kalangan umat Islam di kawasan masing-masing, kata Idris Ahmad.

PETALING JAYA: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan ahli majlis di setiap negeri mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan larangan penjualan minuman beralkohol kepada umat Islam di negara ini.

PRN Melaka: PAS yakin kesepakatan antara parti dalam kerajaan

 

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata, usaha dan rundingan masih berlangsung bagi mengelak berlakunya pertembungan antara PAS, Umno dan Bersatu dalam Pilihan Raya Negeri Melaka. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: PAS yakin kesepakatan antara parti-parti di dalam kerajaan akan dapat dicapai dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 Nov ini.

500 petugas pastikan Muktamar PAS berjalan lancar

 

Dr Alias semasa meninjau kerja-kerja menyiapkan dewan tempat berlangsung muktamar.

Oleh SALMAH MAT HUSAIN

KUALA NERUS:
 Persiapan Muktamar Tahunan PAS kali ke-67 berjalan lancar di mana ia bermula sejak Selasa lalu dan dijangka berakhir esok.

Pengarah Muktamar PAS Dr Alias Razak berkata, hampir 500 petugas dimanfaatkan untuk pelbagai tugasan bagi melancarkan persiapan muktamar.

4 calon tawar diri tanding Naib Presiden PAS

 

KUALA NERUS: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man mengekalkan jawatan masing-masing apabila menang tanpa bertanding pada pemilihan sempena Muktamar PAS kali ke-67.

Tze Yong lebih baik daripada Zii Jia

 Roslin anggap Tze Yong memiliki potensi besar bergelar jaguh dunia.

Roslin anggap Tze Yong memiliki potensi besar bergelar jaguh dunia.

KUALA LUMPUR: Bekas pemain nombor satu dunia, Roslin Hashim menyifatkan Ng Tze Yong sebagai aset penting buat skuad badminton negara dan perlu dijaga sebaiknya.

Perpaduan ummah antara agenda muktamar PAS

 Takiyuddin pada sidang media menjelang Muktamar Tahunan PAS Ke-67 di Kuala Terengganu, Sabtu ini. - Foto NSTP/Zatul Iffah Zolkiply

Takiyuddin pada sidang media menjelang Muktamar Tahunan PAS Ke-67 di Kuala Terengganu, Sabtu ini. - Foto NSTP/Zatul Iffah Zolkiply

KUALA TERENGGANU: Perpaduan ummah antara agenda yang dibangkitkan PAS sempena Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-67 yang berlangsung selama dua hari bermula Sabtu ini.

Rangkaian internet lemah, calon perlu kempen guna stesen TV, radio, milik kerajaan, kata PAS Sarawak

 

Bagi mengimbangi kekurangan fasiliti komunikasi , stesen televisyen dan radio milik kerajaan perlu memberi peluang kepada setiap calon dan parti bertanding menyampaikan mesej kepada pengundi, kata Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee.

PETALING JAYA: Masalah rangkaian internet di Sarawak terutama di kawasan luar bandar perlu ditangani segera agar dijajarkan dengan situasi berkempen secara atas talian ketika pandemik, menjelang pilihan raya negeri ke-12 (PRN12) Sarawak, kata Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee.

Perancis wajibkan semula pelajar sekolah pakai pelitup muka

 Gambar hiasan

Gambar hiasan

PARIS: Perancis mewajibkan pemakaian pelitup muka ke atas pelajar sekolah di 39 wilayah di negara itu, susulan lonjakan kes COVID-19 melepasi nilai ambang.

Sekolah di negara itu akan dibuka semula pada 8 November ini selepas cuti pendek, dengan peraturan pemakaian pelitup muka bagi sekolah rendah dikuatkuasa semula berikutan peningkatan kes harian baharu, lapor Agensi Anadolu, yang semalam memetik jurucakap kerajaan, Gabriel Attal.

Jangkitan baharu naik kepada 5,713 hari ini

 

PUTRAJAYA: Kes jangkitan baharu COVID-19 menunjukkan sedikit peningkatan apabila sebanyak 5,713 kes dilaporkan setakat tengah hari tadi, berbanding 5,291 kes semalam.

PRN Melaka: 254 borang pencalonan dijual - SPR

 SPR

SPR

MELAKA: Sebanyak 254 borang penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka terjual menjelang beberapa hari lagi sebelum hari penamaan calon, Isnin ini.

Jurucakap Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika dihubungi Bernama hari ini, berkata borang penamaan calon itu mula dijual pada 18 Oktober lalu di pejabat SPR di Putrajaya dan SPR Melaka.

Sokong PN, hubungan PAS dengan UMNO tak terjejas

Idris (tengah) menyampaikan bantuan kepada seorang mangsa banjir di Dewan Sungai Kerang,Trong. p NSTP/SHAIFUL SHAHRIN AHMAD PAUZI
Idris (tengah) menyampaikan bantuan kepada seorang mangsa banjir di Dewan Sungai Kerang,Trong. p NSTP/SHAIFUL SHAHRIN AHMAD PAUZI

BUKIT GANTANG: Keputusan PAS menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 November ini tidak akan menjejaskan hubungan parti itu dengan UMNO menerusi Muafakat Nasional (MN).

Agong kurnia gelaran kepada 4 individu

  Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

KUANTAN: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengurniakan gelaran Datuk Kurnia kepada empat individu berkuat kuasa 27 Oktober lalu.

Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman, berkata Pengarah Urusan Kumpulan Bharat, Datuk Seri Vinod Kumar Agawal dikurniakan gelaran Datuk Kurnia Ekram.

Facebook henti sistem kenal pasti wajah

 Facebook akan menghentikan sistem pengenal pasti wajah yang sekian lama dikritik. - Foto AFP

Facebook akan menghentikan sistem pengenal pasti wajah yang sekian lama dikritik. - Foto AFP

SAN FRANCISCO: Gergasi media sosial yang sedang dibelenggu skandal, Facebook, akan menghentikan sistem pengenal pasti wajah yang sekian lama dikritik dan akan memadam data imbasan ke atas satu bilion orang, dedah syarikat itu Selasa lalu dalam satu respons mengejutkan terhadap kebimbangan privasi.

22.4 juta populasi dewasa terima dos lengkap

 

KUALA LUMPUR: Sebanyak 22,409,335 atau 95.7 peratus kadar populasi dewasa di negara ini sudah lengkap dos vaksinasi Covid-19 setakat malam tadi, menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman COVIDNOW.

Dalam pada itu, sejumlah 97.8 peratus atau 22,891,080 individu bagi populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Agensi agama agresif turun padang santuni rakyat

 

KUALA LUMPUR: Lebih 400,000 penduduk menerima sumbangan yang diagih agensi-agensi agama di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Menterinya Senator Idris Ahmad berkata, sumbangan itu dalam tempoh dua bulan bermula 1 September hingga 31 Oktober lepas yang berjumlah RM16.71 juta.

Projek RTB RM1.3b kurangkan kerosakan teruk akibat banjir

 

KOTA BHARU: Peruntukan Kerajaan Persekutuan berjumlah RM1.3 bilion kepada Kelantan bagi melaksanakan empat projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) mampu mengurangkan kesan dan kerosakan teruk akibat banjir.

Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata peruntukan di bawah Rolling Plan 1 Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) itu adalah hasil usaha kerajaan negeri mengemukakan cadangan dan permohonan kepada Kerajaan Persekutuan sebelum ini.

SPR terima pemakluman pembatalan darurat Sarawak

 

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima pemakluman rasmi daripada Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengenai pembatalan Proklamasi Darurat bagi negeri itu semalam.

Kanak-kanak 12 tahun boleh solat jemaah di masjid, surau

 

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membenarkan kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas dan warga asing yang telah mendapat vaksln lengkap untuk menunaikan solat berjemaah di masjid dan surau.

Demikian antara ketetapan baharu mengenai aktiviti pengimarahan di masjid dan surau di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Abdul Hadi kekal Presiden PAS, Tuan Ibrahim Timbalan Presiden

 

KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Timbalannya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, mempertahankan jawatan masing-masing selepas menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti bagi sesi 2021-2023 pada Muktamar Tahunan Ke-67.

694 perwakilan sertai Muktamar Tahunan PAS ke-67

 

KUALA NERUS: Muktamar Tahunan PAS kali ke-67 yang akan diadakan Sabtu dan Ahad ini melibatkan 694 orang daripada 1,546 perwakilan dari seluruh negara.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, muktamar tahun ini diadakan secara hibrid, di mana 852 perwakilan negeri-negeri akan berada di tempat mereka masing-masing.

91 masjid, 14 surau di Johor dibenarkan laksana akad nikah

 

Negeri Johor membenarkan 91 masjid dan 14 buah surau melaksanakan majlis akad nikah secara bersemuka. - GAMBAR HIASAN

JOHOR BAHRU – Sejumlah 91 masjid dan 14 buah surau di seluruh Johor akan dibenarkan untuk mengadakan majlis akad nikah di dewan pusat ibadah berkenaan bermula 7 November ini.

Sungai Hualai paling sempit di dunia, mengalir sejak 10,000 tahun lalu

 

BEIJING: Sungai Hualai di China disifatkan sebagai sungai paling sempit di dunia, dengan ukuran lebar antara empat hingga 15 sentimeter (cm).

Sungai Hualai yang terletak di Inner Mongolia di utara China itu diukur sepanjang 17 kilometer.

Pemilik hotel ‘No Halal’ ditahan polis

 

NEW DELHI: Sepasang kekasih yang menjalankan perniagaan hotel ‘No Halal’ di Kochi ditahan pihak polis atas dakwaan melakukan cubaan membunuh terhadap pemilik kafe serta menyebarkan kebencian dalam media sosial.

“Aku teringin mati di sini…” -Yatt Hamzah

 

PETALING JAYA: Pelakon Yatt Hamzah, yang kini sedang mengerjakan ibadah umrah meluahkan rasa terharu apabila berpeluang membersihkan karpet di dalam Masjid Nabawi, Madinah.

AS senaraikan Indonesia destinasi berisiko rendah

BALI. FOTO AFP
BALI. FOTO AFP

Jakarta: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) menyenaraikan Indonesia sebagai destinasi berisiko rendah.

PRN Sarawak mungkin tengah Disember atau lebih awal, kata Annuar

 

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Annuar Rapaee menjangkakan pilihan raya negeri diadakan pada pertengahan Disember, namun tidak menolak kemungkinan ianya lebih awal. (Gambar Bernama)

SIBU: Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Annuar Rapaee berkata beliau menjangkakan Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) Sarawak akan diadakan selewat-lewatnya pada pertengahan bulan Disember ini.

Vaksin keluaran India dapat kelulusan WHO

 Vaksin Covid-19 Covaxin. FOTO AFP

Vaksin Covid-19 Covaxin. FOTO AFP

New Delhi: Vaksin Covid-19 keluaran India, Covaxin memperoleh kebenaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk penggunaan kecemasan.

Hindustan Times melaporkan, pengiktirafan itu menandakan kejayaan besar bagi India dalam pembuatan vaksin Covid-19.

Lebih 22.4 juta populasi dewasa terima dos lengkap Covid-19

 GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

Kuala Lumpur: Sebanyak 22,409,335 atau 95.7 peratus kadar populasi dewasa di negara ini sudah lengkap dos vaksinasi Covid-19 setakat malam tadi, menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman COVIDNOW.

Pemimpin pandai bercakap

 

Foto hiasan

Kitab Hadis Sahih Ibnu Hibban

Oleh USTAZ AZHAR IDRUS

DARIPADA Atha’ bin Yasar iaitu qadi negeri Madinah berkata: Aku telah mendengar akan Ibnu Mas’ud r.a. dan beliau berkata:

42 Ahli Parlimen selesai bahas Bajet 2022

 

Foto daripada Facebook Parlimen Malaysia.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 42 Ahli Parlimen telah mengambil bahagian membahaskan Bajet 2022 pada minggu kedua persidangan Dewan Rakyat.

DUN Sarawak terbubar secara automatik kerana cukup tempoh

 

KUALA LUMPUR: Desas-desus mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sejak minggu lepas menjadi kenyataan apabila Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menamatkan Proklamasi Darurat di negeri itu.

PM lancar 4 pakej Lebuhraya Pan Borneo Sabtu ini

  Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual melancarkan projek Lebuhraya Pan Borneo bagi pakej pantai timur Sabah di Kinabatangan, Sabtu ini.

Mangsa banjir di Kedah makin meningkat

 Paras air yang meningkat akibat banjir menyebabkan beberapa kawasan di Jalan Kampung Jaya, Kampung Seberang Terus dinaiki air. - Foto BOMBA

PreviousNext

ALOR SETAR: Banjir di negeri ini semakin buruk apabila jumlah mangsa banjir meningkat seramai 823 mangsa daripada 232 keluarga pada jam 8 pagi tadi, berbanding 793 mangsa dari 221 keluarga yang dilaporkan semalam.

JAWI benarkan warga asing lengkap vaksin solat di masjid

 JAWI membenarkan warga asing yang lengkap dua dos vaksin COVID-19 solat fardu secara berjemaah di surau dan masjid, berkuat kuasa pada waktu solat Maghrib hari ini - Foto NSTP

JAWI membenarkan warga asing yang lengkap dua dos vaksin COVID-19 solat fardu secara berjemaah di surau dan masjid, berkuat kuasa pada waktu solat Maghrib hari ini - Foto NSTP

PUTRAJAYA: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membenarkan warga asing yang sudah lengkap dua dos vaksin solat fardu secara berjemaah di surau dan masjid, berkuat kuasa pada waktu solat Maghrib hari ini.