04 November 2021

Mangsa banjir di Kedah makin meningkat

 Paras air yang meningkat akibat banjir menyebabkan beberapa kawasan di Jalan Kampung Jaya, Kampung Seberang Terus dinaiki air. - Foto BOMBA

PreviousNext

ALOR SETAR: Banjir di negeri ini semakin buruk apabila jumlah mangsa banjir meningkat seramai 823 mangsa daripada 232 keluarga pada jam 8 pagi tadi, berbanding 793 mangsa dari 221 keluarga yang dilaporkan semalam.

Jumlah itu membabitkan keseluruhan mangsa yang dipindahkan ke 12 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah di negeri ini iaitu Kota Setar, Pendang, Pokok Sena dan Kubang Pasu.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff berkata, daerah Kota Setar mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 382 mangsa daripada 117 keluarga dipindahkan ke enam PPS di daerah itu.

Beliau berkata, PPS Sekolah Kebangsaan SK Langgar masih kekal 80 mangsa dari 23 keluarga, PPS SK Suka Menanti seramai 67 mangsa dari 25 keluarga, SK Darul Hikmah seramai 118 mangsa dari 32 keluarga.


Paras air yang meningkat akibat banjir menyebabkan beberapa kawasan di Jalan Kampung Jaya, Kampung Seberang Terus. - Foto BOMBA
Paras air yang meningkat akibat banjir menyebabkan beberapa kawasan di Jalan Kampung Jaya, Kampung Seberang Terus. - Foto BOMBA

"PPS SK Haji Wahab pula menempatkan seramai 33 mangsa dari lapan keluarga, SK Convent seramai sembilan mangsa dari tiga keluarga dan SK Titi Gajah seramai 75 mangsa dari 26 keluarga.

"Di daerah Pendang, jumlah keseluruhan mangsa banjir masih kekal iaitu 293 mangsa dari 76 keluarga yang ditempatkan di dua PPS iaitu Dewan Rakan Sukan Tanah Merah iaitu seramai 225 mangsa dari 54 keluarga dan PPS Dewan Cenderawasih pula seramai 68 mangsa dari 22 keluarga," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Muaz berkata, keseluruhan mangsa banjir di dua PPS di daerah Pokok Sena pula masih kekal iaitu seramai 47 mangsa dari 14 keluarga.

Beliau berkata, PPS Surau Kampung Permatang Limau menempatkan seramai 26 mangsa daripada lapan keluarga manakala PPS SK Tualang seramai 22 mangsa membabitkan enam keluarga.

"Jumlah keseluruhan mangsa banjir di daerah Kubang Pasu pula masih kekal 100 orang dari 25 keluarga yang ditempatkan di dua PPS di daerah itu.

"PPS SK Dewan Kampung Tradisi Lembah Keriang menempatkan seramai 72 mangsa dari 20 keluarga manakala SK Malau menempatkan seramai 28 mangsa dari lima keluarga," katanya.

BHARIAN.

Anggota APM meninjau lokasi yang dinaiki air di daerah Kubang Pasu. - NSTP/Ihsan APM
Anggota APM meninjau lokasi yang dinaiki air di daerah Kubang Pasu. - NSTP/Ihsan APM

Tiada ulasan: