04 November 2021

Vaksin keluaran India dapat kelulusan WHO

 Vaksin Covid-19 Covaxin. FOTO AFP

Vaksin Covid-19 Covaxin. FOTO AFP

New Delhi: Vaksin Covid-19 keluaran India, Covaxin memperoleh kebenaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk penggunaan kecemasan.

Hindustan Times melaporkan, pengiktirafan itu menandakan kejayaan besar bagi India dalam pembuatan vaksin Covid-19.

Covaxin adalah vaksin yang sepenuhnya dibuat di India'oleh Bharat Biotech yang berpangkalan di Hyderabad dan Majlis Penyelidikan Perubatan India.

Pembangun vaksin Bharat Biotech menerbitkan data yang menunjukkan keberkesanan vaksin itu mencecah 78 peratus.

WHO menerusi Twitter memaklumkan keyakinannya terhadap manfaat Covaxin melebihi daripada risikonya.

AGENSI.

Tiada ulasan: