04 November 2021

500 petugas pastikan Muktamar PAS berjalan lancar

 

Dr Alias semasa meninjau kerja-kerja menyiapkan dewan tempat berlangsung muktamar.

Oleh SALMAH MAT HUSAIN

KUALA NERUS:
 Persiapan Muktamar Tahunan PAS kali ke-67 berjalan lancar di mana ia bermula sejak Selasa lalu dan dijangka berakhir esok.

Pengarah Muktamar PAS Dr Alias Razak berkata, hampir 500 petugas dimanfaatkan untuk pelbagai tugasan bagi melancarkan persiapan muktamar.


“Insya-Allah kerja-kerja persiapan berjalan lancar dan kita jangkakan esok siap sepenuhnya. Petang Jumaat pula akan diadakan rehearsal muktamar,” katanya selepas meninjau dewan muktamar di Duyung Marina & Resort hari ini.

Turut hadir Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan pemimpin PAS Terengganu.

Terengganu menjadi tuan rumah pada muktamar kali ini yang akan diadakan Sabtu dan Ahad ini.

Dr Alias juga berkata, walaupun perwakilan tidak ramai sebagaimana biasa, namun persiapan yang lebih teliti mesti dilakukan.

Tambahan pula kata beliau ketika Covid-19 yang masih melanda negara. – HARAKAHDAILY 4/11/2021

Tiada ulasan: