01 April 2014

Allahyarham Ustaz Ismail Noh korban kerusi demi parti

30 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
KOTA BHARU: Pemergian bekas Ahli Parlimen Pasir Mas Ustaz Ismail Noh ke rahmatullah awal pagi tadi disifatkan sebagai satu kehilangan besar bukan sahaja kepada PAS Pasir Mas bahkan juga kepada PAS Negeri Kelantan sendiri. 

Ini kerana beliau yang juga bekas Yang Dipertua PAS Kawasan Pasir Mas, adalah salah seorang ulama yang dikenali dengan kepetahan hujahnya serta ketinggian ilmu yang sukar ditandingi.

MH370: Seminggu lagi sebelum isyarat kotak hitam lenyap

30 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Selepas 24 hari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 hilang, pihak berkuasa kini mempunyai tempoh seminggu untuk mencari bukti fizikal terutamanya kotak hitam pesawat itu kerana isyarat daripada perakam itu bakal lenyap tidak lama lagi.
   
Isyarat yang dipancarkan daripada kotak hitam itu menggunakan kuasa bateri yang akan berakhir selepas 30 hari, dan adalah sukar bagi operasi pencarian menjejakinya tanpa isyarat khususnya di kawasan luas seperti di Lautan Hindi.

Promosi Tahun Melawat Malaysia di China ditangguh

30 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
KUALA PILAH: Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menangguhkan buat sementara waktu 'road show' promosi Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 di negara China ekoran tragedi pesawat MH370. 
   
Menterinya Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata langkah ini dibuat untuk menunjukkan kerajaan bersimpati dengan tragedi yang berlaku. 

'Selamat Malam Pesawat Malaysia Tiga Tujuh Kosong' - Perbualan Terakhir ATC, Kokpit

30 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: "Selamat malam pesawat Malaysia tiga tujuh kosong" adalah perbualan terakhir dalam transkrip antara pengawal trafik udara (ATC) dan kokpit pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang, kata Kementerian Pengangkutan malam Isnin.

Menurut kenyataan kementerian perbualan itu dirakamkan pada jam 0119 (waktu Malaysia) 8 Mac.

Media China minta keluarga bersikap rasional

30 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
MEDIA China meminta keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370 yang masih hilang supaya `tidak membiarkan kemarahan mereka mengatasi fakta dan kewarasan', walaupun mereka berasa amat sedih.

Dalam ruangan pendapat umum bertajuk `Hadapi tragedi MH370 dengan rasional' 
yang disiarkan oleh akhbar China Daily hari ini, penulis Mei Xinyu berkata anggota keluarga mangsa perlu mematuhi nilai-nilai asas masyarakat bertamadun. 

Tinggal tengkorak

30 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
Alor Setar: “Setiap hari saya melalui kawasan itu, tetapi tidak pula nampak apa-apa. Saya terkejut apabila penduduk beritahu jumpa mayat dalam hutan menyebabkan saya bergegas ke lokasi, tetapi tidak berani masuk ke kawasan itu,” kata Asri Jaafar, 41.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang semalam, mayat seorang lelaki berusia 50-an ditemui dari paras pinggang ke atas di sebalik dahan pokok dan semak dalam kawasan hutan di Jalan Lencong Barat, di sini, berhampiran Sungai Kedah, di sini. 

Sedih mengenang Tuan Guru semakin uzur

30 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
Sedih tidak terkira rasanya ketika mendengar berita Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semakin bertambah uzur, walaupun ada juga ketikanya beliau menyampaikan juga ucapan dan tazkirah di beberapa tempat.

Keadaan tokoh pemimpin yang satu ini mengundang doa dari umat Islam di sana sini semoga beliau dipulihkan dari keuzuran untuk meneruskan perjuangan.

Travelog Idham Lim (13)

Cerita semasa belajar di  Guangzhou, China dari tahun 1998 hingga tahun 2000. Ada beberapa kenangan menarik semasa berada di China. Sekitar seminggu berada di Kolej Bahasa Mandarin Jinan Universiti Guangzhou saya mengambil keputusan memberanikan diri untuk keluar ke pusat membeli belah Jusco . Sebelum itu pada hari kedua sampai di Guangzhou, saya dibawa oleh Isteri pegawai Konsul Malaysia Guangzhou membeli barangan elektrik untuk keperluan masak di dalam bilik asrama kolej.

Dalam keadaan saya baru menguasai beberapat patah perkataan dalam bahasa mandarin , saya gagahkan diri dan pergi dengan mengambil sedikit panduan dari teman yang sama kuliah. Nasib baik bas yang dinaiki tepat sampai dihadapan Jusco tersebut.