28 Oktober 2008

Sidang Kemuncak Asia-Eropah ke-7 capai hasil yang diharapkan

Sidang Kemuncak Asia-Eropah ke-7 berakhir di Beijing petang sabtu lepas. Selain mengeluarkan kenyataan untuk meningkatkan kerjasama Asia-Eropah dalam menangani krisis kewangan, sidang kali ini juga mencapai pelbagai hasil yang menggalakkan dalam bidang keselamatan bahan makanan, kerjasama penyelamatan bencana, pembangunan secara berterusan dan perubahan iklim.

Perdana Menteri China, Wen Jiabao berpendapat, hasil sidang kali ini akan memberikan sumbangan besar kepada kerjasama Asia-Eropah. Kata beliau, pelbagai negara perlu memperkukuh keyakinan, meningkatkan kerjasama dan menjelaskan tanggungjawab, agar bersama-sama menghadapi krisis kewangan antarabangsa.

"Semua negara, lebih-lebih lagi negara maju, perlu mengambil tindakah segara untuk menstabilkan pasaran dan memulihkan keyakinan orang ramai. Di samping itu, kita perlu meningkatkan kerjasama antara pelbagai negara bagi menghadapi krisis kewangan yang serius ini. Pada masa ini, tugas yang paling mendesak adalah untuk menstabilkan pasaran kewangan dan mengurangkan risiko akibatnya," kata Perdana Menteri Wen Jiabao.

Selain krisis kewangan, para peserta juga mengadakan perbincangan dan mengemukakan pelbagai cadangan yang bersifat membina berhubung keselamatan makanan, kerjasama penyelamatan bencana, pembangunan berterusan, perubahan iklim dan dialog antara pelbagai tamadun.

Dalam Perisytiharan Beijing mengenai Pembangunan Berterusan yang diluluskan sidang kali ini, pelbagai negara berjanji untuk mewujudkan Matlamat Pembangunan Milenium (MDG) menurut jadual, meningkatkan kerjasama antarabangsa di bawah prinsip "tanggungjawab yang sama tetapi berlainan", menangani isu perubahan iklim dan keselamatan tenaga agar mewujudkan masyarakat yang harmoni.

Presiden Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU), Jose Manuel Barroso berkata: "Kita tidak mengabaikan cabaran global selain daripada krisis kewangan, seperti perubahan iklim dan pencapaian matlamat MDG. Perisytiharan Beijing mengenai Pembangunan Berterusan telah mengemukakan prinsip-prinsip yang akan menjadi panduan kepada kita untuk menangani pelbagai cabaran global tersebut."

Kenyataan Pengerusi yang dikeluarkan sidang kemuncak kali ini pula mencerminkan pendirian anggota-anggota Sidang Kemuncak Asia-Eropah dalam pelbagai isu penting. Selain itu, sidang kali ini juga meluluskan 17 cadangan kerjasama yang melibatkan sektor ekonomi, masyarakat, kebudayaan dan pembangunan berterusan.

Menteri Luar China, Yang Jiechi ketika diwawancara menyatakan, sidang kali ini mencapai hasil yang diharapkan dan mencerimkan keazaman Asia-Eropah untuk meningkatkan kerjasama bagi mendorong hubungan rakan antara Asia dengan Eropah dan menyumbang kepada keamanan, kemakmuran dan keharmonian dunia.

Saya bangga dapat amalkan budaya Melayu.

Ekoran dari dakwaan saya tidak menghormati budaya Melayu dalam beberapa komen picisan yang sepatutnya saya tidak jawab, malah saya menerima email dari teman-teman yang menasihati supaya tidak dilayan .

Namun sebagai sifat asal dan hasrat saya membuka blog peribadi adalah untuk menyebar luaskan ilmu selain dapat berada di Mesjid dan Surau, saya sudah muktamad blog saya berimejkan apa yang telah saya putuskan. Apalagi banyak blog yang tidak menyediakan cbox dan ruangan ulasan, kenapa pelik dan jadi salah kepada blog saya yang tidak memilikinya.

Bayangkan tulisan saya dalam banyak tazkirah yang cuba diulas oleh orang yang jahil dan tidak arif dalam ilmu Islam. Irama dan lagu tidak seiring, malah jadi rosak kalau dibiarkan.

Selain itu kepada yang masih berminat untuk bertanya dan sebagainya ianya masih ada ruangan, pintu masih terbuka melalui email saya yang terpampang. Adakah kita nak tambah musuh dan tambah dosa. Insaflah berada didepan komputer juga boleh jadi ibadah dan sebaliknya. jangan sia-siakan masa dan umur yang makin singkat. Kubur memanggil dan dunia melambai-lambai ucap selamat tinggal.

Balik kepada persoalan budaya Melayu. Lihat saja gambar keluarga yang sudah hampir sebulan Syawal yang saya letakkan didalam blog ini sudah dapat menjawabnya. Berapa ramai orang Melayu yang dapat mendidik anak mereka sayang dan cintakan pakaian tradisi orang Melayu.

Ditambah fesyen berpakaian sekarang lagi dasyat malah bercanggah 100 % dengan saya berpakaian cara Islam. Prinsip saya sebenarnya tidak kira Melayu, Cina , Jakun dan sebagainya asalkan pakai yang menutup aurat itu sudah mengamalkan tuntutan Islam.

Setiap hari Jumaat bagi yang tidak buta mata dan mata hatinya, semua sudah tahu saya akan berpakaian lengkap dengan pakaian Melayu sekali dengan sampinnya. Bukan sejak jadi ADUN tetapi sejak mengajar di sekolah kerajaan lagi. Alhamdulillah kerana berpakaian cara itu mengambarkan keIslaman kita dikalangan orang bukan Islam , saya teruskan sampai sekarang. Walaupun masih ramai pemilik asal pakaian ini sudah tidak tahu berterima kasih kepada bangsa lain yang memakainya.

Apakah salah kalau hari Jumaat dengan berpakaian demikian saya pergi menzirahi orang mati. Adakah sudah ada fatwa yang mengatakan tidak boleh pergi melawat orang mati dengan pakaian melayu lengkap?Apalagi mati dia tidak kira hari, hari Jumaat malah hari yang terbaik kalau seseorang itu mati.

Satu lagi dakwaan yang tidak menghormati keluarga simati itu adalah fitnah yang perlu ada pembetulan.Setahu saya orang yang tidak menghormati keluarga simati ialah datang ziarah setakat diluar saja. Kalau saya hadir saya pastikan mayat itu lelaki atau perempuan. Kalau lelaki pasti saya setelah bersalam dengan semua akan masuk lihat mayat dan hadiahkan bacaan ayat-ayat suci dan doa.

Bagi saya yang tidak menghormati keluarga simati malah simati itu sendiri ialah orang yang hanya pergi ziarah setakat diluar dan sembang dunia panjang-panajang macam tidak mahu mati. Sesudah sampainya mayat di mesjid atau surau untuk disembahyangkan lagi ramai yang tidak tahu menghormati simati. Mereka tidak mahu berdiri walaupun keranda mayat hampir melanggarnya.

Bertanya dengan yang hadir siapa waris terdekat dan saya akan menemuinya dengan sedikit ucapan dan sumbangan, itulah yang saya lakukan. InsyaAllah saya akan terus dengan keadaan begitu dimasa akan datang.

Selain saya menggemari berpakaian Melayu, anak-anak juga tidak ketinggalan. Mereka akan memakainya bila perlu apa lagi Hari Raya kami sekeluarga pasti akan pakai dengan warna sendondong.

Saya akan teruskan walaupun ada yang masih membutakan mata kepada suatu realiti kehidupan ini.

Drs. Khalil :Karnival Imarah Mesjid (KARIM) tingkatkan kecintaan kepada mesjid.

GERIK, 19 Okt :- Karnival Imarah Masjid (KARIM) adalah satu usaha yang baik untuk menambahkan kecintaan ummah kepada mesjid sekaligus adalah satu modul yang perlu diikuti oleh mesjid-mesjid lain untuk meramaikan jemaahnya, demikian antara ucapan ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim yang mewakili YAB. Menteri Besar Perak semasa memberi ucapan Perasmian Penutup karnival Imarah Mesjid yang diadakan di Mesjid jamek Daerah Gerik disini.

Drs. Khalil menyampaikan ucapan perasmian penutup.


Dalam ucapannya juga beliau memuji pihak penganjur yang mengadakan program yang seumpama ini. Di sebut juga dalam ucapannya bahawa Masjid Jamek Gerik adalah merupakan masjid yang pertama di dalam Negeri Perak yang melaksanakan Karnival Imarah Masjid ini dan besar harapannya sekiranya program ini dapat diperluaskan ke masjid - masjid yang lain. Kerana baginya masjid seharusnya tidak sekadar dijadikan tempat untuk ceramah dan kuliah agama sahaja, bahkan sepatutnya dijadikan sebagai pusat kepada segala kegiatan aktiviti masyarakat. Dengan berusaha untuk menarik pelbagai golongan khususnya peringkat anak - anak muda agar hatinya sentiasa terpaut untuk hadir ke masjid .

Beliau juga berpesan agar pihak AJK masjid pada hari ini seharusnya peka dan berusaha untuk mencari pelapis - pelapis di kalangan orang - orang muda sebagai pengganti kepada generasi yang sedia ada. Tindakan pihak masjid yang mengadakan pertandingan khutbah di kalangan pelajar baginya adalah amat wajar sekali kerana diharapkan mereka inilah yang akan memimpin masjid di masa hadapan.

Menyampaikan hadiah kepada pemenang.


Hadir sama ialah Pegawai Daerah Gerik yang juga Pengerusi Mesjid, Dato’ Haji Abdul Karim Bin Osman, Pegawai Tadbir Agama Gerik, Ustaz Azhar bin Ahmad serta Isteri ADUN titi Serong, Pn. Nor Ainah Ahmad.

Karnival itu telah di resmikan oleh Ust. Zulkifli Ibrahim yang mewakili kerajaan pada hari Jumaat dan berakhir 3 hari kemudian.


Pn. Nor Ainah menyampaikan hadiah.

Antara acara yang dipertandingkan ialah masak telur itik, gubahan, Futsal, pertandingan khutbah. Selama tiga hari setiap waktu diadakan pembacaan kitab dari guru yang berlainan sehingga khatam kitab hadits Penawar Hati. Selain itu diperkarangan mesjid telah disediakan khemah jualan yang memeriahkan lagi suasana karnival.

Pada kesempatan itu Drs. Khalil telah menyempurnakan Web Mesjid http://www.masjidjamekgerik.net/?lang=my&cat=1&id=1&mnu=1 dengan menekan butang yang disediakan oleh penganjur.
Pesembahan Nasyid.

Drs. Khalil dan Isteri telah sudi menyampaikan hadiah kepada semua pemenang pertandingan selama 3 hari tersebut.

Selain itu Drs. Khalil mencadangkan supaya usaha untuk meramaikan jemaah perlu ditingkatkan dengan apa cara sekalipun. Sambil memuji idea yang baik dari Pengerusi mesjid, beliau mengatakan program yang diannjurkan itu telah mencapai matlamatnya.
Khemah penuh dengan pengunjung.

Tegasnya, menjadi jawatan kuasa mesjid bukannya suatu yang dibanggakan melainkan satu amanah yang besar untuk menarik lebih ramai jemaah .

Pengerusi BBC puji usaha meraikan kanak-kanak istemewa.

IPOH, 26 Okt :- Saya selaku Pengerusi BBC Negeri Perak sangat bangga dan berterima kasih dengan usaha pihak tertentu untuk meraikan kanak-kanak istimewa dan anak-anak yatim seperti yang dilakukan pada malam ini, demikian antara kandungan ucapan ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim dalam Majlis Jamuan Deepavali untuk Kanak-kanan dari Pusat Harian Kanak-kanak Spastik bandar Ipoh yang diadakan di ICC Club disini malam tadi.

Hadir sama dalam majlis itu ialah ADUN Sinpang Pulai, Chang Ming kai , ADUN Malim Nawar, Khasvindar Singh serta President Pusat harian tersebut, Pn. Nor Hasmah binti Hamzah. Isteri ADUN Titi Serong, Pn. Nor Ainah Ahmad juga turut Hadir.

Khalil Idham Lim sedang menyampaikan ucapannya.



Jamuan tersebut merupakan acara tahunan sempena Deepavali yang diusahakan oleh En. Paul. Pada kesempatan itu seramai 30 orang kanak-kanak istemewa dan anak-anak yatim diraikan. mereka diberikan makanan istemewa dan sumbangan duit Deepavali.

ADUN Titi Serong juga menegaskan sesuai dengan dasar kerajaan negeri yang mementingkan kebajikan maka usaha ini perlu diteruskan oleh semua pihak yang lebih bernasib baik.
Cik Tasya yang mewakili pihak Pusat Harian semasa memberikan ucapan mengucapkan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga dengan penganjuran program.

Nizar diberi penghormatan berucap di Lahore.

LAHORE ,PAKISTAN:- Menteri Besar Perak Darul Ridzuan Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin kini berada di Pakistan untuk menghadiri Muktamar dan Ijtima Jamiat Islam yang berlangsung selama empat hari dan berakhir Isnin di Lahore.

Beliau berada di Lahore mengiringi Dato Seri Presiden Pas Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Yang turut serta dalam delegasi itu termasuk Setiausaha Politik Menteri Besar Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki dan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat Perak Haji Ismail Yusof.

Nizar, Misbahul dan Ismail berlepas dari tanah air pada petang Jumaat lepas melalui Kuala Lumpur dan transit di Bangkok untuk menyambung perjalanan dengan Thai Airways ke Lahore, manakala Dato Seri Presiden berlepas pada Khamis.

Dalam e melnya dari Lahore semalam, Misbahul berkata, Dato Seri Presiden dan Nizar adalah antara jemputan khas dan menjadi tetamu kehormat muktamar berkenaan, yang juga dihadiri tokoh Islam dari seluruh dunia.

Dato Seri Presiden dan Dato Seri Menteri Besar amat berbesar hati kerana diberi peluang berucap pada muktamar itu yang dihadiri lebih setengah juta hadirin. Semasa di Lahore, dua pimpinan parti itu juga dijadual menemui dan berbincang dengan ahli-ahli perniagaan Pakistan mengenai peluang pelaburan dua hala.

Semasa di Lahore, Dato Seri Presiden dan Nizar turut diraikan oleh Dato Bandar Lahore. Rombongan dijadual pulang ke tanah air lewat petang Isnin./ End/ANR

Jawapan Same Suka....

Ikuti dulu paste tulisan dibawah dan baca dengan teliti jawapan dari Cina Islam.


Same suka said(1):

Tidak syak bagi teman nak bagi tahu salah seorang ADUN PAS yg deperhati BPR ialah ADUN Titi Serong. Teman rasa ada sesuatu yg tak kena dgn ADUN Titi Serong. Teman masuk bloq cina Islam, ruangan c/box dia dah ditutup. Katanya ruangan tu dah disalahguna.

Tapi teman dengar dari kawan dari Parit Buntar. ADUN Cina Islam tak boleh nak jawab banyak soalan berkaitan peruntukan yg dia dapat.

Teman dengar juga ADUN Cina Islam dah semakin berlagak sampai pi lawat jenazah pun pakai kot dan tie. Ada juga pakai baju melayu samping, langsung tak hormat keluarga si mati.

Teman juga dapat tahu dia dok perhodoh pimpinan PAS Kawasan kepada pimpinan PAS Negeri.Pimpinan Negeri percaya dia hidup2 tak pi siasat.

Apabila ada orang PAS Kawasan pertikai keborosan dia guna peruntukan kerajaan negeri. Dia kata orang yang pertikai dia sebagai pembangkang

Same suka said(2):

Teman dapat tahu ramai AJK PAS Kawasan dah tak percaya kepada ADUN Cina Islam kerana tak telus.

Sampai sekarang tak tahu di mana peruntukan separuh tahun sebanyak 75 ribu dibelanjakan. Yang tahu dia ni boros dan tak peduli kepada PAS Kawasan.

Teman tanya juga dekat ADUN Kawasan teman fasal peruntukan 75 ribu tu. Katanya, peruntukan tu dia beri kepada rakyat spt perbaiki surau, beli khemah utk orang kg, beli pinggan mangkuk utk surau dan banyak lagi.

Masalahnya kawan teman bagi tahu di DUN Titi Serong, tak da surau dan masjid yang terima peruntukan sebegitu. Tak tahu di belanja ke mana?

Yang tahu, peruntukan 10 ribu utk perayaan Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali dah habis dibelanjakan.

Yang tahu juga, dia panggil Azhan juara akedemi nasyid buat persembahan depan pejabat dia. Panggil Azhan ni saja pun rasanya makan belanja 5 hingga 10 ribu. Mana peruntukan dia guna, takut peruntukan utk rakyat 75 ribu tu.

Kawan teman bagi tahu orang luar tak tahu perangai ego ADUN Cina Islam. Pimpinan PAS Pusat dan Negeri juga tak percaya kpd PAS Kawasan kerana sejarah PAS Kawasan ini selalu bergaduh dgn pimpinan negeri.

_____________________________________
JAWAPAN CINA ISLAM

Pagi tadi saya menerima satu SMS dari sahabat karib seorang bloger memaklumkan apa yang saya paste kan diatas, (mohon izin dari matsaman kati dan penulis mesej diatas) untuk di jawab bagi mengelakkan fitnah ini terus tersebar.

1. Cbox ditutup- alhamdulillah ianya saya tutup pada hari dan dibulan yang paling mulia iaitu Ramadhan yang lepas. Adakah saya boleh membiarkan orang menghantar gambar-gambar lucah melalui blog yang saya kendalikan, saya sangat bimbang dengan keterbatasan waktu untuk membukanya blog saya sudah penuh dengan paste pihak yang tidak bertanggung jawab. Nasib baik yang terakhir dan paling banyak sempat saya kesan dan padamkan. Apapun itu hak pemilik blog apapun untuk menjaga blognya.

2. Lawat jenazah pakai kot dan tai. Walaupun segi hukum tidak salah kenapa perkara sekecil ini diperbesarkan dan dinasi tambahkan. Sebenarnya cuma sekali saya pergi lawat jenazah di Pekan Baru dalam perjalanan ke Ipoh. Biasalah pakaian kerja saya dari Isnin hingga Rabu, pakai tai dan kot di pejabar. Khamis baju batik, Jumaat pakai baju melayu dan sampin , hari sabtu dan Ahad berbaju korperat atau biasa ikut keseuaian.

Saya pun tidak perasan sangat kerana saya perhatikan ramai juga penjawat awam pi tengok orang mati pakai tai, malah semasa jadi guru dulu banyak kali saya pergi melwat orang mati pakai tai. Selain itu tidaklah semua mengada-ngada seperti saudara, malah anggap itu perkara yang tidak perlu diperbesarkan.

Sangat malang ditambah saya pakai kot. Sedangkan sebelum sampai ke pejabat saya cuma gantungkan dalam kereta. Orang matipun nampak saya tidak pakai kot, macammana saudara tidak nampak? kalau sejuk sangat seperti hari hujan atau nak ke pejabat tanah saya sekali-sekala pakai.

3. Perhodoh pimpinan Pas kawasan. Baik atau buruk perangai seseorang bukan kerja saya untuk sebarkan kepada sesiapa hatta sampai kepada pimpinan negeri. Maaf ! saya sangat sedikit masa untuk bersembang kosong dan cari kelemahan orang lain. Prinsip saya walaupun orang yang cuba bermusuhan dengan saya, dia tetap ada kebaikan yang Allah anugerahkan, semuga kita semua mendapat hidayah.

4.Keborosan menggunakan peruntukan negeri. Alhamdulillah saya rasa dan yakin semunay telah saya lakukan yang terbaiuk setelah sekian lama kita menenti kemenangan sejak 50 tahun yang lepas. Semuanya dikembalikan kepada rakyat. Selamat menikmatinya. Adakah memberi RM 200 setiap mesjid dan surau adalah boros?

5.Ramai AJK PAS dah tak percaya. Siapakah saudara yang mengeluarkan kenyataan yang berunsur fitnah, adakah saudara salah seorang darinya?

6.Peruntukan 75,000. Sila datang ke pejabat untuk lihat senarainya walaupun saya ragui adakah saudara layak untuk mengetahuinya. Sebagai catatan awal perlulah diketahui peruntukan yang diberikan hanya kepada yang membuat permohonan dan jumlah tersebut adalah terhad dan sudah habis diguna pakai.

Contohnya cuba tanya blloger albanjari betulkan di tanah perkuburan Titi Serong ada penimbunan tanah kelulusan wang tersebut.

7. Azhan Atan. Alhamdulillah perutukannya sebanyak RM 2000 dibiayai oleh seorang dari Kelantan .

Semuga kita semua diberikan petunjuk dan hidayah oleh Allah, antaranya rajin-rajinlah sembahyang berjemaah dan berdoa sesudah itu, kata Tok Guru Nik Aziz masa itulah doa paling makbul.

Allahuaklam...