22 November 2010

Negeri Pakatan tidak akan bersama dalam PRU 13?

15 Zulhijjah 1431H

KUALA LUMPUR, 22 Nov: Ketika berita angin bertiup kencang pilihan raya umum ke 13 (PRU 13) akan diadakan awal tahun depan, pelbagai pihak dalam Pakatan Rakyat pula membuat andaian negeri-negeri mereka tidak semestinya bersama dalam pilihan raya itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan jelas berkata, Pakatan akan berbincang terlebih dahulu sesama mereka iaitu PKR, DAP dan PAS sebelum membuat keputusan untuk menyertai pilihan raya itu atau tidak.

Ini kerana, mereka yang menguasai empat negeri, Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan berhak membuat keputusan sebaliknya iaitu pilihan raya berasingan dengan tarikh yang diumumkan oleh kerajaan pusat.

Lim Guan Eng, ketika berucap di Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang semalam berkata, ketiga-tiga parti komponen Pakatan itu akan mengadakan konvensyen mereka sendiri sebelum membuat keputusan untuk menyertai pilihan raya itu atau tidak.

Pendapat beliau disokong oleh anggota Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.

"Kita ada negeri yang hendak diuruskan selepas diberikan mandat pada tahun 2008 lalu. Kita akan cukupkan penggal kita. BN di peringkat pusat mempunyai masalah kredibiliti sendiri. Jika mereka mahukan pilihan raya, biarkanlah mereka," kata Dr Hatta kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa membuat cadangan yang serupa.

Beliau mencadangkan agar negeri-negeri Pakatan Rakyat tidak mengikut secara membabi buta cadangan kerajaan pusat dan negeri BN membubarkan Parlimen dan Dun mereka.

"Kita mesti ada kuasa tawar menawar. Kalau kita ikut sahaja kehendak mereka bermakna, mereka sentiasa menetapkan kehendak mereka dan kita mengikut mereka sahaja," kata Husam dalam satu kenyataannya.

PRU 13 dikatakan akan diadakan pada awal tahun depan iaitu antara Mac atau April 2011

Bendahari PKR yang juga anggota Parlimen Selayang, William Leong berkata, pihaknya mendapat maklumat ia akan diadakan April tahun depan iaitu serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak.

Para media BN pula diarahkan agar memainkan berita baik untuk BN bagi melahirkan rasa senang rakyat kepada parti yang memerintah negara itu di samping memburuk kerajaan Pakatan Rakyat.

Tindakan Datuk Zaid Ibrahim meninggalkan PKR selepas tertinggal dalam pemilihan timbalan presiden telah dijadikan modal oleh media BN untuk menghuruharakan PKR.

Pemilihan dalam PKR juga dihebohkan kononnya berlaku kekecohan besar dalam parti itu, walaupun PKR menegaskan ia hanya kekecohan kecil sahaja.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein juga menyerang Pakatan apabila menolak usahanya untuk mendaftarkan simbul bersama dalam pilihan raya negeri Sarawak kononnya Pakatan hanya bersatu dari segi simbul sahaja tetapi berpecah.

Negeri-negeri Pakatan juga didakwa gagal melaksanakan manifesto pilihan raya mereka namun begitu manifesto yang mana gagal dilaksanakan tidak dinyatakan oleh beliau.

Harakahdaily/-

Anak bongsu MP Rantau Panjang meninggal dunia

15 Zulhijjah 1431H

SELAYANG, 21 Nov: Anak bongsu Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Yusuf, Ahmad Saleh Rahimi, 7, meninggal dunia di Hospital Selayang jam 12.45 tengahari tadi.

Ahmad Saleh menerima rawatan di hospital itu di wad rawatan rapi (ICU) sejak 13 November lalu akibat menghidap penyakit buah pinggang.

Allahyarham akan dibawa pulang ke Tanah Merah selepas solat Zohor untuk urusan pengkebumian.

Harakahdaily/-

Akta siber: Kerajaan mahu rakyat buta, pekak

15 Zulhijjah 1431H

KUALA LUMPUR, 21 Nov: PAS mendakwa tindakan Kementerian Dalam Negeri memperkenalkan garis panduan, definisi hasutan kepada pengguna internet sebagi satu lagi usaha untuk 'membuta dan memekakkan' rakyat.

Ketua Penerangannya, Idris Ahmad berkata, tindakan tersebut lebih kepada usaha menyekat maklumat sebenar sampai kepada rakyat.

"PAS berpandangan tindakan ini lebih kepada usaha untuk membendung maklumat penyelewengan kerajaan BN.

"Umno BN hanya bergantung kepada propaganda media perdana sahaja untuk mengekalkan pengaruh mereka di negara ini.

"Mereka tidak mampu untuk melawan serangan yang dibuat oleh media baru pada hari ini," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Katanya lagi, seluruh jentera Umno sudah tidak bermaya, dan hanya bergantung kepada media radio dan televisyen sahaja.

Malahan setengah tempat ujarnya, Umno terpaksa menswastakan program penerangan melalui NGO yang pro mereka agar boleh menarik orang datang.

"Jika tidak, orang tidak mahu datang jika atas lambang umno.

"Sebab itu tidak hairan kepada kita BN sudah membuka peluang kepada NGO untuk bersama BN dalam mesyuarat majlis tertinggi.

Beliau turut mempersoal tindakan kerajaan itu dengan asas bahawa telah banyak akta-akta yang diwujudkan untuk mengatasi masalah tersebut.

Ianya seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Mesin Cetak dan Akta Hasutan.

"Kerajaan boleh bertindak mengikut akta yang sedia ada dengan membawa pesalah ke muka pengadilan," katanya.

Beliau bagaimanapun bersetuju jika tindakan diambil kepada mereka yang mendedahkan maklumat ketenteraan negara, penghinaan kepada agama dan bangsa.

"Tetapi jika maklumat yang didedahkan ialah penyelewingan yang merugikan negara dan rakyat, kenapa perlu kerajaan takut untuk menghadapi penghakiman yang akan dibuat oleh rakyat dalam pilihanraya umum akan datang," soalnya.

Harakahdaily/-

PRU 13 April tahun depan?

15 Zulhijjah 1431H

RAWANG, 22 Nov: Pilihan raya umum ke 13 (PRU 13) dijangka akan diadakan pada April 2011 serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak.

Inilah ramalan paling hangat yang dibuat sekarang ekoran keaktifan politik dan rasa keyakinan BN ekoran kemenangan berganda mereka di Parlimen Batu Sapi, Sabah dan Dun Galas, Kelantan baru-baru ini.

Semalam, Bendahari PKR, William Leong ketika berucap dalam satu majlis dekat sini juga turut meramalkan pilihan raya umum ke 13 akan diadakan April tahun depan.

"Pilihan raya umum ke-13 dijangka April tahun depan. BN nampaknya bersedia ke arah itu," katanya yang juga anggota Parlimen Selayang.

(Gambar: William (dua dari kanan) sedang makan bersama dengan para pemimpin tempatan di Bandar Tasik Puteri)

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis jamuan rakyat anjuran PAS Cawangan Bandar Tasik Puteri di Puteri Central Park tengahari semalam.

Jamuan makan disedia dari lima ekor kambing yang disumbangkan oleh William sempena Aidil Adha. Kira-kira 200 penduduk Tasik Puteri menyertai jamuan itu.

Baginya, Pakatan Rakyat perlu bersedia setiap hari untuk menghadapi pilihan raya umum mulai sekarang.

"Tiap hari memang kita sedia dan bekerja untuk menghadapi pilihan raya itu," katanya.

Dalam pada itu, beliau yang baru terpilih sebagai ketua cabang PKR Selayang dalam pemilihan kali ini tetap yakin dengan sistem pemilihan dalam parti itu.

"Kita tetap yakin dengan sistem pemilihan dalam PKR. Kalau kita nakkan demokrasi, kita perjuang demokrasi dalam parti dahulu.

"Satu ahli satu undi, demokrasi memberikan hak kepada semua ahli memilih sendiri pemimpinnya," katanya.

Oleh kerana ia berlaku pertama kali dan ada lebih 9900 pemimpin yang perlu dipilih, sudah tentu ada masalah pelaksanaannnya, kata beliau.

Harakahdaily/-
15 Zulhijjah 1431H



Nurul Izzah naib presiden PKR paling kanan

15 Zulhijjah 1431H

KUALA LUMPUR, 22 Nov: Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar menjadi naib presiden PKR paling kanan kini apabila beliau memenangi undi terbanyak dalam pemilihan PKR yang berakhir semalam.

Beliau mendapat undi tertinggi iaitu 13,170 mendahului naib presiden sekarang Tian Chua yang mendapat 11,460, pengarah pilihan raya Fuziah Salleh (8,891) dan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Dr Mansur Othman (8,477) yang turut terpilih.

Sebagaimana dijangka, Azmin Ali memenangi jawatan timbalan presiden apabila mendapat 19,212 mengalahkan pencabarnya, Mustaffa Kamil Ayub yang cuma mendapat 4,567undi.

Keputusan itu berdasarkan 214 daripada 222 cabang PKR yang berjaya mengadakan pemilihan untuk memilih pemimpin Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu.

Berbanding keputusan minggu sudah, exco Selangor berjaya memintas ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan di tempat kelima.

Hanya empat kerusi sahaja diperuntukkan untuk pemilihan naib presiden. Bagaimanapun, PKR berhak melantik dua lagi ke jawatan itu.

Berikut jumlah Undi yang diterima mereka:

Nurul Izzah - 13,170
Tian Chua - 11,460
Fuziah Salleh - 8,891
Dr Mansor Othman - 8,477
Dr Xavier Jayakumar - 6,984
Gobalakrishnan - 6,721
Yahya Sahri - 6,436

Keputusan rasmi akan diumumkan dalam kongres PKR di Petaling Jaya yang akan berlangsung minggu depan.

Harakahdaily/-

Mahkamah tolak permohonan Anwar lihat nota klinikal

15 Zulhijjah 1431H

KUALA LUMPUR, 22 Nov: Mahkamah sekali lagi menyekat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melihat nota-nota klinikal yang disediakan oleh tiga doktor Hospital Kuala Lumpur.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah memutuskan bahawa pasukan pembela Anwar gagal untuk memberikan sebab-sebab mengapa mahkamah harus membenarkan Anwar melihat dan mendapatkan nota-nota tersebut.

Ini kerana, kata hakim itu hari ini, hak untuk tertuduh dibekalkan dengan dokumen-dokumen yang perlu bergantung pada Kanun Tatacara Jenayah (CPC) dan juga pasukan pendakwaan.

Anwar memohon bagi mendapatkan nota klinikal yang direkodkan oleh tiga pakar HKL semasa pemeriksaan ke atas pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Permohonan mendapatkan nota klinikal itu timbul selepas pakar bedah am HKL, Dr Mohd Razali Ibrahim memaklumkan mengenai nota tersebut di mana pihak pembelaan sedar bahawa mereka tidak dibekalkan dengan dokumen berkenaan.

Dr Mohd Razali merupakan saksi kedua pendakwaan dalam kes perbicaraan Anwar yang sedang dibicarakan atas tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 25, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini, di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Sebelum ini, Anwar telah beberapa kali gagal untuk mendapat senarai saski dan bahan-bahan bukti untuk membolehkan pihaknya membuat pembelaan.

Mahkamah Rayuan pada 8 November lalu membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintah pihak pendakwa dalam kes tersebut menyerahkan bahan bukti kepada ketua pembangkang itu yang dikatakan penting untuk pembelaannya.

Anwar dalam tulisan yang disiar di blognya http://anwaribrahimblog.com memberitahu, pihak tersebut kini sedang berselindung di sebalik dolak dalih kononnya mendakwa beliaulah yang melengah-lengahkan perbicaraan tersebut.

"Nah sudah terang lagi bersuluh kepada kita, siapa sebenarnya yang melengah-lengahkan proses perundangan dan pembicaraan.

"Mengapa gentar untuk membenarkan pasukan pembela saya memeriksa bahan bukti dan rakaman video litar?

"Barangkali takut muslihat jahat didedahkan; pecah tembelang membusuk dan memualkan," kenyataanya dipetik.

Dalam tulisan tersebut Anwar melahirkan harapan agar perbicaraan kes beliau itu berjalan lancar mengikut lunas perundangan.

Beliau juga tidak mahu proses perundangan tersebut dihalang dan dicampurtangan pihak pemerintah.

"Jangan halang proses perundangan yang sebenarnya, biarkan ianya berlangsung tanpa dicampuri dan digugat pemerintah," tulisnya lgi.

Harakahdaily/-

JEMPUTAN SIDANG MEDIA ISU: UMNO BN TERDESAK, PENGHULU SELURUH PERAK DIHASUT MEMBENCI PAKATAN RAKYAT

15 Zulhijjah 1431 H
Oleh : mohd hafez sabri

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah berkaitan.

02 Adalah dimaklumkan wakil akhbar tuan dijemput hadir ke ` Sidang Media ` yang akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 23 NOVEMBER 2010 [ SELASA ] ( Esok hari )

Masa : 3.00 Petang

Tempat : Bilik Media,Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Perak Bandar Ipoh Raya, Ipoh.

Bersama : Pesuruhjaya PAS Perak serta Majlis Tertinggi Pimpinan PAS Negeri Perak

03 Maklumat lanjut sila hubungi seketariat Pejabat Perhubungan PAS Perak ditalian : 05 – 255 5441

Kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah.

[ MOHD HAFEZ BIN SABRI ]

Pegawai Khas Pesuruhjaya PAS Perak

( 013- 3190807 )

Doa kejayaan buat semua calon-calon SPM dan STPM

15 Zulhijjah 1431 H
Oleh : Hafizi Pauzi

PARIT BUNTAR, 22 Nov : Peperiksaan SPM dan STPM akan bermula sesi peperiksaannya mulai esok, dan kepada semua pelajar-pelajar yang mendudukinya selamat menempuh peperiksaan, dan ingatlah sesungguhnya peperiksaan di akhirat nanti akan menjadi suatu yang amat berbeza dan sukar dari ini,” kata Drs. Khalil Idham Lim, ADUN Titi Serong ketika ditemui di sini.

Mengikut maklumat kementerian, seramai 467,970 calon akan mengambil peperiksaan SPM di 3,594 pusat peperiksaan seluruh negara bermula 23 november hingga 20 Disember ini.

Tambahnya lagi yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Perak, seramai 53,674 calon akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di 760 pusat peperiksaan di seluruh negara mulai 23 november hingga 16 Disember 2010.

Bagi yang bakal menduduki peperiksaan SPM, pastikan juga anda membawa kad pengenalan dan Borang Perakuan Calon Peperiksaan SPM ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan lancar.

Selain itu, calon-calon diingatkan supaya bersedia dan membuat persiapan awal bagi menghadapi sebarang keadaan yang mungkin menghalang atau melewatkan mereka ke pusat peperiksaan sebagaimana tertera di jadual.

Begitu juga bagi mereka yang bakal menduduki peperiksan STPM, mereka diingatkan supaya calon sentiasa membawa kad pengenalan dan Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon (LPKC1 dan LPKC2) sepanjang peperiksaan di samping menyemak nama pusat peperiksaan.

Selain itu, beliau yang juga Ketua Sekretariat Pekatan Rakyat Perak mengingatkan, calon perlu bersedia dengan persediaan yang lengkap bagi menduduki peperiksaan nanti.

“Semoga anda semua memperoleh kejayaan yang cemerlang, insya-Allah, setelah kita berazam melakukan yang terbaik maka berserah serta bertawakallah kepadaNya dengan memohon pertunjuk dari Allah pencipta seluruh makhluk,” katanya.


Drs. Khalil : Pakatan Rakyat akan teruskan dasar yang baik untuk rakyat.


ADUN Titi Serong,Drs. Khalil Idham Lim sedang menyampaikan ceramahnya dalam Program PAS For All di Kg. Baru Jerlun Kuala kangsar.

15 Zulhijjah 1431H.
Hafizi Pauzi

KUALA KANGSAR, 22 Nov.:- Pakatan Rakyat akan meneruskan dasar yang baik untuk rakyat yang terhenti sejak rampasan kuasa di Perak apabila diberikan mandat kembali oleh rakyat dalam PRU ke 13 akan datang. Kita telah membuktikan selama 11 bulan dan kita akan teruskan. Demikian antara penegasan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim dalam ceramahnya sempena Program PAS For All anjuran PAS Kawasan Kuala Kangsar di Kampung Baru Jerlun di sini.

Sebahagian yang hadir dari pelbagai kaum sedang mendengar ceramah penerangan.

Hadir sama dalam program yang dihadiri sekitar 100 orang warga setempat itu ialah ADUN Lubok Merbau, Hj. Mohd Zainuddin Yusof, YDP PAS Kawasan, Hj. Ibrahum, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Perak, Sdr. Beh, Pimpinan DAP, PAS dan PKR setempat.

Semasa menyampaikan ceramahnya Drs. Khalil juga menegaskan bahawa tidak ada alasan orang Cina takut kepada PAS kerana mengikut sejaranya orang Cina terlebih dahulu memeluk Islam berbanding dengan orang Melayu.

Namun menurutnya demi untuk mengekalkan kuasa yang ada, pelbagai momokan dan menakut-nakutkan PAS kepada orang Cina dilakukan oleh UMNO . Katanya semasa ditemui selepas program tersebut.

Selain itu katanya lagi segala Usaha yang dilakukan oleh Kerajaan pakatan Rakyat Di Perak membukti kita mampu melakukan apa yang telah dilakukan oleh BN selama 50 tahun dan kita melakukan dasar-dasar baru yang tidak pernah dilakukan oleh BN dalam tempoh itu.

"Pengagihan projek pembangunan dan kebajikan kepada rakyat tidak mengira kelompok dan parti politik dan inilah yang tidak mampu dilakukan oleh BN" katanya.

Nikmatnya Memperbanyak Sujud

15 Zulhijjah 1431 H
Oleh : nina mazrina

Bersujud di hadapan Allah SWT termasuk ibadah yang paling mulia sekaligus sebagai sarana paling baik untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Kerana, kata Rasulullah Saw, "Saat dimana seorang hamba paling dekat kepada Tuhannya, Allah Azza Wajalla, adalah ketika dia bersujud.(HR. Muslim dari Abu Hurairah ra)

Namun, tahukah Anda bahwa dengan banyak bersujud maka muatan-muatan listrik yang ada dalam tubuh kita akan keluar kerana diserap oleh bumi (tanah)?

Abdurrahman Al-Asymawi, seorang ulama terkemuka berkebangsaan Mesir dalam bukunya yang berjudul Basysyiru Wa La Tunffiru mengatakan, setiap hari tubuh menyerap cahaya dan tenaga listrik magnetis yang tak sedikit jumlahnya melalui perangkat-perangkat listrik yang kita gunakan.

Sehingga dengan demikian tubuh ini menjadi alat untuk menyerap cahaya listrik magnetis dalam jumlah banyak. Ertinya, tubuh mengangkut sejumlah tenaga listrik tanpa kita sedari.

Ketika kita mengalami influenza, badan terasa pegal, berat, sesak, malas dan lemah, hal ini menandakan bahwa tubuh sedang merasakan sesuatu dari muatan magnetis tersebut. Lalu bagaimana jalan keluarnya?

Melalui riset ilmiahnya, seorang peneliti Barat yang non-muslim mengemukakan bahwa metode paling jitu untuk "mensucikan" tubuh dari kandungan listrik positif (yang berbahaya bagi tubuh) adalah dengan mengarahkan ubun ke bumi (tanah) lebih dari sekali. Kerana, tanah itu sifatnya negatif maka ia akan menarik muatan lsitrik yang positif, yang terdapat dalam tubuh.

Hal yang sama juga terjadi pada aliran (kabel) listrik dari gedung-gedung yang dialirkan ke dalam tanah. Tujuannaya adalah untuk menarik muatan listrik yang ada pada petir ke arah tanah.

Lebih jaun dia menjelaskan metode paling tepat adalah menempelkan ubun-ubun ke tanah secara langsung seraya memfokuskan arah pandangan ke arah pusat bumi. Kerana, dalam keadaan seperti itu, muatan lsitrik yang ada dalam tubuh akan terserap oleh bumi sacara lebih kuat dan dalam jumlah yang banyak.

Dan yang lebih mengagumkan adalah seperti yang kita ketahui bersama bahwa secara ilmiah pusat bumi adalah Makkah Al-Mukarramah. Lebih tepatnya lagi adalah Ka'bah, sebagaimana yang terdapat dalam kajian-kajian geografis dan disepakati oleh mereka yang ahli di bidangnya.

Jika demikian, sujud kepada Allah SWT yang kita lakukan setiap kali melaksanakan sholat adalah merupakan sarana yang paling tepat untuk membuang muatan-muatan listrik berbahaya tersebut, sekaligus menjadi sarana yang paling utama untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, Sang Maha Pencipta.

"....maka, perbanyaklah oleh kalian bersujud," perintah Rasulullah (HR. Muslim dari Abu Hurairah).

Manfaat lain dari banyak bersujud adalah ampunan dan darjat yang tinggi di Allah SWT. Rasulullah saw bersabda,

"Hendaklah kamu memperbanyak sujud. Sesungguhnya jika kamu sujud satu kali saja kerana Allah, maka Allah akan mengangkatmu satu darjat dan menghapuskan satu kesalahanmu.'" (HR. Muslim dari Tsauban Abu Abdullah)

Maka, dengan memperbanyak sujud, dua beban tubuh yang berbahaya, yaitu muatan listrik dan dosa, akan berkurang sehingga tubuh pun terasa ringan.

Dalam Shahih-nya, Muslim meriwayatakan bahwa Abu Firâs Rabi'ah bin Ka'ab Al-Aslamiy–khadim (pelayan) Rasulullah SAW dan termasuk ahlusshuffah-berkata, Suatu kali saya bermalam bersama Rasulullah SAW. Saya menyediakan air untuk beliau berwudhu dan untuk kepentingan beliau yang lain.

Melihat hal tersebut, Rasulullah saw bersabda, "Mintalah!" Saya menjawab, "Saya mohon agar dapat menemanimu di dalam syurga." Maka beliau bertanya, 'Apakah ada permohonan lainnya?" Saya menjawab, "Hanya itu, wahai Rasulullah." Beliau lalu bersabda, "Bantulah aku untuk mewujudkan permintaanmu itu dengan banyak bersujud."

Demikianlah Allah SWT mempersembahkan balasan yang terbaik bagi hamba-hamba-Nya banyak bersujud di hadapan-Nya.

Politik oh politik mengapa gawat sangat?

15 Zulhijjah 1431 H
Oleh : Ahmad Baei Jaafar

Melihat pergolakan politik akhir-akhir ini saya menjadi hairan bin pelik, mengapa apabila suatu parti politik dikatakan bergolak, parti lain yang sebuk membuat ulasan yang pelbagai.

Ada yang kata, apa yang nak jadi dengan parti tersebut. Tidak kurang juga yang mengatakan, parti itu akan berkubur dan banyak lagi yang boleh kita dengar dan baca ulasan.

Menyorot perhimpunan PKR sejak daripada pemilihan ketua ranting, ketua cabang hingga ke pemilihan calon timbalan presiden banyak kekecohan yang kita boleh dengar daripada parti lawan.

Yang peliknya isu itu timbulkan oleh pemimpin besar, benarkah mereka yang buat hal, malah berlaku tuduh menuduh. Peliknya, mengapa guna media? Apabila isu ini disambut oleh media tentu akan membesarkannya. Daripada situlah parti lain mengulas.

Dalam keadaan itu, pihak parti terbabit tidak pula menjawab segala tuduhan. Mungkin ada jawapan tetapi tidak dibesarkan berita itu. Ada juga sesekali disiarkan, tetapi hanya mana-mana berita yang boleh dibesarkan lagi. Kemudian semestinya untuk kepentingan pihak lain.

Saya tidak tahu apakah semua itu benar dan siapakah yang salah dalam hal ini. Saya tidak tahu apakah kekecohan itu benar-benar berlaku atau sengaja dicetuskan oleh pihak tertentu.

Saya tidak tahu juga apakah niat parti lain membesarkan isu itu? Tetapi kalau melihat kepada strategi politik dan perniagaan agak sama saja, isu yang ditimbulkan untuk kepentingan pihak yang menimbulkannya.

Tetapi melihat kepada isu yang dibesarkan oleh pihak parti lawan, sudah tentu untuk kepentingan parti tersebut. Namun kita kena ingat, kadang-kadang silap-silap strategi, senjata boleh makan tuan. Oleh sebab itu berpadalah dalam membuat ulasan “jangan sampai hai pecah tembelang”.

Main politik yang tidak profesional boleh mencetuskan permusuhan, bukan sahaja antara ahli parti politik tertentu dengan ahli parti yang lain, bahkan boleh mencetuskan pergolakkan dalam parti terbabit.

Padahal dalam Islam politik adalah untuk perpaduan, mengungkai kekelaruan, dan membangunkan yang belum ada.

Berbalik kepada isu ini, mengapa pihak lawan suka membesarkan isu dalaman parti lawan? Jawapanya, supaya menampakkan kegawatan parti lawan, gagal membawa perpaduan, gagal menjadi parti terbaik bagi menggantikan BN.

Dengan paparan itu, orang ramai mahu dikejutkan bahawa parti yang terbaik masih berpihak kepada BN. Parti PKR yang menerajui PA tidak mampu bertahan sebagai jaguh. Oleh sebab itu jangan beri sokongan kepada PKR.

Isu sebegitu kalau terus digembargemburkan sehingga pilihan raya akan datang, sudah tentu keyakinan rakyat Malaysia kepada berita itu terus kukuh di hati mereka. Ketika itu mereka akan yakin kepada BN dan menolak PKR. Inilah strategi yang sering digunakan oleh peniaga dan ahli politik.

Cuma dalam hal ini, sudahkah mereka berfikir masak-masak, wajar atau tidak strategi sebegitu? Tidakkah dengan tidakan itu orang ramai akan berfikir sebaliknya? Biasalah, parti itu tidak ikhlas,

parti itu berniat jahat, dan parti itu sengaja mereka cipta isu? Kalau begitulah persoalan yang ditimbulkan, orang ramai akan lebih benci kepada BN dan bertambah simpati kepada parti lawan.

Tentu orang akan berkata, kalau dia dedahkan keburukan untuk membaiki kelemahan itu, tentu tidak begitu caranya. Ingatlah, memburukkan suatu perkara yang secara lazimnya perkara itu dianggap baik,

pasti mereka akan dianggap parti yang tidak suka kepada kebaikan. Maka kesannya orang ramai akan menolak parti tersebut. Kalau begitulah kedudukannya, usaha mereka akan gagal.

Walau bagaimanapun saya suka cara PKR berhadapan dengan isu ini. Tidak banyak menjawab pada media. Cara ini amat baik untuk memelihara maruah parti.

Namun mereka pada masa yang sama perlu bertemu dengan ahli dan rakyat secara empat mata bagi menjelaskan kedudukan sebenar. Dengan cara itu segala tohmahan akan terhindar dan rakyat boleh terima dengan baik.

Sebenarnya saya suka situasi politik yang baik, harmoni dan bertindak secara profesional dalam menangani masalah yang dihadapi. Satu pesanan kepada semua parti politik, lebih baik kita jaga parti sendiri,

dedahkan kebaikan kita kepada orang ramai, kemampuan kita dalam mentadbir. Manakala kegawatan orang lain, tidak perlu diulas sebaliknya jadikan pengajaran dan iktibar.

Cara Membuat Telur Masin

15 Zulhijjah 1431 H
Oleh : misada misada

Telur masin adalah telur yang diawet yang disediakan dari telur itik. Telur masin merupakan makanan yang berkhasiat. Proses pengawetan telur masin adalah satu proses yang mudah, ringkas dan menguntungkan. Proses yang dilakukan tidak melibatkan peralatan yang mahal.

Memandangkan kandungan zat pemakanannya yang tinggi, telur masin amatlah sesuai dijadikan sumber makanan protin.Bahan MentahBahan yang diperlukan untuk mengeluarkan 2500, 500 atau 100 biji telur masin:-

BAHAN 2500 biji 500 biji 100 biji
Telur Itik (biji) 2500 500 100
Garam Halus (kg) 18.0 3.6 0.72
Tanah Liat kering (tanah warna kuning) (kg) 22.5 4.5 0.70
Air (liter) 15 5.0 0.60
Sekam Padi yang dibakar hitam (kg) 6.25 1.25 0.25

Cara memproses

Telur itik dipilih dari jenis bermutu tinggi. Telur yang mempunyai kuning telur yang kemerah-merahan adalah lebih sesuai kerana ia akan menghasilkan telur yang bermutu tinggi.

Telur dibasuh untuk membersihkan segala kotoran yang melekat pada kulitnya.
Tanah liat dikeringkan, ditumbuk halus dan diayak untuk memudahkan penyediaan perekat (paste).

Perekat disediakan dengan membancuh tanah liat, garam halus dan air di dalam bekas sehingga sebati.

Telur dicelup ke dalam perekat agar satu lapisan perekat menyaluti telur tersebut.
Telur tersebut kemudiannya digolekkan di atas sekam padi bakar (hitam) sehingga keseluruhan telur tadi disaluti sekam padi dan lapisan asal (perekat) tidak tanggal.
Telur dimasukkan ke dalam kotak kayu dan disimpan selama 25 – 30 hari sebelum dijual.

Ahli Sufi & Raja Wali Allah : Sulthanil Awliya ’ Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

15 Zulhijjah 1431 H
Oleh : Fatiq Mohezad Mohd Suhaimi

Teladan Keteguhan Jiwa Sang Sufi

Martabat Wali

Urutan dari kumpulan para Wali :
1)Wali Abdal
2)Wali Albab
3)Wali Ahbab
4)Wali Anjab
5)Wali Kutub
6)Quthbul Akhtab
7)Sultanil A'uliyah (Raja Segala Wali)

Abd al-Qadir al-Jilani ibn Salih ibn Jangidost, adalah sheikh pendakwah sufi mazhab Hanbali keturunan Parsi dan pemimpin mazhab Sufi Qadiri. Dia dilahirkan pada 1 Ramadan pada 470 H., 1078 M., di daerah Gilan, Parsi (Iran) selatan Laut Caspian. Oleh kerana bahasa Parsi tidak memiliki "G" dalam tulisan Arab, namanya juga direkodkan sebagai Kilani dan Jilani dalam manuskrip Arab.

Gilani tergolong dalam rangkaian kerohanian Junayd Baghdadi. Sumbangannya kepada pemikiran Dunia Muslim memberikannya gelaran Muhiyuddin (harafiah. "Pembangkit semula keyakinan"),

kerana dia bersama muridnya dan rakan sejawat meletakkan batu asas bagi masyarakat yang kemudiannya menghasilkan ulama seperti Nuruddin Zengi dan Salahuddin al-Ayyubi. Golongan Sufi yang dinamakan sempena namanya dipercayai yang tertua dan yang terawal dikalangan golongan sedemikian.

Setiap 11 Rabi’ul Akhir, kaum muslimin memperingati Syaikh Abdul Qadir Al-Jilani, pengasas Tariqat Qadiriyyah. Sayang, selama ini yang menjadi kekaguman orang ialah keajaiban karamahnya. Padahal, keteguhan jiwa dan istiqamahnya dalam beribadah merupakan karamah terbesar yang seharusnya diteladani.

Beliau adalah seorang ulama besar sehingga suatu kewajaran jika sekarang ini banyak kaum muslimin menyanjungnya dan mencintainya. Akan tetapi kalau meninggi-ninggikan darjat beliau melebihi Rasulullah sallallaahu 'alaihi wa sallam, maka hal ini merupakan suatu kekeliruan.

Kerana Rasulullah sallallaahu 'alaihi wa sallam adalah rasul yang paling mulia di antara para nabi dan rasul yang darjatnya tidak akan pernah bisa dilampaui di sisi Allah oleh manusia siapapun.

Ada juga sebagian kaum muslimin yang menjadikan Syaikh Abdul Qadir Al Jailani sebagai wasilah (perantara) dalam do'a mereka. Berkeyakinan bahwa doa seseorang tidak akan dikabulkan oleh Allah, kecuali dengan perantaraannya. Ini juga merupakan kesesatan.

Antara Karamah Beliau

Baghdad, Ahad, 3 Shafar 555 Hijriyyah. Guru mursyid itu, Syaikh Abdul Qadir Al Jailani baru saja menyelesaikan wuduknya. Dengan terompah yang masih basah, ia berjalan menuju ke sejadahnya yang telah tebentang di lantai masjid, lalu menunaikan solat sunat dua rakaat, sementara beberapa murid duduk penuh tazhim menunggu, tak jauh dari tempat sang mursyid solat.

Ketika sang mursyid mengucap salam, dan baru saja mengalunkan dua tiga kalimat zikir, tiba-tiba sang guru melontarkan salah satu terompahnya ke angkasa sambil menjerit marah. Belum sempat lagi para santri (pelajar) lega, tiba-tiba ia melemparkan terompah yang satu lagi. Sepasang terompah itu pun lenyap di angkasa.

Setelah itu dia melanjutkan zikir, seolah tak terjadi apa-apa. Tak seorang santri pun berani menanyakan perilaku pelik sang mursyid besar, yang tiada lain Syaikh Abdul Qadir Al-Jilani.

Sekitar 23 hari kemudian, dua orang santri Syaikh Abdul Qadir, yaitu Syaikh Abu Umar Utsman As-Sairafi dan Syaikh Abu Muhammad Abdul Haqqi Al-Harimiyyah, dikejutkan oleh kedatangan serombongan kafilah pedagang di pintu gerbang madrasah mereka. Mereka menyatakan ingin bertemu dengan sang guru untuk menyampaikan nazar.

Maka Syaikh Abu Umar pun menghadap Syaikh Abdul Qadir, menyampaikan pesanan tetamunya. Dengan tenang Syaikh Abdul Qadir memerintahkan agar Abu Umar menerima apa pun yang akan diberikan oleh tamunya. Kafilah itu menyerahkan hadiah, terdiri atas perhiasan emas dan pakaian dari sutera, serta sepasang terompah tua yang sangat mereka kenal sebagai terompah Syaikh Abdul Qadir.

“Bagaimana terompah guru kami berada di tangan kalian?” tanya kedua santri tariqat itu kehairanan.

Pemimpin kafilah itu pun bercerita. Pada 3 Shafar 555 Hijriyyah, mereka dihalang sekumpulan perompak di sebuah gurun pasir di luar Jazirah Arab. Kerana ketakutan, semua anggota kafilah melarikan diri meninggalkan sebahagian barang dagangan mereka.

Namun tiba-tiba mereka berhenti, kerana telah dikepong. Sementara gerombolan perompak semakin dekat. Sambil bersorak mereka mengejar anggota kafilah yang membawa lari sisa-sisa barang dagangan.

Apa boleh buat, anggota kafilah itu pun pasrah. Di tengah ketakutan yang mencengkam, pemimpin kafilah itu berdoa, “Ya Allah, dengan berkah Syaikh Abdul Qadir Al-Jilani, selamatkanlah kami. Jika selamat, kami bernazar akan memberikan hadiah kepada beliau.”

Dengan Izin Allah, tiba-tiba sorakan perompak itu terhenti, berganti dengan teriakan histeria ketakutan. Dan sesaat kemudian sepi, hening. Tak lama sesudah itu ketua perompak mendatangi kafilah pedagang dengan wajah ketakutan.

Katanya dengan suara gementar “Saudaraku, ikutlah denganku, ambillah kembali barang-barang kalian yang kami rompak, dan tolong ampuni kami.”

Para anggota kafilah hairan dan saling berpandangan. Dengan takut-takut mereka mengikuti si perompak. Sampai di tempat mereka meninggalkan barang dagangan, mereka menyaksikan pemandangan yang lebih aneh lagi.

Dua orang perompak tewas dengan kepala luka parah. Di sebelah masing-masing terdapat sebuah terompah yang masih basah, sementara sebahagian besar anggota perompak terduduk bingung dengan wajah ketakutan.

Menurut salah seorang perompak, ketika mereka tengah berpesta, tiba-tiba sebuah terompah melekat dan menghentam kepala salah seorang pemimpin.

Belum hilang kehairanan mereka, tiba-tiba sebuah terompah lagi melekat dan menghentam kepala pemimpin lainnya. Keduanya tewas seketika. “Melayangnya terompah itu diiringi dengan jeritan keras yang membuat lutut kami gementar dan ketakutan,” katanya.

Masih banyak karamah pengasasTariqat Qadiriyyah ini. Bahkan, dalam salah satu manaqibnya, An-Nurul Burhani fi Manaqibi Sulthanil Awliya’ Syaikh Abdil Qadir Al-Jilani, terdapat satu bab khusus yang mengisahkan berbagai karamah sang wali yang pernah disaksikan oleh banyak orang.

Karamah-karamah Syaikh Abdul Qadir memang menjadi lagenda, hingga masyarakat awam menyebut-nyebut namanya sebagai usaha mendapatkan keluarbiasaan atau kesaktian. Beberapa perguruan persilatan bela diri tenaga dalam yang “Islami”,

misalnya, menjadikan pembacaan manaqib Syaikh Abdul Qadir sebagai ritual untuk meyempurnakan ilmu kesaktian, dan sebagainya.

Sayang sekali, selama ini (sebahagian) kaum muslimin hanya mengingati atau mengagumi keajaiban karamah-karamahnya. Padahal, yang paling afdal ialah mempelajari dan mengikuti perjalanan Sufi Syaikh Abdul Qadir, yang sarat dengan perilaku kesolehan dan kegigihan dalam belajar serta beribadah, yang membuatnya layak diangkat sebagai wali quthb alias penghulu para wali.

Diceritakan lagi, kisah kejujuran Abdul Qadir sewaktu kecil ketika berangkat belajar ke Baghdad. Ketika itu ibundanya membekalkannya 40 keping wang emas warisan ayahandanya. Supaya selamat dalam perjalanan, wang yang sangat berharga itu dijahitkan dalam jubahnya.

Ibunya berpesan agar Abdul Qadir selalu bersikap benar dan jujur, tidak berbohong. Maka, selama hayatnya pesan ibunya itu sentiasa menjadi pegangan yang teguh.

Dalam perjalanan ia dihalang sekelompok perompak. Salah seorang perompak bertanya, apakah ia memiliki barang berharga. Abdul Qadir menjawab dengan jujur, ia memiliki 40keping wang emas. Anehnya, perompak itu tidak percaya dan berlalu pergi.

Tak lama kemudian Abdul Qadir dihalang lagi oleh perompak yang lain. Kali ini mereka adalah para perompak yang keji. Mereka mengambil habis semua harta milik rombongan kafilah yang seperjalanan dengan Abdul Qadir.

Ketika tiba giliran untuk memeriksa Abdul Qadir, mereka membentak apakah dia punya harta berharga. Abdul Qadir menjawab dengan jujur, ia punya 40 keping emas, sambil menunjukkan jahitan tempat menyimpan bekal dari ibundanya itu.

Ketua perompak yang memeriksanya terkejut dan hairan, mengapa dia mengaku dengan jujur.

“Aku sudah berjanji kepada Ibu untuk selalu jujur dan benar dalam keadaan apa pun,” kata Abdul Qadir.

Kerana ego, perompak itu membentak lagi, “Tapi, sekarang ibumu kan tidak ada di sini. Ia tidak akan tahu jika engkau berbohong.”

“Betul. Tetapi janjiku untuk selalu jujur dan benar itu disaksikan Allah SWT, yang tidak pernah tidur dan alpa dalam mengawasi hamba-hamba-Nya,” jawab Abdul Qadir dengan tenang.

Spontan si ketua perompak tak tentu arah, kemudian bersimpuh di hadapan Abdul Qadir, yang masih muda itu. “Engkau telah menjaga janji kepada ibumu, sedangkan kami melupakan janji kami kepada Sang Pencipta,” ujarnya, yang kemudian bertaubat.

Sejak itu, para perompak tersebut menjadi murid Syaikh Abdul Qadir Al-Jilani.

Masih banyak kisah yang menceritakan kesungguhan mujahadah Syaikh Abdul Qadir Al-Jilani dalam membersihkan kalbu dan jiwanya.

Perjuangan berat disertai sikap istiqamahnya melayakkannya menjadi sulthanul awliya’ (penghulu para wali Allah) dan kaum sufi sepanjang masa.

Syaikh Abdul Qadir Al-Jilani, memang termasyhur sebagai salah seorang yang banyak memiliki karamah, bahkan sejak sebelum ia lahir. Ketika ia masih dalam kandungan ibundanya, Fatimah binti Abdullah Al-Shama’i Al-Husaini,

ayahandanya, Abu Shalih Musa Zanki Dausath, bermimpi bertemu Rasulullah SAW bersama sejumlah sahabat, para mujahidin, dan para wali. Dalam mimpi itu Rasulullah SAW bersabda, “Wahai Abu Shalih, Allah SWT akan memberi amanah seorang anak laki-laki yang kelak akan mendapat pangkat tinggi dalam kewalian, sebagaimana aku mendapat pangkat tertinggi dalam kenabian dan kerasulan.”

Saat melahirkan bayi Abdul Qadir pada 1 Ramadhan 471 Hijriyyah di Desa Jilan, dekat Tabaristan, Irak, sang ibunda telah berusia 60 tahun lebih – bukan usia yang lazim bagi perempuan untuk melahirkan seorang bayi.

Keajaiban lainnya, tak seperti bayi pada umumnya, bayi Abdul Qadir tidak pernah menyusu kepada ibundanya di siang hari bulan Ramadhan. Sang bayi baru menangis minta disusui saat mentari tenggelam di ufuk barat, yang menandakan datangnya waktu maghrib. Uniknya, keanehan luar biasa itu dimanfaatkan oleh warga Jilani sebagai pedoman waktu imsak dan berbuka puasa.

Hasil karya

Sesetengah hasil karya Jilani yang terkenal termasuk:

Al-Ghunya li-talibi tariq al-haqq wa al-din (Bekalan Mencukupi bagi Pencari Jalan Agama dan Kebenaran)
Al-Fath ar-Rabbani (The Sublime Revelation)
Malfuzat (Utterances)
Futuh al-Ghaib (Revelations of the Unseen)
Jala' al-Khatir (The Removal of Care)

Pemuda PAS Ipoh Timur anjur program jejak fakir I'dul Adha

15 Zulhijjah 1431 H
Oleh : safarizal saleh

Usaha membantu golongan yang memerlukan diteruskan dengan program jejak fakir I'dul Adha yang memfokuskan golongan fakir miskin di perkampungan setinggan di sekitar Kawasan Parlimen Ipoh Timur.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur yang diketuai oleh Ketuanya Salman Saleh bersama pimpinan parti telah ke Kampung Setinggan Seri Keramat, Kampung Setinggan Sri Murni dan Kampung Setinggan Tok Chendang yang kesemuanya terletak di sekitar Kampung Pasir Putih.

Walaupun Ipoh adalah sebuah Bandaraya, tetapi perkampungan setinggan masih wujud dan golongan fakir miskin masih amat memerlukan bantuan. Pemuda PAS Ipoh Timur telah menyediakan selepas urusan Ibadah Korban pada paginya iaitu daging sembelihan untuk diagihkan.

Selain daging sembelihan tersebut, disertakan juga keperluan dapur kepada 30 buah keluarga yang telah diagihkan pada petangnya. Program seumpama ini adalah program mendekatkan antara PAS dan masyarakat terutama yang amat memerlukan perhatian daripada masyarakat lain.

BN Fikir Tukar Logo, Rakyat Fikir Tukar Kerajaan

15 Zulhijjah 1431H.
Oleh : Hafizi Pauzi

PARIT BUNTAR, 22 Nov :-Datuk Seri Najib Razak mengumumkan BN akan melakukan sedikit perubahan pada logo dan warna Barisan Nasional (BN) yang dijangka diumumkan pada Konvensyen BN tidak lama lagi.

Tindakan ini menggambarkan sesebuah perjuangan yang panjang serta berpengalaman lebih 50 tahun sememangnya tidak lagi relavan, sebuah parti yang lama usianya, sepatutnya memiliki kelebihan dalam soal selok belok hal-hal urusan memerintah Negara, namun tindakan Najib mahu menukar logo BN adalah gambaran BN sudah berada dipenghujung usia dan memerlukan penjenamaan semua untuk menyelamatkannya, demikian menurut Drs. Khalil Idham Lim, Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat ketika ditemui disini.

Logo merupakan lakaran inti perjuangan sesebuah pertubuhan baik politik mahupun bukan politik, jika soal induk boleh ditukar-tukar, ini sesuatu yang sangat jangggal, maka rakyat perlu bertekad untuk menolak BN yang sudah ketinggalan zaman itu.

"Kalau BN sedang fikir untuk tukar logo, sebetulnya rakyat sedang fikir untuk tukar kerajaan" jelas nya.

Demkian menurut Drs. Khalil Idham Lim yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Negeri Perak, mengulas tindakan BN bercadang mengubah ciri logo mereka.

BN seakan dapat menghidu bahawa rakyat sudah mula loya dengan lambang dacing BN, ia juga boleh disifatkan sebagai dacing yang sudah berkarat, tetapi bukan soal dacing itu yang menjadi faktor kebencian rakyat, penipuan serta ketidaktelusan BN mentadbir Negara menjadi faktor rakyat menolak mereka.Katanya.

“Saya yakin, walaupun BN mengubah ciri logo mereka kepada kononnya lebih mesra rakyat, BN tetap BN, mereka tetap meneruskan gerak kerja pembohongan terhadap rakyat Malaysia.

Setelah gagal menyuntik semangat kepada ahli serta penyokong mereka (BN), sekali lagi atas faktor desakan itu, BN terdesak dengan berharap supaya logo yang diperbaharui nanti diharap dapat mengembalikan sokongan rakyat dengan diberikan nafas baru terhadap logo tersebut.

Ketika ditanya raspon YB adakah Pakatan Rakyat akan tergugat dengan strategi tersebut,“kita tetap bertekad meneruskan agenda menyampaikan maklumat isu Negara kepada rakyat, gerak kerja ini tidak akan terhenti selagi Pakatan Rakyat belum mentadbir perak dan Putrajaya, tegasnya.

Menurutnya lagi tindakan menukar logo tidak lebih dari usaha menyelamatkan BN yang hampir karam itu. Rakyat sudah muak kepada komponen parti masing-masing iaitu UMNO, MIC dan MCA serta komponen BN yang lain. Sikap rasis pemimpin BN sentiasa terserlah dan tindakan dan ucapannya, jadi rakyat sudah menolak parti masing-masing. Maka penjenamaan logo BN adalah untuk menyelamatkan mereka meninggalkan BN.

"Apapun saya yakin usaha Najib akan gagal dan menumui jalan buntu kerana rakyat sudah tahu siap dia pemimpin BN walaupun logonya secantik mana pun" Katanya.

“Situasi sekarang Nampak seperti BN takut untuk menghadapi penghakiman yang bakal dilakukan oleh rakyat dalam pilihanraya umum akan datang," ujarnya lagi semasa akhir sesi temubual.