22 November 2010

Pemuda PAS Ipoh Timur anjur program jejak fakir I'dul Adha

15 Zulhijjah 1431 H
Oleh : safarizal saleh

Usaha membantu golongan yang memerlukan diteruskan dengan program jejak fakir I'dul Adha yang memfokuskan golongan fakir miskin di perkampungan setinggan di sekitar Kawasan Parlimen Ipoh Timur.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur yang diketuai oleh Ketuanya Salman Saleh bersama pimpinan parti telah ke Kampung Setinggan Seri Keramat, Kampung Setinggan Sri Murni dan Kampung Setinggan Tok Chendang yang kesemuanya terletak di sekitar Kampung Pasir Putih.

Walaupun Ipoh adalah sebuah Bandaraya, tetapi perkampungan setinggan masih wujud dan golongan fakir miskin masih amat memerlukan bantuan. Pemuda PAS Ipoh Timur telah menyediakan selepas urusan Ibadah Korban pada paginya iaitu daging sembelihan untuk diagihkan.

Selain daging sembelihan tersebut, disertakan juga keperluan dapur kepada 30 buah keluarga yang telah diagihkan pada petangnya. Program seumpama ini adalah program mendekatkan antara PAS dan masyarakat terutama yang amat memerlukan perhatian daripada masyarakat lain.

Tiada ulasan: