22 Julai 2010

MUFTI PERAK: JANGAN AJAK PERKAUMAN SEMPIT

9 Syaaban 1431 H
Oleh: safarizal saleh

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) menasihatkan agar Mufti Kerajaan Negeri Perak Tan Sri Dr Haji Harussani Zakaria jangan mengajak rakyat terutama bangsa Melayu yang Beragama Islam agar membenci bangsa lain atau agama lain yang tidak sepatutnya dilakukan dan adalah menjadi tanggungjawabnya sebagai orang penting merapatkan semua agama bagi memahami Agama Islam yang sebenar.

Pendekatan yang cuba dilakukan oleh Tan Sri Harussani amat dangkal kerana sebagai tokoh agama yang dihormati tidak sepatutnya dilakukannya bagi menjauhkan lagi bangsa lain atau agama lain terhadap bangsa Melayu yang Beragama Islam.

DPPN Pk sungguh kecewa dengan tindakan Tan Sri Harussani yang bertindak memburukkan lagi keadaan yang mana sudah diterima pakai oleh rakyat Malaysia sepertimana di dalam Perlembagaan Negara.

Bagi DPPN Pk yang menyedari bahawa tindakan Tan Sri Harussani tersebut lebih memburukkan lagi keadaan dan bukan menyatu-padukan seluruh rakyat dengan penjelasan kebaikan Agama Islam itu sendiri.

Islam menuntut Umatnya agar mempelajari dan mengambil tahu akan perbezaan setiap manusia agar mereka lebih dekat dan saling mengenali bangsa atau agama lain.

Oleh yang demikian, DPPN Pk meminta agar Tan Sri Harussani sedar akan perkara tersebut dan berharap usaha memberikan kefahaman Agama Islam diberikan keutamaan dengan jelas terutama kepada agama lain agar mereka lebih memahami Agama Islam itu sendiri yang termaktud di dalam Perlembagaan Negara.

Keluarga Mangsa Kuala Dipang Terima RM25 000

9 Syaaban 1431 H
Oleh: vital vtc

Pada 26 Oktober 2009 telah berlaku satu insiden yang menyedihkan di Kuala Dipang, Kampar. Tiga murid sekolah rendah telah mati lemas akibat keruntuhan sebuah jambatan gantung di Kuala Dipang.

Mangsa kejadian itu ialah Divyasri (12), Dina Devi (11) dan Devatharshini (11). Mereka menghadiri program Kem 1Malaysia yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran.Pakatan Rakyat Perak telah menubuhkan satu Jawatankuasa untuk menyiasat dan melaporkan insiden jambatan runtuh ini.

Jawatankuasa ini diketuai oleh YB V.Sivakumar (Tronoh) dan ahli-ahlinya ialah YB Chang Lih Kang (Teja), YB Thomas Su (Pasir Pinji) dan YB Khalid Idham Lim (Titi Serong).

Jawatankuasa tersebut telah melaksanakan siasatan dengan sempurna dan telah melaporkan hasil siasatannya kepada orang ramai. Pada masa yang sama YB Sivanesan (Sungkai) sebagai seorang peguam telah menfailkan kes di Mahkamah Tinggi Ipoh mewakili keluarga mangsa.

Jawatankuasa Siasatan Jambatan Kuala Dipang Pakatan Rakyat telah mendedahkan punca-punca keruntuhan jambatan itu dengan jawapan teknikal. Jawatankuasa dibantu oleh jurutera pakar, juru ukur tanah bertauliah dan pakar-pakar yang lain.

Kementerian Pelajaran juga telah melantik satu jawatankuasa untuk menyiasat kejadian itu bagi pihak kerajaan. Jawatankuasa itu juga telah menyiapkan hasil siasatan tetapi ianya tidak didedahkan untuk makluman orang ramai. Kementerian Pelajaran seharusnya lebih telus dalam soal ini kerana kejadian ini telah meragut tiga nyawa kanan-kanak yang tidak berdosa. Pendedahan ini akan menghalang kejadian seperti ini supaya tidak berulang sekali lagi.

Pada 6 Julai 2010, rombongan Jawatankuasa Kuala Dipang Pakatan Rakyat bersama-sama dengan keluarga mangsa telah pergi ke Parlimen untuk bertemu dengan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong. Satu temubual telah diadakan selama 1 jam di biliknya di Parlimen. Dalam perbincangan itu 2 perkara ditimbulkan iaitu:

1) Meminta supaya Kementerian Pelajaran mendedahkan hasil siatan jambatan runtuh tersebut kepada orang ramai secepat yang mungkin. Tindakan diambil terhadap pihak-pihak yang terlibat tanpa tolak-ansur.

2) Mendapati sekolah-sekolah di seluruh Malaysia telah mengutip sumbangan derma untuk keluarga mangsa. Tetapi, keluarga mangsa tidak menerima apa-apa dana daripada pihak sekolah mahupun kementerian hasil kutipan sumbangan tersebut. Meminta Timbalan Menteri menyiasat hal ini dan menyerahkan sumbagan yang dikutip kepada keluarga mangsa secepat yang mungkin.

Selepas itu, dalam tempoh 2 minggu keluarga mangsa menerima satu surat jemputan daripada SK Tamil Manbang Diawan untuk menghadiri satu majlis di sekolah pada 16 Julai 2010. Dalam majlis itu, Timbalan Pengarah PPD kampar En Azlan telah menyerahkan cek berjumlah RM 25312.55 kepada setiap keluarga. Ini merupakan sumbangan yang dikutip daripada sekolah-sekolah di seluruh Perak yang berjumlah RM75937.65.

Ini merupakan sumbangan yang dikutip di sekolah-sekolah di Negeri Perak. Jika sekiranya sumbangan sedemikian ada juga dikutip di tempat-tempat lain, sumbangan itu harus disalurkan kepada keluarga mangsa secepat yang mungkin.

Walau bagaimanapun, kerajaan masih tidak terlepas daripada tanggungjawab. Laporan siasatan Kementerian Pelajaran harus didedahkan kepada orang ramai. Itulah matlamat dan permintaan ibu bapa mangsa yang masih tidak keluar daripada trauma kehilangan anak kesayangan mereka. Mereka mahu mengetahui kebenaran dalam kejadian yang buruk ini.

Kerajaan harus mengaku bersalah kerana melancarkan kem 1Malaysia ini tanpa perancangan yang rapi dan mengabaikan keselamatan kanak-kanak sekolah.

Salah seorang bapa mangsa meminta pihak media melaporkan fakta-fakta yang benar mengenai kes ini supaya ia tidak disongsangkan atau memudaratkan mereka. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Ad Hoc Pakatan Rakyat yang membantu dalam hal ini.

Lubang jalan yang tidak diperbaiki

9 Syaaban 1431 H
Oleh: Siti Aishah

Penutup lubang jalan di Jalan Siputeh, Pusing telah mengalami kerosakan pada satu jangkamasa yang lama. Pelbagai aduan telah dibuat kepada pihak berkenaan oleh penduduk setempat untuk memperbaiki kerosakan tersebut.

Lubang yang terbentuk di sekeliling penutup jalan tersebut mengundang pelbagai bahaya terutamanya kepada penunggang motosikal dan ianya ternyata merbahaya pada hari hujan kerana air akan memenuhi lubang tersebut sekaligus akan menambahkan bahaya kerana ia akan kelihatan seperti satu tidak ada apa-apa kerosakan di situ.

YB V.Sivakumar yang meninjau tempat tersebut dengan bekas ahli majlis PR Encik Vijakumar dan Encik Chan Chin Fa; pihak yang bertanggungjawab untuk menyelenggara jalanraya tersebut mestilah mengambil inisiatif untuk memperbaiki kerosakan tersebut dengan pantas.

Walaupun ianya nampak seperti satu kerosakan yang kecil namun padah kemalangan yang berpunca daripadanya adalah sangat besar.

BERSYARAT ATAU TIDAK, LUPAKAN UMNO !!

9 Syaaban 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS

MUFTI Perak nampaknya bersungguh mahukan Umno dan PAS bersatu, kununnya demi perpaduan Melayu Islam. Tidak menghairankan mengapa Mufti Perak tersebut hanya mahukan Umno dan PAS sahaja bersatu, sedangkan di negara ini bukan hanya dihuni oleh orang-orang Umno dan PAS sahaja.

Di dalam PKR contohnya begitu ramai ahli yang terdiri dari Melayu Islam. Itu belum dikira lagi dengan berbagai NGO yang lain. Tetapi mengapa tumpuan Mufti Perak hanya untuk Umno dan PAS? Bukankah terdapat sesuatu kepentingan di dalamnya?

Najib turut mengulas isu yang sama. Najib mahukan Umno dan PAS bersatu tanpa pra syarat. Lupakan soal royalti minyak yang dituntut oleh Kelantan, kata Najib. Mungkin juga Najib mahu PAS lupakan semuanya yang telah Umno atau kerajaan lakukan kepada rakyat. Lupakan Akta zalim ISA, lupakan rampasan kuasa di Perak, lupakan soal rasuah dan sebagainya. Rundingan tanpa syarat sebegini seperti rundingan kumpulan kongsi gelap sesama mereka.

Sebenarnya rundingan dengan parti seperti Umno ini WAJIB disertakan dengan syarat. Itu pun jika mahu berunding soal-soal perpaduan bukan soal membentuk Kerajaan Perpaduan. Jika rundingan berkaitan Kerajaan Perpaduan, mustahil untuk dilaksanakan kerana PAS sendiri telah memberi jaminan tiada lagi Kerajaan Perpaduan dengan Umno. Jika Umno teringin juga untuk bersama PAS, Umno hendaklah membubarkan parti sekular tersebut dan sertailah PAS.

Kepada pimpinan PAS, pedulikan `rengekan' Umno waktu ini. Biarlah Umno sendiri mencermin wajah mereka dahulu. Parti sekular tersebut kini benar-benar kelemasan dan tertekan kerana mereka tidak lagi boleh berharap kepada sekutu-sekutu mereka di dalam Bn. Kepada siapa lagi Umno mahu memohon simpati jika bukan kepada PAS? Diharapkan PAS tidak akan menjadi seperti kisah `Sang Kancil dengan Buaya'.

PERPADUAN UMNO - PAS, JAWAPAN MUDAH OLEH TUAN IBRAHIM

9 Syaaban 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS

SATU kenyataan terbaik dan tegas oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tn Ibrahim Tn Man di akhbar Sinar Harian hari ini berkenaan isu perpaduan Umno - PAS.

Cadangan diadakan orang tengah bagi menemukan PAS dan Umno ditolak mentah-mentah oleh Naib Presiden PAS tersebut yang menyebut bahawa bukan isu orang tengah, tetapi isunya PAS menolak dasar Umno yang sekular itu. Noktah.

Itu barulah dikatakan Naib Presiden PAS yang tidak memerlukan isu tersebut dibebankan ke atas Mursyidul Am PAS sahaja. Tahniah kepada beliau. Takziah juga kepada Umno.

Mungkinkah selepas ini pemimpin Umno akan `mengigau' lagi untuk bersama PAS? Kesihan juga kita dengan parti sekular berkenaan yang masih teraba-raba mencari kawan. Cukuplah kawan yang mereka ada di dalam Bn itu walaupun mereka nampaknya tidak berminat untuk membantu Umno yang semakin tertekan sekarang.

Umno semakin dijauhi selepas ini samada oleh rakan mereka sendiri dan juga oleh golongan yang tidak berparti. Ini adalah kerana gara-gara ketidak cerdikan Najib mengurus negara yang membuatkan rakyat menjadi mangsa. Kenaikan harga barang yang baru diumumkan oleh Najib adalah satu kesilapan besar buat Najib.

`KELDAI SYED' CHERAS SEKALI LAGI TUNJUK BODOHNYA

9 Syaaban 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS

TIDAK semena-mena `Keldai Syed' dari Cheras ini bersuara. Ketua Umno Bahagian Cheras, Syed Ali Al Habshe mendakwa kununnya DS Anwar `menkambing hitamkan' MB Selangor berkaitan isu pasir di Selangor. Hujah bodohnya adalah kerana DS Anwar mahu lihat Tan Sri Khalid tumbang dan naiklah YB Azmin. Mudah hujah beliau, bukan? Baca di sini.

Sudah lama beliau tidak bersuara dan menunjukkan kebebalan. Saya rasa hujah `kaldai syed' ini bukan sahaja tidak masuk akal oleh orang-orang berakal dari PR, malah diketawakan juga oleh orang-orang tidak berakal yang bersama parti `keldai syed' ini.

Bijak kah DS Anwar mahu mencipta isu yang sebenarnya tiada isu itu untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid semata-mata untuk menaikkan YB Azmin? Isu pasir di Selangor itu sebenarnya sudah lama semenjak Umno mentadbir Selangor.

Siapa pula `kambing hitam' sewaktu itu? Khir Toyo kah? Isu pasir tersebut terus ditangani oleh Tan Sri Khalid umpama `mencuci najis' yang ditinggalkan oleh Umno.

Jadi, apa kena mengena pula dengan DS Anwar? Isu pasir tersebut mula menjelma ketika PR memerintahkah? Atau `keldai syed' Cheras ini tidak tahu apa-apa sewaktu zaman Khir Toyo?

Kesihan juga melihat `keldai syed' Cheras ini merepek tidak tentu hala. Jika mahu bodek pemimpin pun biarlah nampak cerdik sedikit. Jangan main cakap sahaja nanti ditertawakan orang.

Baca dahulu sejarah pasir di Selangor, kemudian bandingkan sewaktu PR mengambil alih kerajaan Selangor, baru boleh buat komen. Baru dikatakan seorang Ketua Bahagian yang berakal dan bijak.

Bila si gadis hisap rokok

9 Syaaban 1431 H
Oleh: Ummu Waheedah

Kisah petang semalam di sebuah kedai runcit di kawasan perumahan saya.Ketika itu saya membeli beberapa barang keperluan, lalu datang dua orang gadis remaja yang cantik wajahnya seiras aktress Fazura. Amboi tertoleh dua kali saya dibuatnya. Comel sungguh, anak siapa?

Dia menunggu disisi saya kerana memberi ruang kepada saya membayar harga barangan terlebih dahulu. Sebaik sahaja saya membayar, cepat tangannya menyambar tin rokok usang depan saya. Diambilnya sebatang rokok dan disuanya seringgit malaysia.Seorang lagi pun buat perkara yga sama. Isteri taukeh kedai mengembalikan beberapa sen kepada mereka.Secepat kilat mereka beredar dari kaunter.

Saya yg masih belum berganjak dari kaunter jurukira tergamam sekejab.Dalam minda tergantung tanda soal "gadis merokok??". Lalu saya bertanya seakan berbisik kpd isteri taukeh kedai " derang merokok ker?.. "alah biasalah kak.." jwp isteri taukeh kedai selamba. "Ramai yg hisab, dah tak heran..". Soalnya kenapa dijual? untung tak berapa sen pun...

Ketika nak pulang taukeh kedai dah tersengeh2 memandang saya. Rupanya dia melihat gelagat saya yang terkejut beruk melihat dua gadis membeli rokok. Yerlah kalau beruk hisap rokok pun kita heran inikan pula wanita yang sepatutnya penuh sopan. Lebih terkejut sebab bila mereka beredar dari kedai barulah nampak pakaian mereka yg ala pakaian ahli sukan ragbi yang saya meluat tu.

Itu yang taukeh kedai tersengeh2, dia tahu saya tak suka tapi mereka dah biasa rupanya dengan peristiwa begitu. Mereka tidak menegur kerana yang penting ialah 'menjaga hati pelangan.

UMNO Perasuah, Pengundi Perasuah, BN Merasuah !

9 Syaaban 1431 H
Oleh: annuar kamaruddin

Menurut tatabahasa Melayu, awalan Pe digunakan untuk menunjukkan pelaku, pembuat atau orang profesional contoh orang yang menipu; penipu. Orang yang meragut; peragut. Petinju; cari makan dengan bertinju, Pegusti, ahli gusti professional, Pesilat, kerja bersilat dibayar elaun MSN untuk bersilat.

Tak pernah berhenti memberi rasuah; Perasuah. Manakala awalan Pe juga merujuk kepada orang yang kena . Contoh Pesakit, orang kena sakit. Pelatih, orang kena latih. Orang yang kena rasuah, Perasuah.

Sebut pasal rasuah, perkara yang dah lama berlaku dari dulu sampai sekarang. Bak kata slogan yang dicedok dari iklan oren fn, dulu, kini dan selamanya. Sebabnya perasuah tu tak takut kena dakwa.

YB Abang Mat Sabu dah naik letih ceramah pasal rasuah ni. Dah dekat dua puluh tahun. Tahun 2008 baru rakyat ada sedikit kesedaran. Yang saya ingat sikit-sikit kata Abang Mat, “UMNO dan BN tadak duit nak bagi pengundi.

Depa pinjam kat tauke-tauke. Bila BN menang, dia terhutang budi. Nak balas budi, dia kena bagi tanah ke, projek ke, lesen ke apa saja yang mendatangkan duit. Kebanyakan tauke-tauke ni terlibat perniagaan. Apa lagi kalau nak cepat dapat duit, minta nak naik harga. Last-last rakyat yang kena tanggung. Puncanya, rasuah.

Ada satu kes benar. Kalau nak jadi calon YB, mesti jadi ketua bahagian. Dato yang ada Ph.D dari London ni memang bijak dia punya PR dan seranta. Maklumlah pernah jadi SU PM. Tinggal satu cawangan lagi jadi penentu pencalonannya. Cawangan ni pulak ada dua kampong. Satu Kg. (Baru) satu lagi Kg. (Lama).

Jauhpun tak jauh mana pun. Kayuh basikal sepuluh minit sampai. Maka diapun sewa bas bawa orang Kg. (Lama ) mesyuarat di Kg. (Baru). Hasil usahanya dan duit poket sikit, dia menang. Jadi YB, jadi pulak Exco. Rupanya dia pinjam duit tauke nak rasuah ahli dari Kg. Lama.

Di Kg. Lama ni adalah tanah kosong lebih kurang sepuluh ekar. Ada padang bola. Tau-tau tanah tu dah jadi milik tauke popular tu. Padang bola habis, dah jadi perumahan. Dah hampir siap sekarang ni. Apalagi, anak KC UMNO Kg. Lama tu marah sangatlah. Tubuh cawangan PAS. Naik bendera PAS. Saya kata, nasik dah jadi bubur. Tanah dah hilang. Padang dah lenyap. Itulah padah terima rasuah. Tak lama selepas itu, anak KC tu patah balik ke UMNO. Rupanya kena rasuah juga. Katanya sebab nak sewa kuaters kerajaan. Kuaters tu untuk pegawai je. Dia PRA. Syarat mesti masuk UMNO.

Ini perihal rasuah yang saya paste dari Wikipedia.

Rasuah (Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.)
Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:

Meminta/Menerima Rasuah
Menawar/Memberi Rasuah
Membuat Tuntutan Palsu
Menyalahguna Jawatan/Kedudukan

Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah sosial kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa. Rasuah di kalangan penguatkuasa adalah perkara biasa di kebanyakan negara pengeluar petroleum dan negara miskin terutamanya di Amerika Latin.

Indeks Persepsi Rasuah Indeks ini ialah Indeks Persepsi Rasuah yang dikumpul dari ahli perniagaan atau bisnes yang memberi mata dengan skala 0 hingga 10 dengan 10 (bersih dari rasuah) dan 0 (kadar rasuah yang amat tinggi).

Indeks ini telah dirangka oleh Transparency International satu badan antarabangsa yang menganalisa ketelusan serta kadar rasuah di peringkat sejagat.

Antara negara-negara yang mempunyai kadar rasuah yang amat tinggi dan mendapat mata di antara 1.5 dan 2.0 dalam TI Corruption Perceptions Index 2004 termasuklah:

Haiti
Bangladesh
Nigeria
Myanmar
Chad
Paraguay
Azerbaijan

Di kalangan negara ASEAN (selain Myanmar), Indonesia mempunyai mata yang sangat rendah iaitu pada 2.0. Manakala Malaysia terletak di bahagian yang lebih tinggi iaitu dengan mata 5.0. Namun negara ASEAN yang mendapat keyakinan paling tinggi ialah Singapura dengan 9.3.

Politik wang ialah istilah rasuah bagi perlakuan mengunakan wang ringgit dalam pertandingan atau dalam mempengaruhi seseorang ahli atau perwakilan bagi meraih sokongan terhadap seseorang calon yang bertanding merebut jawatan yang dipertandingkan.

Secara mudah adalah wang tunai diberikan kepada pengundi bagi mendorong mereka mengundi calon berkenaan. Selain wang, pemberian berbentuk hadiah, barangan seperti kain pelikat / kain batik, dan pemberian tender atau kontrak tertentu jika bertujuan mempengaruhi pengundi, juga digolongkan sebagai politik wang.

Melihat kepada definisi SPRM, sepatutnya UMNO dah lama masuk lokap kerana perbuatan rasuahnya. Pengundi pun akan ikut sama. Tapi apasal tadak apa-apa tindakan pun. Kerana UMNO masih berkuasa. UMNO sepatutnya ikut contoh polis tampal stiker “JANGAN RASUAH” Apa polis saja kah yang berpotensi rasuah. JPJ, Puspakom, Pejabat Tanah, JPP kenapa tak tampal.

Selagi pengundi jadi Perasuah, selama itulah UMNO akan selamat. Yang menghairankan, kenapalah Tok Nek, Tok Wan, Atuk, Pak Cik Makcik kat kampong-kampong masih dok undi UMNO-BN. Padahal anak cucu dia dok kena bayar macam-macam. Yuran sekolah mencecah ratus ringgit. Yuran universiti kena hutang PTPN.

Barang dok naik harga. Saman sana sini. Sebab makan rasuah. Masa tak pilihanraya, UMNO Perasuah, ahli Perasuah. Masa pilihanraya UMNO Perasuah, Pengundi Perasuah. BN Merasuah.

Mana pergi subsidi kami

9 Syaaban 1431 H
Oleh: Dr Asri Zainal Abidin

kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari
kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju..
kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara..
kalian berbahasa: bukan barang naik harga,
cuma subsidi turun sahaja..

kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta..
kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta..
jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu..
tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari?

apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah..?
papa semakin parah..? wang semakin lelah..?
jika semalam berlauk, hari cuma berkuah..
kerana kerajaan kita sedang susah..?

maka subsidi kita terpaksa diserah..
jika semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh
kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh..
apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah..?

makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang..
jika mereka bertanya siapa yang bawa lari
kepada siapa patut kami tuding jari?
janganlah nanti mereka membenci pertiwi..

akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..
atau kami jadi insan curang..
kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang?
tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang..

dengar sini wahai yang tidak memijak bumi!
pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami..
pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati..

kami yang semput bagai melukut di kota kedekut
kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa
bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja

pernahkah kau merasa?
rumah bocor yang lanjut usia..
baju dan kasut anak yang koyak
tinggal dalam rumah yang berasak-asak
siang kami sebak, malam kami sesak..

sedangkan kalian manusia angkasa..
istana permata dibina, kereta berjuta dirasa..
elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga..
hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara..

tapi kami masih di sini..di teratak ini..
dengan lauk semalam..
dengan hidangan yang tidak bertalam..
dengan rumah yang suram..
dengan wang yang hampir padam..

tiada istana lawa..tiada kereta berharga..
tiada layanan diraja..tiada baju bergaya
tiada kediaman menteri..tiada hidangan v.i.p..
tiada persen di sana-sini..tiada bahagian anak dan bini..

tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara..
aduhai celaka bahasa yang kalian guna..
kalian yang belasah, kami yang bersalah..

kalian buat untung, hutang kami tanggung..
kalian mewah melimpah, kami susah parah
kalian hilangkan wang, poket kami yang terbang..
kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa..
kalian makan isi, kami dijadikan abdi..

lantas, kalian rampas lagi subsidi..
ke mana wang itu pergi nanti?
jika kalian berhati suci, wajib mengganti buat kami..
jika tidak pun buat gula konon merbahaya

mengapa tidak beras diturun harga?
jika tidak untuk minyak kereta..
mengapa tambang tidak potong sahaja..
tapi entah berapa kali janji..

konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti..
hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi..
kami terus termanggu di sini..

kalian juga yang nikmati..
kami hanya menggigit jari..
kembalikanlah kepada kami harta negara..
jangan hanya kalian sahaja yang merasa..

Harakahdaily/-

Seorang lagi ditahan ISA

9 Syaaban 1431 H
Oleh: Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 20 Julai: Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menahan seorang lagi di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kononnya demi memerangi keganasan Jemaah Islamiah (JI) dalam negara.

Mohammad Fadzlullah Abdul Razak, 28, ditahan di Sungai Buluh, Selangor pada Khamis lalu sekitar jam 11 malam oleh seorang pegawai polis berpakaian seragam serta 14 pemuda berpakaian biasa yang dipercayai dari Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman.

"Polis cakap dia ditahan kerana keganasan antarabangsa," ujar Hasnol Hadi Abdul Razak, 25, ketika ditemui pagi tadi, di sini.

Menurut beliau, pihak terbabit kemudiannya menggeledah rumah bapanya ala-ala samseng tanpa waran.

Dalam penggeledahan tersebut, katanya, mereka merampas dua komputer riba, topeng, tali, kompas serta sebilah pisau, sehingga menakutkan beliau sekeluarga.

Mereka turut menuduh abangnya masih bergiat dalam aktiviti keganasan di Thailand sejak beberapa hari lalu.

Sedangkan, katanya lagi, abangnya yang juga graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu sudah setahun bekerja dan hidup aman damai bersama-sama beliau sekeluarga, di sini.

"Dia bukan baru sehari dua balik sini (Malaysia), sudah setahun dia bekerja di sini, tapi polis kata dia baru sehari dua balik ke Malaysia selepas berjihad," katanya yang juga juruteknik IT sebuah firma di Shah Alam.

Tidak cukup dengan itu, ujarnya, mereka turut mengugut bapanya sehari selepas abangnya ditahan tanpa bicara.

"Ada (kecam), dia telefon bapa saya dan ugut, saya boleh ditahan 5 tahun kerana saya tanya tentang abang saya," beliau menambah.

Menurut beberapa sumber, Mohammad Fadzlullah dipercayai ditahan menurut Seksyen 73(1) ISA untuk disoal siasat selama 60 hari.

Pun begitu, kebiasaannya, mereka yang ditahan tanpa bicara melewati tempoh masa tersebut, bergantung pada keputusan Najib dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Dalam perkembangan berkaitan, difahamkan keluarga mangsa telahpun membuat aduan kepada Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Sabtu lalu.

Dilaporkan, Suaram telahpun bersetuju untuk menyediakan khidmat guaman secara percuma."Suaram akan bantu, minta dia boleh diwakili peguam, keluarkan abang dulu," jelasnya.

Harakahdaily/-

ISA: Malaysia cenderung bantu Amerika lawan Islam

9 Syaaban 1431 H
Oleh: Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 20 Julai: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) membantah keras penahanan terbaru seorang pelajar kejuruteraan, Mohammad Fadzullah Abdul Razak di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana disyaki pengganas dan dituduh merekrut pelajar lain untuk kegiatan pengganas.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan berkata, penahanan tersebut seolah-olah membuktikan kecenderungan Kerajaan Malaysia dalam membantu Amerika untuk menentang Islam atas alasan memerangi keganasan.

Katanya, Malaysia sudah terperangkap dengan agenda Amerika mewujudkan Islamofobia."Dengan pendekatan menangkap mereka yang kononnya disyaki pengganas dan mengumumkan kenyataan-kenyataan yang kabur tanpa bukti yang jelas, ternyata menunjukkan Malaysia terperangkap dengan permainan hegemoni Amerika untuk membesar-besarkan sentimen Islamofobia," katanya.

Teras juga mendakwa terdapat siri pengumuman yang didedahkan secara sengaja menjelang Persidangan Agensi Perisik Amerika Syarikat (FBI NAA) untuk melakukan pelbagai kegiatan mendalangi operasi penculikan, penggulingan dan keganasan ke atas mana-mana negara yang tidak disukainya.

Persidangan itu berlangsung di ibu negara bermula kelmarin hingga 24 Julai ini."Adalah mengejutkan kami bagaimana Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bekerjasama, malah pegawai-pegawai kanannya dilatih oleh FBI sejak 1964 lagi sedangkan FBI mempunyai rekod berfungsi untuk merencana dan melaksanakan pelbagai operasi espionaj di seluruh dunia," katanya lagi.

Sehubungan itu, Teras tegasnya menuntut kerajaan Malaysia menghentikan polisi bekerjasama dengan US untuk melaksanakan kempen Islamofobia kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

"Mendakwa ada kumpulan akan menyerang rumah ibadat di Pulau Pinang dan Selangor hanya suatu alasan untuk mewujudkan ketakutan dan saling curiga-mencurigai antara penganut agama di negara ini dan sebagai tindakan lanjut menangkap orang yang dianggap teroris untuk memuaskan hati US," tegasnya.

Beliau juga menegaskan, tindakan menahan individu hanya dengan syak dan tanpa bukti yang jelas adalah kaedah yang telah diguna oleh agensi perisik Amerika seperti FBI dan CIA ke atas sesiapa yang tidak dianggap musuh oleh US.

"Teras menyatakan secara tegas bahawa jika Malaysia terus menjalankan peranannya bersekongkol dengan Amerika dan kuasa barat yang lain untuk menahan sesiapa sahaja tanpa bukti dan tidak mendakwa mereka di mahkamah terbuka , maka jelas Malaysia kini berada dalam cengkaman hegemoni barat untuk menyerang Islam," tegasnya lagi.

Fadzlullah, 28, ditahan di Sungai Buluh, Selangor pada Khamis lalu sekitar jam 11 malam oleh seorang pegawai polis berpakaian seragam serta 14 pemuda berpakaian biasa yang dipercayai dari Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman.

Polis hanya mendakwa beliau mengunakan kedudukannya sebagai guru agama untuk merekrut pelajar menjadi ahli Jemaah Islamiah (JI).

Akhbar melaporkan kononnya Fadzlullah ada kaitan dengan seorang pendakwah dari Syria, Aiman Dakak dan seorang guru dari Malaysia, Azzahari Murad.

Pada Januari tahun ini, Aiman ditahan dengan sembilan orang lagi atas alasan disyaki pengganas, manakala Azzahari masih ditahan di bawah undang-undang pencegahan.

Harakahdaily/-

Perpaduan: Jangan terperangkap politik murahan Umno

9 Syaaban 1431 H
Oleh: Zulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 21 Julai: PAS menyeru seluruh umat Islam dan orang Melayu supaya tidak terperangkap dengan agenda politik murahan Umno yang memukul gendang perpaduan.

“Inilah agenda Umno pada setiap kali sesak nafas mereka akan meminta 'oksigen' dari PAS,” ujar Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang bijak membuat bacaan politik bahawa kuasa politik Melayu Umno akan hilang.

Katanya, kenyataan mufti itu menambahkan lagi keyakinan bahawa PAS mengambil tempat Umno dan memberi harapan baru kepada umat Islam dan bangsa Melayu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menegaskan bahawa tanpa Umno umat Islam dan bangsa Melayu mampu berdiri megah dan gagah untuk muncul dengan kuasa baru politik bersama semua kaum di bawah payung Pakatan Rakyat.

“PAS menyeru seluruh umat Islam dan orang Melayu untuk bersama menyertai PAS bagi memikul tugas baru untuk meletakkan kembali Melayu dan Bumiputera pada landasan yang betul dan membangunkan Malaysia bersama semua kaum sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab,” ujarnya.

Beliau sekali lagi menegaskan bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno yang menjadi sekutu zionis Yahudi.

Menurutnya, Umno secara jelas melalui pemimpin utamanya yang menguasai Kerajaan Malaysia telah melantik syarikat perunding APCO Worldwide yang merupakan proksi kepada gerakan zionis antarabangsa yang menjaga kepentingan politik Israel dan Amerika sebagai penasihat Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).

“Perbuatan ini satu pengkhianatan kepada perjuangan umat Islam dan rakyat Palestin,” tegasnya.

Katanya lagi, Kerajaan Umno BN juga menjalinkan hubungan perdagangan secara rahsia dengan negara haram Israel dan membantu memperkukuhkan ekonomi rejim zionis Israel.

Ini, ujarnya dibuktikan dengan berlabuhnya kapal dagang milik Israel di Pelabuhan Klang baru-baru ini serta keputusan kabinet yang membenarkan hubungan dagang dengan Israel dibuat secara rahsia.

PAS, tegasnya sekali-kali tidak akan mengkhianati perjuangan umat Islam dan rakyat Palestin.

Beliau menambah, PAS kesal dengan tindakan kerajaan Umno BN yang menikam dari belakang ke atas umat Islam dan rakyat Palestin.

Baginya, bantuan dihulur untuk rakyat Palestin tetapi dalam masa yang sama membantu pengukuhan ekonomi negara haram Israel.

“PAS akan terus memperkukuhkan hubungan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat bagi membina Malaysia baru dan terus melindungi Islam dan apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu dan Bumiputera yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan, di samping menjamin hak semua kaum turut dilindungi dengan menjadikan prinsip keadilan sebagai teras pembangunan sesuai dengan Islam sebagai agama pembawa rahmat seluruh alam,” katanya.

Harakahdaily/-

Manifesto : Elakkanlah "gula-gula"!

9 Syaaban 1431 H
http:iskandar56100.blogspot.com

Exco Kelantan, Dato' Husam Musa membuat kenyataan minggu lepas bahawa jika Pakatan Rakyat menawan Kerajaan Persekutuan, rakyat tidak perlu membayar cukai untuk 5 tahun pertama. Atau sekurang-kurangnya kakitangan kerajaan tidak perlu membayar cukai untuk tempoh tersebut.

Saya yakin rakyat akan menyambut baik tawaran itu tetapi alangkah lebih baik jika Pakatan Rakyat dapat menawarkan sesuatu yang bukan berbentuk "gula-gula".

Jika kita menawarkan "gula-gula", BN juga akan menawarkan "gula-gula" Saya bimbang jika "gula-gula" yang kita tawarkan itu tidak dapat diberikan apabila Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa.

Kita tidak tahu keadaan kewangan sebenar negara, banyak perkara-perkara yang disembunyikan. Kemungkinan jika kita benar-benar dapat menawan Putrajaya, kita akan bertemu dengan "kejutan-kejutan" yang tidak memungkin kita memberikan rakyat "gula-gula" yang kita janjikan.

Di atas kertas mungkin boleh dilaksanakan tetapi saya yakin jika BN tahu mereka akan kalah, mereka akan melakukan sabotaj-sabotaj sebelum dihalau keluar dari Putrajaya.

Oleh itu, Pakatan Rakyat sepatutnya menjanjikan perkara-perkara yang bersifat "idelogical" dan bukan "materialistic". Kerajaan telus dan bersih contohnya.

Kesannya akan dirasai rakyat apabila penyelewengan dapat dihapuskan dan berbilion ringgit wang rakyat dapat diselamatkan. Wang yang diselamatkan pula akan dimanfaatkan untuk rakyat.

Atau menjanjikan "delivery system" yang lebih cekap yang akan dapat menyelesaikan banyak masalah rakyat di samping menggalakkan aktiviti ekonomi dan menarik pelaburan. Rakyat juga akan merasakan nikmat dari perubahan ini menerusi peluang-peluang pekerjaan dan peningkatan pendapatan.

Harakahdaily/-

MB S'gor: Air di Lembah Klang cukup hingga 2019

9 Syaaban 1431 H

Bekalan air yang sedia ada sekarang ini di Selangor mampu menampung keperluan penduduk di Lembah Klang sehingga 2019, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan persekutuan dianggap terlalu terburu-buru untuk melaksanakan projek penyaluran air mentah Pahang-Selangor (PPAMPS) walaupun anggaran kosnya telah meningkat dari RM2 bilion kepada RM8 bilion.

“Ini jelas apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui baru-baru ini, menuduh Selangor sengaja melengahkan pelaksanaan (PPAMPS) dan memberi amaran bahawa Selangor akan dipersalahkan jika berlaku krisis bekalan air pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Khalid, nasihat dari pakar industri air dan juga kajian berdasarkan pertumbuhan penduduk mendapati jumlah penggunaan air dahulu dan sekarang dan kapasiti pengeluaran air, bekalan air yang sedia ada sekarang ini mampu menampung keperluan di Lembah Klang sehingga 2019.

“Adalah dipercayai bahawa kedua menteri tersebut telah dikelirukan sehingga mempercayai bahawa krisis air akan berlaku pada 2014.

“Kerajaan negeri sedar projek ini ada kebaikannya, namun ia tidak perlu disegerakan tanpa mengambil kira pemahaman menyeluruh industri air termasuk proses penstrukturan semula industri air Selangor,” katanya.

Khalid berkata masa yang sesuai untuk projek PPAMPS dilaksanakan adalah pada 2015 atau 2016 dan jika ia dipercepatkan tanpa kajian, kos itu akan meningkatkan beban hutang kerajaan.

“Sehubungan itu, Selangor menyarankan kerajaan persekutuan memberi keutamaan kepada alternatif lain dan tidak terlalu mudah melaksanakan projek mahal menggunakan wang rakyat,” katanya.

Khalid juga menyarankan kerajaan BN mengurangkan pembaziran air dengan mempromosikan kitar semula air, mengumpul dan memproses air hujan yang boleh dilakukan secara bersama kerajaan persekutuan dan Selangor.

“Sumber alternatif air yang boleh diteroka seperti air sungai, tasik dan memperkenalkan teknologi air bawah tanah. Ketiga, dengan mengurangkan kadar air tanpa hasil daripada 35 peratus kepada kurang 20 peratus seperti yang berjaya dicapai oleh syarikat air Pulau Pinang.”

Selain itu, Khalid berkata penghantaran air yang cekap adalah penyelesaian terbaik bagi menampung permintaan pengguna. Oleh itu, perlu dipastikan air di utara Selangor dihantar dengan cekap ke wilayah selatan.

Katanya lagi, kerajaan wajib melakukan kajian menyeluruh, analisis, statistik secara terperinci mengenai pengeluaran air, penggunaan dan permintaan berdasarkan fakta dan angka berbanding membuat keputusan tergesa-gesa yang melibatkan wang pembayar cukai.

Malaysiakini/-

Pakatan cadang kutip RM20 juta bagi tawan Putrajaya

9 Syaaban 1431 H

Pakatan Rakyat akan melancarkan Tabung Impian Rakyat (TIRAM) bernilai RM20 juta bagi mempersiapkan diri mereka ke Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Pengerusi TIRAM, Datuk Husam Musa berkata, pelancaran tabung itu akan dibuat pada 7 Ogos ini di Stadium Melawati Shah Alam dengan dihadiri pemimpin kanan Pakatan.

"Sehingga kini, Datuk Seri Anwar dan Tok Guru Nik Aziz sudah mengesahkan penyertaan mereka," kata Husam yang dipetik oleh Harakahdaily.

Katanya, pelancaran tabung berkenaan akan dibuat dalam bentuk majlis makan malam untuk pungutan derma dengan mensasarkan kutipan sekurang-kurangnya RM20 juta.

Mei lalu, Husam pernah menyatakan hasrat mengumpul dana RM20 juta sebagai dana Pakatan Rakyat dalam perjalanan menawan Putrajaya.

Menurut Harkahdaily, cadangan menubuhkan tabung itu diperolehinya setelah dia didakwa berjaya menggunakan peruntukan RM4 juta menyingkir bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi dan melemahkan Umno Kelantan pada pilihan raya umum 2008.

Tuduhan berkenaan dibuat bekas pembantunya, Syed Azidi Aziz atau lebih dikenali dengan nama Kickdefella.

"Kalau sebelum ini orang tuduh saya belanjakan RM4 juta untuk menghadapi pilihan raya 2008...terbukti dalam pilihan raya itu kita berjaya walaupun tuduhan itu tidak semestinya betul."Sekarang kita akan kumpulkan RM20 juta untuk ke Putrajaya," katanya lagi.

Husam yang juga exco kerajaan Kelantan, sebelum ini juga membuat penjelasan bahawa PAS mahupun kerajaan negeri tidak pernah membayar sesiapapun sebanyak RM4 juta seperti yang didakwa untuk menjatuhkan kerajaan termasuk bekas perdana menteri itu.

Katnya, PAS sejak dari dulu mendapat bantuan kewangan dari sumbangan ahli-ahli mereka untuk membantu perjuangan parti itu dalam menegakkan syiar Islam di negara ini.

Malaysiakini/-

Jawapan Bala dihantar ke SPRM pada Khamis

9 Syaaban 1431 H
Oleh: Joseph Sipalan

Jawapan penyiasat persendirian P Balasubramaniam terhadap soalan bertulis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dihantar kepada suruhanjaya itu Khamis ini, kata peguamnya.

Americk Singh Sidhu berkata peguam kanan Manjeet Singh Dhillon akan membawa jawapan dalam bentuk akuan bersumpah (SD) bersamanya apabila pulang daripada London.

Manjeet (kanan) dijadualkan menghantar SD selepas pertemuan kedua belah pihak hari ini tetapi kepulangan peguamnya ditangguhkan ekoran dakwaan pencerobohan rumahnya menyebabkan komputer ribanya dicuri.

"Saya beri perhatian serius bahawa mungkin ada usaha dibuat oleh pihak yang berkepentingan terhadap kandungan komputer riba dan memaslukan material sedia ada," kata Manjeet.

Manjet berada di London sejak awal bulan ini untuk menasihatkan Bala berhubung rancangan awal SPRM untuk mewawancaranya di sana berkaitan dua SD awalnya yang menyebut nama perdana menteri dan Altantuya Shaariibuu.

SPRM bagaimanapun menukar pandangan dengan hanya menghantar soalan kepada Americk dan meminta jawapan bertulis daripada Bala.

Sementara itu, semalam Manjeet mendakwa komputer ribanya dicuri di rumahnya di Kuala Kumpur. Beliau percaya ia berkaitan degan tindakannya mewakili penyiasat persendirian itu.

Malaysiakini/-

Pengharaman sutera ke atas lelaki

9 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Saidina Ali kaw berkata:

"Aku melihat Rasulullah saw mengambil sutera dan memenganngnya dgn tangan kanan dan mengambil emas dan memegangnya dengan tangan kirinya. Kemudian baginda bersabda:

"Sesungguhnya kedua perkara ini adalah haram kepada lelaki dikalangan ummatku."(hr "perawi lima" melainkan Ibnu Majah)

Sabda Rasulullah saw :

"Sesiapa yang memakai sutera di dunia dia tidak memakainya diakhirat." (Hr Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah saw:

"Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat janganlah dia memakai sutera dan emas." (Hr Ahmad, Haithami berkata: para perawinya thiqah)

Adakah budak lelaki boleh memakainya?

Ulama berselisih pendapat berkenaan dgn hukum memakaikan budak kecil dgn sutera. Ada dua pendapat seperti berikut:

1. Haram hanya kepada lelaki yang baligh sahaja. Budaklelaki yang belum baligh diharuskan untuk memakainya. Ini adalah pendapat mazhab Maliki dan pendapat utama dalam mazhab Syafie. Alasan mereka adalah seperti berikut:

a. Budak lelaki yang belum baligh belum ditaklifkan lagi dan tidak termasuk dalam kalimah "rijal" dalam hadis.

b. Sutera adalah perhiasan. Hukum budak2 memakainya adalah seumpama wanita.

2. Haram sutera kepada semua jenis lelaki, samaada yg kecil atau yg besar. Inilah pendapat mazhab Hambali, Hanafi dan ulama2 yg lain. Hujjah2 mereka adalah seperti berikut:

a. Umumnya hadis2 yang mengharamkan sutera kepada orang laki.

2. Jabir bin Abdullah ra berkata:

" Kami merampas kain sutera dari kanak2 lelaki dan membiarkan sutera yg dipakai oleh budak2 perempuan." (Hr Abu Daud dan Ahmad : Isnadnya Hasan)

Adakah boleh dijadikan sutera sebagai bantal atau hamparan?

Ada terdapat dua pendapat seperti berikut:

1. Kebanyakan ulama mengharamkan penggunaan sutera untuk hamparan, bantal, tirai dan penggunaan yg lain. Ini adalah pendapatMazhab Maliki, Hambali dan Maliki, Abu Yusuf dan Muhammad dr mazhab Hanafi. dalilnya adalah seperti berikut:

a. Huzaifah ra berkata:

"Rasulullah s.a.w menegah kami daripada minum dan dgn bekas emas dan perak, memakai pakaian sutera dan duduk di atas sutera." (Hr Muslim)

2. Sebahagian ulama mengatakan boleh menggunakan sutera pada yg bukan dipakai. Ini pendapat Abu Hanifah, Ibnul Majisyun dari mazhab Maliki dan ar-Rafie dari mazhab Syafi'ie.

Adakah Harus memakai sutera ketika darurat?

Ada dua pendapat seperti berikut:-

1. Pendapat mazhab syafie dan Hambali membenarkan utk orang lelaki memakai sutera sekiranya terdapat kemudaratan yg memerlukan utk memakai sutera seperti sakit. Dalilnya adalah seperti berikut:

a. Anas r.a berkata:

"Rasulullah s.a.w membenarkan kepada Zubair dan Abdurrahman bin Auf untuk memakai sutera kerana gatal." (Hr Bukhari dan Muslim)

2. Pendapat Abu Hanifah dan Malik mengharamkan sutera secara mutlak. Mereka mengatakan apa yg dibenarkan kepada sahabat adlah khusus utk mereka sahaja.

Ibnu Quddamah berkata: Pendapat pertama lebih tepat kerana apa yg dibenarkan kepada sahabat ia dibenarkan kepada orang lain.

Cara menahan marah

9 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Marah apabila tidak dibendung maka akan membawa perkara yg diluar batasan.Jadi Islam mengajar utk menahan marah seperti berikut:
Pertama

Melatih diri untuk bersifat baik dan positif spt lemah lembut, baik hati, sabar, tenang dlm menghadapi apa2 situasi.)

Rasulullah saw telah menunjukkan contoh terbaik kepada kita dlm hal ini spt kisah yg berikut :

Suatu hari seorg lelaki yg bernama Zaid bin Sa’nah (sebelum keislamannya), datang berjumpa Nabi Muhamad SAW untuk meminta hutang daripada Nabi SAW namun, hutang tersebut belum masanya lagi untuk dibayar. Zaid dtg dgn penuh kekerasan dan kekasaran. Nabi menyambut kedatangan Zaid dgn senyuman dan berlapang dada. Umar mengherdik Zaid atas kekasaran Zaid terhadap Rasulullah SAW. Maka, Nabi pun berkata kepada Zaid dan Umar

“aku dan dia(zaid), kami lebih memerlukan kepada sikap yang lain daripada apa yg kamu tunjukkan wahai Umar. Engkau sepatutnya menyuruh aku supaya membayar dgn baik dan menyuruh lelaki tadi(zaid) meminta dgn cara yang baik”

Nabi meminta shbt untuk membayar hutang tersebut namun Nabi telah membayar lebih daripada hutang tersebut sbg tanda memujuk Zaid atas sikap Umar.Dgn sikap dan akhlak yg ditunjukkan Nabi maka, akhirnya Zaid memeluk Islam

(hadith riwayat ibnu hibban al-hakim dan at-thabrani)

Kedua

Hendaklah seseorang itu menguatkn jiwanya ketika mana dia hendak marah, kemudian igt tentang akibat buruk marah dan mengingati kelebihan org yg menahan marah dan memaafkn kesalahan org lain. Firman Allah swt

“Orang2 bertakwa ialah org yg berinfak baik diwaktu lapang mahupun sempit, dan org2 yg menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan org lain. dan Allah mencintai org yg berbuat kebaikkan” (Al-imran:134)

Nabi SAW bersabda bermaksud :

“sesiapa yg menahan marah sedangkan dia mampu melepaskan marahnya Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di depan sekalian makhluk sehingga Allah memberinya pilihan untuk dia memilih mana2 bidadari”
(hadith riwayat Ahmad, Abu Daud & At-Tirmizi)

“tidak ada seseorang hamba menahan marah kerna Allah ta’ala melainkan Allah akan memenuhinya dgn keamanan dan keimanan”
(hadith riwayat Abu Daud)

Ketiga

Meminta perlindungan kepada Allah Ta’ala daripada syaitan yg direjam.
Firman Allah Ta’ala :

”dan jika syaitan datang menggodamu maka berlindunglah kepada Allah. Sungguh, Dia Maha Mendengar , Maha Mengetahui” (Al-A’raf:200)

2 org lelaki bermaki-makian di depan Nabi, salah seorang daripada mereka memaki seorang lagi dgn keadaan merah padam mukanya kerana kemarahan.
Nabi SAW bersabda maksudnya :

”sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah kalaulah kalimah tersebut diucapkan oleh org yg marah itu nescaya akan hilang kemarahannya iaitu aku berlindung dgn Allah Ta’ala daripada syaitan yg direjam”
(hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Keempat

Orang yg marah hendaklah mengubah kedudukannya dari berdiri kepada duduk, apabila kedudukan seseorang yg marah itu berdiri maka memudahkan dia untuk mengambil tindakan atas amarahnya.

Nabi SAW bersabda maksudnya :

”apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring”
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

Kelima

Tidak berkata-kata kerana kata-kata boleh menambahkan kemarahan dan kata-kata yg telah dilafazkan membuatkan timbul rasa penyesalan tika perasaan marah telah reda

Nabi SAW bersabda maksudnya :

”apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam"Nabi saw mengucapkannya 3 kali”
(Hadith riwayat Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)

Keenam

Berwudhuk, di mana kemarahan datang daripada syaitan yg dicipta daripada api. maka yg demikian, yg dpt memadamkn api adalah air yg dpt diperoleh daripada berwudhuk demikian dgn izin Allah dpt meredakan kemarahan

Nabi SAW bersabda maksudnya :

“sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk”
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

“Ketahuilah sesungguhnya kemarahan adalah bara yg marak menyala di dalam hati anak adam”
(Hadith riwayat Ahmad & Tarmizi)

Memotong kuku dan rambut ketika berjunub

9 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Telah disebut dalam kitab syarah Iqna' matan kepada Abi Syuja' kitab fekah dlm mazhab Syafie :Imam Ghazali berkata dalam kitab Ihyaa Ulumuddin:

"Tidak boleh mencukur, memotong kuku, mencukur bulu ari2, mengeluarkan darah atau memotong sebahagian anggotanya dalam keadaan berjunub. Ini kerana seluruh anggotanya anggota badannya akan dikembalikan diakhirat yg menyebabkan anggota yg dipotong ketika junub akan kembali dalam keadaan berjunub. Dikatakan: Sesungguhnya setiap bulu akan menuntut hak jenabah mereka"

Syeikh Atiah berkata:

"Kenyataan ini tidak bersandarkan kepada dalil yg melarang melakukan perkara demikian ketika berjunub. Tidak wujud juga dalil yg mengatakan anggota yg dipisahkan ketika berjunub akan menuntuk haknya pada hari kiamat."

Imam as-Safarini telah berkata dlm kitabnyaa ghizaul albab:

"Imam Ibnu Taimiah telah diajukan soalan seumpama ini dan menjawab(ini adalah dalil2 yg menunjukkan boleh memisahkan anggota ketika berjunub):

1. Telah datang hadis Nabi s.a.w berkata ketika Abu Hurairah malu berjumpa dgn Nabi ketika berjunub:

إن المؤمن لا ينجس حيا ولا ميتا
Maksudnya: "Sesungguhnya orang beriman tubuhnya bukan najis hidup atau mati."

(ini menunjukkan suruhan mandi dan wuduk bukan kerana anggota manusia itu najis ketika berjunub tetapi sekadar suruhan ta'abbudi. jadi tidak ada maslah nak memisahkan anggota seperti rambut ketika berjunub)

2. Nabi s.a.w bersabda kepada orang yg masuk Islam:

ألق عنك شعر الكفر واختتن
Maksudnya: "Buanglah rambut kekufuran kamu dan berkhatanlah."

Disini Nabi s.a.w menyuruh orang yang baru masuk Islam utk buang rambut dan berkhitan. Nabi s.a.w tidak menyuruhnya untuk mandi dulu sebelum buang rambut dan berkhitan. Umumnya sabda Nabi s.a.w menunjukkan boleh mendahulukan mana2 yg dikehendaki.

3. Wanita yg berhaid disuruh menyikat rambutnya ketika mandi sedangkan bersikat boleh mengugurkan rambutnya. Maka ini menunjukkan tidak makruh yang demikian.

4. Apa yg disebut berkenaan dgn anggota yg terpisah meminta haknya di hari kiamat itu adalah dalil yg tidak ada sandaran dari mana2 kitab suci Al-Quran atau Hadis.

5. Ata' berkata:

"Orang berjunub boleh berbekam, memotong kukunya dan mencukur kepalanya sekalipun tidak berwuduk." (HR Bukhari)

Syeikh Atiah Saqor berkata:

"Oleh kerana yg demikian tidak dilarang memotong rambut dan kuku ketika sedang berjunub."