07 November 2021

Setiausaha Agung, Bendahari, Pengarah P’raya PAS kekal

 

KUALA NERUS: Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sesi 2021-2023 telah diadakan selepas berakhir Muktamar Tahunan ke-67 di Duyong Marina Resort di sini, hari ini.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, berdasarkan peruntukan Fasal 25 (4), dan dengan persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, beliau telah melantik dan mengekalkan Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebagai Setiausaha Agung PAS, Dato’ Iskandar Abdul Samad (Bendahari) dan Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor (Ketua Pengarah Pilihan Raya).

Muktamar PAS ke-68 tahun depan di Kedah

 

Oleh AIN MANAF

KUALA NERUS: 
Muktamar Tahunan PAS kali ke-68 tahun depan dijadualkan berlangsung di Kedah, kata Pengerusi Tetap PAS Pusat, Hussin Ismail.

Beliau menyatakan perkara itu semasa mempengerusikan sesi penggulungan ucapan dasar Presiden dan penangguhan pada hari kedua Muktamar Tahunan PAS ke-67, hari ini.

COVID-19: 4,343 kes baharu dilaporkan

 

PUTRAJAYA: Jumlah kes harian COVID-19 di Malaysia kekal menunjukkan trend penurunan dengan 4,343 kes baharu dicatat setakat 12 tengah hari tadi daripada 4,701 semalam menjadikan jumlah kumulatif kes kini 2,506,309.

Indonesia tertinggi dalam Indeks Pemulihan Covid-19 di Asia Tenggara, Malaysia tempat ketiga

 

JAKARTA: Indonesia menjadi negara Asia Tenggara pada kedudukan teratas dalam Indeks Pemulihan Covid-19 yang dikeluarkan Nikkei pada Jumaat lalu.

Data tersebut dikumpul sepanjang Oktober lalu dan membuat penilaian terhadap negara serta wilayah berdasarkan kadar jangkitan, vaksinasi dan pergerakan sosial.

Tiga penyandang menang Naib Presiden PAS


KUALA TERENGGANU: Tiga penyandang Naib Presiden PAS terus diberi mandat memegang jawatan itu dalam pemilihan jawatankuasa tertinggi parti pada Muktamar Tahunan Ke-67 sesi 2021-2023.

Berdasarkan pemilihan yang diadakan semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad memperoleh 1,164 undi, manakala Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dengan 956 undi.

Jalan Kuala Krai-Gua Musang sesak akibat SJR

 GUA MUSANG – Jalan menghala ke Gua Musang di sini mulai sibuk dengan kenderaan sejak pagi tadi ekoran pengguna jalan raya dari Kelantan mula bergerak pulang ke ibu kota hari ini.

Seorang pengguna jalan raya, Johari Abdullah, 35, berkata, trafik begitu perlahan ketika melalui kawasan bandar Kuala Krai menuju ke Gua Musang akibat sekatan jalan raya (SJR) di Kampung Telekong, Kuala Krai.

Katanya, rata-rata pengguna jalan raya mahu pulang ke Kuala Lumpur selepas bercuti di kampung halaman sempena perayaan Deepavali.

Pengguna jalan raya berhenti rehat di Hentian Gua Musang sebelum meneruskan perjalanan ke ibu kota. /FOTO AIMUNI TUAN LAH

“Saya bertolak dari Kota Bharu pada pukul 9 pagi tadi dan tiba di Hentian Gua Musang di sini pada pukul 2.30 petang. Kebiasaannya, perjalanan hanya mengambil masa tiga jam,” katanya.

Korea Selatan tempah 70,000 pil COVID-19 Pfizer

 Gambar hiasan

Gambar hiasan

SEOUL: Korea Selatan bersetuju membeli 70,000 pil antiviral percubaan COVID-19 keluaran Pfizer, kata Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA).

Pfizer berkata, keputusan percubaan menunjukkan pil anviral Paxlovid itu mengurangkan sebanyak 89 peratus risiko kemasukan ke hospital atau kematian pada pesakit berisiko tinggi menghidap penyakit parah dalam tempoh tiga hari dari permulaan simptom COVID-19.

Bulan Keluarga Kebangsaan dikenali Bulan Keluarga Malaysia

 Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri mengisytiharkan Bulan Keluarga Kebangsaan yang disambut pada November setiap tahun dikenali sebagai Bulan Keluarga Malaysia.

PRN Melaka: Perang bendera masih dingin

 Bendera Perikatan Nasional mula dipasang menjelang Hari Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ketika tinjauan semalam. - Foto BERNAMA

Bendera Perikatan Nasional mula dipasang menjelang Hari Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ketika tinjauan semalam. - Foto BERNAMA

MELAKA: Perang bendera Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka masih dingin dengan parti yang bertanding masih belum agresif memacak dan memasang panji masing-masing, sejak PRN itu diumumkan akan diadakan pada 20 November ini oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Polis nafi tutup sempadan negeri Melaka sempena PRN

 

Kenyataan tular yang palsu itu menyatakan penutupan sempadan negeri Melaka dalam tempoh 15 hari bermula sehari sebelum hari penamaan calon.

MELAKA: Polis Melaka menafikan akan menutup sempadan negeri selama 15 hari sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) seperti ditularkan menerusi media sosial.

Ketua Polis negeri Abdul Majid Mohd Ali berkata prosedur operasi standard (SOP) yang tular sejak petang semalam adalah palsu dengan disunting daripada SOP PRN Sabah sebelum ini dan perkara itu kini disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.