05 November 2008

Drs. Khalil : ADUN dan Ketua Kampung mesti selalu bertemu untuk selesaikan masalah rakyat.

PARIT BUNTAR, 2 Nov.:- Bagi menyelesaikan masalah rakyat ADUN dan Ketua Kampung mestilah sentiasa bertemu dan berkerjasama, demikian antara ucapan ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim dalam majlis Taklimat Ketua-Ketua Kampung dan Setiausaha JKKK yang diadakan di sini.

Peserta Taklimat memenuhi dewan.

Khalil Idham juga menyeru dan mengingatkan supaya semua pihak mengadakan hubungan baik dengan agensi pelaksana di peringkat Daerah iaitu Pejabat Daerah dan Penghulu Mukim .

Drs. Khalil sedang menyampaikan taklimat.

Program tersebut adalah anjuran bersama Pusat Khidmat ADUN Titi Serong dan ADUN Kuala Kurau. Seramai 63 Peserta terdiri dari Ketua-Ketua Kampung dan Setiausaha JKKK dalam DUN Titi Serong dan Kuala Kurau telah hadir .

Wakil Pegawai Daerah hadir sama.


ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari telah menyampaikan taklimat bertajuk "Kearah Memperkasakan Ketua Kampung". Wakil dari Pegawai Daerah ialah Syamsul Hazeman yang menyampaikan taklimat berkaitan Projek Pembangunan Kampung, dan ADUN Titi Serong mengakhiri taklimat berkaitan Pengagihan Peruntukan ADUN.


YB.Abdul Yunus memberi talimat


Hadir sama dalam program itu ialah semua 4 Penghulu Mukim dalam Parlimen Parit Buntar iaitu Mukim Parit Buntar, Tanjung Piandang, Bagan Tiang dan Kuala Kurau.

Diakhir program diadakan sesi soal jawab yang mendapat sambutan menggalakkan dari peserta taklimat dengan 12 soalan yang dijawab oleh ADUN Titi Serong dan Kuala Kurau.

Seorang peserta bertanyakan soalan.

ADUN Titi Serong: Tidak ada sebab orang Cina takut kepada Islam.

LENGGONG, 2 Nov.:- Tidak ada sebab orang Cina takut kepada Islam atau Parti Islam kerana nenek moyang mereka lebih dulu masuk Islam berbanding orang Melayu. Demikian antara ucapan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim yang mewakili YAB Menteri Besar Perak dalam Majlis Sepetang Bersama Menteri Besar Perak disini.

Program yang dianjurkan oleh Parti-parti pakatan Rakyat Lenggong itu dihadiri hampir 1000 orang . Hadir sama dalam program tersebut ialah ADUN Gunung Semanggol, Ramli Tusin, Bekas Calon Parlimen Lenggong, Ibrahim Zakaria, Bekas Speaker DUN Perak Dato' Hj. Omar, Penyelia DUN Kota Tampan, Hamzah mat Zain, Penyelia DUN Kenering, Sukri b. Ahmad, Ahli-ahli Majlis Daerah Lenggong, Ketua-ketua kampung, pimpinan Parti Pakatan Rakyat dan warga setempat yang lain.


Pada kesempatan tersebut beliau menyampaikan salam dari YAB Menteri besar yang tidak hadir kerana masalah yang tidak dapat dielakkan.



Drs. Khalil juga mewakili Pakatan Rakyat Lenggong menyampaikan sumbangan kepada warga miskin dikalangan orang melayu, Cina dan India.



Beberapa orang yang ditemui selepas program menyatakan rasa puas hati kerana ADUN Titi Serong menyampaikan ucapannya dalam bahasa manderin, katanya ini bersesuian dengan banyak warga cina yang hadir dalam majlis itu.

Gambar MB bersama Ibu kesayangan

Kelmarin semasa bertemu dengan YAB Menteri Besar di pejabatnya atas urusan Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak, beliau sempat bertanya khabar mengenai lawatan saya dan isteri kerumah Iparnya di Tapah melihat Ibu mertuanya yang sakit. Saya maklumkan Isteri saya sempat bergambar dengan Ibunya . YAB MB mengatakan ibunya juga berketurunan Cina.

Menariknya pada hari yang sama YAB MB balik ke Kampar bertemu dengan ibu kesayangan, katanya dari situ dia tahu setelah dimaklumkan oleh ibunya saya hadir melawat mertuanya.


Teringat saya ada mengambil gambar pose istemewanya bersama ibu kesayangan yang saya tidak pasti bila diambil. Gambar yang saya terbitkan diatas diambil dari koleksi album yang terletak dimeja tamu rumah Abang Azmi ipar YAB MB.


Mohon izin diterbitkan untuk tatapan umum.