05 November 2008

ADUN Titi Serong: Tidak ada sebab orang Cina takut kepada Islam.

LENGGONG, 2 Nov.:- Tidak ada sebab orang Cina takut kepada Islam atau Parti Islam kerana nenek moyang mereka lebih dulu masuk Islam berbanding orang Melayu. Demikian antara ucapan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim yang mewakili YAB Menteri Besar Perak dalam Majlis Sepetang Bersama Menteri Besar Perak disini.

Program yang dianjurkan oleh Parti-parti pakatan Rakyat Lenggong itu dihadiri hampir 1000 orang . Hadir sama dalam program tersebut ialah ADUN Gunung Semanggol, Ramli Tusin, Bekas Calon Parlimen Lenggong, Ibrahim Zakaria, Bekas Speaker DUN Perak Dato' Hj. Omar, Penyelia DUN Kota Tampan, Hamzah mat Zain, Penyelia DUN Kenering, Sukri b. Ahmad, Ahli-ahli Majlis Daerah Lenggong, Ketua-ketua kampung, pimpinan Parti Pakatan Rakyat dan warga setempat yang lain.


Pada kesempatan tersebut beliau menyampaikan salam dari YAB Menteri besar yang tidak hadir kerana masalah yang tidak dapat dielakkan.



Drs. Khalil juga mewakili Pakatan Rakyat Lenggong menyampaikan sumbangan kepada warga miskin dikalangan orang melayu, Cina dan India.



Beberapa orang yang ditemui selepas program menyatakan rasa puas hati kerana ADUN Titi Serong menyampaikan ucapannya dalam bahasa manderin, katanya ini bersesuian dengan banyak warga cina yang hadir dalam majlis itu.