12 November 2013

Selepas Haiyan, Zoraida pula hampiri selatan Filipina

8 Muharram 1435H. [MOD] -

MANILA (Filipina): Ribut tropika dikenali sebagai Zoraida mula menghampiri kawasan Mindanao, selatan Filipina, lapor media tempatan, The Philippine Star hari ini. 

Biro Kaji Cuaca negara itu menasihatkan penduduk di kawasan Mindanao dan bahagian selatan wilayah Visayas supaya bersiap sedia menghadapi taufan gelombang kedua selepas Taufan Haiyan, Jumaat lalu. 

BN kekal kemenangan kerusi Parlimen Balik Pulau

8 Muharram 1435H. [MOD] -

PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) mengekalkan kemenangan di kerusi Parlimen Balik Pulau di Pulau Pinang selepas Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak rayuan dikemukakan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR). 

Panel lima hakim dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif menolak rayuan Muhammad Bakhtiar Wan Chik dan memerintahkannya membayar kos perundangan RM20,000, masing-masing kepada anggota Parlimen Balik Pulau dari BN, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, pegawai pengurus pilihan raya kawasan Balik Pulau dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). 

Pemuda PAS Perak serah memo kepada The Star

8 Muharram 1435H. [MOD] -
Harakahdaily/- 
IPOH: Dewan Pemuda PAS Perak telah menyerahkan memorandum kepada pihak akhbar The Star bagi membantah penyiaran satu artikel yang mendakwa Almarhum Ustaz Ibrahim Libya pengamal ajaran sesat dan pengganas.

Memorandum tersebut telah diserahkan oleh Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss di Pejabat The Star Perak, di sini hari ini.

Raja Iskandar ketika ditemui berkata, artikel di bawah tajuk Major Cases Involving Violant Deviant Groups in Malaysia tersebut sangat keterlaluan dan tidak bertanggunjawab.

PAS Johor sokong ura-ura cuti mingguan Jumaat


8 Muharram 1435H. [MOD] -
Harakahdaily,12 Nov 2013
KUALA LUMPUR: Badan Perhubungan PAS Negeri Johor menyokong penuh ura-ura Kerajaan Negeri Johor untuk mengembalikan semula cuti mingguan negeri kepada hari Jumaat dan Sabtu mulai Januari 2014. 

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Mazlan Aliman berkata, sejarah hitam cuti mingguan negeri di tukar dari Jumaat kepada Ahad dilakukan Tan Sri Muhyiddin Yasin sewaktu menjawat Menteri Besar sekitar tahun 1994 bagi kononnya meningkatkan ekonomi dan pelaburan asing ke Johor.

Taufan Haiyan: 10,000 maut dalam satu bandar di Filipina - PBB

8 Muharram 1435H. [MOD] -


Foto
ORANG ramai keluar mencari keperluan bersebelahan kediaman yang rosak teruk di bandar Tacloban, Filipina, akibat Taufan Haiyan. Sekurang-kurangnya 23,000 rumah rosak dan musnah dalam kejadian itu. - Foto AP
NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini memberi amaran agar pengiraan angka kematian akibat Taufan Haiyang yang melanda Filipina segera dilakukan selepas kira-kira 10,000 orang dikhuatiri maut hanya di Bandar Tacloban saja.

Dua gempa sederhana landa New Delhi

8 Muharram 1435H. [MOD] -

NEW DELHI: Dua gempa bumi sederhana melanda ibu negara India awal hari ini, menyebabkan struktur bangunan bergegar, namun tiada kerosakan dilaporkan. 

Jabatan Meteorologi India (IMD) berkata, gegaran pertama berukuran 3.1 pada skala Ritcher berlaku jam 12.41 tengah malam tadi pada kedalaman 10 kilometer. 

Taufan Haiyan: 8 terkorban di selatan China

8 Muharram 1435H. [MOD] -

BEIJING: Sekurang-kurangnya lapan orang di selatan China terkorban dan mengakibatkan sektor pertanian dan industri perikanan kerugian beratus juta dolar berikutan Taufan Haiyan yang mula melanda Filipina Jumaat lalu, lapor media tempatan, hari ini. 

Taufan terkuat di dunia yang turut membawa ribut tropika itu, semakin lemah ketika menuju ke selatan China, semalam. 

PETRONAS untung sebelum cukai RM76.7 bilion

8 Muharram 1435H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: PETRONAS merekodkan keuntungan sebelum cukai RM76.7 bilion bagi sembilan bulan 2013, meningkat lima peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. 

Syarikat minyak dan gas nasional itu meraih pendapatan sebanyak RM232.5 bilion dalam tempoh berkenaan. 

Polis edar lakaran wajah suspek kes bunuh pegawai kanan JAIP

Polis edar lakaran wajah suspek kes bunuh pegawai kanan JAIP8 Muharram 1435H. [MOD] -

KUANTAN: Polis Pahang hari ini mengedarkan lakaran wajah seorang suspek (Gambar) kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abd Malek, Ahad lalu. 

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani, berkata lakaran itu membabitkan suspek yang memberi salam kepada mangsa sebelum rakannya melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa. 

Ekonomi negara dijangka meleset akibat GST


8 Muharram 1435H. [MOD] -
Selangorkini,12 Nov 2013
SHAH ALAM: Malaysia berkemungkinan mengalami kemelesetan ekonomi selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan pada 2016.

Penganalisa ekonomi, Azrul Azwar Ahmad Tajudin (gambar), berkata kemelesatan itu dijangka berlaku berdasarkan Teori Kitaran Niaga sejak akhir-akhir ini.

Katanya, pelaksanaan GST bakal memberikan kesan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seterusnya menyebabkan berlakunya ‘double whammy’ berdasarkan perbelanjaan isi rumah.

Merebut kelebihan bulan Muharram


8 Muharram 1435H. [MOD] -
majdan,12 Nov 2013
Allah SWT berfirman (maksudnya), “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah adalah 12 bulan sebagaimana ketetapan ALLAH ketika DIA menciptakan langit dan bumi. Di antaranya ada empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.” (Surah at-Taubah, ayat 36)

Nabi SAW bersabda, “Waktu itu telah berputar sebagaimana biasa sejak Allah menciptakan langit dan bumi. Satu tahun ada 12 bulan, di antaranya empat bulan haram. tiga bulan berturut-turut, iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam, dan satu lagi ialah Rejab yang terletak di antara Jamadilakhir dan Syaaban.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Pengganas: The Star biadap, tarik balik laporan

8 Muharram 1435H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Akhbar The Star hari ini memetik nama Almarhum Ibrahim Libya dan mendakwa beliau salah seorang pengganas yang berjaya ditumpaskan oleh pihak berkuasa pada 19 November 1985. 

Di bawah tajuk Major Cases Involving Violant Deviant Groups in MalaysiaAlmarhum Ibrahim Libya disenaraikan bersama pengganas dan kumpulan ajaran sesat yang lain iaitu kumpulan Imam Mahadi, Al-Ma'unah dan Tuhan Harun.

Laporan itu mendapat kecaman daripada Pemuda PAS Malaysia dan Pemuda PAS Kedah yang menyifatkan The Star telah menghina Tuanku Sultan Kedah Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah yang pernah mencemar duli menziarahi kubur almarhum Ustaz Ibrahim Libya. 

Al-Wathan Mesir: Presiden PAS nafi, ambil tindakan


8 Muharram 1435H. [MOD] -

Harakahdaily/-

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini menafikan laporan akhbar pro kerajaan rejim kudeta Mesir, Al-Wathan yang mendakwa beliau ialah Setiausaha Agung Antarabangsa Ikhwan Muslimin.

Beliau berkata, walaupun beliau dan PAS mendukung demokrasi dan menentang kudeta di Mesir namun adalah tidak munasabah beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung Antarabangsa Ikhwan Muslimin.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya dan berita ini adalah bohong dan sangat mendukacitakan. Adalah tidak munasabah saya yang duduk di timur jauh melibatkan diri secara langsung dengan apa yang berlaku di Mesir.

Kritikan yang bermanfaat.


8 Muharram 1435H. [MOD] -
Oleh Jarjani Usman
“Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kalian, tetapi aku bukanlah orang yang paling baik di kalangan kalian. Berilah pertolongan kepadaku. Kalau aku bertindak lurus, ikutilah aku tetapi; kalau aku menyeleweng, betulkan aku” (Abu Bakar r.a.).

Jangan cemari proses peralihan kepimpinan DPPM

8 Muharram 1435H. [MOD] -
Harakahdaily,
KUALA LUMPUR: “Sepanjang 28 tahun saya menyertai Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) tidak pernah saya saksikan cara kempen dan saraf keji sebegini dalam persaingan mengambil posisi sebagai Ketua DPPM yang baru,” tulis Ketua DPPM, Nasrudin Hassan menerusi facebook. 

Justeru, ujarnya jangan cemari kemurnian, keharmonian dan kedamaian warga DPPM dengan saraf tahap ‘macai’ dan out of date begini sama ada saraf untuk menjatuh dan menghina lawan atau saraf untuk mempopularkan diri sendiri dan mencari simpati. 

Bas rombongan sekolah terbalik

8 Muharram 1435H. [MOD] -

SEREMBAN - “Saya ingatkan kakak ipar telefon nak bagitahu mereka sudah sampai, tapi rupanya ada berita buruk," kata Edwin Anthony, 36.

Edwin merupakan suami kepada R.Vijaya, 33, salah seorang mangsa kemalangan di Kilometer 46.4 Lebuh Raya Elite, berhampiran susur masuk Lebuhraya Utara - Selatan, menghala ke Seremban, dekat sini semalam.