Harakahdaily, |
KUALA LUMPUR: “Sepanjang 28 tahun saya menyertai Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) tidak pernah saya saksikan cara kempen dan saraf keji sebegini dalam persaingan mengambil posisi sebagai Ketua DPPM yang baru,” tulis Ketua DPPM, Nasrudin Hassan menerusi facebook.
Justeru, ujarnya jangan cemari kemurnian, keharmonian dan kedamaian warga DPPM dengan saraf tahap ‘macai’ dan out of date begini sama ada saraf untuk menjatuh dan menghina lawan atau saraf untuk mempopularkan diri sendiri dan mencari simpati.
“Semua kategori saraf ini sudah out of date," tegasnya yang juga Ahli Parlimen Temerloh.
Sehubungan itu, beliau menyeru agar bersainglah atas semangat fastabiqul khairat sementara perwakilan menilai berdasarkan performance yang baik serta komitmen yang tinggi dengan DPPM.
Tambah beliau, bukan nilai melalui pengaruh saraf ‘tak matang’, kebencian yang dicipta serta simpati yang diraih.
“Sebaliknya nilai melakui track record dan keluhuran budi serta akhlak Islamiyah yang selayaknya sebagai pejuang Islam,” ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan