13 Mei 2009

Zambry masih MB, krisis Perak berlarutan

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara tersebut.

Beliau memfailkan rayuan tersebut pagi tadi dan akan didengar secepat mungkin.

Selepas keputusan dibuat pada kira-kira jam 1 tengahari, peguam Umno, Hafarizam Harun menggesa Nizar supaya mengosongkan pejabat menteri besar untuk memboleh Zambry kembali bertugas.

Manakala peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Nizar berkata menunggu arahan daripada anak guamnya mengenai langkah seterusnya.

Keputusan mahkamah pagi ini sekali lagi meletakkan situasi politik di Perak dalam keadaan tidak menentu dengan BN dan Pakatan Rakyat masing-masing berentap untuk menjadi menteri besar.

Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Mohd Ali mendengar permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

Peguam Zambry berhujah bahawa penangguhan keputusan mahkamah semalam adalah penting untuk menghalang Nizar daripada mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Peguam utamanya, Cecil Abrahim berkata, jika pembubaran tersebut diperkenankan, maka rayuan Zambry akan merupakan satu akademik sahaja.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail turut menyokongnya. Beliau juga berhujah bahawa penggantungan setiausaha kerajaan negeri dan penasihat undang-undang negeri Perak oleh Nizar malam tadi adalah tidak sah kerana ia merupakan pelantikan kerajaan pusat.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Hakim Ramly juga berkata mahkamah akan menetapkan tarikh awal untuk mendengar rayuan Zambry.

Katanya beliau berpuas hati bahawa terdapat keadaan khas untuk membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan itu kerana rayuan Zambry akan dianggap sebagai tidak berguna jika penangguhan itu tidak dibenarkan.

"Ini adalah kes yang amat unik kerana ia bukan sahaja melibatkan Dr Zambry dan Mohammad Nizar tetapi juga seluruh negeri Perak," katanya.

Semalam Hakim Mahkamah Tinggi Abdul Aziz Abdul Rahim mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah selepas memutuskan Nizar tidak mengosongkan jawatan sebagai menteri besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.

Pada 13 Februari, Nizar, 52, memfailkan permohonan kepada mahkamah bagi diisytiharkan yang beliau pada sepanjang masa adalah menteri besar Perak yang sah dan injunksi untuk menghalang Zambry daripada menjalankan tugasnya sebagai menteri besar.

Nizar, yang dilantik sebagai menteri besar pada 17 Mac tahun lepas selepas pakatan DAP-PKR-PAS memenangi 31 kerusi dalam pilihanraya umum ke-12, juga memohon diisytiharkan bahawa Zambry tidak berhak memegang jawatan menteri besar.

Pembangkang dan BN masing-masing mempunyai 28 kerusi dalam Dewan 59 kerusi itu selepas tiga ADUN pembangkang keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas dan yang keempat keluar dari PKR dan menyertai semula Umno.

Sultan Azlan Shah kemudian meminta Mohammad Nizar meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar dan melantik Dr Zambry selepas mengisytiharkan BN mempunyai majoriti dalam Dewan.

Zambry memfailkan permohonan penangguhan pelaksanaan keputusan dan notis rayuan, 16 jam selepas Mohammad Nizar kembali menjadi Menteri Besar.

Berikutan keputusan itu, seorang daripada peguam yang mewakili Nizar, Ranjit Singh berkata mereka sedang menimbangkan untuk memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan bagi mengenepikan perintah penangguhan keputusan itu. Malaysiakini.

60 ulasan:

ninja97 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
TpK berkata...

Langsung tidak mengejutkan. baca di sini : http://kedahlanie.blogspot.com/2009/05/utp-bakal-selamatkan-ubn.html

Tanpa Nama berkata...

Bukankah Ir Nizar - MB yang sah !

Adakah keputusan yang mengiktiraf Dr. Zambry sebagai MB Perak !

Keputusan Mahkamah Rayuan hanya bersetuju menangguh Ir. Nizar sebagai MB yang sah !

Sepatutnya Ir Nizar memangku MB sementara Dr Zambry dibenar merayu!

Macam mana ya?

Orang Parit Perak

Tanpa Nama berkata...

Bukan ke tak tau kalau UMNO/BN buat semua betul walaupun salah.

Mereka akan buat apa saja walaupun salah.

Sebab tu org yg baik dan jujur dalam UMNO/BN tiada tempat.

Kulaan

Tanpa Nama berkata...

Bodoh punya hakim mahkamah rayuan...sokong mb haram buat keje haram kat perak , sokong penganguhan bermakna menyokonng benda haram .. betul lah hakim tak ingat kepada kematian memang tak takut kepada seksa Allah. Sepatut nya kalau hakim mahkamah rayuan tuh bijak dan memikirkan kepentingan orang ramai maka tugas memteri besar yang sah sekarang nizar boleh meneruskan bidang kuasa nya nak bubar ke aper ke lantak dia lah ... zambri dok diam2 ler sehingga kes rayuan nyer di dengar dan diputuskan ...SAH HAKIM MAHKAMAH RAYUAN BODOH TAK HABIS BELAJAR ILMU AGAMA ...ASYIK BELAJAR ILMU UNDANG2 JER....HARAP HAKIM NIH TARIK BALIK KEPUTUSAN NYER BIAR NIZAR JALANKAN TUGAS MB YG SAH.

TpK berkata...

Jenis UBN ni bukan reti bahasa. Dia kira dah tangguh keputusan tu maka Zambry mamak padukang terus berkuasa le, dok di pejabat MB. Lepas tu dia cuba buat sidang DUN tergempar, yg walau tak sah, tetap di bulldoze dgn undi tak percaya yang akan diundi oleh ADUN2 UBN termasuk yg dah digantung 7 ekor berok + 3 ekor katak yg dah letak jawatan. Ditambah lagi dipengerusikan oleh Speaker haramjadah. Lepasni jadi sarkas lagi..dicabar plak oleh PR akan keabsahannya sidang dan undi bodo tu. Begitulah seterusnya tak akan selesai kecuali dibubarkan DUN.

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya si zambry tiada hak langsung untuk rayuan...sebab dia bukan MB.....dia ni tak reti bahasa ke? belaja sampai jadi DR , benda mudah pun tak paham ker....DIA TAK BERHAK SEBAB LANTIKANNYA TIDAK SAH...DIA KALAU NAK RAYUAN PUN STILL KENA KELUAR DRP SUK...SEBAB ITU BUKAN KERUSI DIA

Tanpa Nama berkata...

nizar,innallah ha massobirin...
maksudnya,
sesungguhnya ALLAH akan bersama orang yang bersabar..jgn putus asa kerana seluruh rakyat perak kecuali beberapa org buta tapi celik mahukan engkau(nizar)menjadi mb di perak..cukuplah berpuluh tahun kami terseksa..kami harap yb nizar akan menamatkan seksaan umno terhadap kami...allahuakbar

Tanpa Nama berkata...

Drs,InsyaALlah..berputus asa jgn,mengeloh pun jgn..ALlah menguji kita jua menguji mereka.Betapa mahal perjuangan ini seandai nya dikurniai kemenangan esuk hari sama sama kita jaga semata mata kerana ALlah dan Rasul nya.Sesungguh nya Ir Nizar berazam membawa sinar baru pd negeri kelahiran tercinta.Sesungguh nya ujian yg dituruni mampu kita depani bersama.Semarak salam buat para pejuang. Nona Ratana Chulaborn.

pemuda taiping berkata...

kami ttp mahukan dato nizar...mgkng ade hikmah disebalik kejadian ni...insyallah islam akan di daulatkan di perak takbir!!!!!!

musafirlalu berkata...

Kita hendaklah banyak-banyak bersabar dalam keadaan apapun yang berlaku.Kalah dan menang adalah adat bertanding tetapi biarlah bertarung secara anak jantan.Janganlah bersembunyi disebalik Polis,SPR ataupun Raja.Gunakanlah jentera parti sendiri dan jangan guna jentera kerajaan kerana apabila kemarahan rakyat semakin memuncak pasti berlaku satu revolusi bukan lagi demotrasi.Seperti kata Tuan Guru Haji Hadi kerana perkara tersebut tidak mustahil.Biarkanlah rakyat yang menentukan mana satu parti yang akan disokong.Kalau rakyat tidak suka PR memerintah tidakkah ini satu hukuman dan kemenangan buat BN.Kerana selama ini BN menyatakan yang DS Nizar menjadi tali barut DAP kerana mengadaikan tanah-tanah kepada bukan melayu.Ataupun memang BN sendiri takut diadakan pilihanraya yang banyak tidak memihak kepada BN.Mana dia slogan "Satu Malaysia.. Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan".Bukankah BN menyatakan yang dia ada pengaruh selepas kuasa diberikan kepada DS Najid daripada Tun Abdullah.Hulurkanlah keris kamu dan marilah kita bertarung sebagai anak jantan.Kalah atau menang biar rakyat yang menentukan,barulak krisis Negeri Perak akan berakhir.

Jumayatara berkata...

Sabor Yeop-yeop

Mahkamah Rayuan hanya menangguhkan pengistiharan MB Nizar sebagai MB yang sah sehingga Mahkamah rayuan bersidang dan membuat keputusan.

Hormatilah procedure mahkamah. Yang benar tetap benar. Yang haram tetap haram.

Apa peranan Yeop-Yeop.????Sampaikan kpd yang lain projek haram UMNO ni kpd yang lain..dan berdoa.

Tanpa Nama berkata...

Dua dua gila kuasa
Tapi aku tak terperanjat kalau yang gila kuasa itu Zambry
Tapi bila nizar pun sama , apa lagi aku nak kata kecuali siapa di belakang nizar..
Nak tanya satu perkara, masa makan dengan haji hadi di marang dulu apa dia nasihat pasal perak. lagipun komen aku hari tu tak keluar..
Lagi sekali aku ulang .. biar kat depa aje tak lama hanya 3 tahun lagi. kenapa takut masa PRU13 kalahke.

Tanpa Nama berkata...

bodoh punye peguam,kalau betul pun terima tangguh,nizar boleh menjalankan tugas mb ,yang mamak sekor nir dok la diam2 sampai makamah rayuan membuat keputusan.mampuih la kome semua be end,durjana.
anak lenggong,

penulis desa berkata...

Jangan lupa jengah blog saya

perak4u2u.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

adakah Zambri benar2 ikhlas membawa kes ini ke mahkamah rayuan & seterusnya d bcarakn d mahkamah persekutuan?? ataupun ianya hanyalah sandiwara untuk melengah2kn krisis politik d perak agar berpanjangan demi kepentingan parti mereka sendiri?? ataupun keyakinan mereka untuk menang d mahkamah persekutuan atas sebab sebab tertentu..sila baca; http://kedahlanie.blogspot.com/2009/05/utp-bakal-selamatkan-ubn.ht

Tanpa Nama berkata...

Yb,

Saya rasa tajuk tu tak betul. Sepatutnya, "Zambri masih "MB", krisis Perak berlarutan. Kita tidak pernah mengiktiraf Zambri sebagai MB. Perlembagaan juga tidak mengiktiraf Zambri.

Sekian.

Pak Oncu berkata...

hakim hakim ,, (tak semua) apa yg dio org ingat hanya lah CHIVAS REGAL,,,,,,,,hukum Allah tolak topi lahhh,,,,,

ReDZaL berkata...

umNO makin menyusahkan dan merugikan rakyat perak dan Malaysia amnya...
mintak2lah kerakusan dan kebiadaban UMNO berjangkit ke negeri bawah pengaruh BN dan mana2 DUN dan Parlimen yang dipegang BN...bio deme punoh masa PRU nanti...insyaAllah..TAKBIR!!

Tanpa Nama berkata...

World are watching the stupidity of Malaysian.

Tanpa Nama berkata...

umno ni nak apa? jangan la gelojoh sangat. dah tua2 ni banyak la besabar sikit. kalu nak memerintah pun tunggu PRU yg akan datang. Sabar ya umno.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PARIT berkata...

Pelik dan semakin pelik.Zambry terbukti sebagai mb yg tidak sah boleh merayu menangguhkan pengesahan nizar sebagai mb,aku pening tak leh paham la situasi kat perak ni.Zambry sepatutnya taki leh pun masuk suk tu...dia terang2 bukan mb....yg benarnya ialah nizar sebagai mb.Klau nak tangguhkan pun kenapa boleh bagi mb Haramjadah ni masuk pejabat dia...Macam2 boleh jadi kat pejabat tu....Patutnya fungsi pejabat tu tergantung ke,Exco PR jaga Ke...Exco pr pun tak terlibat dlm Pengesahan MB perak...OIIIIIiiiiiiii aku jadi semaki8n risaqu pasal politik kat perak ni...Totong selamatkan negeri Perak dari fitnah tangan2 musuhmu ya Allah.Amin.....

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PARIT berkata...

boleh pulak bukan tuan rumah menghalang tuan rumah masuk rumah sendiri...tak patut langsung....Lepas ni speaker lak berebut dalam dun,lepas tu nanti ada pulak polis berebut nak duduk dalam dun.....celaru dan semakin kusut masai....kedegilan UMNO/BN membubarkan Dun akan menyaksikan pertikaian yg habis sehinggalah parlimen dibubarkan semula pd 2011 nanti....masa tu hangpa tau la langit tu tinggi ka rendah....Berlagak la Tak mau bubar dun....

Tanpa Nama berkata...

Aku kesian kat Zambiri tu... universiti mana yang bagi di PhD tu... malulah.. patut tarik balik. Pasal malas membaca agaknya tak tau undang-undang...

Tanpa Nama berkata...

benarlah sabda nabi s.a.w:
2 daripada 3 hakim akan terjun ke dalam neraka
hakim yg macammana?
hakim yg jadi anjing suruhan pemerintah yg zalim dgn tujuan utk mendapatkan habuan dunia..benarlah firman ALLAH:
mereka membeli dunia dengan akhirat
maksudnya mereka lebih rela dengan kesenangan dunia daripada kesenangan d akhirat yg kekal..mereka buta dan tuli..sebab tu mereka buat begitu..ALLAH BERFIRMAN:
MEREKA ITULAH ORG2 YG RUGI

BASMWC berkata...

Sabarlah DS Nizar, mmg kita semua tahu UMNO ni bab2 kerja haram diorang mmg hustle, perkara ni sudah diagak terjadi, semalam zambry cakap terima keputusan mahkamah tinggi secara terbuka, hari ni pusing ayat pulak, yang pelik tu apasal dia pulak boleh duduk jawatan MB, hakim kat mahkamah rayuan tu dah jadi bodoh melampau ke aper? pelik dah dunia perak sekarang,abende yang susah sgt nak dibubarkan DUN, juak2 UMNO ni jenis makan pedal ayam banyak sgt kot, lontar batu sembunyi tangan, takut melampau dengan pilihanraya skrg. dh tahu terang lagi bersuluh si zambry ni bukan pilihan rakyat cuma pilihan si katak2 puru yg sakit.

Tanpa Nama berkata...

KEPADA TANPA NAMA D ATAS SYA INGIN BUAT PEMBETULAN:
'WORLD ARE WATCHING THE STUPIDITY OF UMNO AND BARISAN NASIONAL.OR:
'WORLD ARE WATCHING THE STUPIDITY OF MALAYSIAN UNDER GOVERNANCE OF UMNO N BARISAN NASIONAL.OR:
WORLD ARE WATCHING THE STUPIDITY OF PRIME MINISTER OF MALAYSIA,NAJIB c4

ismail,batu pahat

ewan berkata...

aku bengang btoi dgn si zambri ni..
xnk kalah tu..

zambri bawa2 la diri ke masjid dgr mjlis ilmu..

Tanpa Nama berkata...

Zambiri Pangkor yang gila talak. Dah cerai talak tiga nak guna cara haram Cina Buta. Sori maa... peribahasa je...

madkrie berkata...

Nak menanti PRU 13 rasanya tak ada masalah wahai penyokong UMNO.Tapi yang menjadi masalah tu takut 3 tahun dalam masa UMNO perintah Perak nanti habis hutan digondol,duit negeri dibalun,tanah rakyat di ambilnya jadi siapa yang rugi.

2 bdk hitam berkata...

1 budak hitam, main tenteng, takut jumpa orang,sibuk jumpa hakim, balik saje pangkor,minta nampak jerung, bik jerung makan terus hilang 1 budak hitam..........

Tanpa Nama berkata...

Jangan buat-buat tak tau!! Nizar dan seluruh adun PR nak mohon pekenan bubar DUN. adakan PRU negeri semula. tu lah yang paling gerun sekali. Cepat2 tak sahkan Nizar, takut sultan perkenan dalam tempuh segera. Semua adun PR dah bersedia bubar, mereka nak kembalikan kepada rakyat. Semua rakyat tahu, kalau jadi PRU negeri paling tinggi UBN menang 9 kerusi saja....inilah mimpi ngeri yang ditakuti.

Tanpa Nama berkata...

nampak sngt la bn tkut buber dun..tkut kalah!!

Tanpa Nama berkata...

kalau dah lanun tu buat macam mana pun lanun juga. Umno/BN tu memang lanun pon

Tanpa Nama berkata...

Krisis di Perak sudah jadi politik kartun...
MACAM CERITA KARTUN TOM AND JERRY...MENGGELIKAN HATI....

Tanpa Nama berkata...

macam cerita hindi

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum,
Sembah kebawah duli tuanku sultan perak, YAB Perdana Menteri Malaysia, Presiden Parti Parti Politik, Rakyat Malaysia Keseluruhanya.

Kemelut politik dinegeri perak ini amat mendukacitakan dari segi penyelesainya, permufakatan dalam kesopan adat malaysia telah terhapus. Keamanan, kedamaian, kesopanan dan kesusilaan telah tercalar olih kerakusan merebut kuasa, hilang kata perpatah "menarik rambut didalam tepung, rambut tak putus, tepung tidak berselerakan". Kesultanan dibelakangkan, hilang hulubalang kepercayaan sultan. Hulubalang yang ketika dulu akur dengan perentah sultan seolah2 menidakan adanya sultan, malah hulubang seolah olah menghuruharakan negeri dan menganggu kedamain rakyat.

Ampun Tuanku,

kemelut politik dinegeri jajahan tuanku akan tidak ada kesudahannya malah akan bertambah rumit dan kucar kacir disebabkan perbalahan diantara dua parti politik yang masing masing tidak mahu menyerah kalah dengan kekuatan dan kebijaksanaan mengatasi pehak lawan. Disebabkan perbalahan parti politik maka terbantutlah pembanggunan di wilayah tuanku, hilang keyakinan pelabur untuk melabur diatas ketidak stabilnya keadaan politik negeri, pendapatan negeri akan menurun, ekonomi rakyat akan tergugat dan taraf kemiskinan akan meningkat, maka akan mundur negeri wilayah tuanku.

Ampun Tuaku,

Diatas perbalahan ini banyak yang akan tercalar, intitusi kehakiman, pentadbiran kerajaan, fungsi mereka telah dicurigai, peranan mereka untuk menjaga undang undang disogokan untuk menyelesaikan perbalahan politik. Pentadbiran kerajaan telah terganggu dari mentadbir urus kemajuan negeri dan kepentingan rakyat.

Ampun Tuanku,

Perihal Perdana Menteri Malaysia juga amat mendukacita dari hal perananya sebagai perdana menteri untuk semua rakyat malaysia, kurang untuk mencari formula cara penyelesaian yang terbaik kemelut politik dinegeri tuanku, malah beliau seolah olah mahu kekecuhan dan keadaan huruhara dinegeri tuanku dipertinkatkan lagi. Perdana Menteri dengan mengunakan seorang dari rakyat tuanku sanggup membelakangkan tuaku dengan mencari penyelesaian kemakamah tanpa memberi nasihat dan pandangan kepada tuanku dengan keadaan terbaik untuk rakyat dan negeri tuanku. Didalam masa terdekat negeri tuanku telah bertukar menteri besar dengan perintah mahkamah, dalam keadaan ini bilakah agaknya pembanggunan dan kemajuan negeri tuanku akan tercapai. Ampun Tuanku.

Ampun Tuanku, hamba tidak terniat untuk menguris hati tuanku dan rakyat yang lain, hamba sedih dan dukacita diatas perebutan kuasa rakyat yang menanggung derita. Hamba sembah beribu ampun tuanku sekiranya hamba terlajur kata, hamba sayangkan negeri tuanku dan negara hamba amnya. Ampun tuanku, hamba rasa tuanku buatlah pertimbangan tanpa desakan dari mana mana pehak demi untuk kemakmuran negeri tuanku dan kesejahteraan rakyat tuanku. Ampun Tuanku, sembah patik harap di ampun, daulat tuanku, daulat tuanku, daulat tuanku.

Tanpa Nama berkata...

KALAU ISTANA @ SULTAN PERAK NAJIB BOLEH JUMPA BILA2 MASA DIA SUKA...INIKAN PULA MAHKAMAH PERSEKUTUAN @ HAKIM....SMS SAHAJA PUN CUKUP....

Tanpa Nama berkata...

masyaallah...
cam ner leh jadik cam ni
sokongan kami tetap bersama PR
Takbir!!!!!

Tanpa Nama berkata...

mahkamah tinggi telah buat keputusan,mahkamah rayuan dalam dilemma,apa yang penting dalam demokrasi mahkamah rakyat yang penting dan keputusan telah dibuat..tak puashati..pulangkan pada mahkamah rakyat..jika diperak berlaku dengan cara tidak SAH..mungkin akan datang satu malaysia akan terlepas..KIFARAH pada Bee END

Tanpa Nama berkata...

Nak lawan apa lagi YB? Syetan ni takkan berhenti!! Kalau mahkamah rayuan YB menang, depa guna Speker Haram plak. Segala undi, segala tindakan, segala fatwa mereka semuanya SAH.. Yang kita saja TAK SAH!!
Bukan saja segala kaki tangan badan kerajaan.. malah kepala badan lutut sampai ke najis sekalipun mereka sanggup gunakan asalkan DUN tak dibubarkan. Pergi jahanamlah BN !! Kesian pada rakyat Perak.

Ahmad Syafiq berkata...

Biarlah Zambry buat rayuan. Inikan negara 'demokrasi'. Kita dah lama tahu, BN sekarang ada phobia pilihan raya. Tak sanggup nak berdepan rakyat. Hari tu dah kalah kat Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, ngan Bukit Selambau. So, BN ingat mesti kalah lagi kalau bubarkan DUN Perak. Kalau BN tahu bagaimana konsep 'opportunity cost' itu berfungsi, lebih baik BN kehilangan Perak daripada kehilangan negara. Ini tidak, bertahan juga kat Perak. Biarlah BN menang kat Perak, nanti insya-Allah kalah masa pilihanraya umum yang ke-13. Bersabar je la...

UMNO KARAT berkata...

Salam semua!!!

Kita kena bangkit menyokong Pakatan Rakyat dengan penuh rasa keinsafan kerana dalam episod drama rampasan haram kerajaan perak ini telah berlaku satu episod yang aku rasa tak senonoh dilakon kan oleh pelakon2 studio BN...dalam sense"mengangkat speker dun keluar dewan"..aku rasa sungguh jijik dalam episod ini kerana maruah agama/bangsa/perlembagaan negara aku umpama di rogol oleh BN....

aku tidak menyangka perkara ini terjadi sebegitu rupa!!!

Untuk pengetahuan sebelum ini aku adalah penyokong kuat umno BN di perak!!!
Namun setelah apa yang aku lihat dan dengar dari rakan2...serta aku lihat sendiri rakaman drama ini...kini aku insaf dan mulai saat ini aku TIDAK LAGI MENYOKONG BARISAN NASIONAL.

Dengan ini aku berjanji akan mengajak seluruh rakan2 aku meninggalkan BN dan berjuang untuk PR!!!

Syabas PAKATAN RAKYAT...

Tanpa Nama berkata...

Inilah rupa bentuk KERAJAAN BARISAN NAJIS.....
Semuanya haram

enta omri berkata...

stay of execution atau penangguhan pelaksanaan perintah/penghakiman mahkamah bukannya satu keadaan dimana pemohon mendapat perintah mengenepikan perintah yang dibuat oleh mahkamah yang pertama mengeluarkan perintah/penghakiman itu.
bermakna, penangguhan pelaksaan perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah rayuan berpihak kepada zambry bukannya bermakna zambry boleh berbuat apa2 fungsi sebagai menteri besar perak. beliau cuma boleh duduk saja menunggu kes rayuannya didengar oleh mahkamah rayuan kelak. beliau tidak boleh menjalankan tugas sebagai mb perak malah tidak berhak langsung menduduki pejabat mb perak yang telah dikosongkan semula oleh YAB DS Nizar.

kesan perintah penangguhan itu terhadap mb yang sah hanyalah setakat beliau tidak boleh menjalankan tugasnya melalui kuasanya sebagai mb selama mana perintah penangguhan itu berkuatkuasa.

soalan pokok siapa mb perak yang sah sebagaimana yang diperintahkan oleh mahkamah tinggi semalam kekal tidak berubah. jadi, YAB DS Nizar ialah mb Perak yang sah dan kekal sebagai mb di negeri Perak sekarang.

melihat kepada keadaan ini, saya berpendapat, walaupun YAB DS Nizar tidak boleh menjalankan tugas2nya sebagai mb (dek kerana perintah stay itu), tetapi DYMM Sultan boleh pada bila2 masa dan dengan serta merta meminta dan mendapatkan khidmat YAB DS Nizar.

jadi, persoalan besar sekarang, dari mana zambry ini mendapat kuasa untuk menjalankan kuasanya sebagai mb sebagaimana yang beliau sebarkan dimedia sekarang??!!

Tanpa Nama berkata...

YB Idham dah baca ke arahan bertulis dari Mahkamah Rayuan tu?

Adakah memang wajib utk Nizar kosongkan semula Pejabat MB?

Baca betul2...jgn ikut laporan Media perdana semata-mata...dapatkan pengesahan segera...

ajoi berkata...

Nizar bukan gila kuasa....kita kena pandai tafsirkan gila kuasa dengan pejuang hak.

cth jika saudara tanpa bernama adalah datuk maharajalela yang memperjuangkan tanah melayu adakah tuan dikatakan gila kuasa?tentu nya tidak,kerana tuan memperjuangkan hak tuan sebagai warga tanah melayu walaupun tuan adalah pembesar tatkala itu.
Mungkin sekali imbas tuan berjuang untuk menyelamatkan kuasa & kedudukan tuan sebagai pembesar tidak hilang akibat dijajah,namun hakikatnya tuan adalah memperjuangkan hak tuan.

Apa yang terjadi diPerak adalah seorang pembesar yang berjuang haknya yang di pilih oleh rakyat menjadi MB dan sesungguhnya Nizar adalah MB yang dilantik & dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi tidak seperti Zambry melalui ADUN yang melompat parti yang mana terang-terang menodai kerpercayaan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

umno ni tak paham rukunegara ke....?

Tanpa Nama berkata...

Orang UMNO adalah orang yang bodoh tak reti beza tua atau muda.

Orang tua ialah orang yang lahir dahulu. Mereka menentukan orang tua ialah orang yang tiada rambut atau rambutnya telah jarang dan kelihatan botak atau seperti botak.

Bagitu juga penentuan MB yang sah ialah Orang yang diloantik dan mengangkat sumpah terlebih dahulu dan tidak pernah meletak jawatan walaupun sedetik. Orang yang dilantik dan mengangkat sumpah atas jawatan yang sedang disandang oleh orang lain hanyalah merupakan lakonan yang tidak kena mengena dengan sah atau tidak jawatan itu. Maka jika dia masuk ofis yang sebenarpun dia masih dikatakan berlakun. Yang boleh dikategorikan seperti seniman bujang lapuk;

Mahkamah rayuan sepatutnya mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi sementara menunggu rayuan Zombi kerana Mahkamah mendapati MB Sah adalah DS Nizar kerana dia dilantik dahulu dan tidak pernah meletak jawatan dan perlulah pemegang sah itu diberi perlindungan dahulu lagipun permohonan pengesahan adalah dari DS Nizar bukan Zombi. Alasan takut DS Nizar mohon perkenan Sultan membubarkan DUN bukan suatu yang mustahak kerana wujudnya wakil DUN berdasarkan pilihanraya. Wajarlah dirujuk kepada rakyatlah apa takutpun kalau pengaruh kuat. Mungkin di Pangkorpun tak ada harapan jadi Zombi dah menggelabah. Setakat ini kita tak denganrpun komen bekas MB Tajol. Diapun sebenarnya telah dirampaskuasa ketua perhubungan oleh Najib. Kita dengar macam dia letak jawatan tetapi dia sebenarnya disuruh letak jawatan kerana Najib nak buat agenda seperti telah berlaku itu.

DS Nizar telah memohon mahkamah isytihar sahnya lantikan beliau seawal bulan Februari 2009 dan telah beberapa kali dikong kalikong; kejap kata mahkamah perseketuan yang layak membicarakan kejab kata mahkamah tu tak layak dengar pulak dan bermacam karenah sehingga ada yang mohon mencelah takpuas dirumah di mahkamah pun nak mencelah...hee loghat betul...
Tut-tut bila DS Nizar diperakukan sebagai MB sah oleh mahkamah senang-senang pihak orang yang suka mencelah boleh mahkamah buat keputusan segera walaupun sementara tapi menguntungkan... siapa gila kuasa..! Patutlah Najid kata "ada sesuatu untuk membukti Zombi masih MB".

Syabas dan sabar DS Nizar, YAB telah diuji dengan sebaik-baik ujian Allah dan rasul sentiasa bersama orang yang benar.

PAS sejak kecil lg berkata...

aku dah agak dah...ini lah kerja UMNO selalu menghalalkan yang haram...diawong dah boleh la berkira2 dgn abg Gani 4tahil tu hakim mana yg patut membuat keputusan nanti..

org kuat berkata...

ZAMBRI msih lg MB yg sah..
tapi bkn MENTERI BESAR..
ZAMBRI ialah MENTERI BANGANG!!!

Tanpa Nama berkata...

aku tak taula, tapi yang pasti mahkamah patut tangguh dulu utk terima rayuan pele tu. ini sah ada tekanan si mulut merah rambut putih botak tu. ini makhluk tak ingat nak kojol, tangan penuh bergelumang najis, nama hampir sama dgnnya. aku doakan kamu dpt peringatan dan aku serah kejahatan Najib dan pele tu kepada Allah Azzawajala Ya Qahar....

Unknown berkata...

salam.drs ...

ana berpandangan..pimpinan kena susun stratergi baru..tapi rahsiakan stratergi.supaya kita dapat capai utk membubarkan dun.bkn ape..itulah satu stratergi rahsia yg pernah nabi s.a.w buat ketika hijrah mekah ke madinah.sehingga nabi selamat sampai.tak semestinya keputusan pimpinan pr perak.perlu bagitau kat wartawan.pihak musuh pun baca blog kita.diorg terus kaji.and buat startergi.harap stratergi rahsia mengikut ruang sistem demokrasi yg ada akan memenangkan PR kelak.amin!

Tanpa Nama berkata...

bubuh la sapa pun.... yg hangpa dok tak puas hati pepasal.. melayu sama melayu pun mau gaduh ka..... itu la dunia sekarang ni... melayu sama melayu gaduh cina dgn india senyum ambil peluang... depa jd penentu skrg ni...

Tanpa Nama berkata...

Hai, apa habaq Tun Che Det? Senyum memanjang aje mengikuti krisis perlembagaan di Perak. Seronok ye! Awat hang tak tumpang sekaki dalam krisis ni?
Umno nak mampuih kerana hanglah. Apa yang berlaku dalam negara hari ni adalah kesan kepimpinan hang dulu. Hang lupa kot!!! Insaflah Che Det. Bertaubat banyak-banyak. Kita ni kepunyaan Allah.Kita akan kembali kepadaNya. Che Det, syurga dan neraka tu benar-benar wujud, cuma kita tak nampak.Bertindaklah sebelum terlewat.

Tanpa Nama berkata...

hemmm sdr. dah lah ghentikan cakap pasal bangsa ia takkan sudah kemana, melayu cina india dan apa bangsa sekali trak nilai oi kalu tarak iman dan islam. Berjuang mesti atas dasar islam, itu sunnah nabi.Nabi tak pernah berjuang atas dasar bangsa arabnya. Inagat Allah akan ganti satu masa nanti dengan kaum lain yang memerintah dan mendaulatkan Islam kalu melayu yang hangpa bangga tak mau daulatkan hukum, keadilan dan syariat Allah AKU MOHON TETAP DENGAN PERJUANGAN ATAS DASAR ISLAM TIDAK MELAYU ATAU LAIN....

musafirlalu berkata...

Saya dah lama meninggalkan politik sejak berhijrah ke Ipoh dan sudah 3 kali mengundi diDun Manjoi kawasan Tambun.Apabila belakunya kebangkitan rakyat saya mula aktif dalam soal politik kerana politik adalah minat saya yang pertama.Mungkin tiada rakan yang rapat untuk berbincang tentang politik.Politik adalah darah daging saya kerana mentor saya adalah Datuk Asri tetapi yang memtarbiah saya adalah TGHH.Walau sehari pun saya pasti akan membaca tentang politik walaupun saya kurang aktif disini.Orang yang pertama yang kenali untuk berbincang politik adalah penulis blog Alhusseyn.Beliaulah yang memperkenalkan beberapa orang sahabat seperti Padrul,Cikgu Khairul,Abang Mat(Ketua kampung)Zainal(Maju Perak) dan beberapa sahabat lagi.Itupun secara kebetulan selepas membaca blognya tentang rancangan beliau untuk pergi berkempen diKuala Terengganu,kebetulan pun adalah tempat kelahiran saya dan Abang saya dah awal-awal lagi berkampung di Kuala Ibai.Dan saya menawarkan MPV saya sebagai kenderaan.Sejak itulah saya mula mempunyai ramai sahabat.Kalau ada masa saya akan singgah dipejabatnya diSungai Rokan.Kami ada berbincang tentang politik.Semasa belakunya kehilangan 2 adun PKR,saya mencadangkan agar DUN Perak dibubarkan untuk mencari mandat baru daripada rakyat Perak kerana saya rasa tak sedap hati apabila kehilangan 2 Adun PKR.Saya ada bagitau apa-apa boleh belaku kerana beberapa sebab yang saya berikan.Oleh itu DS Nizar seberapa segera memohon kepada Kebawah Duli Paduka Sultan agar DUN dibuburkan,kerana kita didalam keadaan yang tidak setabil apabila berita tentang 2 Adun yang disiasat SPRM.Bagi saya ini bukan satu perkara yang bagus untuk ditangguhkan.Dengan kuasa Allah dalam masa 4 hari selepas itu berlakunya krisis politik diPerak.Itu adalah pendapat saya sahaja tetapi tidak dihiraukan mungkin kami baru lagi bersahabat.Tetapi bagi saya kalau nak buak sesuatu mestilah berfikir yang buruk-buruk dahalu,apatah bila mengetahui siapa sebernanya adun cangkat Jering dan Adun Behrang.So...... sekarang saya mungkin akan berpolitik sepenuh masa untuk mempertahan amanat yang telah diberikan oleh rakyat Perak dan juga saya sendiri.Memang saya tidak terlalu dikenali maka saya mengambil insitif sendiri sebagai bahagian risikan kerana inilah bidang yang terbaik dalam menyampaikan maklumat tentang gerak kerja dan tipu helah BN.Kerana itulah saya mengelarkan diri saya sebagai "MUSAFIRLALU".BN dan Umno adalah musuh saya yang paling ketat dalam politik.Saya bukanlah baru dalam tektik-tektik yang BN gunakan.Kerana itulah saya memcabar UNmo kalau kamu anak jantan,gunakan jentera sendiri kerana saya tahu MNno memang dari saya kecil lagi memang tidak mempunyai jentera sendiri melainkan jentera kerajaan yang selalu digunakan...Itu realitinya yang UMno tidak akan berani menafikan.Saya dah masak sangat dengan politik UMno ni.SPR,Polis,Kehakiman dan banyak lagi yang tak dapat senaraikan.Contohnya kes Rayuan DS Zambry dimahkamah rayuan semalam.Dalam sejarah perundangan Malaysia apabila satu-satu permohonan difailkan,serta-merta rayuan itu diterima.Adakah ini diluar kebiasaan dalam Mahkamah tak sampai beberapa jam difailkan dah dapat keputusan.Sekarang ini dah ada MB haram,Speaker haram,Datuk SS haram,Penasihat Undang-undang haram,Setiausaha Dun haram Dan persidangan Dun pun haram.Perak dah berubah nama dalam sekelip mata menjadi Negeri Perak Darul Haram.Apapun saya mengucapkan tahniah kerana BN dan Polis kerana cekap menjalankan tugas dengan jayanya.Tapi kamu mesti ingat satu masa nanti apabila rakyat dah sampai hilang sabar,kamu pasti tidak akan dapat berhadapan dengan rakyat.Kita PR sanggup tunggu 3 tahun lagi untuk menghukum kamu.Kita akan korek sehingga kelubang cacing untuk membongkar segala salah laku kamu semasa memerintah.Kami akan bekerja sampai tumbangnya kerajaan state dan faderal......Insyaallah.Janji Allah pasti akan tiba diatas keangkuhan kamu.

Tanpa Nama berkata...

SAMA2 KITA MENDOAKAN KESEJAHTERAAN NEGERI PERAK DI BAWAH NAUNGAN SULTAN PERAK.. JGN KITA BERGADUH SESAMA UMAT..BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH...CONTOHI LH CIRI2 NABI KITA..SENTIASA MENJAGA TUTUR KATA..

Tanpa Nama berkata...

Salam YB,
UMNO nak tunggu dan tarik masa sampai Mahkamah Rayuan buat keputusan dulu. Kalau Mahkamah Rayuan menolak rayuan mereka, baru mereka akan panggil untuk sidang DUN tergempar untuk usul undi tak percaya kepada MB Nizar. Mereka boleh panggil lepas Mahkamah Tinggi kata YB Nizar adalah MB sah untuk sidang tapi kenapa mereka tak buat? Rasanya kerana sidang DUN perlukan notis. Mereka cepat2 buat rayuan untuk tangguh dan Mahkamah Rayuan pun bagi, bila tarikh bicara kita pun tak tahu. Ini kerana hanya MB yg boleh mengadap Sultan Perak untuk mohon bubar DUN. Mereka tak mahu DUN bubar.Sebab apa? lu pikirla sendiri..

Tanpa Nama berkata...

Org Islam akan diuji dgn mehnah dan tribulasi jika Allah nak tingkatkan iman dlm hati mereka.. LA TAKHOF WALA TAHZAN INNALLAHA MAA'NA..
Ya Allah... bantulah hamba2 mu yg ingin menegakkan kebenaran.. Kau bukakanla pintu hati , celikkan mata mereka yg buta kepada kebenaran... Wahai Pembolak-balik hati, tetapkan iman kami kepada agamaMU dan kepada ketaatanMU...