13 Mei 2009

Status MB: Peguam Nizar kaji rayu keputusan Mahkamah Rayuan

IPOH: Peguam Datuk Seri Ir. Hj Mohammad Nizar Jamaluddin mungkin mengemukakan rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Salah seorang peguamnya, Leong Cheok Keng berkata, pihaknya sedang mengkaji kemungkinan tersebut.

Ketika ditemui di sini pukul 3.30 petang pada sidang media bersama Nizar, Leong berkata, pihaknya akan meneliti kandungan keputusan Mahkamah Rayuan tengah hari tadi.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


"Kami sedang meneliti kemungkinan itu, kemungkinan itu (peruntukan undang-undang)," kata beliau sambil menambah, aspek masa rayuan dikemukakan pihak defenden juga akan diteliti.

Nizar pula berkata, beliau menyerahkan kepada peguamnya untuk memberi nasihat mengenainya.

Kira-kira pukul 1.20 tengah hari kelmarin Mahkamah Rayuan di Putrajaya membenarkan permohonan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nampaknya dtk Zambry tidak dpt menerima keputusan mahkamah tinggi!masih lagi berusaha untuk memiliki bukan yang hak...masih mewujudkan huru-hara dengan perbuatannya yang menunjukkan tembelangnya yang sebenar...semoga Allah jauhkan pimpinan Dato Seri Nizar dengan hati yang demikian...Tinta..

Tanpa Nama berkata...

Manusia hanya boleh merancang tetapi ALLAH yang menentukan. Yang batil akan lenyap, kebenaran akan terserlah
Ingatlah hidup di dunia hanya sementara sahaja
Esok lusa kita boleh ditarik oleh sakaratul maut

musalmah berkata...

Assalamualaikum.

Dengan kehendak Allah apa yang akan terjadi akan terjadi.

Kepada pemimpin PR yang bijaksana dan rakan rakan seperjuangan, bersabar dan bersabar serta teruskan usaha. Itu urusan manusia, apa yang berlaku adalah urusan Allah.

Tanpa Nama berkata...

Dugaan demi dugaan untuk menguji sejauh mana kecintaan kita kepada Allah SWT dan kebenaran. Istiqomahlah sahabat-sahabat yang dikasihi sekelian! Allah menanti hambaNya di akhirat kelak.

Unknown berkata...

kalau dh mamak....mmg keje nk membelit je...ZAMRY2
pegi la buat keje lain....

Tanpa Nama berkata...

semoga datuk sri nizar berjaya.......beri dia pluang untuk membuktikan pkr bleh memerintah dng baik...aminnnn

Tanpa Nama berkata...

umno dan bn memang GILA KUASA. mereka akan melacurkan badan kehakiman, pdrm dan penjawat awam untuk menghalalkan tindakan mereka. redakah kita akan kepincangan ini? terlalu dayuskah kita?

matround.

Tanpa Nama berkata...

Perkara ini memang dah dijangka, keputusan mahkamah pada mulanya hanya untuk menggaburi mata rakyat, sebab kebanyakkan hakim di Malaysia telah tidak ada maruah, sudah menjadi boneka kepada pihak pemerintah. Segala sumpah yang dilafazkan telah dibakul sampahkan. Kepada mereka ini, satu sahaja yang boleh diperkatakan, Inna lillah wa inna lillah hiraji'un.

Tanpa Nama berkata...

hincit le Zambi menteri besor taik kucing...

Tukang Kebun berkata...

tak sio aye kat zambry tu YB...ape gunei jadi menteri beso tapi rakyat tak sio ,

baei berkata...

Umat islam perlu berdoa untuk kebaikan semoga Allah tunjukkan kebenaran. Perlu diingat, rayuan tidak semestinya boleh berubah keputusan. Pada masa yang sama, minta YB cek undang-undang sama ada boleh diambil tindakan terhadap Datuk Nazri Aziz sebagai mencabar mahkamah kerana pagi tadi dia buat kenyataan bahawa keputusan mahkamah itu tidak tepat kerana tidak ada peruntukan undi tak percaya dalam DUN atau Parlimen.

huzaifah berkata...

MAHKAMAH WAYANG TONGKOI

Tanpa Nama berkata...

saya nampak Najib mengambil peranan Mahathir dalam menangani kes-kes mencabar ini. Matlamat menghalalkan cara dan sanggup menanggung risiko adalah warisan Mahathir. Lihat bgmana beliau menangani isu immuniti raja-raja, mengubah perlembagaan dan melacurkan hakim-hakim. Sekarang Najib yg brutal dan adanya Mahathir sbg godfather sebalik tabir adalah pemain-pemain utama. Siapa hakim-hakim di mahkamah persekutuan? Najib dan Mahathir tidak akan tidur untuk merencana sesuatu. Adakah mereka akan mampu menjuarai pesta gila ini lagi?

Kita tunggu siapa yang KENAAAAAA......

Unknown berkata...

Dugaan kepada yang jujur dan dan yang batil.. Setiap kejadian ada hikmahnya. Insya-allah, kebenaran bakal terbukti jua. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan...

Tanpa Nama berkata...

nie laa yang harus di tunggu bila amik jalan mahkamah...

cerita nie takkan abis disini...

lepas mahkamah tinggi... masuk mahkamah rayuan... lepas mahkamah rayuan keputusan masih boleh di semak di mahkamah persekutuan.. so keputusan muktamad kes nie akan diketahui apabila penghakiman di mahkamah persekutuan dilaksanakan... panjang lagi proses nie

Tanpa Nama berkata...

Semua ini telah di rancang oleh Najib dan Crisis Mgmt Team (CMT) UMNO dari awal lagi untuk menggunakan semua agensi kerajaan utk merealisasikan tujuan jahat Najib. BN mengheret dan menggunakan Sultan dalam kancah politik untuk mengaburi fikiran rakyat ttg isu-isu besar negara seperti > siapakah dalang pembunuhan altantuya > isu-isu rasuah UMNO/BN > kes VK.Lingam ttg perlantikan Ketua Hakim Negara dan isu-isu lain. Zambry Mamak cuma boneka BN sbg 'joker' UMNO bagi melaksanakan tujuan Najib/BN

halim uia berkata...

kalau kita tgk secara logik la kan, bkn ke zombie zambri kate dia terima keputusan mahkamah secara terbuka dan menghormati keputusan itu so maknanya reda n takde bantahan tp dia memang penipu sungguh2 yela dia gi wat rayuan. kita ibaratkan pinangan Agong namenye tu...cam org gler ckp berbelit

Manickam Nadeson berkata...

Tak payah tunggu-tunngu lagi, teruskan sahaja tindakan mahkamah, kita patut mengajar Zamri dan BN apa perasaan orang ramai di Perak. Kalau Zamri & co. betul-betul anak jantan tulin minta sahajalah pelihanraya kecil diPerak. Kami rakyat tahu macam mana nak ajar BN dan Zamri.

Tanpa Nama berkata...

Dasar UMNO muka tak tahu malu....dah la rampas cara haram, dah keputusan mahkamah pun tak mahu terima jugak...tak belajar ugama langsung kot..

Tanpa Nama berkata...

MB NIZAR boleh juga pertimbang untuk kemukakan injunksi bagi menahan Zambery atau wakilnya daripada melakukan atau melaksanakan apa-apa yang bertentangan dengan perlembagaan seperti pemecatan kakitangan dan lain-lain kususnya Sidang DUN tergempar, sehinggalah proses rayuan selesai.

Tanpa Nama berkata...

mintak2 la tak jadi mcm kes memali...
btol2 jahat org bn nie...

Abuafaf berkata...

Pertembungan yang benar dan yang jahat akan berterusan hingga Allah mewarisi mukabumi ini.Ingatlah apa yang terjadi Musa Alaihissalam.Perjuangannya tak kunjung henti.Setelah Musa berhempas pulas menumbangkan rejim Firaun dengan Allah meneggelamkan Firaun dan pengikutnya perjuangan Musa A.s tidak berhenti.Musa berhadapan pula kemelut dengan kaumnya Bani Israil.Macam macam berlaku,khurafat anaka lembu Samiri,Perderhakaan kepada arahan Allah tentang menangkap ikan pada hari sabtu,karenah kaumnya yang demand macam2 daripada Allah..begitulah seterusnya Musa pergi diganti Nabi dan Rasul yang lain kejahatan musuh tak pernah berhenti melanyak pejuang kebenaran.Zaman kita ,perjuang Nabi nabi kita teruskan menentang kejahatan termasuklah UMNO BN ni species tu lah jugak.Ingat selalu doa Musa Yang bermaksud : Wahai tuhan yang bagiMU segala pujian,KepadaMU aku merayu,DenganMU aku pohon bantuan,Tiada daya serta kekuatan melainkan dengan MU.semogaa kita istiqomah di landasan yang betul bukan landasan kereta api berkembar yang boleh juga musnah bila bila masa.