13 Mei 2009

KSN: Penggantungan Abdul Rahman dan Ahmad Kamal tidak sah

PUTRAJAYA: Mengikut peruntukan sedia ada, pengantungan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Abdul Rahman Hashim dan Penasihat UndangUndang Negeri itu Ahmad Kamal Shahid adalah tidak sah dan keduaduanya masih layak menjalankan tugas seperti biasa, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Beliau berkata Menteri Besar tidak mempunyai kuasa daripada segi undangundang untuk menggantung kerja keduadua pegawai itu kerana kuasa untuk mengantung kerja seseorang pegawai awam adalah terletak pada pihak berkuasa tatatertib yang berkenaan.

"Bagi Penasihat UndangUndang, kuasa itu terletak pada Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan manakala bagi Setiausaha Kerajaan Negeri, kuasa tersebut terletak pada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008 Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar dalam talian yang menyatakan sebaik mengambil alih semula pentadbiran negeri Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengantung tugas Abdul Rahman dan Ahmad Kamal.

Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Mohd Sidek berkata pengantungan kerja seseorang pegawai awam adalah tertakluk kepada peruntukan dalam PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993.

Mengikut Peraturan 45(1) PU (A395/1993) pula, Mohd Sidek berkata seseorang pegawai awam boleh digantung kerja jika seseorang pegawai itu telah disabitkan oleh manamana Mahkamah Jenayah atau satu perintah sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah, perintah tahanan buang negeri pengawasan, kediaman terhad dan sebagainya telah dibuat terhadap pegawai itu.

Justeru katanya dalam keadaan kes itu, memandangkan alasanalasan pengantungan tidak berbangkit maka keduadua pegawai tidak boleh digantung kerja.

Ketika ditanya sekiranya Mohammad Nizar tetap berkeras dengan keputusannya itu, beliau berkata:

"Sebagai penjawat awam kita mengikut peraturan maka soal pertentangan tidak timbul, apa yang perlu ialah melaksanakan tugas mengikut peraturan".

Mohd Sidek berkata beliau akan memaklumkan mengenai perkara itu kepada keduadua pegawai terbabit hari ini. BERNAMA

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dah pihak atasannya bodoh. Bior je deme buat keje salah. Kalau MB UMNO nak gantung KSN pun boleh. Auta keling punya KSN

Tanpa Nama berkata...

GANTUNG TAK BERTALI LA TU!

Muhammad Hamidi Zamri berkata...

Nampaknya mereka terpaksa menggunakan apa cara sekalipun utk menang....

Pesanan berkata...

Kalau begitu, KSNlah bertanggungjawab menggantung kedua-dua mereka, terutamanya Penasihat Undang-Undang kerana beliau tidak layak menduduki jawatan tersebut. Bayangkan seorang penasihat undang-undang tersilap menasihatkan kerajaan dengan begitu dahsyat sehingga gagal menyedari bahawa undang-undang jelas mengatakan MB tidak boleh dipecat kecuali melalui undi tidak percaya dalam DUN. Perkara semudah ini, seorang peguam terlatih seperti Penasihat Undang-Undang Perak tidak mampu menasihatkan sehingga menyebabkan kesusahan kepada semua pihak terutama rakyat Perak.

Zambry dan BN juga perlu menuntut agar Penasihat Undang-Undang ini digantung kerana tersilap besar menasihatkannya sehingga diisytiharkan MB haram. Paling tidak pun, Zambry perlu menyaman Penasihat Undang-undang untuk professional negligence.

TpK berkata...

Memang betul tak sah pun, sebab tu saya ada sarankan diambil je tindakan undang2 ke atas juak-juak UMNO tu, tak berkesan pun atleast ada rekod utk masa akan datang. Skrg? puak2 tu terlepas mcmtu je? Hampeh!!

TpK berkata...

Ntah le YB? saya dah kata, saman dulu puak2 tu, biar ada rekod, kalau nasib baik, mungkin menang? Barulah puak2 tu boleh diteranjang!!

muryadi berkata...

KSN ni cuma baca satu akta sahaja. Takkan itu sahaja alasan nak menggantung penjawat awam bagaimana pula masalah displin dan sebagainya.

Tanpa Nama berkata...

bn nie dah sampai hujung hayat dah. nak mampus dah

Tanpa Nama berkata...

-PUTRAJAYA: Mengikut peruntukan sedia ada, pengantungan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Abdul Rahman Hashim dan Penasihat UndangUndang Negeri itu Ahmad Kamal Shahid adalah tidak sah dan keduaduanya masih layak menjalankan tugas seperti biasa, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan-

KSN kata mereka boleh jalan tugas seperti biasa...ERTInya jangan jalankan tugas yang LUAR BIASA...sekarang ni kerana mereka telah menjalankan tugas yang LUAR DARI BIASA maka berlakulah peristwa yang LUAR BIASA sekarang ini...

K.S.N (KASI SUAP NAJIB)

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah kuasa SPA dan kuasa SK , gantung sajalah . Apa dalih dalih lagi. 100 ddalil dah ada kenapa mereka harus dipecat dari Perak. Mereka terang terang bias, prejudis, salahlaku, bertindak sumbang dan memberi imej buruk kpd penjawat awam. Suruh mereka masuk politik dan silakan bertanding jika ada telur!

Tanpa Nama berkata...

toyol ...

Tanpa Nama berkata...

KSN kena ingat MB juga ada kuasa menidakkan peranan SUK atau pegawai-pegawai kanan sementara diambil tindakan tatatertib oleh pihak yang berkuasa seperti Tan SRI. Kalau MB tak boleh buat apa nanti segala polisi kerajaan tidak dapat berjalan lancar jika Pegawai seperti si Abdul Rahman dan LA. Maksud Gantung itu bukan tak bayar gaji cuma di larang dia dari ambil peranan yang berlawanan dengan polisi kerajaan.. SUK nampak dak masuk zon berpolitik dan dalam G.O dilarang sama sekali pegawai sedemikian mengambil perasan aktif dalam politik. Kalau nak juga letak jawatan dan bertanding dalam pilihanraya. Dah boleh pencen pencenlah dan aktiflah dalam UMNO spesis terakhir.

Tanpa Nama berkata...

UNTUK MASA DEPAN YG TAK GEMILANG, TAK CERMERLANG DAN TEMBERANG, PIHAK KSN JGN HANYA PANDAI ARAH ORANG BUAT KERJA SAJA, LAKUKAN INOVASI, SENARAIKAN TUGAS DAN BIDANG KUASA SUK DAN PENASIHAT UNDANG UNDANG !YG PASTI JANGAN CAMPOR HAL POLITI TAKJ KIRA POLITIK BN ATAU PAKATAN! HOI KSN !ARE U UNDERSTAND