14 April 2010

Biskut Fesyen

29 Rabiulakhir 1431H.

Setelah nampak biskut yang begitu cantik, anda mahu makan atau simpan makanan ini? Sila klik untuk melihat pelbagai lagi biskut fesyen.









PAS paling awal melawat dan memberi sumbangan kepada mangsa ribut

29 Rabiulakhir 1431H.
http://demokrasi93.blogspot.com/

Pas Kawasan Batu Gajah adalah yang paling awal mengunjungi mangsa ribut petir di Kampung Ara Payung Batu Gajah. Kejadian ribut petir itu berlaku pada petang tadi yang telah mengakibatkan kerosakan lebih 40 buah rumah dan pokok tumbang.

Pas yang diketuai oleh bekas calon Pas di Dun Sungai Rapat Ustaz Ir Radzi Zainon, Ydp Pas Kawasan Batu Gajah Haji Ismail Ariffin dan Ketua DPPK Batu Gajah Sdr Rosdy Abdullah. Kunjungan ini juga telah disertai oleh Unit Amal Batu Gajah.

Pas telah menyumbang sumbangan 'kilat' kepada mangsa banjir. Mangsa ribut ternyata gembira kerana Pas telah memberi bantuan secepat yang mungkin walaupun tidak banyak jumlahnya. Ada yang sampai mengalirkan air mata kerana terharu di atas kedatangan dan sumbangan daripada Pas Kawasan Batu Gajah.

Pas juga telah menilai kerugian dan berusaha untuk memperbaiki rumah yang rosak teruk.

Untuk pengetahuan, pihak UMNO/BN langsung tidak melawat rumah mangsa- mangsa ribut taufan. Mereka hanya memanggil mangsa ke dewan. UMNO/BN tidak memberi bantuan segera.

Pas Kawasan Batu Gajah telah melawat ke rumah - rumah mangsa ribut hingga jam 12.30 pagi.

Pada hari esok yakni Rabu, Lajnah kebajikan Pas Negeri Perak akan melawat mangsa- mangsa ribut tersebut.

Setinggi- tinggi ucapan terima kasih kepada Pas batu Gajah yang diketuai oleh YDP Pas Kawasan Batu Gajah.


ujian ALLAH






kaum India turut dibantu




pemimpin berjiwa rakyat


mendengar masalah



i


YDP bersama unit amal


Ydp sedang mencari sesiapa yang ingin menyumbang bantuan


berehat seketika




terpaksa makan di luar rumah.


hati Ustaz tersentuh


bersabarlah menghadapi ujian


Ustaz radzi menyampaikan sumbangan

Zaid tokoh yang telah teruji

29 Rabiulakhir 1431H.
Nazri Abdullah

HULU SELANGOR, 13 April: Datuk Zaid Ibrahim (gambar) yang dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi mewakili Pakatan Rakyat adalah tokoh yang telah teruji, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Mana ada menteri Umno yang sanggup letak jawatan untuk pertahankan hak rakyat,” ujarnya yang mengumumkan Zaid sebagai calon PR dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.

Pengumuman itu dibuat pada jam 11.00 malam tadi di hadapan kira-kira 5,000 orang yang memenuhi Dewan Komuniti Serendah dan pekarangannya.


Zaid yang berucap selepas diberikan laluan oleh Anwar berkata, beliau menyedari dan menginsafi amanah yang dipikul itu sangat berat.

“(Tuan Guru) Nik Aziz sewaktu bercakap dengan saya minta kita semua bekerja untuk umat. Saya bukan asing di Selangor, saya tahu masalah orang Selangor, saya tahu masalah orang Hulu Selangor.

“Saya boleh menjadi suara untuk semua rakyat di sini,” ujarnya.

Berucap sebelum itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu memberikan sokongan sepenuhnya kepada calon PR yang ditonjolkan PKR itu.

“Saya mengarahkan seluruh jentera PAS seluruh kawasan Hulu Selangor turun padang dan bekerja keras. Calon yang dipilih adalah yang terbaik untuk bawa suara rakyat ke parlimen.

“Pilihan raya kecil ini medan rakyat untuk tegur kerajaan, rakyat perlu jadi hakim,” ujarnya.

Zaid yang dilahirkan pada 10 April 1951 di Kota Bharu adalah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri atas kapasiti senator yang pernah mencetuskan kontroversi apabila bertindak melepaskan jawatannya pada 15 September 2008 selepas beberapa bulan saja dilantik sebagai menteri ekoran tidak dapat menerima penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap pengamal media, orang awam dan ahli politik.

Dalam memperjuangkan isu-isu seperti ISA, Zaid di antara tokoh pemimpin Umno yang paling berani apabila mengirim surat terbuka kepada Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Badawi di samping mengadakan perjumpaan dengan ahli-ahli Parlimen berhubung desakan memansuhkan akta tersebut.

Pada 3 Disember 2008, beliau dipecat daripada Umno ekoran beberapa tindakannya termasuk menghadiri perhimpunan parti pembangkang dan menyalahi peraturan parti.

Antaranya dilaporkan pernah menghadiri majlis perasmian Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Stadium Melawati, Shah Alam.

Justeru Zaid menyertai PKR di Bangi, Selangor pada 13 Jun 2009.

Sehubungan itu, Anwar menyifatkan Zaid sebagai serius mempertahankan hak asasi dan kebebasan badan kehakiman di Malaysia dalam memperjuangkan isu hak asasi, kebebasan, proses demokrasi dan bebebasan badan kehakiman.

Sepanjang penglibatan Zaid bersama PKR, beliau dilihat sebagai tokoh amat komited dalam usaha merangka dasar bersama PR sehingga berjaya merapatkan lagi jurang pakatan yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP.

Harakahdaily /-

Zaid calon Pakatan Rakyat di Hulu Selangor.

29 Rabiulakhir 1431H.

Datuk Zaid Ibrahim dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Pemilihan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu diumumkan malam tadi oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di satu majlis perjumpaan rakyat di Serendah, Hulu Selangor.

Pengumuman itu sekaligus menjawab teka-teki siapakah calon yang akan dipilih yang tersebar sejak kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong selepas penyandangnya Datuk Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada 25 Mac lalu akibat barah otak.

Pada pilihan raya umum 2008, wakil rakyat PKR itu menewaskan calon Barisan Nasional Datuk G Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.

Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini mengesahkan bahawa BN akan meletakkan calon daripada MIC untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu yang akan diadakan 25 April ini.

BN dijangka mengumumkan calonnya pada 15 April, iaitu dua hari sebelum penamaan calon, dan desas-desus mengatakan Palanivel akan diberi peluang kedua untuk merampas kembali kerusi yang pernah disandangnya sebanyak tiga penggal itu.

TERKINI ; Lebih 2,000 ikuti pengumuman calon Pakatan

28 Rabiulakhir 1431H.


Nazri Abdullah

HULU SELANGOR, 13 April: Lebih 2,000 orang memenuhi Dewan Komuniti Serendah, di sini malam ini bagi mengikuti pengumuman calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mewakili Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, 25 April ini.

Mereka juga mahu mendengar penjelasan daripada pemimpin Pakatan Rakyat berhubung isu-isu semasa yang sedang melanda negara ketika ini.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw sudah berada di dalam dewan.

Antara pemimpin PAS lain yang hadir ialah Timbalan Presiden, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, Ahli-ahli Jawatankuasa, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Dr Siti Mariah mahmud, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali, Ahli Parlimen Rantau Panjang dan Shah Alam, Siti Zailah Mohd Yusof dan Khalid Samad.

Kira-kira jam 10.15 tadi, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyampaikan ucapan, diikuti pula Tuan Guru Abdul Hadi dan Anwar yang seterusnya mengumumkan calon yang akan bertanding nanti. Harakahdaily/-

MOHON PENJELASAN SEGERA : Pelawat dari web lucah....

Saya menerima satu komen di posting yang bertajuk "Blogger kecewa jadikan PAS sebagai mangsa" dengan nick :Tanpa Nama berkata...

yb... bila saya scroll ke bawah ,,terdapat pelawat dari laman web lucah, tak boleh buang ka link tu, tak sanggup tengok la...4/13/2010 3:12 AM

Namun setelah mencari dimana yang dimaksudkan saya gagal menemuinya, mohon pihak yang berkenaan sms kan dengan lebih jelas pada tajuk posting mana dan tarikh posting untuk pihak WM blog ini memadamkan dengan secepat mungkin.

ADUN Changkat Jong di Hospital Teluk Intan.

28 Rabiulakhir 1431H.


Saya menerima SMS dari ADUN YB Haji Mohd. Anuar bin Sudin (PAS) yang memaklumkan kepada saya yang dia sejak 4 hari lepas berada di Wad 20 Hospital Teluk Intan kerana kurang sihat di mana saluran kencingnya dijangkiti kuman dan prostat.

Marilah kita doakan semoga YB. Anuar cepat sembuh dan boleh berkhidmat untuk kawasan Changkat Jong , disamping Allah memberi kekuatan dan kesabaran kepadanya dan sisi keluarga dalam menempuh ujian ini.

Jual tanah: Tajuddin dicabar buat kenyataan luar dewan

28 Rabiulakhir 1431H.
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 13 April: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Bukit Gantang) dan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) hari ini mencabar Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang menuduh mereka menjual tanah kepada Singapura agar turut membuat tuduhan yang sama di luar dewan agar tindakan boleh diambil terhadapnya.

Nizar (kanan) dalam satu sidang media bersama Guan Eng (kiri) di lobi Parlimen berkata, Ahli Parlimen Pasir Salak boleh membuat dakwaan itu di luar dewan jika benar-benar ada bukti mengenainya.

"Kami di sini seolah-olah dijadikan mangsa oleh ahli Parlimen Pasir Salak apabila sewaktu saya tiada di dewan baru-baru ini, Pasir Salak menuduh saya telah terlibat dalam operasi menjual tanah di Perak kepada Singapura.

"Kita mencabar Pasir Salak buat dakwaan yang sama di luar dewan maka kita akan mengambil tindakan supaya kita tunjukkan kebenaran,” ujarnya.

Tajuddin dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010 di Dewan Rakyat baru-baru ini mendakwa Pakatan Rakyat (PR) diketuai Nizar sewaktu menjadi kerajaan negeri telah terlibat dalam operasi menjual tanah dan pasir kepada Singapura dan kepada tauke-tauke Cina di negeri itu.

Oleh kerana Nizar tiada dalam dewan ketika itu, wakil DAP dari Beruas, Ngeh Koo Ham dan wakil DAP dari Taiping, Nga Kor Ming bangun menafikan dakwaan itu.

Nizar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang turut mencabar Tajuddin mengemukakan bukti mengenai dakwaannya itu kerana menurutnya, ia satu tuduhan yang serius.

"Saya juga dituduh bukan sahaja menjual tanah pasir kepada Singapura malah turut dituduh jual tanah kepada kaum Cina di Perak.

"Buktikan mana tanah yang saya jual kepada Singapura, mana dia tanah yang saya jual kepada tauke Cina. Sampai sekarang mereka tidak juga memberi bukti," katanya.

Justeru, beliau berkata, Ahli Parlimen PR ingin menuntut keadilan di atas tuduhan yang sangat dahsyat itu.

"Kami ahli-ahli Parlimen dari PAS, DAP dan PKR ingin menuntut keadilan supaya rakyat sedar kalau inilah mutu ahli Parlimen kita yang membuat tuduhan tanpa bukti, saya rasa ini satu malapetaka kepada rakyat Malaysia," tegasnya.

Sementara itu, Guan Eng yang dituduh menjual maklumat Malaysia kepada Singapura dan Hong Kong senada dengan Nizar mencabar Tajuddin membuat dakwaan sama di luar dewan untuk diambil tindakan.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut menafikan dakwaan itu.

"Memanglah perkara palsu saya ke Singapura dan Hong Kong untuk jual maklumat negara. Saya ke sana atas urusan perniagaan sahaja. Samalah seperti Perdana Menteri ke Singapura dan Hong Kong ke negara tersebut untuk tujuan pelaburan.

"Jadi saya cabar beliau buat tuduhan di luar dewan," katanya.

Beliau juga menyelar tindakan Tajuddin yang menggunakan imuniti sebagai ahli Parlimen untuk membuat tuduhan sewenang-wenangnya.

"Jangan berselindung dalam dewan, berselindung di atas kekebalan undang-undang yang dinikmati oleh ahli Parlimen untuk membuat sebarang tuduhan ," katanya.

Harakahdaily/-

Zaid Ibrahim calon Pakatan Rakyat di Hulu S'gor ?

Datuk Zaid Ibrahim hari ini dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Menurut sumber, pemilihan Zaid itu dibuat oleh biro politik PKR yang bermesyuarat di rumah ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini.

“Keputusan memilih Zaid buat sebulat suara,” kata sumber itu lagi kepada wartawan seperti sumber yang diterbitkan Malaysiakini.

Sumber itu berkata PKR menamakan Zaid kerana beliau dilihat sebagai calon berwibawa yang mampu mempertahankan kerusi Hulu Selangor itu.

Zaid adalah bekas menteri yang bertanggungjawab mengenai hal-ehwal perundangan ketika dalam barisan kabinet bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum berpaling tadah ke PKR.

Beliau dijangka akan diperkenalkan secara rasmi sebagai calon Pakatan Rakyat di sebuah ceramah di Serendah, malam ini.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong selepas penyandangnya Datuk Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada 25 Mac lalu akibat barah otak.

Pada pilihan raya umum 2008, wakil rakyat PKR itu menewaskan calon Barisan Nasional Datuk G Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini mengesahkan bahawa BN akan meletakkan calon daripada MIC untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu yang akan diadakan 25 April ini.

BN dijangka mengumumkan calonnya pada 15 April, iaitu dua hari sebelum penamaan calon, dan desas-desus mengatakan Palanivel akan diberi peluang kedua untuk merampas kembali kerusi yang pernah disandangnya sebanyak tiga penggal itu.

San Gu Mao Lu : Tiga Kali Berkunjung ke Rumah Beratap Jerami


28 Rabiulakhir 1431H.
Asal Usul:

Pada abad ketiga Masihi, China yang berada dalam keadaan bergolak, diperintah oleh kerajaan tiga negeri, iaitu negeri Wei di bahagian utara, negeri Shu di bahagian barat daya, dan negeri Wu di bahagian tenggara. Antara ketiga-tiga negeri tersebut, negeri Shu merupakan negeri yang paling lemah. Demi mencapai cita-citanya untuk menyatukan wilayah China, raja negeri Shu, iaitu Liu Bei, tidak jemu-jemu pergi ke merata-rata tempat untuk mencari cendekiawan yang pandai dan bijaksana yang dapat membantunya menewaskan musuhnya. Apabila terdengar ada seorang lelaki bernama Zhuge Liang di kaunti Longzhong (di provinsi Hubei pada masa ini), yang mempunyai bakat cemerlang dalam bidang ketenteraan, baginda pun melahirkan hasrat untuk menjemput beliau menjadi penasihat ketenteraannya.

Pada tahun 207 Masihi, dengan ditemani dua orang "sahabatnya", iaitu hulubalang Guan Yu dan Zhang Fei, Liu Bei pun berangkat ke kaunti Longzhong untuk menziarahi Zhuge Liang. Bagaimanapun, kebetulan, Zhuge Liang tidak ada di rumah. Maka, dengan perasaan penuh kecewa, mereka terpaksa pulang ke negeri Shu.

Tidak berapa lama kemudian, Liu Bei sekali lagi pergi ke Longzhong untuk menziarahi Zhuge Liang. Bagaimanapun, baginda diberitahu bahawa Zhuge Liang telah keluar mengembara, dan tidak tahu bila beliau akan balik. Kali ini, Liu Bei telah meninggalkan satu nota untuk menjelaskan tujuan kedatangannya.

Beberapa hari kemudiannya, Liu Bei sekali lagi pergi ke Longzhong untuk menziarahi Zhuge Liang tanpa mempedulikan nasihat Guan Yu dan Zhang Fei. Kali ini, Zhuge Liang ada di rumah, tetapi beliau sedang tidur dengan lena. Liu Bei menyuruh Guan Yu dan Zhang Fei menunggunya di luar pintu, dan baginda sendiri berdiri di tepi katil Zhuge Liang, menunggu beliau bangun.

Ketika melihat Liu Bei berada di depan katilnya, Zhuge Liang yang baru bangun dari tidur itu, berasa sangat terharu. Maka, kedua-dua mereka pun duduk semeja untuk bertukar-tukar pandangan secara terbuka mengenai situasi semasa di China. Zhuge Liang amat menghargai cita-cita luhur serta bakat Liu Bei. Akhirnya, beliau bersetuju untuk menjadi penasihat negeri Shu.

Maka, dengan bantuan Zhuge Liang, negeri Shu telah menang dalam sekian banyak peperangan. Malahan, ia terus berkembang sehingga setanding dengan negeri Wei dan negeri Wu.

Catatan Keterangan:

Peribahasa "San Gu Mao Lu" atau "Tiga Kali Berkunjung ke Rumah Beratap Jerami" ini, berasal dari kisah tentang raja negeri Shu, iaitu Liu Bei menjemput Zhuge Liang menjadi penasihat tenteranya. Ia membawa erti, berusaha berulang kali dengan penuh keikhlasan untuk mendapatkan bantuan seseorang yang berbakat, akan berjaya akhirnya.

CRI/-