14 April 2010

TERKINI ; Lebih 2,000 ikuti pengumuman calon Pakatan

28 Rabiulakhir 1431H.


Nazri Abdullah

HULU SELANGOR, 13 April: Lebih 2,000 orang memenuhi Dewan Komuniti Serendah, di sini malam ini bagi mengikuti pengumuman calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mewakili Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, 25 April ini.

Mereka juga mahu mendengar penjelasan daripada pemimpin Pakatan Rakyat berhubung isu-isu semasa yang sedang melanda negara ketika ini.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw sudah berada di dalam dewan.

Antara pemimpin PAS lain yang hadir ialah Timbalan Presiden, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, Ahli-ahli Jawatankuasa, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Dr Siti Mariah mahmud, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali, Ahli Parlimen Rantau Panjang dan Shah Alam, Siti Zailah Mohd Yusof dan Khalid Samad.

Kira-kira jam 10.15 tadi, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyampaikan ucapan, diikuti pula Tuan Guru Abdul Hadi dan Anwar yang seterusnya mengumumkan calon yang akan bertanding nanti. Harakahdaily/-

8 ulasan:

Tok Pambu berkata...

PKR ada harapan besar mengekalkan P94 Hulu Selangor dalam PR.

Tanpa Nama berkata...

mohon kemenangan mutlak kepada pakatan rakyat.amin.....

Tanpa Nama berkata...

Salam ustaz . Saya bukan org PAS . Tapi antara kapir MIC yang terang-terang anti Islam , saya dan suku sakat di Rawang ni akan pilih calon melayu Islam samada dari PAS atau PKR !

Tanpa Nama berkata...

la.. teman ingatkan ustaz badrul amin dpt calon...
xpe la.. kut mana2 pon boleh..janji calon PR..
jgn lumpatkianat sudah..
klau belaku tau le teman ngomenya...

Malaysiakuini berkata...

Bukan takat 2,000... Rasanya lagi ramai daripada jumlah yang hadir pada program Selamatkan Malaysia di Stadium Mini KKB 26hb. Mac lepas!

semut ipoh berkata...

hidup rakyat!mudahah ALLAH memberi kemenangan kepada kita

Tanpa Nama berkata...

utk Ustaz badrul amin dan shamsul iskandar jgn berkecil hati krn tak terpileh kali ini, ini dah ketentuan Ilahi bersabar dan bantu calun PKR yg dipileh, InsyaAllah utk anda berdua pasti akan dipileh samada utk PRU ke 13 atau jika ada kekosongan kerusi samada dari Pakatan Rakyat (PKR) atau dari BN yg Allah lebih mengetyahuiNya.Anda berdua memang hebat dan berintrigiti utk memikul amanah rakyat dan bukan spt kekatak dan sesumpah! InsyaAllah calun PR akan memenangi kerusi ini- ameen!

Tanpa Nama berkata...

kalau spr ejen bn (spr) baca ni, mintak tolong buat satu pilihanraya untuk pemilihan calon BN ke prk Hulu selangor sebelum penamaan calon,,,susah sangat nak pilih ,,dak tak dak tokoh dah ka.????????