04 Oktober 2012

Ugut ibu bapa, amuk sampai tertidur

18 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Ugut ibu bapa, amuk sampai tertidur
 
Imran dipenjara 11 bulan dan didenda RM2,000 selepas mengaku mengugut bapanya di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
 
KUALA TERENGGANU - Seorang buruh bukan sahaja sanggup mengugut akan membunuh ibu kandungnya dengan kapak, malah dalam masa sama melakukan ugutan jenayah terhadap bapanya yang cuba memujuknya dalam satu kejadian amuk, awal September lalu di Kampung Padang Polis, Batu Rakit, di sini.

Bagaimanapun, perbuatan tertuduh, Imran Yaacub, 32, menerima pembalasan selepas Mahkamah Majistret, semalam menjatuhkan hukuman penjara 11 bulan dan denda RM2,500 atau sebulan lagi penjara jika gagal menjelaskan denda.

Majistret Noradila Ab Latiff menjatuhkan hukuman itu selepas Imran mengaku bersalah dengan sengaja melakukan ugutan jenayah terhadap bapanya, Yaacub Taib, 56, di kediaman mereka di Kampung Padang Polis, Batu Rakit, di sini, 2 September lalu kira-kira jam 11 pagi.

Dia mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa, Inspektor L Rathna manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, setibanya di rumah selepas mendapatkan pemeriksaan kesihatan di Klinik Wakaf Tengah, Batu Rakit, di sini, bapa malang itu nampak anaknya sedang mengamuk sambil tangannya memegang sebilah kapak serta berulang kali menyatakan akan membunuh ibunya yang ketika itu berada di rumah bersendirian.

Melihatkan situasi tegang itu, mangsa cuba memujuk anaknya jangan bertindak sedemikian, namun pujukan mangsa tidak 'menjadi' sebaliknya anaknya turut sanggup mengugut akan mengapa-apakan dirinya jika masuk campur.
Bagaimanapun, mungkin penat mengamuk, tertuduh kemudiannya tertidur di bawah rumahnya kira-kira jam 11.45 pagi sebelum ditangkap polis yang dimaklumkan orang ramai mengenai kejadian itu.

sinar harian/-

KANTOI! Bukti Ali Rustam Salahguna Kuasa Untuk Majlis Kahwin Anaknya!

18 Zulkaedah 1433H. [MOD] -



Daripada gembira menyambut menantu, kini Ali Rustam bagai dikejar hantu!.Semuanya gara-gara satu mesej di Twitter oleh Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mendedahkan sehelai surat dari muka surat dua oleh Pejabat Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) yang membuktikan bahawa Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam menyalahgunakan kedudukannya untuk tujuan peribadi dan bukannya majlis rasmi kerajaan.

Perkahwinan anak lelakinya yang mencetuskan kontroversi kerana memecah rekod The Malaysia Book of Records (MBR) sebagai majlis perkahwinan teramai di negara ini ekoran perbelanjaan melampau dan menggunakan kemudahan kerajaan mula terbongkar satu persatu.

Shamsul dalam satu mesej bergambar di Twitter sebentar tadi menulis:


@shamsuliskandar Ali Rustam fikir dia Raja M'ka ? Majlis perkahwinan anak hinggakn Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka perlu bermesyuarat?


[ @shamsuliskandar Ali Rustam fikir dia Raja Melaka? Majlis perkahwinan anak hinggakan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka perlu bermesyuarat? ]


Surat tersebut dipercayai bertarikh minggu lalu ditujukan kepada Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Kamaruddin Mat Shah, Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Murad Husin, Setiausaha MPAG, Shahdan Othman, Setiausaha MPJ, Ainu Nizla Kasman dan Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal, Zainuddin Samad mengarahkan mereka semua menghadiri mesyuarat tersebut.


Surat tersebut bertajuk "Mesyuarat Majlis Persiapan Hiasan Luaran, Kebersihan Dan Logistik Sempena Majlis Perkahwinan Anak YAB Ketua Menteri Melaka" dipercayai dibocorkan sesetengah pihak yang tidak mahu penyelewengan Ali Rustam berterusan.




Antara kandungan surat tersebut menyatakan bahawa satu mesyuarat mengenai majlis persiapan tersebut akan diadakan beberapa hari sebelum majlis perkahwinan tersebut yang berlangsung pada 30 September lalu.


Shamsul juga mengulangi janjinya untuk hadir bersama pemimpin Pakatan Rakyat negeri membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 11 pagi esok bagi mendedahkan lebih lanjut bukti penyalahgunaan kuasa oleh Ali Rustam termasuk menggunakan kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai penyelaras trafik dan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) yang ditugaskan menyelia kehadiran hadirin dan keselamatan semasa majlis tersebut yang berlangsung selama lapan jam.


Terbaru, Ali Rustam mengaku membelanjakan sebanyak RM600 ribu bagi mengadakan majlis tersebut yang didakwa dihadiri kira-kira lebih 100,000 orang yang kebanyakannya diangkut menggunakan bas yang disewa dari seluruh negeri itu.


Timbul pula persoalan sekiranya jumlah itu saja yang didakwa digunakan Ali, dari mana datangnya wang sebanyak itu kerana gaji dan elaun sebagai ketua menteri hanya kira-kira RM40 ribu sebulan.


selatan online/-





Tamrin dakwa Dr M pergunakan bapanya

18 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
 


BUKIT MERTAJAM: Anak Tun Ghaffar Baba, Tamrin Ghafar mendakwa mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed bukan sahaja petualang yang mencetusan pergolakan dalaman Umno sehingga dibatalkan pendaftarannya pada tahun 1997 bahkan sering mengeluarkan kenyataan yang mencabul persoalan akidah.

Beliau yang berceramah di Galeri Pejuang, Ceruk To Kun, Bukit Mertajam bersama dua orang penceramah jemputan  iaitu Ustaz Sharil Long dan Ustaz Hafizal  menambah,  peristiwa pengharaman Umno tahun 1997 adalah angkara Dr Mahathir apabila Ghafar didesak lawan Tun Musa Hitam.

Tamrin yang menyertai PAS baru-baru ini berkata, Datuk Seri Anwar juga didesak Dr Mahathir agar mencabar Tun Ghafar Baba yang dianggap sampah kerana tidak dapat membantunya merealisasikan dasar Pandang Ke Timur dan Wawasan 2020.

"Pada saya mantan Presiden Umnolah yang mencetuskan polimik sebenar dalaman Umno sendiri, kestabilan negara serta akidah.


(Buku Anwar lawan Ghafar pernah diterbitkan)

"Sejak dulu jika dia tidak suka seseorang beliau akan mendesak orang lain cabar dan beliau sendiri akan sembunyi tangan, " terangnya semasa berceramah dalam program PAS Cawangan To Kun dan PAS Bukit Mertajam.

Peristiwa terbesar mengakibatkan pemecatan Datuk Seri Anwar juga dicipta oleh Dr Mahathir sendiri setelah beliau mendapati kekuatan Anwar makin meningkat dan sekiranya dibiarkan kemungkinan pengaruhnya akan hilang.

Jesteru itu, Anwar diinaya bukan sahaja dipecat bahkan ditangkap, difitnah dan diseksa dalam penjara.

Dr. Mahathir adalah durjana sebenarnya, beliau sanggup melagakan orang lain demi memastikan kedudukannya selamat dan terus berkuasa.

Waktu nama Anwar tengah 'top', Mahathir mengambil peluang keemasan  membuang Ghafar Baba dari kabinet kerajaan dengan meminta Anwar lwan Ghafar.

Kes yang terjadi pada Anwar juga berpunca dari perasaan kebimbangan beliau ekoran penampilan Anwar dilihat lebih ke hadapan dari banyak segi.

Bila Anwar jadi mangsa rakyat bangkit dan sampai sekarang isu pemecatanya tidak boleh diterima oleh sebahagian ahli Umno sendiri.

"Tetapi, nak  buat macam mana semua tunduk dengan 'DR M'," tegas beliau termasuk dirinya sebelum ini.

Rakyat juga,  kata bekas Pengerusi MARA itu, tentu masih ingat terlalu banyak kenyataan Dr Mahathir yang boleh mengancam kestabilan negara apatah lagi  akidah.

Sampai hari ini tambah Tamrin, siapa pun tidak boleh menghalang kenyataan dari terus keluar dari mulutnya biarpun kadang- kadang memberikan kesan terhadap sokongan Umno itu sendiri.

Terbaru ujarnya, kenyataan berkenaan 'syaitan yang dikenali lebih baik dari Malaikat yang tidak dikenali' bakal melihat Umno terus jatuh.

"Biarlah dia keluarkan kenyataan merapu sebab Umno akan jatuh tidak lama lagi.  Mungkin diera DR M Umno menjadi terkenal dan selepas beliau pencen Umno pun menjunam," jelasnya yang juga bekas Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia

harakahdaily/-

IMF lewatkan rundingan pinjaman Mesir

18 Zulkaedah 1433H. [MOD] -




(Kunjungan Pengarah Urusan IMF Christine Lagarde (tengah) bertemu pemimpin Mesir sebelum ini)

KAHERAH: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menangguhkan penghantaran satu pasukan rundingan ke Kaherah bagi membincangkan pinjaman bernilai USD4.8billion (EGP2.9billion), sementara Mesir melengkapkan program reformasi ekonomi Mesir, Menteri Kewangan Mesir dipetik sebagai berkata.

Mesir dijadualkan  untuk menerima satu pasukan daripada IMF pada akhir bulan September untuk membincangkan terma-terma pinjaman.

Mesir amat memerlukan sokongan kewangan untuk membantu keadaan ekonomi yang dilanda kegawatan sejak pemberontakan yang menggulingkan Presiden Hosni Mubarak tahun lepas.

Kerajaan Mesir perlu melengkapkan program tersebut sebelum rundingan pinjaman untuk menunjukkan kepada IMF bahawa Mesir adalah serius, Mumtaz al-Saeed, Menteri Kewangan memberitahu suratkhabar harian al-Borsa.

Dua paksi utama program ini adalah penstrukturan subsidi dan cukai, katanya.
Kerajaan sedang berusaha keras melakukan kajian dan program reformasi ini akan selesai tidak lama lagi, katanya.

Keyakinan bahawa pentadbiran Islamik baru yang bertindak pantas untuk mendapatkan pinjaman dan mengelakkan masalah fiskal telah membuatkan pasaran saham negara melambung tinggi dalam beberapa bulan kebelakangan ini dan hasil hutang kerajaan telah jatuh.

IMF menuntut Mesir menyediakan satu program yang akan mengecilkan bajet defisit yang telah meningkat sebanyak 11 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sejak pemberontakan menggulingkan Mubarak pada Februari 2011.

Kerajaan Presiden Mohamed Morsi berkata ia akan mengehadkan subsidi tenaga, kira-kira satu perempat daripada jumlah perbelanjaan negeri, dengan mensasarkan subsidi hanya kepada mereka yang benar-benar memerlukannya.

Perdana Menteri, Hisham Kandil berkata bulan lepas bahawa kerajaan merancang untuk memperkenalkan sistem kupon atau kad pintar pada bulan Oktober untuk memastikan bahawa golongan miskin, bukannya semua orang, mendapat subsidi gas memasak butana.

Kerajaan menjual kanister butana sebanyak 5 pound Mesir setiap satu, manakala kos pengeluaran sebenar adalah lebih dari 65 pound.

Al-Borsa memetik Mumtaz sebagai berkata, pasukan IMF tidak akan datang sehingga selepas mesyuarat tahunan IMF di Tokyo pada Oktober 9-14.

Kerajaan juga berusaha keras melobi untuk memulakan pelaburan ke dalam negara yang telah terbantut sejak pemberontakan.

Tiada menteri mahupun jurucakap IMF di Washington yang bersedia memberi komen.

harakahdaily/-

Misteri Kehilangan Najib Semasa Perbahasan Bajet Terjawab

18 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

 




KUALA LUMPUR - Ketiadaan beberapa item penting yang wajib ada dalam buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013 menimbulkan tanda tanya samada wujud keadaan kerajaan Umno-BN mahu menyembunyikan sesuatu.

Antara item penting yang hilang ialah kedudukan Penyata Kewangan Pada 31 Disember 2012, Kumpulan Wang Berkanun Kerajaan Bagi Anggaran Kumpulan Wang Seperti 31 Disember 2012 dan Penyata Hutang Awam dan Jaminan Seperti 31 Disember 2012.

Menurut Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail penyata-penyata tahunan itu sebelum ini tidak pernah gagal dimasukkan dalam buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan.

“Ini adalah penyata yang sangat penting dan saya tak fikir ia berlaku tanpa disengajakan.

“Bila penyata ini hilang, tentulah menimbulkan tanda tanya adakah kerajaan cuba menyembunyikan sesuatu,” kata Azan dalam sidang media yang diadakan di lobi parlimen hari ini.

Dalam sidang media tersebut, Azan turut menunjukkan buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan tahun sebelumnya yang mengandungi laporan-laporan hilang itu.


Beliau turut menuntut kerajaan Umno-BN agar bertanggungjawab dan harus memberikan jawapan atas ketiadaan penyata penting itu.

Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013 diedarkan kepada Ahli Parlimen bagi memudahkan mereka membuat rujukan dan semakan terhadap Belanjawan 2013 yang dibentangkan Jumaat lalu.

Turut berada dalam sidang akhbar sama, Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo Burne-Loh. ~mpr

Elaun masih ditakuk lama

18 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
 KUALA PILAH – Persatuan Ketua Kampung daerah Kuala Pilah meminta pihak kerajaan mempertimbangkan semula kenaikan elaun setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang masih ditakuk lama.

Pengerusinya, Zainudin Adam berkata, kerajaan perlu mempertimbangkan tuntutan setiausaha JKKK supaya elaun bulanan RM200 yang dinikmati sekarang dinaikkan.

Menurutnya, selepas pembentangan Bajet 2013, pelbagai pihak menerima bonus seperti kakitangan kerajaan, kenaikan elaun pesara tentera dan pesara tidak berpencen menerima habuan sebanyak RM1,000 secara 'one-off'.

“Sungguhpun begitu, elaun setiausaha JKKK tidak pernah dinaikkan kepada tahap memberangsangkan sedangkan pengerusi JKKK dinaikkan kepada RM800 sebulan pada tahun lepas.

"Bukan itu sahaja, elaun bulanan tok batin, pengerusi JKKK Orang Asli dan pengerusi Kampung Baru juga dinaikkan daripada RM800 hingga RM850 sebulan berbanding RM450 sebelum itu," katanya.

Zainudin berkata, selaku pengerusi persatuan menjadi tanggungjawabnya memperjuangkan hak ahli termasuk setiausaha.

“Peranan setiausaha lebih banyak berbanding pengerusi kerana setiausaha perlu menyiapkan laporan mesyuarat, membuat kertas kerja dan bebanan kerja yang lebih.

“Setiausaha juga merupakan teras dan teraju persatuan serta  sebagai nadi bagi menggerakkan sesebuah persatuan. Umumnya mereka seorang yang berdedikasi, bertanggungjawab dan berupaya memikul tugas yang berat dan mencabar,” katanya.

Katanya, adalah wajar sekiranya elaun setiausaha dinaikkan seperti jawatan lain.

Selain itu, beliau menyangkal dakwaan pakatan pembangkang yang menyatakan Bajet 2013 menciplak buku jingga.

“Pihak pembangkang hanya boleh berkata demikian, namun tidak mampu melaksanakan. Sejarah sudah membuktikan bahawa sejak 1959, kerajaan Barisan Nasional jauh lebih baik daripada pakatan pembangkang.

“Tidak usahlah mana-mana pihak gundah gulana dengan sikap pembangkang dalam mengulas Bajet 2013 kerana apa yang pasti majoriti rakyat gembira dengan bajet berkenaan,” katanya.

sinar harian/-

Terkejut tasbih ada gambar binatang

18 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


Terkejut tasbih ada gambar binatang
 
Ramli menunjukkan tasbih yang bertulis kalimah Allah di hadapannya. Gambar kecil: Di belakang tasbih yang dikatakan terdapat gambar binatang itu.
 
PERMATANG PAUH - Seorang penduduk Taman Pauh Indah di sini terkilan apabila tasbih yang dibelinya didapati terdapat gambar binatang.

Ramli Awang, 50, berkata, dia terkejut apabila isterinya memaklumkan bahawa gambar yang terdapat pada tasbih itu kelihatan seperti khinzir.

Menurutnya, tasbih itu dibeli di sebuah gerai yang dibuka pada hari minggu berhampiran dengan kediamannya.

“Saya tertarik dengan tasbih yang diperbuat daripada kayu ini kerana terdapat kalimah ALLAH pada hujungnya. Sewaktu hendak membelek-belek untuk melihat dengan lebih dekat lagi, peniaga di situ terus meletakkan tanda harga pada belakang kalimah Allah.

“Tanpa berfikir panjang saya terus bersetuju membeli tasbih ini kerana peniaganya menawarkan harga RM8 berbanding harga asal RM11.

“Saya sendiri tidak perasan ada sesuatu pada tasbih itu sehinggalah pada hari Selasa lalu,” katanya yang ditemui Sinar Harian.

Ramli bagaimanapun tidak mahu menyalahkan peniaga itu yang berkemungkinan turut tidak sedar barang jualannya mengandungi gambar seperti itu.

“Saya tidak mahu tuduh peniaga kerana mungkin dia tidak sedar.

“Bagi saya, isu ini merupakan perkara yang sensitif kerana membabitkan agama. Tambahan pula, tasbih digunakan untuk berzikir dan di tasbih ini juga mengandungi kalimah Allah,” katanya.

Tambah Ramli, dia juga tidak mahu ada umat Islam lain yang turut tertipu dengan membeli tasbih seperti itu.

sinar harian/-

Puluhan penuntut kolej mati ditembak

18 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Puluhan penuntut kolej mati ditembak
 
Pasukan perubatan membawa mangsa cedera keluar dari kawasan kejadian selepas serangan.
ABUJA - Satu perintah berkurung dikeluarkan selepas puluhan penuntut kolej tempatan dibunuh oleh sekumpulan penyerang di bandar Mubi, Adamawa timur laut Nigeria.

Jurucakap polis Adamawa, Ibrahim Muhammad berkata, seramai 25 lelaki ditemui mati termasuk 19 penuntut Kolej Politeknik Persekutuan Mubi (KPPM), tiga penuntut kolej berlainan, seorang bekas askar, seorang pengawal keselamatan dan seorang lelaki tua.

Menurut polis, serangan kejam itu dipercayai berlaku di antara jam 10 pagi (waktu tempatan) pada Isnin dan 3 pagi kelmarin, di tempat penginapan pelajar luar kampus (KPPM).

Pihak berkuasa juga tidak dapat memastikan sama ada serangan dilakukan oleh pemberontak Boko Haram atau ianya tercetus disebabkan pertikaian di antara kumpulan-kumpulan politik berasingan di kolej tersebut.

"Polis percaya jika insiden ini bukan disebabkan oleh serangan Boko Haram, pasti ianya berkaitan dengan pilihan raya kolej yang berlangsung baru-baru ini kerana salah seorang mangsa yang dibunuh merupakan calon dalam pilihan raya kampus," kata Muhammad.

Seorang saksi yang turut cedera dalam kejadian itu, Mohammed Awal memberitahu beberapa penyerang dilihat masuk ke beberapa buah bilik, kemudian membunuh seorang demi seorang.

"Beberapa orang ditembak sampai mati ketika sedang tidur dan ada yang dicederakan menggunakan parang ," katanya.  - Al-Jazeera.

sinar harian/-

Panas!! Video hangout Najib dimuat semula pun dislike

18 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


Malam tadi telah "tukanglawan" siarkan artikel berkenaan sesi google hangout najib yang telah mendapat sambutan cukup memalukan najib sendiri. sesi goggle hangout itu telah menerima lebih banyak dislike ( tak suka)  berbanding like ( suka ) dan dihujani banyak komen-komen yang memalukan najib sendiri.

Tak sampai 1 jam kemudian, video tersebut telah diprivatekan, berbeza dengan video sesi google hangout Anwar Ibrahim yang sehingga kini masih dapat ditonton.

Tujuan video tersebut diprivatekan dipercayai bertujuan menghalang lebih banyak lagi komen-komen sinis diberikan pengunjung dan menghalang lebih banyak undian dislike diberikan. sekaligus dilihat sebagai usaha cuba menjaga air muka najib.
 
Pagi tadi, "tukanglawan" jumpa 1 lagi video google hangout najib yang dimuat naik, juga kali ini telah mendapat lebih dislike berbanding like, video tersebut juga telah diberikan komen yang najib sendiri takkan sudi baca..

Jelas lah, najib sudah jadi satu kebencian, penentangan kini tidak dibuat secara senyap lagi, tetapi secara terbuka.

harakahdaily/-

Suri rumah jual nombor ekor ditahan

18 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

KUANTAN - Seorang suri rumah yang dipercayai tauke loteri haram diberkas di rumahnya di Kampung Sungai Penjuring dekat Bentong petang semalam.

Semasa intipan dibuat, wanita berusia 51 tahun itu dikatakan sedang sibuk menulis sesuatu dipercayai catatan loteri haram.

Menurut Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang ASP Noor Asyikin Shamsuri, polis menyerbu dan mengepung rumah berkenaan kira-kira 5.45 petang sebelum mengarahkannya membuka pintu.

"Ketika polis memperkenalkan diri, wanita terbabit cuba melarikan diri ke belakang rumah namun dia berjaya ditahan.

"Hasil pemeriksaan, polis menemui 89 helai kertas yang tercatat nombor ekor haram selain turut merampas sebuah mesin kira dan telefon bimbit,” katanya di sini hari ini. - BERNAMA

Anjing tersepit di celah bampar kereta

  
18 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

TAUNTON, Massachusetts - Pihak berkuasa menyatakan, seekor anjing ditemui masih hidup walaupun ia tersepit pada bampar sebuah kereta di sini pada 20 September lalu.
Haiwan itu tersepit selepas ia dilanggar kereta tersebut.

Anjing tersebut tersepit semasa kereta berkenaan bergerak sejauh 17 kilometer.
Penyelia sebuah pusat perlindungan haiwan, William Mugle berkata, anjing betina itu berlari di depan kereta tersebut sebelum ia dilanggar.

Pemandu itu kemudian menekan brek tetapi dia tidak menyedari anjing berkenaan.
Muggle memberitahu akhbar Taunton Daily Gazette, kejadian itu hanya disedari apabila pemandu itu tiba di Providence Timur, Pulau Rhode.

Dia berkata, pemandu itu melihat anjing tersebut tersepit selepas seorang pemandu lain memberitahunya.
Pemandu kereta itu membuat laporan di sebuah balai polis berhubung kejadian tersebut.

Beberapa pegawai pusat perlindungan haiwan itu kemudian bertindak mengeluarkan anjing berbulu putih tersebut dari celah bampar kereta.

Pihak berkuasa kini mencari pemilik anjing itu. - AP

9 tahun penjara untuk penyerang stesen TV Kuwait

18 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


(Sebahagian yang menyertai perhimpunan di depan Parlimen Kuwait yang menuntut supaya parlimen 2009 dimansuhkan)

KUWAIT: Sebuah mahkamah Kuwait telah menghukum dua tahun penjara ke atas sembilan lelaki kerana menyerang sebuah stesen televisyen menjelang pilihan raya parlimen awal tahun ini, beritahu peguam sembilan lelaki tersebut.

Sembilan lelaki tersebut, yang kesemuanya ahli puak yang besar di Kuwait, bertempur dengan polis di luar pejabat stesen televisyen Al Watan Januari lalu, menjelang pilihan raya di negara pengeluar minyak utama di Teluk itu.

Dua lagi lelaki lain didenda, peguam bela Al-Humaidi al-Subaie menulis di akaun Twitter beliau.

"Malangnya mahkamah memenjarakan selama dua tahun sembilan orang yang pertama memecah masuk ke Al Watan (stesen) dan memberikan denda sebanyak $200 kepada orang yang ke-10 dan ke-11," tulisnya.

Nabeel al-Fadli, ahli parlimen yang dilihat menyokong kerajaan, berada di studio pada masa itu dan kehadiran beliau mencetuskan pergolakan, lapor media tempatan.

Rakyat dari puak-puak Kuwait cenderung untuk menyokong calon-calon pembangkang dalam pilihan raya, manakala kelas atasan dan tokoh korporat biasanya, lebih memihak kepada kerajaan yang dikuasai oleh keluarga pemerintah.

Komen yang dibuat oleh Ahli Parlimen yang dianggap menghina puak-puak Kuwait tertentu telah mencetuskan banyak demonstrasi pada masa lalu.

Protes Kuwait kerap diadakan mengenai isu-isu politik dan puak, dan majoriti protes adalah secara aman.

Kuwait berada dalam kebuntuan politik untuk beberapa bulan selepas mahkamah membubarkan parlimen yang dikuasai pembangkang, yang dilantik  Februari lalu, memberi alasan masalah teknikal.

Sidang Ahli Parlimen sebelumnya yang majoritinya cenderung kepada kerajaan, telah dilantik semula oleh mahkamah, namun gagal untuk bersidang disebabkan pemulauan oleh ramai Ahli Parlimen.
Penganalisis menjangka amir akan membubarkan Parlimen tidak lama lagi dan memanggil untuk diadakan pilihan raya parlimen baru tahun ini atau tahun depan.

harakahdaily/-

Royalti Minyak: Pemuda PAS rakam syukur

18 Zulkaedah 1433H. [MOD] -



KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan  (DPPNK) merakamkan setinggi-tinggi syukur dan tahniah kepada seluruh rakyat Kelantan atas keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang benarkan Kelantan membuat rayuan kes royalti.

Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, DPPNK berpandangan keputusan mahkamah ini sekalipun bukannya merupakan kemenangan mutlak kerajaan negeri Kelantan namun ia tetap membuka harapan baru kepada kerajaan negeri untuk terus memperjuangkan hak rakyat Kelantan yang telah jelas termaktub di dalam perjanjian.

Mahkamah Persekutuan semalam membuat keputusan membenarkan Kerajaan Negeri Kelantan mengemukakan rayuan terhadap tiga tuntutan yang ditolak Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Tuntutan itu adalah memohon agar mahkamah menolak permohonan Kerajaan Persekutuan sebagai pencelah serta memohon mahkamah menolak permohonan Petronas membatalkan saman kerajaan negeri.

Satu lagi tuntutan adalah memohon penzahiran dokumen keputusan penyelesaian kes saman Kerajaan Terengganu terhadap Petronas sebelum ini.

"Tahniah kepada rakyat Kelantan dan semua pihak yang telah terlibat di dalam Konvoi Mega Tuntut Royalti pada 2 Oktober 2012 khususnya selepas keputusan Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini yang membenarkan kerajaan Kelantan menyaman Petronas di atas kegagalan menepati perjanjian yang dimeterai pada 1975," kata beliau dalam kenyataannya itu.

Pemuda PAS, katanya mengulangi ikrar untuk terus bersama-sama kerajaan negeri di dalam perjuangan menuntut hak royalti minyak yang telah dinafikan semenjak sekian lama.

"Dalam hal ini, semua pihak perlu sedar bahawa isu ini bukannya isu politik bahkan gerakan menuntut royalti minyak ini bukan hak milik mana-mana parti politik. Ia merupakan hak rakyat Kelantan keseluruhannya," katanya.

Justeru semua pihak perlu memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi di dalam menyuarakan tuntutan terhadap hak royalti minyak ini.

"Sekali lagi tahniah kepada seluruh rakyat Kelantan. Semoga satu hari nanti cita-cita untuk melihat rakyat Kelantan menikmati hasil buminya sendiri akan menjadi realiti Insya Allah," katanya.

harakahdaily/-

Tubuh suruhanjaya bantu SPRM kendali kes profil tinggi

18 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Anggota panel khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Salahudin Ayub mendesak kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Pembaharuan Undang-undang.

Beliau berkata, penubuhan suruhanjaya itu bagi membantu SPRM mengendalikan isu-isu yang melibatkan rasuah khususnya kes yang berprofil tinggi

Panel ini berperanan untuk membantu dan memberi komitmen ke atas SPRM pada tahun 2009, antara lain panel ini akan menasihati Perdana Menteri serta meneliti laporan SPRM di samping mengemukakan cadangan ke arah penambahbaikan SPRM.

"Di mana dalam penjelasan yanag saya dapat dari SPRM  saya selaku anggota panel khas SPRM telah dilantik kembaali oleh Yang di-Pertuan Agong untuk penggal kedua.

"Jadi ada banyak perkara yang tidak boleh dibawa oleh SPRM. Saya tegaskan suruhanjata undang-undang hendaklah ditubuhkan untuk melihat kembali seksyen 23 dan 50, yang perlu penelitian semula," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu dalam sidang media.

Beliau yang dilantik semula sebagai ahli panel oleh Yang di-Pertuan Agong, berkata, undang-undang rasuah ini termasuk dalam undang-undang lapuk yang memerlukan pembaharuan malah perkara ini turut dikritik oleh pengamal perundangan.

"Saya mahu jelaskan dalam dokumen yang diberikan  kepada kami oleh pihak SPRM termasuk isu-isu yang melibatkaqn kelemahan undang-undang, menyebabkan isu pengakuan tidak diterima di mahkamah Malaysia, berlainan di Amerika, Hong Kong, Singapura," katanya.

Misalnya kata beliau, seorang anggota polis membuat pengakuan secara bertulis menerima wang rasuah sebanyk RM800 namun, mahkamah negara ini berpendapat bahwa perbuatan itu merupakan cendera hati.

Salahuddin turut dimaklumkan dalam mesyuarat, SPRM telah membuka enam kertas siasatan terhadap seorang ke atas seorang "ketua negeri" berhubung dakwaan rasuah.

Namun, katanya pendakwaan terhadap tokoh popular dan memiliki harta yang banyak itu tidak dapat dibuat kerana kelemahan peruntukan undang-undang bawah Akta SPRM 2009.

"Sebab itu SPRM mencadangkan kepada pihak panel untuk bawa dalam parlimen supaya diadakan reform terhadap undanga-undang ini," katanya yang turut membangkitkan perkara ini di dalam perbahasannya semalam.

harakahdaily/-

Bukti cinta sejati

18 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

KASIH ISTERI...Raya membantu Kamarul Baharin mengambil kuih.
 
KASIH ISTERI...Raya membantu Kamarul Baharin mengambil kuih. 
 
KUALA PILAH: Dia diperkenalkan kepada calon suami yang lumpuh separuh badan, namun setuju untuk menerima jejaka itu sebagai suami dan kini selepas 39 tahun berlalu, hidup mereka kekal bahagia, malah dikurniakan lima anak.

“Sepanjang tempoh 39 tahun, suami insan paling sempurna di mata dan hati saya serta anak-anak,” kata Raya Dahan, 57, wanita yang tabah menjaga suaminya, Kamarul Baharin Shariff, 67, sepanjang tempoh perkahwinan mereka.

Kamarul Baharin, bekas jurulatih silat gayong Selangor pada 1960-an lumpuh separuh badan selepas cedera di kepala akibat ditetak dengan parang secara tak sengaja oleh rakan ketika melakukan demonstrasi silat pada 1967.

“Insiden itu berlaku ketika suami saya beraksi untuk rakaman persembahan silat gayong untuk siaran televisyen. Tiga bulan dia dirawat di hospital sebelum disahkan doktor lumpuh separuh badan,” kata Raya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Perigi Jerneh, Senaling, di sini.

metro/-

Bakar RM500,000

18 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

RENTUNG...anggota polis menyiasat van keselamatan yang disamun dan dibakar di Jalan Tiong, Off Jalan Meru, Klang.
 
RENTUNG...anggota polis menyiasat van keselamatan yang disamun dan dibakar di Jalan Tiong, Off Jalan Meru, Klang. 
 
KLANG: Lima perompak bertindak nekad melarikan beberapa karung wang tunai berjumlah RM1 juta daripada sebuah van keselamatan sebelum membakar kenderaan itu yang masih mengandungi baki RM500,000 lagi dalam kejadian di Jalan Tion, Taman Eng Ann, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5.40 petang itu, van dinaiki tiga pengawal keselamatan itu baru selesai mengutip wang tunai dari beberapa kedai nombor ekor berlesen di bandar ini sebelum tiba-tiba sebuah kereta Proton Waja dinaiki dua lelaki menghalang van berkenaan di Jalan Meru, di sini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, dua daripada suspek yang bersenjatakan pistol kemudian mengarahkan pekerja syarikat keselamatan itu duduk di bahagian belakang van serta mengarahkan pemandunya memandu ke arah Taman Eng Ann, kira-kira 2.5 kilometer dari tempat kejadian.

“Bagaimanapun, seorang daripada tiga pengawal keselamatan itu berjaya melarikan diri,” katanya.

metro/-

Kena pukul lepas tegur jiran

Kena pukul lepas tegur jiran18 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
 
Siti Khatijah menunjukkan kayu yang didakwa digunakan suspek untuk memukul tangan kirinya.
 
BESUT - Tindakan seorang warga emas menegur seorang lelaki dipercayai penagih dadah supaya jangan lalu berhampiran rumahnya berakhir dengan insiden apabila mangsa dakwa dipukul dengan objek keras oleh lelaki tersebut yang juga jirannya.

Dalam kejadian jam 1.30 petang kelmarin, mangsa, Siti Khatijah Mohamad, 58, lebam di tangan, muka dan belakang badan akibat dipukul dengan kayu, batu bata dan kerusi plastik oleh suspek yang dikenalinya.

Menurutnya, ketika dia bersiap hendak menunaikan solat Zohor, suspek berumur 20-an itu lalu di tepi rumahnya dan didapati dalam keadaan mencurigakan.

“Ketika itu, saya berdiri di pintu tepi rumah dan bertanya kepada suspek, dia mahu ke mana kemudian saya larang dia lalu (berada) berhampiran rumah saya.

“Saya berbuat demikian kerana takut berikutan tahu latar belakangnya yang didakwa sering pecah masuk rumah, tambahan beberapa minit sebelum kejadian, suami saya, Abdul Khadir Yaacob, 60, baru memperoleh wang hasil jualan padi,” katanya yang ditemui di rumahnya di sini dekat Pasir Akar, Hulu Besut.

Siti Khatijah berkata, tidak berpuas hati dengan kata-kata itu, suspek bertindak memarahi lalu memukul lengan kirinya dengan sebatang kayu menyebabkan tangannya bengkak dan terasa sakit.

Menurutnya, suspek kemudian pulang ke rumahnya sambil mengugut untuk membakar rumahnya sekiranya dia tidak memberikan wang sebanyak RM50 kepada suspek.

Suspek yang tidak berpuas hati terhadap mangsa kemudian datang lagi menyerang mangsa kali kedua dengan membaling bata yang mengenai tepi pipi kiri mangsa apabila mangsa sempat mengelak.

Suspek kemudian turut memukul belakang mangsa dengan kerusi dan sebatang kayu kecil.

“Saya tidak mampu melawan dan ketika kejadian, saya sendirian di rumah  kerana suami ke kebun malah teriakan saya tidak didengari jiran. Saya meminta maaf kepadanya sambil merayu agar tidak memukul lagi,” katanya.

Selepas suspek meninggalkan tempat kejadian, dia menggagahkan diri berjalan kaki selama lima minit pergi ke kebun di belakang rumah untuk meminta bantuan suami sebelum laporan dibuat di Balai Polis Pasir Akar disusuli mendapatkan rawatan di Hospital Besut.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan menerima laporan tersebut.

Beliau berkata, polis sedang berusaha mengesan suspek yang sudah dikenal pasti kerana suspek terus menghilangkan diri selepas kejadian itu.

sinar harian/-

Pohon maaf: Mazlan serah kepada Azalina

18 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman tidak berniat untuk memohon maaf, sebaliknya menyerahkan kepada Datuk Seri Azalina Othman untuk tindakan lanjut.

Beliau yang dihubungi Harakahdaily berkata, jika ahli parlimen Pengerang itu ingin mengambil tindakan undang-undang terhadapnya, ia merupakan hak Azalina untuk berbuat demikian.

"Apa yang saya boleh cakap kalau dia nak ambil tindakan undang-undang. Terpulanglah, itu hak dia. Saya tidak gentar dengan ugutan beliau.  Ribuan di Dataran Sungai Rengit mendengar ucapan saya, malah ia juga turut dimuatkan di Youtube, media internet dan sebagainya," tegas beliau.

(Mazlan ketika berucap di Pengerang baru-baru ini)

Tambah beliau, sebagai seorang muslim yang berjuang bagi kepentingan rakyat, beliau sentiasa yakin dengan pertolongan Allah dalam usaha membela hak rakyat.

Dalam pada itu, Mazlan turut mempersoalkan peranan Azalina sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut.

"Mengapa projek Rapid  tidak dibuat di lokasi pemindahan penduduk berdekatan Kg Dato' Abd Ghani Othman? Bukankah di situ ada tanah Kerajaan Negeri Johor ribuan hektar?


"Wajarkah dikorbankan penduduk kampung sedangkan ada tanah kerajaan yang jaraknya sekitar 10 km sahaja?" soal beliau lagi.

Malah, kata Mazlan, lokasi dipilih di Kampung Sungai Kapal, Kampung Teluk Empang, Kampung Batu Mas yang begitu hampir dengan TLDM Tanjung Pengelih, yang merupakan laluan sibuk 200 kapal dalam sehari.

Mazlan yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Pengambilan Tanah Pengerang (Mantap), beranggapan membina jeti dan terminal berdekatan laluan tersebut mempunyai risiko dan tidak ekonomik serta praktikal, selain masa untuk berlabuh kapal pengangkut minyak di Pelabuhan Sg Udang, Kerteh dan Bintulu hanya sekitar 10-20 minit sahaja, berbansingbdi terminal yang dicadangkan di Pengerang yang memakan masa tiga jam.

Tambah Mazlan, tidak seperti di sekitar tanah kerajaan berhampiran Kg Dato' Abd Ghani Othman, kawasannya lapang, mempunyai kedalaman yang sgt munasabah atas jajaran Laut Cina Selatan dan jauh dari kapal-kapal dagang.

"Saya persilakan dengan segala hormatnya jika Azalina ingin saman saya. Ia jadi motivasi untuk saya mendedahkan lebih terperinci sandiwara pemimpin BN di sebalik projek yang kontroversi ini. Azalina jangan gelabah. Bertenang. Tunggu 'buah' saya seterusnya," kata beliau.

Semalam, Azalina dikatakan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Mazlan sekiranya tidak memohon maaf secara terbuka ekoran ucapannya yang mengaitkan Azalina dengan projek Rapid Pengerang, pada Himpunan Hijau Pengerang, hujung bulan lalu.

Azalina, bagaimanapun tidak memberikan tempoh kepada Mazlan untuk berbuat demikian dan dikatakan telah mengarahkan peguamnya meneliti dan menyemak ucapan Mazlan.

harakahdaily/-

Mahfuz dakwa kenduri mega 'ditaja' agensi k'jaan Melaka

NONE18 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Dokumen yang bocor dari Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) menunjukkan bahawa agensi kerajaan negeri itu menaja majlis perkahwinan anak sulung Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam Ahad lalu, dakwa Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) ketika membahaskan bajet di Parlimen hari ini.

Mahfuz mendakwa, dokumen tersebut menunjukkan bahawa mesyuarat

PKNM diadakan khas untuk membincangkan tentang "logistik majlis tersebut" pada 30 September.

Menurutnya, pegawai khas ketua menteri mengaku hari ini bahawa majlis tersebut ditaja sebanyak RM10 bagi setiap tetamu dan menurut Mahfuz lagi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasatnya kerana ia majlis peribadi.

Minit mesyuarat tersebut, dakwa Mahfuz lagi, menyebut jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat dan ia juga menyatakan tiada bil perlu dituntut daripada ketua menteri dan semuanya percuma.
Menurut salinan minit mesyuarat tersebut yang diperolehi pihak media kemudiannya, Ketua Pegawai Eksekutif PKNM, Datuk Yusof Jantan memaklumkan satu mesyuarat akan diadakan mengenai majlis persiapan hiasan luaran, kebersihan dan logistik sempena majlis perkahwinan anak ketua menteri pada 30 September 2012.

Beliau seterusnya menekankan bahawa semua persiapan yang dikendalikan atas budi bicara jabatan tersebut serta tiada sebarang bil tuntutan kepada ketua menteri atau kerajaan negeri.Mkini.

detikdaily/-

RMK9: Apa perkembangan lebuh raya ke Kota Bharu

18 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: PAS meminta Menteri Kerja Raya menyatakan sejauh manakah perkembangan perlaksanaan projek lebuh raya ke Kota Bharu yang disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9).


Demikian soalan bagi jawab lisan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub di Dewan Rakyat hari ini.

Berikut adalah soalan bagi jawab lisan daripada ahli-ahli parlimen PAS di Dewan Rakyat, hari ini.

Dr. Siti Mariah Mahmud [Kota Raja] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah serbuan atau tindakan ke atas pusat-pusat hiburan termasuk rumah urut, spa dan sebagainya. Dari jumlah yang ditahan pihak berkuasa, berapa peratus dari pekerja di pusat-pusat ini yang mempunyai permit kerja dan berapa pula yang dikategorikan sebagai PATI atau yang menyalahguna visa atau permit kerja.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri menyatakan apakah usaha-usaha yang dilakukan supaya AP terbuka untuk pengusaha pengimpot kereta terpakai dihapuskan secara berperingkat.

Dr. Che Rosli Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air menyatakan sejauh mana langkah penyelesaian masalah air Selangor-KL-Putrajaya yang dikatakan meruncing diaturkan oleh Kementerian.

Mohd. Nasir Zakaria [Padang Terap] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan anggaran pekerja seks di Malaysia dari tahun 2007 hingga 2011.

harakahdaily/-