18 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
KUANTAN - Seorang suri rumah yang dipercayai tauke loteri haram
diberkas di rumahnya di Kampung Sungai Penjuring dekat Bentong petang
semalam.
Semasa intipan dibuat, wanita berusia 51 tahun itu dikatakan sedang sibuk menulis sesuatu dipercayai catatan loteri haram.
Menurut Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang ASP Noor
Asyikin Shamsuri, polis menyerbu dan mengepung rumah berkenaan kira-kira
5.45 petang sebelum mengarahkannya membuka pintu.
"Ketika polis memperkenalkan diri, wanita terbabit cuba melarikan diri ke belakang rumah namun dia berjaya ditahan.
"Hasil pemeriksaan, polis menemui 89 helai kertas yang tercatat
nombor ekor haram selain turut merampas sebuah mesin kira dan telefon
bimbit,” katanya di sini hari ini. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan