BESUT - Tindakan seorang warga emas menegur seorang lelaki dipercayai
penagih dadah supaya jangan lalu berhampiran rumahnya berakhir dengan
insiden apabila mangsa dakwa dipukul dengan objek keras oleh lelaki
tersebut yang juga jirannya.
Dalam kejadian jam 1.30 petang kelmarin, mangsa, Siti Khatijah Mohamad, 58, lebam di tangan, muka dan belakang badan akibat dipukul dengan kayu, batu bata dan kerusi plastik oleh suspek yang dikenalinya.
Menurutnya, ketika dia bersiap hendak menunaikan solat Zohor, suspek berumur 20-an itu lalu di tepi rumahnya dan didapati dalam keadaan mencurigakan.
“Ketika itu, saya berdiri di pintu tepi rumah dan bertanya kepada suspek, dia mahu ke mana kemudian saya larang dia lalu (berada) berhampiran rumah saya.
“Saya berbuat demikian kerana takut berikutan tahu latar belakangnya yang didakwa sering pecah masuk rumah, tambahan beberapa minit sebelum kejadian, suami saya, Abdul Khadir Yaacob, 60, baru memperoleh wang hasil jualan padi,” katanya yang ditemui di rumahnya di sini dekat Pasir Akar, Hulu Besut.
Siti Khatijah berkata, tidak berpuas hati dengan kata-kata itu, suspek bertindak memarahi lalu memukul lengan kirinya dengan sebatang kayu menyebabkan tangannya bengkak dan terasa sakit.
Menurutnya, suspek kemudian pulang ke rumahnya sambil mengugut untuk membakar rumahnya sekiranya dia tidak memberikan wang sebanyak RM50 kepada suspek.
Suspek yang tidak berpuas hati terhadap mangsa kemudian datang lagi menyerang mangsa kali kedua dengan membaling bata yang mengenai tepi pipi kiri mangsa apabila mangsa sempat mengelak.
Suspek kemudian turut memukul belakang mangsa dengan kerusi dan sebatang kayu kecil.
“Saya tidak mampu melawan dan ketika kejadian, saya sendirian di rumah kerana suami ke kebun malah teriakan saya tidak didengari jiran. Saya meminta maaf kepadanya sambil merayu agar tidak memukul lagi,” katanya.
Selepas suspek meninggalkan tempat kejadian, dia menggagahkan diri berjalan kaki selama lima minit pergi ke kebun di belakang rumah untuk meminta bantuan suami sebelum laporan dibuat di Balai Polis Pasir Akar disusuli mendapatkan rawatan di Hospital Besut.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan menerima laporan tersebut.
Beliau berkata, polis sedang berusaha mengesan suspek yang sudah dikenal pasti kerana suspek terus menghilangkan diri selepas kejadian itu.

sinar harian/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan