18 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
KASIH ISTERI...Raya membantu Kamarul Baharin mengambil kuih.
KUALA PILAH: Dia diperkenalkan kepada calon suami yang lumpuh separuh
badan, namun setuju untuk menerima jejaka itu sebagai suami dan kini
selepas 39 tahun berlalu, hidup mereka kekal bahagia, malah dikurniakan
lima anak.
“Sepanjang tempoh 39 tahun, suami insan paling sempurna di mata
dan hati saya serta anak-anak,” kata Raya Dahan, 57, wanita yang tabah
menjaga suaminya, Kamarul Baharin Shariff, 67, sepanjang tempoh
perkahwinan mereka.
Kamarul Baharin, bekas jurulatih silat gayong Selangor pada 1960-an
lumpuh separuh badan selepas cedera di kepala akibat ditetak dengan
parang secara tak sengaja oleh rakan ketika melakukan demonstrasi silat
pada 1967.
“Insiden itu berlaku ketika suami saya beraksi untuk rakaman persembahan silat gayong untuk siaran televisyen. Tiga bulan dia dirawat di hospital sebelum disahkan doktor lumpuh separuh badan,” kata Raya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Perigi Jerneh, Senaling, di sini.

metro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan