04 Oktober 2012

9 tahun penjara untuk penyerang stesen TV Kuwait

18 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


(Sebahagian yang menyertai perhimpunan di depan Parlimen Kuwait yang menuntut supaya parlimen 2009 dimansuhkan)

KUWAIT: Sebuah mahkamah Kuwait telah menghukum dua tahun penjara ke atas sembilan lelaki kerana menyerang sebuah stesen televisyen menjelang pilihan raya parlimen awal tahun ini, beritahu peguam sembilan lelaki tersebut.

Sembilan lelaki tersebut, yang kesemuanya ahli puak yang besar di Kuwait, bertempur dengan polis di luar pejabat stesen televisyen Al Watan Januari lalu, menjelang pilihan raya di negara pengeluar minyak utama di Teluk itu.

Dua lagi lelaki lain didenda, peguam bela Al-Humaidi al-Subaie menulis di akaun Twitter beliau.

"Malangnya mahkamah memenjarakan selama dua tahun sembilan orang yang pertama memecah masuk ke Al Watan (stesen) dan memberikan denda sebanyak $200 kepada orang yang ke-10 dan ke-11," tulisnya.

Nabeel al-Fadli, ahli parlimen yang dilihat menyokong kerajaan, berada di studio pada masa itu dan kehadiran beliau mencetuskan pergolakan, lapor media tempatan.

Rakyat dari puak-puak Kuwait cenderung untuk menyokong calon-calon pembangkang dalam pilihan raya, manakala kelas atasan dan tokoh korporat biasanya, lebih memihak kepada kerajaan yang dikuasai oleh keluarga pemerintah.

Komen yang dibuat oleh Ahli Parlimen yang dianggap menghina puak-puak Kuwait tertentu telah mencetuskan banyak demonstrasi pada masa lalu.

Protes Kuwait kerap diadakan mengenai isu-isu politik dan puak, dan majoriti protes adalah secara aman.

Kuwait berada dalam kebuntuan politik untuk beberapa bulan selepas mahkamah membubarkan parlimen yang dikuasai pembangkang, yang dilantik  Februari lalu, memberi alasan masalah teknikal.

Sidang Ahli Parlimen sebelumnya yang majoritinya cenderung kepada kerajaan, telah dilantik semula oleh mahkamah, namun gagal untuk bersidang disebabkan pemulauan oleh ramai Ahli Parlimen.
Penganalisis menjangka amir akan membubarkan Parlimen tidak lama lagi dan memanggil untuk diadakan pilihan raya parlimen baru tahun ini atau tahun depan.

harakahdaily/-

Tiada ulasan: