11 November 2009

Ceramah di Kuala Kangsar...

Oleh : Mohd Faisal




Petua atasi keinginan merokok (amalan 8M)

Email : Zamri Keciks

1 - Melengahkan tindak balas keinginan merokok. Katakan nanti dulu setiap kali ingin merokok.

2 - Menarik nafas panjang selama lima saat dan lepaskan perlahan-lahan. Ulang tiga hingga lima kali.

3 - Minum air galian atau masak dengan banyak.

4 - Melakukan kegiatan yang boleh mengalihkan fikiran daripada rokok seperti berkebun.

5 - Melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, 20 minit setiap sesi.

6 - Membasuh tangan atau mandi setiap kali teringin merokok.

7 - Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah dan lobak merah (elak mengunyah benda manis).

8 - Memohon doa dan berazam untuk berjaya membuang tabiat merokok.

Senarai ini boleh mendorong anda untuk tidak merokok.

Hidup lebih lama.
Mencegah penyakit.
Kulit lebih sihat.
Melindungi orang lain.
Anak-anak lebih sihat.
Menjadi teladan yang baik.
Melindungi alam sekitar.
Meningkatkan kecergasan.
Meningkatkan deria rasa dan bau.
Lebih sihat.
Gigi lebih putih.
Rambut dan pakaian tidak berbau.
Kesuburan meningkat.
Menjimatkan wang.

Penyakit berkaitan rokok

Pelbagai barah seperti paru-paru, rongga mulut, esofagus, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang.

Penyakit saluran pernafasan kronik seperti bronkitis kronik, emfisima, asma bronkial dan bronkiektasis.

Tekanan darah tinggi, serangan sakit jantung dan angin ahmar.

Mudah terkena batuk kering, Hepatitis B, radang paru-paru.

Ulser peptik dan gastritis.

Penyakit kulit seperti ekszema.

Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.

Penyakit tulang.

Rambut cepat beruban.

Kulit cepat berkedut.

Luka lambat sembuh.

Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.

Kesuburan berkurangan.

Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.

Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.

Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.


Kesan Radiasi / Pancaran Kepada Kesihatan Fizikal, Mental & Emosi

Email : Zamri Keciks

Kemajuan teknologi moden yang berlaku hari demi hari telah mengubah gaya hidup manusia menjadi lebih mudah. Untuk ke sesuatu destinasi samada yang dekat mahupun yang jauh tidak lagi perlu menunggang unta atau berjalan berbulan-bulan lamanya untuk sampai. Dengan terciptanya enjin kenderaan, hanya beberapa jam sahaja masa yang diambil untuk sampai ke sesuatu destinasi yang dituju. Manusia masa kini boleh mengembara ke seluruh pelusuk dunia dengan hanya perlu menekan beberapa suis dengan kewujudan peralatan moden seperti televisyen (tv), komputer dan internet, radio dan sebagainya. Segala maklumat, rujukan, informasi dan sebagainya berada di depan mata tanpa perlu bersusah payah untuk ke sana ke mari. Begitu juga jalinan hubungan antara dua benua terjalin dengan kewujudan peralatan teknologi moden seperti telefon bimbit, internet dan sebagainya. Malah perlawanan bola sepak di Brazil boleh ditonton secara langsung oleh penduduk Malaysia dengan kewujudan satelit yang tidak terfikir oleh manusia terdahulu.

Namun disebalik kecanggihan dan kemudahan yang disumbangkan oleh teknologi moden hari ini kepada manusia, terdapat kesan negatifnya kepada kesihatan mental, fizikal juga emosi. Tanpa kita sedari sedikit demi sedikit kesihatan kita terjejas akibat terdedah secara berterusan kepada peralatan canggih seperti ini kesan daripada radiasi atau pancaran.

Kajian menunjukkan monitor komputer sebagai sumber radiasi elektrik dan magnetik (elektromagnetik) yang agak kuat. Pendedahan yang berterusan kepada pancaran ini boleh meningkatkan risiko keguguran, kecacatan bayi, beberapa jenis kanser, leukemia dan lain-lain penyakit. Walaupun bukti kukuh masih belum dijumpai, tetapi tetap dilihat ada kaitannya. Dari segi emosi, seseorang yang terdedah secara berterusan pada radiasi atau sinaran akan mengalami simtom-simtom ketidakstabilan emosi seperti panas baran (cepat marah), keliru, cemas, tidak tenteram dan sebagainya.

Kabel elektrik, transformer, peralatan elektrik, radar, television, enjin kenderaan, talipon bimbit dan semua peralatan yang menghasilkan medan elektromagnet yang dianggap bahaya kepada kesihatan mental, fizikal juga emosi.

Radiasi elektrik dan radiasi magnetik adalah berbeza, tetapi ia sering wujud secara bersama kerana semua alat yang menggunakan kuasa elektrik mengeluarkan radiasi elektromagnetik. Masalahnya material yang melindungi kita dari radiasi elektik tidak melindungi dari radiasi magnetik dan sebaliknya. Sangat sedikit produk yang melindungi kita bila terdedah secara terus kepada radiasi magnetik. Ini kerana radiasi magnetik dapat menembusi kayu, besi, batu dan tentu sekali tubuh manusia. Bagaimanapun kita bernasib baik kerana kedua-dua jenis radiasi ini menjadi semakin lemah semakin jauh ia dari puncanya.

Sel tubuh mempunyai tenaga elektrik halus yang dihasilkan melalui pergerakas elektron sel. Elektron sel menghasilkan sistem tenaga yang seimbang dan harmoni untuk membolehkan sel berhubung dengan sel-sel tubuh yang lain. Radiasi tenaga elektromagnetik asing yang berpunca dari talipon bimbit dan peralatan elektrik yang lain mengganggu dengan gelombang yang merosakkan sistem harmoni tubuh dan dalam jangka panjang merosakkan sistem komunikasi sel tubuh dan akhirnya menyebabkan penyakit.

Penggunaan BAE Synergy Sticker atau BAE Synergy Touch dapat mengurangkan risiko radiasi elektromagnetik dengan meneutralkan tenaga radiasi tersebut dan dalam waktu yang sama mempertenagakan sel-sel tubuh kerana tenaganya yang selari dengan tenaga sel tubuh. Jarak gelombang BAE ini bertindak mencegah penyinaran merbahaya daripada telefon bimbit, televisyen dan monitor komputer dengan bertindak ke atas spektrum elektromagnet. Ianya boleh dilekatkan di monitor komputer, televisyen (tv), enjin kenderaan, telefon bimbit dan sebagainya. Ianya boleh berfungsi sehingga dua tahun. Untuk maklumat lanjut, rujuk :

http://www.geocities.com/sihat2u4u/BAE.html

Jika anda ada sebarang kemusykilan, pertanyaan mahupun masalah kesihatan bolehlah diemailkan kepada pengedar_bae@yahoo.com

Sekian, Terima kasih.

Penyelewengan Fakta Royalti Minyak kelantan

Email : @yip 67
by : tokdalang


Ahli Parlimen PAS kesal dengan penyelewengan fakta yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di dewan rakyat berhubung pembayaran royalti petroleum kepada rakyat Kelantan.Pengumuman Najib bahawa kerajaan pusat akan memberikan wang ehsan kepada rakyat Kelantan, bercanggah dengan akta 144 kemajuan petroleum 1974 yang memperuntukkan lima peratus mesti diberikan kepada negeri pengeluar minyak.

Salahuddin Ayub (PAS - Kubang Kerian ) berkata, pembayaran wang ehsan yang diputuskan itu jelas bertentangan dengan akta 144 kemajuan petroleum 144 dan merupakan satu pembohongan terhadap rakyat Kelantan.

“PAS kesal dan dukacita dengan jawapan perdana menteri tadi tentang pembayaran royalti minyak yang ditukar dengan wang ehsan. Jelas ianya penyelewengan fakta yang terkandung dalam akta 144 petroleum negara yang jelas memberikan lima peratus untuk negeri yang mengeluarkan minyak,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di lobi parlimen pagi tadi.

Beliau juga berkata, rakyat Kelantan tidak mengharapkan wang ehsan sebaliknya mahu hak mereka ke atas royalti minyak dikembalikan.

“Rakyat Kelantan bukan peminta sedekah. Mereka memperjuangkan hak di atas semangat federalisme. Kita (ahli parlimen PAS) akan perjuangkan hak ini dan jelas jawapan perdana menteri tadi bertentangan dengan semangat federalisme, bertentangan dengan perlembagaan dan akta 144 petroleum yang disebut tadi,” tegasnya yang juga Naib Presiden PAS.

Beliau di dewan rakyat pagi tadi meminta Najib menyatakan bilakah tuntutan royalti kerajaan kelantan akan dilangsaikan petronas.

Najib dalam jawapannya berkata Kerajaan Persekutuan akan memberi wang ehsan kepada Kelantan daripada hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu mulai tahun depan.

Najib juga berkata, kerajaan Kelantan tidak berhak menerima wang royalti minyak di perairannya kerana ia terletak di kawasan bertindih.

Dr. Dzulkifly Ahmad (PAS Kuala Selangor) pula mahu tindakan undang-undang diambil terhadap Najib yang juga menteri kewangan kerana menyelewengkan fakta dengan mensyaratkan kedudukan telaga minyak mesti tiga batu nautika dari darat untuk mendapat royalti sedangkan dalam akta petroleum tidak disebutkan syarat itu.

“Jelas perdana menteri tadi melakukan penyelewengan fakta dengan menyebut tentang pensyaratan 3 batu nautika sementara akta 144 petroleum tidak dinyatakan syarat ituuntuk berikan royalty,” tegasnya.

Sementara itu, Datuk Mahfuz Omar (PAS Pokok Sena) pula menyifatkan Najib sebagai pengecut kerana tidak berani mengambil tindakan yang betentangan dengan tindakan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menarik kembali royalti minyak yang diberikan kepada rakyat Terengganu apabila PAS mengambil alih pemerintahan negeri itu.

“Saya melihat Datuk Seri NAjib begitu kerdil dan takut untuk mengambil tindakan yang sama dengan bekas perdana menteri dahulu, Tun Mahathir,”

“Tun Mahathir pernah tarik balik riyalti minyak Terengganu apabila PAS perintah negeri itu. Jadi tindakan yang sama dibuat apabila telaga minyak dan gas ditemui di Kelantan,” katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Menurut beliau juga, PAS akan mendapatkan bantuan daripada pakar undang-undang untuk mengambil tindakan kepada kerajaan persekutuan yang telah menafikan hak rakyat Kelantan.

“Kami akan bincang dalam parti untuk memberi nasihat kepada kerajaan Kelantan untuk dengan bantuan penasihat undang-undang untuk ambil tindakan perundangan sepertimana kerejaan Terengganu di bawah pimpinan PAS satu masa dahulu menyaman kerajaan pusat yang telah menafikan hak kerajaan negeri,” katanya.

Khalid Samad (PAS Shah Alam) pula menegaskan kerajaan pusat tidak berhak ke atas royalti minyak itu kerana laporan kewangan petronas mengakui negeri-negeri pengeluar minyak di Malaysia adalah Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan.

“Ia bercanggah dengan laporan kewangan petronas yang menyebut negeri-negeri pengeluar minyak di malaysia adalah Sabah, Sarawak Terengganu dan kelantan. Berdasarkan kepada laporan, ia mengakui ia milik kelantan. Maka royalti itu harus diserah kepada kerajaan yang dipilih rakyat,”

“Ianya bererti bahawa kerajaan pusat tidak ada hak untuk memegang wang rakyat Kelantan,” tegasnya.

Siti Zailah Mohd Yusuf (PAS Rantau Panjang) dalam pada itu meminta kerajaan menjelaskan kepada rakyat kenapa royalty yang telah sekian lama dituntut digantikan dengan pemberian wang ehsan.

Beliau turut mempersoal di bawah akta dan peruntukan manakah wang ehsan ini diberi.

“Kami mminta kerajaan jelaskan kenapa rakyat kelantan harus diberikan wang ehsan sedangkan mereka menuntut royalti minyak dikembalikan,”

“Dan kadar wang ehsan itu dikira berdasarkan akta mana?” Soalnya. -harakahdaily video -TVS


Kesesatan Akidah Umno : Fahaman Kebangsaan dan Melayu Islam

Oleh: Nash Ar-Rawy

Akdiah Umno yang dipertahankan Najib adalah termaktub di dalam ‘By Law” parti itu ,iatu: demi untuk menegakkan kebangsaan : raja-raja dan ugama Islam diperalatkan untuk mencapai tujuan tersebut. Jenama ‘MelayuIslam” digunapalkai sebagai umpan untuk memikat-ikat pengundi Melayu dengan mencantikkan assobiyyah Melayu atau Kebangsaan Melayu( Malay Nationalism) dengan ‘make up’ Islam dan dipropagandakan politik ‘MelayuIslam” ; yang mana islam dan raja hanyalah alat kerakusan kebangsaan Melayu sahaja untuk memuaskan nafsu serakah politik ‘The end justifies the means” ; suatu bentuk kezaliman ; yang tiada mengambil kira sifir halal dan haram dosa , pahala, surga dan neraka.

Bukankah fahaman kebangsaan Melayu ( MelayuIslam) adalah akidah yang sesat lagi menyesatkan. Akidah kebangsan (Nationalisme) atau assobiyyah telah di haramkan dan dikuburkan oleh Rasulillahu 1.4000 tahun yang lalu . Mengapakah akidah yang sesat ini dikorek kembali dari pusaranya dan dihidupkan semula dan dijaja , diprojeksi dan dipropagndakan ajaran dan fahaman sekular yang sesat ini kepada pengundi-pengundi Melayu .

Bukankah dalam hadis Rasulillahu menegaskan,: Barangsaiapa yang menegakkan kebangsaan dan mati kerna kebangsaan, matinya, mati jahiliyyhah.yakni. bukan sahaja jadi bodoh ; tetapi sesat dan hadis lain nabi tiada mengaku umat. Seluruh umat Islam hendaklah membuang Umno kerna menganut akidah sesat dan menyesatkan orang Melayu yang sudah Islam berpegang kepada Islam sebagai “ad-Deen” diubah kiblat oleh Umno kepada akidah baru ;iatiu fahaman kebangsaan Melayu yang dihiasi dengan “MelayuIslam” untuk menghalalkan perjuangan assobiyyah Melayu( Kebangsaan Melayu ).

‘Indian muslims”, “Malay muslims”, “American muslims”, “Arabmuslims” ,”Chinese Muslims” adalah pengenalan rupa bangsa dan anutan agama itu sahaja. Tiada bisa dijadikan bangsa sebagai asas perjuangan kerna Islam adalah ‘ rahmatan lil ;alameen” Perjuangan bangsa bukan diajar Rasulillahu tetapi; ISLAM ISLAM bukan MelayuIslam sebagai perjuangan bahkan diharamkan sekali kerna melakukan kezaliman apabila meletakkan bangsa iatiu ; MelayuIslam bukan ISLAM ISLAM sebagai dasar atau akidah dan pegangan perjuangan.

Tidak salah orang Cina sayangkan Cina, Orang India sayangkan bangsa India hatta orang Melayu sayangkan kaumnya sendiri; keturunan Melayu . Maka apasalahya menganut akidah Umno ? seperti yang dipertahankan najib dan yang dipersoalkan TGNA ?.

Sayangkan bangsa, kaum , kumpulan ethnik dan keturunan adalah fitrah semula jadi manusia yang di jadikan Maha Penciptanya perbagaian kaum dan bangsa supaya manusia itu bisa kenal mengenal antara satu sama lain budaya dan bahasa yang berbeza. Ini kebijaksaan yang Maha Esa yang mencipa perbagai bangsa dan bahasa. Bukannya bisa mencipta satu bangsa dan satu bahasa sahaja di dunia ini.

Namun sistem dan akidah yang mahu digunapai manusia Islam oleh yang Empunya Global ialah ISLAM ISLAM bukannya politik ‘MelayuIslam”. Sayangkan bangsa tidak salah , tetapi menjadikan bangsa sebagai teras perjuangan itulah ‘derailment” atau berlakunya kesesatan akidah Umno. Firmanullahu, “ Inna solati, wanusiki, wamahyaya wawamati lil lahi robbil ‘alameen” ( Sesungguhnya, solat aku, ibadat aku, hidup ku dan mati ku adalah kerna Tuhan semesta alam ). Hanya ISLAM ISLAM yang bisa menyelamatkan Melayu dan bangsa lain ; kerna MelayuIslam : Melayu tipu Melayu (Kroni elit Umnoputra) dan Melayu bunuh Melayu( Memali) “ ISLAM ISLAM is the world future constitution “(Piagam Madinah) ; “ISLAM FOR ALL “ against akidah baru “MelayuIslam” (Dunia Islam Ketawa)

Islam satu ‘complete set of life” tiada perlu di hiasi lagi dengan ‘make up’ atau kosmetik yang berjenama palsu bukan ‘ORI” ( ISLAM ISLAM); tetapi akidah baru seperti ‘MelayuIslam” atau yang sinonim dengannya hadhari Islam, sosialisme Islam, Nationalisme Islam, progresif Islam dan sebagainya yang merupakan antara fahaman sekular dunia, ajaran dan akidah sesat lagi mengesatkan.umat Islam di seluruh dunia.

"Rumah Allahu” ( Ka’abah) di mekah itu , kepunyaan ArabIslam atau MelayuIslam . Tiada bangsa dan kaum di sini kerna ianya kepunyaan UMAT ISLAM seluruh dunia . Dunia ini diciptakan Yang Empunya Global untuk di warisi oleh orang-orang yang Soleh . Al –Qur’an tiada nyatakan untuk di warisi oleh :ParsiIslam , ArabIslam, TurkiIslam, Kurdish Islam atau MelayuIslam. Tetapi , oleh orang Islam (mukmim) yang soleh dan paling bertakwa untuk menegakkan agama dan memerintah dunia dengannya .Yakni, ISLAM ISLAM bukannya dengan akidah dan perjuangan yang sesat seperti MelayuIslam atau ArabIslam. Orang Melayu jika mahu bersatu hendaklah tinggalkan perjuangan kebangsaan Melayu dan masuk Islam ; yakni, masuk perjuangan Gerakan Islam yang dipelupori PAS dan jangan tertipu dengan perangkap sesat assobiyyah yang di saluti Islam ;iaitu MelayuIslam. Tinggalkanlah MelayuIslam dan MASUK ISLAM ISLAM secara keseluruhannya ( KAFFAH) bukannya ambil sebahagian dan tinggalkan sebahagian. Contohnya Islam Hadhari, Islam cabut lari ; Hudud disalahi ; diletakkan dikandang orang salah .

Umno cuba melarikan fokus orang Melayu yang cenderung kepada PAS/Pakatan supaya jangan mengundi PAS kerna Pas ada kerjasama politik dengan DAP. Sebaliknya sokonglah Umno yang memperjuangkan ‘MelayuIslam untuk keselamatan dan masa depan orang Melayu dan Islam.dan mengajak PAS bergabung semula dengan UBN; setelah dengan ego dan bongkaknya tendang PAS keluar magerankan Kelantan.Jangan biarkan anjing tersepit gigit lagi ; cukuplah!.

Inilah fahaman sesat nationalis dan perkauman Melayu Umno yang MENOLAK ISLAM ISLAM dan menerima kebangsaan “MelayuIslam”;satu akidah baru yang sesat lagi menyesatkan kerana Rasulilahu menolak dan ,mengharamkan ArabIslam dengan hujjah bahawa ; yang paling baik di antara kamu bukan kerna kamu orang Arab tetapi sipakah yang paling bertakwa di sisi Allahu. Justeru itu, UBN hanya bisa hidup dengan isu perkauman yang dimainkan Umno, MCA dan MIC untuk menjadi juara kaum di dalam pilihanraya. Justeru kerna semua parti dalam UBN adalah parti perkauman yang bernaunsakan bangsa semata-mata.

Sedangkan massa sekarang sudah muak dengan retorik ‘MelayuIslam” jajaan Umno dan menolak gagasan perkauman UBN dan sudah mula memahami dan menerima konsep perjuangan yang universal yang tidak berasaskan kaum seperti PKR, DAP dan PAS . Apalagi PAS yang dasar perjuangannya dan akidahnya Islam yang mengenengahkan ‘ISLAM FOR ALL” dan JUSTICE FOR ALL” tanpa mengira kaum dan agama: siapa saja yang susah berhak mendapat pertolongan Negara Berkebajikan yang dipersetujui semuan kaum dan agama. Justeru itu ;Pas menolak kerjasama politik “MelayuIslam: Umno dan menerima kerjasama politik PAS DAP/PAKATAN demi untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara daripada kerosakan , kefasadan , kerakusan kezaliman ISA yang .dipaksakan ke atas massa.

Anologinya, adalah lebih afal seorang Cina yang soleh , warak dan bertakwa menjadi MB Kelantan umpamanya berbanding dengan mendapatkan seorang PM MelayuIslam yang menyekat khazanah rakyat Kelantan yakni , Royalti.sedangkan royalti di Sabah dan Sarawak bisa dibayar. Kelantan berjaya menjadi model NEGARA BERKEBAJIKAN SATU MALAYSIA. Dengan sistem pemerintahan Islam 19 tahun rekod tanpa koruspi dan hidup tanpa perkauman atau “MelayuIslam: tajaan Umno.Buang UBN berarti buang perkauman dan rasuah politik yang perlu dilakukan massa pada PRU 13 ini , insyaAllahu, pusingan untuk PAKATAN.

“ GOD IS THE GREATEST! “

KOMPONEN BN SEMAKIN RAPUH

Email : mohd hafez sabri

Krisis yang dialami oleh parti-parti komponen Barisan Nasional menunjukkan bibit perpecahan yang ada dalam Barisan Nasional. Memetik ucapan Ustaz Abu Bakar Hussain Pesuruhjaya PAS Perak beliau menyatakan, “ kini semua orang dapat melihat bagaimana krisis dalaman yang berlaku kepada UMNO, MCA, MIC serta parti komponen yang berada dalam BN begitu kronik sekali keadaannya” “ Buktinya kita dapat lihat, beberapa parti komponen Barisan Nasional mengadakan Extraordinary General Meeting (EGM) kerana saling tidak mempercayai antara satu sama lain”

Krisis dalaman BN ini semakin teruk apabila baru-baru ini ahli parlimen Sri Gading meminta Presiden Gerakan meletakkan jawatan, ini jelas menunjukkan mereka yang berada di dalam Barisan Nasional sendiri mempersoalkan kabinet yang telah mereka buat jelas Pesuruhjaya PAS Perak itu. Menambah mengenai keampuhan Barisan Nasional, beliau berkata, Barisan Nasional sebenarnya masih belum berjaya mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia, sebaliknya UMNO yang kononnya bertindak sebagai ketua di dalam Barisan Nasional sendiri berpecah sesama sendiri, walaupun 52 tahun Malaysia mengecapi kemerdekaan, kita boleh melihat bagaimana sifat perkauman masih menebal dalam hati setiap parti komponen BN terutamanya UMNO dan perkara ini jelas menunjukkan bagaimana mereka yang berjuang di atas nama perkauman, kebangsaan ataupun atas nama tanah air tidak akan kekal lama.

Krisis yang berlaku dalam komponen-komponen BN menunjukkan BN kini sedang berpecah. ”Empangan yang besar pecah bermula dari retak-retak kecil”, kias beliau mengenai Barisan Nasional yang kini dilihat tidak relevan buat rakyat Malaysia yang kini lebih terdedah dengan pelbagai sumber maklumat.

DEDIKASI UNTUK AYAHANDA DAN BONDA TERCINTA

Email : aris muhammad
http://malaysiaberih.blogspot.com/

Ketika asyik melayari blog rakan dari blog ke blog entah macamana Ambo teringat pada kedua orang tua Ambo yang telah kembali ka Rahmatullah.Timbul idea untuk menulis catatan penghormatan pada mereka.Sebagaimana semua tahu blog ini adalah blog yang teramat pro Pas,kata orang hijau pekat.Semestinya catatan ini sedikit sebanyak mengaitkan kisah kedua orang tua Ambo dengan parti yang mereka sayangi ini.Blog ini juga lambang kecintaan kami sekeluarga kepada Parti Islam Semalaysia.Keluarga kami secara keseluruhannya merupakan penyokong tulin Pas sejak turun temurun,Pas Bako he..he..

Ayahanda dan Bonda Ambo hanyalah penyokong kecil Pas yang tidak mempunyai jawatan penting dalam parti.Walaubagaimanapun Ayahanda Ambo merupakan salah seorang pengasas Pas Ranting Beris Pak Abu,kalau tak silap Ambo ditubuhkan sekitar pertengahan atau lewat tahun 60an.Komitmen kedua orang tua Ambo pada parti cukup tinggi.Ceramah mana yang mereka tidak redahi,majlis ilmu mana yang mereka tidak gagahi.Pernah satu ketika mereka bersama penduduk kampung Ambo menaiki bot nelayan ke Setiu hanya untuk mengikuti ceramah oleh Dato' Asri yang ketika itu Yang Dipertua Agong Pas.Begitu juga ketika FRU menembak gas pemedih mata dalam teragedi hitam di Kg Keluang,Besut.Mereka ada di sana waktu kejadian.Walaupun masih kecil Ambo masih ingat betapa gembiranya Ayahanda membantu jentera pilihanraya ketika PRU berlangsung.Ayahanda begitu sibuk berkempen dan memasang poster sebagai sumbangan kecilnya untuk parti.Kadang kadang Ambo pun di bawa sama walaupun Ambo tidak mengerti apa apa ketika itu.Syabas Ayahanda dan Bonda,syabas perjuangan yang Ayahanda pilih ini sememangnya perjuangan yang benar syabas Ayahanda dan Bonda.Ambo sanjung tinggi komitmen yang ditunjukkan kalian.Terima kasih kerana membimbing dan memperkenalkan kami adik beradik pada Parti Islam Semalaysia.Terima kasih Ayahanda dan Bonda,terima kasih banyak banyak.
Bukan sedikit cabaran dan dugaan yang mereka terima kerana menjadi Ahli Pas ketika itu.Mereka tidak pernah menerima apa apa bantuan yang disediakan kerajaan bagi membantu orang melayu.Bahkan nama orang tua Ambo dicicirkan dari senarai penggantian balik tapak rumah bila kerajaan mengambil tanah kami untuk projek Pangkalan Tentera walaupun rumah kami terlibat.Mereka tidak rela mengisi borang UMNO hanya kerana tanah yang sekangkang kera,mereka tidak rela meninggalkan Parti Islam Semalaysia hanya kerana harta yang tidak mempunyai apa apa nilai di dunia saki maya merca yang pada ini.Jika mereka masih hidup alangkah sedihnya mereka dengan apa yang berlaku dalam Pas mutakhir ini. Sungguhpun begitu hasil dari penat jerih memerah keringat dapat juga mereka menunaikan fardhu haji dan meninggalkan sedikit harta untuk anak anak.Terima kasih tidak terhingga Ayahanda dan Bonda.Rezeki di tangan Tuhan bukan di tangan UMNO.AL-FATIHAH BUAT KEDUA ORANG TUA AMBO SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN BERSAMA MEREKA YANG BERIMAN.

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Israk Mikraj : Golongan Lelaki Dan Wanita Ahli Neraka

Benarkah Lelaki Selamat Dari Azab Neraka..?

Kalau dilihat secara renungan makrifat, terdapat satu hadis Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang menceritakan pengalaman baginda bertemu Allah SWT di Sidratul Muntaha malam Israk Mikraj, di mana Allah SWT telah memperlihatkan kepadanya keadaan wanita yang kebanyakan mereka dihumban dalam api neraka lantaran beberapa kesalahan semasa berada di dunia.

Namun ia bukan bermakna bahawa orang lelaki terselamat daripada panas api neraka dan dimasukkan dalam syurga Allah yang penuh dengan pelbagai nikmat yang luar biasa, yang terkadang tidak tergambar oleh akal fikiran manusia semasa hidup di dunia.

usteru, apabila kita lihat beberapa istilah dalam al-Quran, menggambarkan kepada kita bahawa orang lelaki juga tidak kurang menjadi penghuni neraka. Ini berdasarkan keterangan al-Quran seperti istilah ‘Ashabun Nar’ (ahli neraka), al-Kafirun, al-Fasiqun, al-Munafiqun, az-Zolimun dan juga istilah yang disebut oleh baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam seperti golongan ‘dayus’, peminum arak dan anak-anak derhaka.

Apa yang menarik perhatian dalam isu yang ingin dibangkitkan di sini ialah golongan dayus seperti yang ditegaskan dalam sebuah hadis baginda. Ramai daripada kalangan umat Islam hari ini tidak menyedari bahawa mereka boleh termasuk golongan yang dayus dan tempat golongan ini di akhirat tidak lain adalah neraka.

Siapa Golongan Dayus..?

Mengapa neraka bagi golongan dayus? Golongan dayus ini sama ada seorang ayah yang membiarkan anak-anak gadis mereka keluar rumah tanpa mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna begitu juga seorang suami yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat seperti tidak memakai tudung kepala hingga di bawah perhiasan mereka.

Termasuklah membiarkan pembantu rumah di kalangan wanita asing yang dibiarkan tidak menutup aurat, maka suami tadi tidak berhak masuk syurga kerana membiarkan isteri dan pembantu rumahnya tidak menutup aurat seperti yang ditegaskan oleh al-Quran.

Lelaki ramai masuk neraka?

Kalau dilihat secara renungan makrifat, terdapat satu hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang menceritakan pengalaman baginda bertemu Allah SWT di Sidratul Muntaha malam Israk Mikraj, di mana Allah SWT telah memperlihatkan kepadanya keadaan wanita yang kebanyakan mereka dihumban dalam api neraka lantaran beberapa kesalahan semasa berada di dunia.

Namun ia bukan bermakna bahawa orang lelaki terselamat daripada panas api neraka dan dimasukkan dalam syurga Allah yang penuh dengan pelbagai nikmat yang luar biasa, yang terkadang tidak tergambar oleh akal fikiran manusia semasa hidup di dunia.

Justeru, apabila kita lihat beberapa istilah dalam al-Quran, menggambarkan kepada kita bahawa orang lelaki juga tidak kurang menjadi penghuni neraka. Ini berdasarkan keterangan al-Quran seperti istilah ‘Ashabun Nar’ (ahli neraka), al-Kafirun, al-Fasiqun, al-Munafiqun, az-Zolimun dan juga istilah yang disebut oleh baginda Rasulullah s.a.w. seperti golongan ‘dayus’, peminum arak dan anak-anak derhaka.

Apa yang menarik perhatian dalam isu yang ingin dibangkitkan di sini ialah golongan dayus seperti yang ditegaskan dalam sebuah hadis baginda. Ramai daripada kalangan umat Islam hari ini tidak menyedari bahawa mereka boleh termasuk golongan yang dayus dan tempat golongan ini di akhirat tidak lain adalah neraka.

Mengapa neraka bagi golongan dayus? Golongan dayus ini sama ada seorang ayah yang membiarkan anak-anak gadis mereka keluar rumah tanpa mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna begitu juga seorang suami yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat seperti tidak memakai tudung kepala hingga di bawah perhiasan mereka.

Termasuklah membiarkan pembantu rumah di kalangan wanita asing yang dibiarkan tidak menutup aurat, maka suami tadi tidak berhak masuk syurga kerana membiarkan isteri dan pembantu rumahnya tidak menutup aurat seperti yang ditegaskan oleh al-Quran.

Peristiwa wanita ke neraka pada malam Mikraj

Sayidina Ali k.w. berkata: “Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah s.a.w. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?”

Baginda s.a.w. menjawab: “Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka.”

Ali bertanya: “Apakah yang ayahanda lihat di sana?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).

“Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. “Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.

“Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka.”

Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: “Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?”

Rasulullah s.a.w. menjawab: “Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.

“Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya. Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

“Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.

“Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.

“Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.

“Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya.”

Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah.”

Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, aku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan.”

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan.”

Rasulullah s.a.w. ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda s.a.w. menjawab: “Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup.” (Hadis riwayat Bukhari)

Alhamdulillah, peristiwa ini banyak menyedarkan dan memberi pengajaran.. Janganlah kita tergolong dalam golongan yang suka menangguhkan ‘T A U B A T’. Kita tidak tahu, bilakah masanya Allah Subhanahu Wata’ala akan perintahkan jantung kita untuk berhenti bekerja, langsung anggota tubuh badan yang lain pun akur lalu nyawa pun dicabut..?

Bila datang perintah Allah, maka sudah pasti tubuh badan kita tidak mampu menidakkannya.. Namun.. Berapa banyakkah perintah Allah selama ini kita nafikan..?

Parti SPRM Meneruskan Gimik Berpolitik

Oleh : Zabidie Abas

Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti biasa mengeluarkan kenyataan kononnya berbentuk kejujuran kepada marhaen.

Telah sekian lama ketirisan dan kekayan dimiliki oleh wakil rakyat UMNO-BN, baru kini mewawarkan pembentukkan pasukan penyelewangan Wakil Rakyat dan Ahli Parlimen. Sudah tentu ianya kenyataan politik.

Sejak 11 tahun lepas marhaen dan Pakatan Rakyat memberi bukti dan lapuran kepada SPRM, hingga kini ratusan pembongkaran tiada jawapan.

Malah banyak yang tiada siasatan langsung seperti harta kekayan Khairi Jamaluddin , pembeli helikopter dan ratusan lainnya.

Di Johor sendiri, isu Kg. Plentong Tengah, isu hutan simpan dan banyak lagi tiada jawapan juga yang melibatkan wakil rakyat UMNO-BN.

Jadi, adakah marhaen percaya SPRM kini berkokok lagi untuk menubuhkan pasukan pemantau wakil-wakil rakyat. Ataupun hanya untuk menjerat wakil Rakyat Pakatan Rakyat.

Pencatat teruja bila Tan Sri Kasitah Gadam didakwa oleh SPRM (BPR), namun hanya pendakwaan untuk memancing undi kononnya UMNO-BN dan SPRM telus.

Bukti lengkap, dan Kasitah sedang bersantai ketika ini. Sampai bila SPRM mahu berpolitik.

Speaker: Badrul belum dianggap ADUN Bebas

ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah setakat ini masih belum dianggap sebagai wakil Bebas kerana speaker dewan undangan negeri (DUN) Selangor, masih belum menerima notis rasmi daripada bekas wakil rakyat PKR tersebut.

Speaker Teng Chang Khim berkata beliau kini meletakkan kerusi Badrul di satu ruang yang hampir dengan blok BN kerana Badrul telah menyatakan sokongan kepada parti itu.

Teng menjelaskan, Badrul perlu menghantar notis rasmi kepadanya untuk dilayakkan sebagai wakil rakyat bebas di DUN berkenaan.

"Beliau kini berada di pulaunya sendiri. Anda boleh lihat dia kini berada (di kedudukan) terasing. Tidak ada tempat lain lagi untuk letakkan dia, jadi saya letak dia di situ.

"Ianya lebih dekat dengan pembangkang sebab dia kata dia sokong pembangkang. Tapi dia perlu dijarakkan daripada pembangkang sebab dia bukan daripada pembangkang," tambahnya.

Teng telah menulis kepada Badrul untuk mengesahkan kedudukannya, susulan daripada kenyataan terbuka ADUN Pelabuhan Klang itu untuk menjadi wakil Bebas tetapi setakat ini masih belum mendapat jawapan.

"Kita telah menulis kepadanya, tapi dia belum membalas dan ini sangat tidak patut. Kita telah minta dia sahkan tetapi dia tidak sahkan, jadi pagi ini saya letakkan dia di situ dan dia tidak membantah," katanya.

Ikut cara politik

Menurut Teng lagi, beliau juga tidak mempunyai kuasa untuk memecat Badrul sebagai wakil rakyat, melainkan membiarkan ia dilakukan secara politik.

"Semuanya secara politik. Menurut undang-undang saya tidak boleh paksa Badrul meletak jawatan sebagai wakil rakyat, tetapi tentullah ada cara politik," katanya semasa sidang dewan berhenti rehat tengahari ini.

"Jika mereka hendak paksa, ianya secara demonstrasi. Jika mereka ada memorandum, mereka boleh datang dan berikan kepada (Badrul). Kalau tak boleh hubungi dia, boleh hantar melalui pejabatnya," katanya lagi.

"Dia tidak ada buat apa-apa kesalahan. Dia tak ada lakukan apa-apa yang melanggar perlembagaan, jadi tidak ada apa yang saya boleh lakukan," kata Teng lagi.

Dalam pada itu, Teng turut mengecam tindakan sebilangan penyokong Pakatan Rakyat hari ini yang menyinggung perasaannya dengan bertindak menghantar memorandum bantahan untuk ADUN Pelabuhan Klang melalui pejabatnya.

Kira-kira 30 penyokong Pakatan mengadakan demonstrasi di perkarangan DUN berkenaan pagi ini bagi mendesak Badrul meletak jawatan sebagai wakil rakyat.

Teng berkata beliau ada mengarahkan seorang petugasnya untuk menerima memorandum tersebut kerana menganggap dokumen tersebut ditujukan kepadanya.

Menyalahi protokol

"Untuk meredakan ketegangan, saya beri arahan untuk terima memorandum tersebut, tetapi apabila saya baca, saya dapati ianya adalah untuk wakil daripada pejabat saya untuk serahkan kepada Badrul, saya rasa tersinggung," katanya.

Jelasnya, tindakan itu juga menyalahi protokol dan sesuatu yang tidak sopan kerana pejabat speaker tidak boleh dianggap sebagai "pejabat pos" apabila diperlakukan sebegitu.

"Bila Badrul enggan jumpa mereka, (ADUN Seri Setia yang juga setiausaha politik menteri besar (Nik Nazmi Nik Ahmad) menawarkan diri untuk terima memeroandum itu dan serahkan kepada Badrul, tapi mereka enggan.

"Mereka bertegas supaya wakil daripada pejabat speaker datang jumpa mereka dan serahkan memorandum kepada Badrul.

"Pejabat speaker bukanlah sebuah pejabat pos. Speaker bukan seorang posmen dan saya rasa ini menyalahi protokol dan sangat tidak sopan," katanya lagi.

MalaysiaKini/-

Ahli PAC: Siasat Ling berhubung skandal PKFZ

DAP menggesa pihak berkuasa supaya menyiasat bekas presiden MCA yang juga bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik berhubung peranannya dalam meluluskan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), ekoran pendedahan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) dalam siasatannya terhadap skandal tersebut.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua juga menggesa pihak kerajaan supaya mendeklasifikasikan minit mesyuarat kabinet, yang tidak diperolehi PAC ketika menjalankan siasatan tersebut.

Katanya, sewaktu dikemukakan soalan-soalan penting ketika memberi keterangannya kepada PAC, Ling menjawab 'tidak ingat' atau lebih kurang demikian, tidak kurang 11 kali, dan sekaligus menimbulkan keraguan terhadap kebenaran jawapannya.

Bercakap kepada pemberita, Tony yang juga ahli PAC berkata, Ling menafikan bahawa kementerian pengangkutan - sewaktu beliau menjadi menteri - mempunyai sebarang perananan dalam memuktamadkan perjanjian membeli tanah dengan Kuala Dimensi Sdn Bhd.

Menurut laporan PAC, Ling berkata bahawa perbendaharaan - yang diketuai oleh perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad - yang bertanggungjawab.

Bagaimanapun, Pua berkata, keterangan pegawai kerajaan dan surat-surat Jabatan Perkhidmatan Harga (JPPH), mengesahkan bahawa kementerian tersebut yang meminta nilai tanah tersebut disemak lebih tinggi, daripada RM17 sekali persegi kepada RM25 per kaki persegi.

MalaysiaKini/-

Asri sedia sertai politik jika dihalang ceramah...

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau sedia menyertai politik sebagai jalan terakhir jika usahanya untuk menyebarkan dakwah melalui ceramah agama berdepan dengan halangan.

Menurutnya, beliau memang tidak bercadang menyertai politik dan lebih menumpu kepada usaha menyebarkan pemikiran Islam yang dianggap luas kerana Islam adalah agama untuk semua.

"Tapi jika semua pintu tertutup dan saya tidak boleh bercakap melainkan boleh bercakap dalam pentas politik, terpaksa berfikir lain. Saya harap ini tidak akan berlakulah," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas mengunjungi Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu hari ini.

Mohd Asri ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) baru-baru ini kerana didakwa berceramah tanpa tauliah di negeri itu.

Beliau kemudian dihadapkan ke Mahkamah Syariah tetapi tidak ada pertuduhan dikenakan terhadapnya.

Asri turut menafikan bahawa pertemuannya dengan Nik Aziz sebagai usaha ke arah mendekati politik.

Sebaliknya, kata beliau, ia adalah sebagai tanda hormat kerana Nik Aziz sebelum ini turut memberi sokongan kepadanya dalam gerakan dakwah. - Bernama

MalaysiaKini/-

K'jaan S'gor beli hutang Talam Corporation

Kerajaan Selangor "membeli" hutang daripada sebuah anak syarikatnya Talam Corporation untuk meningkatkan pendapatan negeri itu kepada RM392 juta melalui syarikat Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) yang baru dinaik taraf sebagai syarikat utama.

Langkah ini yang diluluskan melalui bajet tambahan kerajaan negeri dalam DUN Selangor hari ini, juga akan membolehkan MBI mengambil alih pengutipan hutang daripada syarikat berkenaan ke atas beberapa anak syarikat kerajaan negeri yang tertunggak sejak 10 tahun lalu.

DUN yang bersidang sebagai jawatankuasa hari ini bersetuju untuk memasukkan hutang tersebut sebagai satu peruntukan kerajaan negeri, kata menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim dalam sidang media petang ini.

Katanya, bebanan hutang berkenaan kini telah dipindahkan kepada kerajaan negeri secara geran manakala MBI yang dahulunya berada di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), kini diberikan lebih kuasa untuk memungut hutang berkenaan.

Tambahnya, anak-anak syarikat kerajaan negeri itu, termasuk di bawah KDEB, dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), diberi masa selama tiga bulan untuk melangsaikan hutang tersebut kepada MBI.

Khalid menjelaskan, langkah penstrukturan itu tersebut perlu dilakukan untuk mengikut tatacara dan ini telah menyelesaikan isu ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam mentadbir perbendaharaan kerajaan negeri.

"Saya akan buktikan kita ada banyak sumber yang kita telah buka dan dapatkan kembali," kata Khalid yang turut menjelaskan persetujuan telah dicapai antara kerajaan negeri dan anak syarikat tersebut untuk memindah hutang itu dalam satu perjanjian.

"Hutang ini telah berlaku sejak 10 tahun lalu tapi tak pernah dikutip... Sebelum ini amaun hutang tersebut tidak pernah diiktiraf sepenuhnya atau direkod dengan teliti dalam kewangan anak-anak syarikat kerajaan negeri," katanya.

Katanya lagi, menteri besar BN sebelum ini juga "gagal mengatur keutamaannya" dalam mengurus kewangan negeri itu.

"Bukan sahaja tidak mengutip hutang anak-anak syarikat malah guna untuk perbelanjaan Balkis dan lawat-melawat," katanya lagi.

Tambahnya, kerajaan Selangor juga tidak akan membuang masa "membeli penyapu untuk memungut hutang yang hanya beberapa juta ringgit" di pejabat daerah dan PBT, seperti yang dilakukan bekas menteri besar Datuk Seri Khir Toyo sebelum ini.

"Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor bertekad untuk meneruskan usaha bagi memastikan semua urusan perniagaan dan perbelanjaan yang boleh memberi keuntungan maksimum kepada rakyat dan usaha ini termasuk pelunasan hutang," katanya.

MalaysiaKini/-

Mayat Teoh digali 21 November

Mayat Teoh Beng Hock akan digali semula pada 21 November ini dan bedah siasat akan dijalankan pada hari berikutnya.

Mahkamah koroner hari ini memerintahkan supaya mayat Teoh Beng Hock digali semula pada 21 November depan manakala bedah siasat dijalankan pada hari berikutnya di Hospital Sungai Buloh.

Bedah siasat itu akan dijalankan oleh ahli forensik patologi Dr Shahidan Md Noor.

Pada 27 Oktober lalu, Keluarga Teoh memfailkan permohonan untuk menggali mayatnya ekoran pendedahan ahli patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand dan kematiannya mungkin disebabkan homisid.

Permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 335 Kanun Prosedur Jenayah dan disokong oleh afidavit abang Teoh - Meng Kee.

Mahkamah juga memutuskan bahawa Pornthip boleh menghadiri bedah siasat kedua itu.

Teoh ditemui mati pada 16 Julai lalu, selepas disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sementara itu, Bernama melaporkan, Koroner Azmil Muntapha Abas juga memerintahkan supaya bedah siasat kedua itu dikendalikan oleh seorang pegawai perubatan dengan kehadiran empat pakar forensik lain iaitu Dr Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant Naresh Samberkar, Dr Pornthip Rojanasunand dari Thailand dan seorang lagi yang akan dilantik oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bagaimanapun butiran terperinci mengenai proses bedah siasat itu, termasuk bila dan di mana ia akan dilakukan, hanya akan ditentukan oleh mahkamah Isnin depan.

Dalam prosiding hari ini, peguam Datuk Abdul Razak Musa bagi SPRM menarik perhatian mahkamah bahawa Dr Pornthip tidak berkelayakan dari segi undang-undang di Malaysia untuk mengendalikan proses bedah siasat terhadap mayat Teoh.

"Ini kerana pakar forensik Thailand itu menerima kelulusan perubatannya dari universiti yang tidak diiktiraf di bawah senarai 250 universiti perubatan dalam Jadual Kedua akta tersebut," katanya.

Peguam Gobind Singh Deo, bagi keluarga Teoh, memohon mahkamah supaya membenarkan Dr Pornthip menghadiri proses bedah siasat itu dan membuat pemerhatian bagi membolehkannya menyediakan laporan forensik.

"Kami juga memohon supaya Dr Pornthip dibenarkan untuk memberi keterangan sekali lagi ke mahkamah ini dan membentangkan hasil laporan forensiknya.

"Kami merasakan pendapat Dr Pornthip adalah amat relevan dalam prosiding inkues ini bagi membantu mahkamah membuat penemuan mengenai sebab-sebab kematian mendiang dan sama ada terdapat unsur jenayah dalam kematiannya," kata peguam itu yang turut memaklumkan bahawa Dr Pornthip sedia menghadiri bedah siasat bermula 14 November depan.

Gobind juga berkata koroner mempunyai bidang kuasa untuk melantik seorang pegawai perubatan bagi menjalankan bedah siasat ke atas mayat Teoh.

Beliau juga tidak membantah sekiranya bedah siasat itu dihadiri oleh Dr Khairul Azman dan Dr Prashant, yang telah menjalankan autopsi ke atas mayat Teoh sebelum ini, serta seorang pakar forensik bebas yang dilantik SPRM.

Peguam Tan Hock Chuan, mewakili kerajaan Malaysia serta peguam Malik Imtiaz Sarwar, bagi kerajaan negeri Selangor, tidak membantah permohonan itu.

"Kami bersetuju bahawa keluarga si mati berhak untuk mengetahui punca sebenar kematian Teoh dan apa yang berlaku pada 16 Julai lalu.

"Kesemua pihak (peguam) dalam prosiding inkues ini bersetuju untuk membantu koroner dalam hal ini dan kami juga bersetuju bahawa doktor-doktor terbabit dibenarkan untuk menghadiri bedah siasat Teoh," kata Tan.

Pada 16 Julai, Teoh, setiausaha politik kepada anggota EXCO Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam selepas memberi kenyataan mengenai dakwaan salahguna peruntukan kerajaan negeri di pejabat SPRM yang terletak di bangunan yang sama.

Mayatnya telah dikebumikan empat hari kemudian di Nirwana Memorial Park, Semenyih, Selangor.

MalaysiaKini/-

Ronnie Liu nafi dakwaan bantu PKM

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor Ronnie Liu hari ini berkata beliau tidak pernah terlibat dalam membantu pergerakan Parti Komunis Malaya (PKM) sebelum ini seperti didakwa oleh sebuah blog, unspinners.blogspot.com.

Ketika ditemui di luar sidang dewan undangan negeri di Shah Alam hari ini Liu berkata beliau tidak pernah mengadakan sebarang hubungan atau menyalurkan sebarang bantuan kepada PKM sama ada tenaga, makanan atau ubat-ubatan seperti didakwa laman blog itu.

Tegasnya, dakwaan laman blog itu adalah fitnah dan tidak berasas yang bertujuan menjatuhkan imejnya selaku wakil rakyat pakatan pembangkang di Pandamaran, Selangor.

Selain menafikan penyaluran bantuan kepada PKM, Liu juga turut menolak dakwaan beliau pernah bertemu dengan bekas Setiausaha Agung PKM, Chin Peng di sempadan Thailand seperti yang didakwa.

Beliau berkata:"Saya tak tahu menahu mengenai perkara ini. Saya tidak pernah terlibat dalam aktiviti PKM. Saya ingat ini satu tuduhan terhadap saya yang mempunyai motif tertentu.

"Saya tidak pelik dengan dakwaan ini kerana sebelum ini terdapat pelbagai dakwaan yang mengaitkan saya dengan perkara tidak baik seperti 'mengarahkan mendiang Teoh Beng Hock dibunuh' serta mempunyai hubungan dengan kongsi gelap," katanya.

Ketika ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis mengenai dakwaan dalam blog itu, Liu berkata beliau tidak akan berbuat demikian kerana blog berkenaan tidak mempunyai maklumat seperti penulis serta pihak yang bertanggjawab mengendalikannya.
- Bernama

MalaysiaKini/-

SPRM: Jangan spekulasi siasatan PMBK

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan yang sedang dijalankan SPRM terhadap Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Dalam satu kenyataan hari ini, SPRM berkata ini memandangkan siasatan masih dijalankan.

Oleh itu, SPRM berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sehinggalah siasatan selesai dijalankan.

Menurutnya, isu siasatan terhadap PMBK kini diberi liputan meluas oleh pihak media dan mendapat perhatian masyarakat.

"SPRM juga mengharapkan sokongan orang ramai dalam usaha SPRM memerangi jenayah rasuah," kata kenyataan itu lagi.

Sabtu lalu, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan berkata terpulanglah kepada SPRM untuk menyiasat sesiapa sahaja termasuk menantunya, Ketua Pegawai Eksekutif PMBK, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman yang dituduh melakukan pecah amanah.

SPRM baru-baru ini telah menyiasat dakwaan itu dan telah ke pejabat Abdul Ariffahmi bagi menyiasat dakwaan penulis blog tersebut.

MalaysiaKini/-

Selangor mahu jadi hab ilmuan

KLANG, 9 Nov: Walaupun Selangor terus panas dengan politik namun kerajaan negeri Selangor terus menerus dengan projek untuk kepentingan rakyat negeri itu dan yang terkini mahu menjadikan Selangor hab ilmuan di negara ini.

Semalam, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim melancarkan program Jejak Ilmuan bagi membolehkan rakyat negeri itu khasnya golongan mudanya mendapat panduan dan bimbingan yang jelas dari para ilmuan di negeri itu.

Bagi Khalid, inilah antara caranya untuk membolehkan para pelajar negeri itu mendapat panduan yang jelas dalam mengikuti jejak langkah mereka yang telah berjaya.

Melalui program Jejak Ilmuan ini, Selangor melalui Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insannya mahu anak-anak Selangor dan rakyat negara ini dari negeri lain mendapat panduan yang jelas dalam menuntut ilmu.

“Jejak Ilmuan satu program untuk menarik masyarakat di negeri Selangor untuk memahami konsep ilmu itu ialah satu harta dan harta yang penting," kata Khalid dalam ucapan perasmiannya.

Bagi beliau, dengan adanya ilmu itu, masyarakat akan dapat mempertingkatkan pembangunan selari dengan keinginan negeri Selangor untuk mengorak langkah ke depan.

Kalau dahulunya, Selangor bergantung kepada pembuatan, perkhidmatan kerajaan dan pertanian kini Selangor bakal menjadi hub ilmuan dan pendidikan terkemuka di rantau ini, kata Khalid.

Melalui program ini, pakar dan cendekiawan negeri dihimpunkan dan akan menyumbangkan kepakaran mereka untuk pembangunan Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata demikian selepas merasmikan program Jejak Ilmuan Peringkat Negeri Selangor di Dewan Hamzah
Majlis Perbandaran Klang, semalam.

Program ini merupakan inisiatif Exco kerajaan negeri, Dr Halimah Ali dengan matlamat memacu Selangor ke arah negeri maju berteraskan budaya ilmu.

“Melalui Jejak Ilmuan ini, kita akan menacari, menjejaki ilmuan-ilmuan yang ada di Selangor untuk diperkasakan, persadakan, dimasyarakatkan dan kita naikkan taraf mereka sehingga ke peringkat antarabangsa,” kata Dr Halimah.

Dr Halimah ketika ditemui menambah, Kerajaan Negeri mahu melahirkan lebih ramai cerdik-pandai dengan menjadikan pakar dan cendekiawan sebagai ikon
kejayaan.

“Kita mahu melahirkan ilmuan-ilmuan baru yang bakal yang akan belajar apakah langkah-langkah ataupun critical steps yang perlu diambil dan mereka harus pelajari dengan ilmuan yang sudah berjaya.

“Dengan ilmu ini akan menjadikan merealisasikan hala tuju Selangor 2025 untuk menjadi maju, sejahtera dan berkebajikan idaman semua orang akan benar-benar tercapai,” jelasnya.

Menurut Dr Halimah, usaha menjejaki ilmuan ini penting untuk mengelakkan penghijrahan tenaga pakar tempatan ke luar negara.

Katanya, Jejak Ilmuan ini terbahagi kepada 4 kategori iaitu Jelajah Ilmuan, Pementoran IPT Selangor, Tunas Ilmuwan dan Hari Ilmu Negeri Selangor.

Antara tokoh jemputan pada majlis ini ialah Timbalan Naib Canselor Akademik Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad; Pengarah Bio-IT Selangor Unisel, Prof Emeritus Dr Abdul Latif Ibrahim; Ketua Pegawai Teknologi Significant Technologies Sdn Bhd, Dr Mohd Khazani Abdullah dan Dekan Fakulti Sains Gunaan Matematik Unisel, Prof Madya Dr Mohd Khushairi Mohd Rajuddin.

Turut hadir Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud dan Presiden Unisel, Datuk Dr Rusdi Sarowono.

HarakahDaily.Net/-

PAS lebih terbuka daripada Umno-BN

Seminar Memperkasakan Pas telah membawa satu dimensi baru kepada dunia baru Pas. Walaupun masih ada kedengaran cakap-cakap belakang selepas berakhirnya seminar tersebut.Apa yang pasti Pas hari ini berjaya membuktikan keterbukaan dan ketelusan Pas untuk membina kekuatan dan imej baru merentasi persepsi negatif yang sering dilontarkan oleh media dan pemimpin parti lawan.

Pas bersedia dan berani menjemput tokoh profesional yang tidak berkaitan dengan Pas untuk 'membedah' bagi mencari sebarang punca atau wabak penyakit yang mungkin berlaku. Pas memberi peluang sebebas-bebasnya tanpa syarat kepada dua tokoh akademik iaitu pensyarah Universiti Islam Antarbangsa (UIA) Prof. Dr. Abdul Aziz Bari dan pensyarah dari Universiti Malaya (UM) Dr. Abu Hassan Hasbullah untuk memberi pandangan kritikal mereka tentang hala tuju dan perjuangan Pas masa kini.

Dalam masa yang sama Pas membenarkan semua media tanpa mengira latar belakang politik untuk membuat liputan tanpa halangan atau syarat. Media yang sering memberi laporan senget sebelah dibenarkan membuat liputan tanpa had dan batasan.

Apa yang dibuktikan dalam seminar yang dianjurkan oleh Pas membuktikan Pas adalah sebuah parti yang terbuka dan bersedia mendengar pandangan dan kritikan berbeza dengan persepsi negatif sebelum ini bahawa Pas sebuah parti yang tertutup dan jumud.

Sebaliknya ia sebagai tempelakan kepada Umno yang sebenarnya tertutup dan jumud yang tidak sanggup serta gentar berhadapan dengan media selain dengan media pro mereka. Buktinya dalam Persidangan Agong Umno yang terbaru bukan sahaja media yang tidak sehaluan seperti Harakah dan Siasah tidak dibenarkan membuat liputan tetapi media berkecuali seperti Malaysiakini, Malaysia Insider dilarang sama sekali memasuki dewan untuk membuat liputan.

Semoga segala resolusi seminar akan segera diterjemahkan untuk memastikan Pas terus mewarnai arus perdana.

HarakahDaily.Net/-

Khalid dan Saifuddin antara panel forum "Sistem Dua Parti" anjuran PSM

KUALA LUMPUR, 9 Nov: Bagi merungkai beberapa persoalan berkaitan amalan sistem dua parti, Parti Sosialis Malaysia (PSM) akan menganjurkan satu forum bertajuk 'Sistem Dua Parti-suatu analisa kritikal' pada 14 dan 15 November ini.

Bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur, forum berkenaan dijangka menampilkan beberapa orang panel terdiri dari ahli politik, aktivis dan ahli perundangan.

Antara mereka termasuklah, Ahli Parlimen Shah Alam,-Khalid Samad, Machang-Saifuddin Nasution, Klang- Charles Santiago, aktivis peguam Haris Ibrahim dan wakil parti Turn Left Thailand, Vipar Daomanee.

Mereka dijangka akan mengupas dan merungkai tiga persoalan utama berkaitan keberkesanan sisitem dua parti dan amalan di negara lain, persoalan sama ada penukaran parti membawa kepada penukaran sistem pemerintahan dan teori politik berperingkat.

Tajuk ini antara lain diforumkan ekoran pencapaian terbaik pakatan pembangkang atau sekarang Pakatan Rakyat (PR) sejak Pilihan raya Umum ke 12 tahun lalu.

Keputusan PRU ke-12 dan beberapa siri pilihan raya kecil dimenangi PR membuka harapan bahawa mereka mampu menukar kerajaan BN untuk memerintah buat kali pertama.

Ianya juga mencetuskan suasana politik baru Malaysia yang dilihat semakin matang ke arah kewujudan sistem politik dua parti iaitu BN dan PR.

Namun beberapa persoalan seperti diatas timbul dan memerlukan perjernihan.

Selain forum tersebut, satu lagi topik menarik akan dibentangkan iaitu bertajuk 'Perlukah Kuasa Ketiga' oleh tiga panel.

Mereka adalah Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Mohammad Sabu, penyelidik dan bekas Adun dari GERAKAN Toh Kin Voon, dan Setiausaha Agung PSM S.Arutchelvan.

kepada yang berminat menyertai forum tersebut, boleh menghubungi Bawani di 016-9008202 , email banu_minnal@yahoo.co atau Segar di 016-5582644 atau S.Arutchelvan- 019-2537791, email di arul.psm@gmail.com.

HarakahDaily.Net/-


Yi Ming Jing Ren : Satu Teriakan Menggegarkan Dunia

Pada zaman Negeri-Negeri Berperang, negeri Qi ditadbirkan oleh raja Qiwei. Bagaimanapun, baginda selalu bersikap acuh tak acuh terhadap urusan negara, dan asyik menghabiskan masa dengan minum arak dan makan sepuas-puasnya sambil ditemani gundik-gundik yang cantik, sehingga azam dan cita-cita luhur yang ditunjukkannya ketika naik takhta beransur-ansur pudar. Keadaan ini menyebabkan negeri Qi berada di ambang kehancuran.

Pada ketika itu, ada seorang pegawai bernama Chunyu Kun yang amat bijak dalam menggunakan metafora ketika memberikan nasihat kepada raja. Kebanyakan cadangan yang dikemukakannya selalunya diterima oleh raja. Memandangkan Raja Qiwei sangat suka akan teka-teki, Chunyu Kun cuba memikirkan satu cara yang bijak.

Pada suatu hari, ketika mengadap Raja Qiwei di istana, dia berkata:

"Hamba ada satu teka-teki yang ingin hamba kongsi dengan tuanku. Ada seekor burung besar yang tinggal di istana ini. Bagaimanapun, burung itu bukan sahaja tidak mahu mengembangkan sayapnya untuk terbang, malah tidak pernah membuka mulutnya pun untuk berbunyi. Cubalah tuanku teka burung apakah itu."

Raja Qiwei segera faham bahawa tujuan sebenar Chun Yukun berkongsi teka-teki itu dengannya adalah untuk menyindirnya sebagai seorang pemerintah yang tidak berupaya untuk berbuat apa-apa pun. Setelah berfikir beberapa lama, baginda bertitah dengan penuh yakin:

"Meskipun burung itu tidak mahu terbang sekarang, namun, sebaik sahaja ia mengembangkan sayapnya, ia akan ke langit biru. Walaupun ia tidak mahu berbunyi sekarang, namun, sebaik sahaja ia membuka mulutnya, bunyinya akan menggegarkan dunia. Tunggu saja ya!"

Sejak itu, Raja Qiwei mula menumpukan perhatian sepenuhnya kepada urusan negara. Di bawah pentadbirannya, situasi di negeri Qi semakin pulih. Akhirnya, negerinya berjaya dibangunkannya kembali menjadi sebuah negeri yang disegani jiran dan digeruni musuh

Catatan Keterangan:

Peribahasa "Yi Ming Jing Ren" ini digunakan untuk menyindir orang atau golongan yang tidak tahu menghargai bakat dan kemampuan yang dimiliki mereka. Bagaimanapun, jika mereka menggunakan bakat mereka dengan sebaik-baiknya, mereka pasti akan mencapai kejayaan yang cemerlang. CRI/-

Bai'ah talak: PAS Pusat sedang siasat

KUALA LUMPUR, 9 Nov: PAS sedang menyiasat amalan bai'ah yang dibuat oleh sesetengah pihak dalam parti itu kerana tidak pernah ada sebarang arahan rasmi dari PAS Pusat untuk berbuat demikian.

"Kita memang ada bai'ah untuk memberikan taat setia kepada parti sebelum kita melantik mana-mana pihak mewakili parti tetapi tidaklah sebagaimana yang dilaporkan itu," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Beliau berkata, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah mengarahkan beliau sebagai Setiausaha Agung PAS untuk menyiasat perkara itu.

Mustafa membuat kenyataan ini bagi mengulas laporan media sejak kebelakangan ini yang mendakwa PAS mewajibkan para calonnya untuk berbai'ah (ikrar) untuk taat setia kepada parti.

Antaranya dilaporkan, calon PAS berbai'ah jika beliau menyeleweng dan mengkhianati PAS, maka terjatuhlah talak ke atas isterinya.

Ia dikatakan mula tersebar selepas satu majlis dialog antara beberapa pimpinan PAS di Selangor dengan sembilan blogger.

Laporan ini pula mendapat respon dari muslimat PAS dan dilaporkan secara besar-besaran oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Menurut laporan, PAS menjadikan bai'ah sebegini untuk memastikan tidak ada calon atau wakil rakyatnya yang mengkhianati PAS dengan cara berpaling tadah dan menyokong parti lawan.

Sehingga kini, terbukti tidak ada satupun wakil rakyat PAS yang mengkhianati parti itu dengan menyokong parti lawan.

HarakahDaily.Net/-

Kua Xia Zhi Ru : Sanggup Menerima Penghinaan Biarpun Diminta Merangkak di Bawah Kelangkang Orang


Han Xin ialah seorang pemimpin tentera yang tersohor dalam sejarah China. Dia dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat miskin, dan ibu bapanya telah pun meninggal dunia sejak dia masih kecil lagi. Sebelum berkhidmat dalam pasukan tentera, hidupnya amat susah, ibarat ayam "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang".

Demi kelangsungan hidupnya, Han Xin terpaksa pergi ke tebing Sungai Huai setiap hari untuk memancing ikan. Seorang nenek yang selalu membasuh pakaiannya di tebing sungai itu, berasa terlalu kasihan melihat Han Xin yang hidup menderita itu. Jadi, pada suatu hari dia pun berkongsi makanannya dengan Han Xin. Han Xin amat terharu sehingga menitis air mata ketika menerima bantuan yang tidak disangka-sangkanya itu. Dia berkata kepada nenek itu,

"Saya pasti akan membalas budi baik nenek pada suatu hari nanti."

Nenek itu pula menjawab dengan marah:

"Kamu anak yang sihat dan kuat, tetapi tidak mampu mencari rezeki sendiri. Saya hanya berasa kasihan kepada kamu. Siapalah yang mengharapkan balasan budi daripada kamu!"

Mendengar kata-kata nenek itu, Han Xin berasa sangat malu. Cita-citanya untuk mengubah nasib dirinya terus tersemat dalam hatinya.

Pada suatu hari, seorang anak yang sekampung dengan Han Xin melihat Han Xin membawa sebilah pedang pi pinggangnya. Dia menyangka Han Xin seorang yang penakut. Maka, dia menahan Han Xin di depan pasar, lalu mencabarnya dengan berkata:

"Jika kamu berani, tikamlah saya dengan pedang kamu. Jika kamu penakut, kamu kena merangkak dari bawah kelangkang saya."

Setelah berfikir beberapa lama, Han Xin, dengan diam-diam, merangkak di bawah kelangkang orang itu.

Sebenarnya, Han Xin ialah seorang yang sangat berakal. Dia mempunyai bakat yang tinggi dalam bidang ketenteraan. Melihat situasi di seluruh negeri China masih sangat bergolak pada ketika itu, dia menumpukan perhatian sepenuhnya untuk mengkaji taktik perang dan membuat latihan silat. Pada tahun 209 sebelum Masihi, pemberontakan kaum tani untuk menentang pemerintahan Dinasti Qin telah berlaku secara besar-besaran. Han Xin telah menyertai pasukan tentera yang diketuai oleh Liu Bang, yang akhirnya menubuhkan pemerintahan Dinasti Han selepas Dinasti Qin ditumbangkan. Dengan keberanian dan kebijaksanaannya yang luar biasa, Han Xin telah menang dalam setiap peperangan. Akhirnya dia menjadi seorang hulubalang kanan yang berwibawa, setelah membuat jasa yang sangat besar kepada Liu Bang yang menjadi maharaja pertama Dinasti Han.

Catatan Keterangan:

Peribahasa "Kua Xia Zhi Ru" ini merujuk kepada orang atau golongan yang sanggup menerima penghinaan buat sementara waktu biarpun diminta merangkak di bawah kelangkang orang. Orang atau golongan dengan sifat ini diyakini dapat berjaya pada suatu hari nanti, baik dalam kehidupannya, mahupun dalam kerjayanya. CRI/-

Kerajaan diminta buktikan mahkamah bebas

KUALA LUMPUR, 9 Okt: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad mendesak kerajaan mengemukakan bukti bahawa mahkamah di Malaysia telahpun bebas dari pengaruh eksekutif pemerintah.

“Yang paling perlu bagi kerajaan adalah bawa suatu bukti...yang dipertikai bukan dari segi kerja buat, keilmuan (dan) kepakaran, tapi kebebasan mahkamah sendiri daripada campur tangan pihak eksekutif (kerajaan),” tegas beliau di Parlimen pagi tadi.

Tambahnya lagi, kes rakaman VK Linggam merupakan bukti jelas bahawa perlantikan Hakim tertentu dilakukan secara tidak bebas.

Sebaliknya, dicatur oleh beberapa pihak, termasuk ahli-ahli politik dalam kerajaan sendiri.

“Ianya jelas dalam kes (rakaman) VK Linggam umpamanya, memperlihat bukti institusi kehakiman itu dipengaruhi oleh pihak tertentu, termasuk pihak eksekutif...inilah yang membuktikan bahawa ianya tidak bebas,” tegasnya lagi.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat turut mempertikai integriti suruhanjaya diraja yang dilantik oleh kerajaan untuk menyiasat rakaman tersebut.

“Untuk membetulkan ini (tanggapan masyarakat bahawa mahkamah tidak bebas) tidak memerlukan suatu masa yang panjang, ia boleh dilakukan dengan segera oleh seseorang yang integriti dipertikai...terima pengaruh kerajaan dan semuanya boleh dibuktikan (tiada integriti),” tegasnya.

Beliau juga menganggap inisiatif kerajaan membentuk Jawatankuasa Pemilihan Kehakiman (JPK) demi memastikan memulihkan semula keyakinan rakyat pada kebebasan mahkamah, masih belum memadai.

Beliau turut menuntut kerajaan mengemukakan suatu pelan komprehensif demi menyelesaikan masalah tersebut.

Menjawab permintaan tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hanya menyindir Khalid.

“Lain kali, kalau pakai alat bantuan dengar tu, jangan selalu sangat dilekat pada telinga, jadi pekak telinga itu,” sinis Nazri.

Pun begitu, Nazri menjelaskan bahawa kes VK Linggam akan dijawab kemudian.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas meminta Khalid dan ahli parlimen pembangkang yang lain kembali membahaskan isu pokok, iaitu kebebasan Mahkamah di Malaysia.

Beliau juga menegaskan bahawa kerajaan sebenarnya sedang berusaha menyelesaikan beberapa kes yang dibangkitkan Khalid.

“Bukan kita tidak mengambil tindakan tegas (dan) cepat, saya kata kesan (dari tindakan) itu memakan masa sikit, tindakan telahpun kita (kerajaan) ambil, berkesan itu (hasil tindakan kerajaan),” jelasnya lagi.

Nazri turut menjawab isu pemilihan Hakim yang didakwa Khalid tidak dilakukan secara bebas dan berintegriti.

“Kita (kerajaan) dah perkenalkan JPK (Jawatankuasa Pemilihan Kehakiman) untuk pilih dari nama-nama yang layak jadi Hakim. Jadi itu yang kami (kerajaan) lakukan.”

“Saya dah tak tahu nak buat apa-apa lagi, semuanya dah kita buat...kalau pembangkang ada apa-apa cadangan lagi, sila syorkan,” ujarnya.

Perbahasan tersebut ditangguhkan ke sesi petang. -END

HarakahDaily.Net/-

Royalti jadi ehsan satu perbuatan khianat dan jahat

KUALA TERENGGANU, 9 Nov: Perbuatan mengubah pembayaran royalti minyak kepada wang ehsan yang dilakukan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional kepada negeri Terengganu dan Kelantan adalah satu pengkhianatan yang jahat.

Penasihat Lajnah Guaman dan Undang-undang PAS Terengganu, Datuk Wan Mutalib Embong berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Makan Malam yang dianjurkan oleh DUN Alor Limbat disebuah restoran dekat sini semalam.

"Sepertimana apa yang dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Najib di Parlimen dua hari lepas, dia (Najib) kata, kita dah buat keputusan supaya hasil minyak yang dapat di perairan Kelantan itu di beri kepada rakyat Kelantan, tetapi cara dia kata, seperti mana kita beri kepada Terengganu iaitulah melalui wang ehsan.

"Ini pengkhianatan dan jahat yang paling jahat!,"katanya ketika berucap dalam Majlis Makan Malam yang dianjurkan oleh DUN Alor Limbat disebuah restoran dekat sini semalam lapor Buletinonline.

Menurutnya, Najib juga sehingga kini tidak mengotakan janjinya untuk memulangkan royalti minyak Terengganu, sewaktu berkempen dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Katanya, pemberian royalti bukan hak peribadi Najib, namun soal pemberian royalti adalah undang-undang menurut Akta Pembangunan Petroleum 1973.

"Bukan soal bagi (beri royalti), bukan soal hak 'tok' dia, bukannya hak 'bapak’' dia, ini undang-undang, dalam undang-undang Akta Pembangunan Petroleum 1973,"tegasnya.

Menurutnya, akta tersebut memperuntukkan setiap penyerahan hasil minyak kepada kerajaan pusat mestilah dibalas dengan pemberian royalti sebanyak 5% dan perkataan 'lima peratus' itu ditulis dengan terang dan jelas.

HarakahDaily.Net/-

Royalti: Nik Aziz akan hantar surat kedua kepada Najib

KUALA LUMPUR, 9 Nov: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi akan menghantar satu surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta agar satu rundingan diadakan supaya kerajaan pusat menukar pemberian wang ehsan kepada royalti.

Sebelum ini, perkara sama dilakukan Nik Aziz sewaktu kali pertama menuntut bayaran royalti negeri itu.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa ketika memaklumkan perkara itu optimis Najib akan membayar royalti berkenaan setelah berunding dengan kerajaan negeri.

Beliau juga yakin keputusan Najib untuk memberikan wang ehsan kepada rakyat Kelantan adalah disebabkan tekanan daripada puak Barisan Nasional di negeri itu yang tidak mahu royalti diberikan kepada rakyatnya.

“Saya yakin Datuk Najib selepas berunding dengan kerajaan Kelantan akan tetap membayar royalti kepada negeri.

"Sekarang saya yakin Najib hanya lakukan satu step pertama (bagi) mengendurkan tekanan politik daripada orang-orang politik Kelantan yang menghendaki bayaran itu tidak dilakukan.

"Ini permainan politik semata-mata, ia bukan berasas kepada undang-undang,” tegasnya dalam sidang media di lobi parlimen siang tadi.

Beliau hadir parlimen hari ini bagi mendengar sendiri penggulungan perbahasan pada peringkat Jabatan Perdana Menteri oleh Menterinya, Tan Sri Nor Ya’kub mengenai perkara ini.

Beliau berkata, isu tiga batu nautika untuk melayakkan negeri pengeluar mendapat royalti adalah satu hujah yang tidak berasas kerana syarat itu tidak termaktub dalam Akta Petroleum 1974.

“Beliau akan sentuh semula mengenai royalti dan satu hujah yang digunakan (ialah ) ialah tiga batu nautika yagn tidak ada dalam mana-mana undang-undang. Kalau kita tengok undang-undang negara kita, yang ada hanyalah dua belas batu nautika. Tapi akta petroleum mengatasi segala undang-undang,” katanya.

Beliau meminta perbahasan akta petroleum di Dewan Rakyat pada November 1975 oleh Ketua Menteri Sarawak ketika itu Tun Rahman Yaakob dirujuk kembali.

Tun Rahman ketika itu menekankan dua unsur penting dalam akta petroleum 1974.

“Bahawa beliau menekankan akta itu mempunyai dua unsur penting.Yang pertama kuasa petroleum sebelum akta ini adalah terletak di bidang kuasa negeri-negeri, sejak sebelum kita menyertai Malaysia dan Persekutuan Tanah Melayu.

"Negeri Kelantan sama seperti Sarawak, (iaitu) negeri berdaulat dan mempunyai kuasa di atas petroleum dan kuasa ini hanya boleh diserahkan melalui satu perjanjian, dan perjanjian adalah mengikut akta 1974,” jelasnya.

Unsur yang kedua pula jelasnya adalah selepas negeri meyerahkan hak ini, adalah menjadi tanggungjawab petronas membayar pampasan dalam bentuk wang tunai.

“Adalah menjadi tanguungjawab petronas dalam bentuk ‘cash payment’, bukan royalti, bukan wang ehsan.ia mesti dalam bentuk tunai dan dibayar kepada negeri pengeluar.

Beliau turut menyebut mengenai jawapan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak kepada soalan ahli parlimen Lim Kit Siang iaitu:

“Tuan Yang di Pertua, Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan negeri tersebut, yang dijual oleh PETRONAS ataupun ejensi-ejensi ataupun kontrektor-kontrektornya.

Tegasnya, kerajaan negeri bukan sekadar ingin menuntut wang yang sememangnya menjadi hak rakyatnya namun apa yang lebih penting adalah ketelusan kerajaan persekutuan dalam membela kebajikan rakyat.

Beliau turut mempersoal mengenai laporan tahunan petronas yang tidak pernah dibentangkan di parlimen.

“Kenapa petronas tidak boleh membentangkan di parlimen penyata petroleum di seluruh negara.Berapa pengeluaran setiap telaga pada setiap tahun dan berapa nilai pengeluaran tersebut. dan kedudukan tiap-tiap telaga termasuk bumi selatan yang disebut perdana menteri akan dibayar kepada Kelantan dalam bentuk wang ehsan,” soalnya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, kerajaan negeri akan terus memperjuangkan tuntutan ke atas royalty demi keadilan rakyat Malaysia.

Beliau juga berkata, kerajaan negeri akan memperhebat kempen mengenai isu ini bagi memberikan kesedaran kepada rakyat mengenai hak mereka.

HarakahDaily.Net/-

Awasi ketagihan anak berinternet

MINGGU peperiksaan sudah berakhir. Buku-buku teks pinjaman juga telah dipulangkan. Inilah waktunya pelajar-pelajar 'berbulan madu' menunggu saat-saat akhir cuti persekolahan penggal yang akan tiba dua minggu lagi.

Jika di rumah, selain menonton televisyen, aktiviti yang paling popular ialah permainan komputer dan melayari Internet.

Kini dengan pelbagai laman web yang boleh dilayari secara percuma serta menghiburkan, telah melekakan dan menjadi ketagihan golongan remaja.

Penggunaan Internet yang keterlaluan telah menjadi satu masalah yang perlu dipandang serius oleh semua pihak terutama ibu bapa bukan sahaja di negara ini malah menjadi masalah sejagat.

Kanak-kanak dilihat sebagai paling terdedah apabila melayari web dan mudah menjadi mangsa gangguan dan pengintipan. Terdapat pelbagai sumber yang boleh didapati di dalam talian yang memberi tumpuan terhadap isu ini dan perkara lebih penting ialah pendekatan proaktif yang diambil oleh semua pihak untuk mendidik kanak-kanak.

Pakar Psikiatri Universiti Sains dan Kesihatan Oregon, di Portland, Amerika Syarikat, Dr. Jerald Block, dalam tulisan editorialnya untuk American Journal of Psychiatry berkata, masalah penggunaan Internet kini sudah menjadi serius di seluruh dunia dan tidak mustahil suatu hari nanti ia akan dianggap sebagai salah satu penyakit mental.

Menurut Dr. Jerald, beberapa kajian yang telah dibuat di beberapa negara mendapati masalah ketagihan Internet di negara berkenaan sudah mencapai tahap yang sebegitu serius sehingga kerajaan terpaksa mengambil langkah untuk mengatasi dan membendung masalah tersebut.

Di Korea Selatan pula, bagi menangani masalah ketagihan Internet ini, kerajaannya telah melatih 1,043 kaunselor bagi merawat ketagihan Internet dan menyenaraikan kira-kira 190 hospital dan pusat rawatan untuk tujuan ini.

Malah sebahagian ibu bapa di China yang berhadapan dengan anak-anak yang ketagihan Internet sanggup menghabiskan kira-kira RM4,680 sebulan untuk merawat anak mereka di klinik yang dikhaskan oleh kerajaan untuk merawat ketagihan Internet .

Mengapa jadi begitu? Ini kerana sistem komputer mampu dimiliki dan talian Internet mudah disediakan oleh sesiapa di rumah. Keputusan ibu bapa untuk membeli komputer dan menghubungkannya ke Internet biasanya untuk kebaikan anak mereka. Internet memberi pelbagai manfaat yang meluaskan pengetahuan dan sebagai alat komunikasi.

Kebelakangan ini, terdapat banyak kes dilaporkan di seluruh dunia berkaitan pengintipan dan gangguan siber terhadap kanak-kanak. Ini boleh dielakkan jika kanak-kanak sedar tentang selok belok kegiatan sedemikian dan cara pencegahan, termasuk perbualan selamat, pertemuan dengan orang asing dan sebagainya.

Ibu bapa perlu memainkan peranan mengajar anak mereka tentang keselamatan, bahaya dan bersikap bertanggungjawab dalam dunia siber.

HarakahDaily.Net/-

Tindakan Badrul Hisham dibantah....

BANTAH... Sebahagian penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) Selangor di Shah Alam bagi membantah tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah yang mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menyokong Barisan Nasional (BN). --foto THE STAR

36 Taktik Peperangan: Selamatkan Negeri Zhao dengan Mengepung Negeri Wei

36 Taktik Peperangan merupakan sebuah buku yang di dalamnya terkandung 36 taktik peperangan yang diguna pakai pada zaman purba di China dan diwarisi sehingga hari ini. Taktik-taktik peperangan yang terkandung di dalam buku itu telah diguna pakai di China dalam jangka masa yang panjang dan telah menjadi inti pati kebudayaan tradisi China. Pada masa ini, "36 Taktik Peperangan" telah disesuaikan untuk strategi dalam pelbagai bidang, antaranya termasuklah politik, diplomasi, ilmu-ilmu pengurusan, perdagangan dan lain-lain.

"36 Taktik Peperangan" tidak ada banyak kandungan yang menjelaskan tentang teori peperangan, sebaliknya lebih tertumpu kepada penggunaan praktikal strategi peperangan.

"36 Taktik Peperangan" merupakan rumusan hasil fikiran ahli ketenteraan yang terunggul pada zaman purba China. Setiap taktik, mempunyai tujuan yang jelas dan bersifat praktikal. Kebanyakan taktik tersebut lebih mementingkan perubahan yang tidak dijangka ketika bertempur dengan musuh. 36 Taktik Peperangan diketahui oleh umum melalui pelbagai cara. Ada taktik yang dinamakan dengan judul opera, peribahasa atau peristiwa yang pernah berlaku dalam sejarah China. Oleh sedemikian, orang ramai lebih mudah untuk memahami teori dan ilmu ketenteraan yang terkandung di dalam buku itu.

Taktik "Menyelamatkan Negeri Zhao dengan Mengepung Negeri Wei" terhasil daripada pertempuran "Guiling" yang berlaku pada abad ke-4 Sebelum Masihi. Pada zaman itu, China sedang berada dalam keadaan terpisah-pisah dan diduduki oleh pelbagai negeri kecil yang sering berperang antara satu sama lain untuk merebut seberapa besar wilayah. Wei dan Zhao merupakan dua negeri berjiran pada masa itu.

Antara pelbagai negeri pada zaman itu, negeri Wei merupakan negeri yang lebih awal menjalankan pembaharuan politik dan ekonomi. Dengan pelaksanaan pembaharuan, negeri Wei menjadi semakin kuat dan telah menakluki beberapa negeri kecil yang lemah. Manakala, pertahanan negeri Zhao agak lemah berbanding dengan negeri Wei.

Tatkala, tentera negeri Zhao menakluki sebuah negeri kecil yang menjadi wilayah jajahan negeri Wei. Raja negeri Wei telah melantik Pang Juan sebagai panglima tenteranya dan mengerahkan sebilangan besar tentera untuk merebut kembali wilayahnya. Panglima Pang Juan bercadang untuk melancarkan serangan langsung terhadap ibu kota negeri Zhao. Dengan yang sedemikian, jika mereka berjaya mengalahkan negeri Zhao, negeri Wei bukan sahaja boleh merebut kembali wilayah jajahannya, tetapi juga boleh menghapuskan negeri Zhao dengan sekali gus. Raja negeri Wei telah menerima cadangan panglima Pang Juan dan telah menggerakkan tenteranya menuju ke Handan, ibu kota negeri Zhao yang ditempatkan di luar kota itu. Dalam masa selama lebih setahun selepas itu, kota Handan sentiasa dalam keadaan terkepung.

Dalam keadaan itu, raja negeri Zhao telah meminta bantuan daripada negeri Qi. Ini kerana negeri Qi ialah rakan sekutu negeri Zhao. Qi dan Zhao telah mencapai persetujuan bahawa jika sesiapa daripada kedua-dua pihak diancam oleh negeri yang lain, pihak yang lagi satu mesti mengerahkan tentera masing-masing untuk memberi bantuan sebagai rakan sekutu.

Raja negeri Qi berpendapat bahawa mereka perlu memberi bantuan kepada negeri Zhao kerana persetujuan telah dicapai. Akan tetapi, jika berperang dengan tentera Wei yang kuat dan berkeupayaan, kekuatan negeri Qi pasti akan terjejas. Meneliti situasi tersebut, ahli strategi perang negeri Qi, Sun Bin berpendapat bahawa untuk membantu negeri Zhao, negeri Qi perlu mengelakkan daripada bertempur dengan tentera Wei secara langsung. Sebaliknya, mereka perlu mencari kelemahan tentera Wei untuk menewaskannya.

Sun Bin telah mengemukakan satu muslihat iaitu memandangkan hampir kesemua tentera negeri Wei berada di luar negeri, negeri Qi akan melancarkan serangan terhadap ibu kota negeri Wei, maka panglima Pang Juan tentulah akan membawa balik tenteranya untuk mempertahankan ibu kota mereka sendiri. Dengan itu, kepungan tentera Wei terhadap ibu kota negeri Zhao akan ditamatkan, di samping itu, tentera Wei sudah tentu akan terkena serangan hendap sewaktu dalam perjalanan pulang. Jadi, tidak dapat tidak tentera Wei pasti akan kalah dalam apa-apa jua keadaan sekalipun. Raja Qi telah menerima pakai muslihat tersebut.

Seperti jangkaan awal, tentera Wei telah berundur dari ibu kota negeri Zhao setelah memaklumi ibu kota mereka diancam dan mengalami serangan hendap oleh tentera Qi yang telah lama bersiap bersedia sewaktu dalam perjalanan pulang. Tentera Wei yang sejak sekian lama menjalankan operasi di luar akhirnya dikalahkan dengan teruknya kerana kepenatan dan hilangnya semangat perjuangan. Tempat berlakunya serangan itu adalah di Guiling, seperti yang saya sebutkan pada permulaan rancangan tadi.

Itulah cerita sepenuhnya tentang asal usul taktik "Menyelamatkan Negeri Zhao dengan Mengepung Negeri Wei" iaitu taktik kedua dalam "36 Taktik Peperangan" China.

Teras utama taktik tersebut, iaitu mengelakkan kekuatan utama musuh dan mencari bahagian-bahagian musuh yang lemah agar dapat menewaskan menysatkan dan mengalahkan musuh.

Kini, dalam aktiviti perniagaan juga terdapat banyak kes yang berjaya setelah menggunakan taktik "Menyelamatkan Negeri Zhao dengan Mengepung Negeri Wei". Seperti dalam perniagaan mainan kanak-kanak sekarang, pelbagai syarikat menghadapi persaingan yang sengit antara satu sama lain. Biasanya, syarikat kecil sangat sukar untuk mencapai kejayaan dalam saingan dengan syarikat besar yang lebih maju. Sebagai contohnya, terdapat sebuah syarikat mainan kecil dengan semangat berani mencuba telah mereka bentuk satu siri anak patung hodoh yang tidak terdapat dalam pasaran sebelum ini, di luar jangkaan pula produk itu mendapat sambutan hangat daripada kanak-kanak dan sangat laris dijual di pasaran.

Daripada kes tersebut, kita mengetahui bahawa dalam aktiviti perniagaan, syarikat kecil yang tidak berdaya perlu meneroka peluang dalam bidang yang tidak diberi perhatian dan mengelakkan daripada bersaing dengan syarikat besar yang lebih maju. Dengan yang demikian, syarikat kecil juga boleh mendapat manfaat daripada taktik "Menyelamatkan Negeri Zhao dengan Mengepung Negeri Wei".

----Puspa.CRI/-