26 Mac 2010

CUBAAN KUCAR-KACIR ISTANA KELANTAN

Wan Nik Wan Yussof.

Perkembangan semasa yang menyentuh isu-isu dalaman Istana Kelantan nampaknya sudah diarusperdanakan oleh pihak tertentu. Ia mencetuskan persepsi tertentu sebahagian rakyat dan khalayak umum. Atas perkembangan itu, sebahagian rakyat menjunjung kebaktian yang tidak terhingga kepada institusi raja dan istana.

Berikut adalah sekadar catatatan dan ulasan yang dapat saya zahirkan untuk penelitian umum.

Usaha ke arah mewujudkan keadaan kucar-kacir politik Kelantan nampaknya tidak pernah reda. Terbaru, muncul lagi mainan pihak tertentu disiarkan Utusan Malaysia (19 Mac 2010) atas tajuk “Sultan batal sambutan hari keputeraan,” kononnya pihak Sultan Kelantan membatalkan kesemua upacara sambutan ulang tahun ke-60 pada 30 Mac ini, termasuk majlis penganugerahan pingat dan darjah kebesaran negeri.

Berdasarkan kenyataan media beredar itu, ia telah dibacakan oleh Datuk Wan Hashim Wan Daud yang mendakwa dirinya telah selaku Setiausaha Sulit Sultan Kelantan. Namun, kenyataan tersebut telah disanggah pihak Pejabat Sultan (Utusan Malaysia, 20 Mac 2010) oleh Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad Abdul Halim.

Jawatan SU Sulit tidak sah

Menurut Abdul Halim, “kesahihan kenyataan itu dipertikaikan kerana pihak istana tidak dimaklumkan mengenai pelantikan Datuk Wan Hashim Wan Daud sebagai Setiausaha Sulit Sultan Kelantan dan tiada pelantikan jawatan itu dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN).”

Ekoran daripada itu (Utusan Malaysia 20 Mac 2010) pihak Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan bahawa arahan yang dikeluarkan oleh Wan Hashim yang mendakwa dirinya Setiausaha Sulit Sultan, tidak perlu dipatuhi. Pihak kerajaan negeri ada caranya sendiri untuk mengadakan majlis tersebut.

Kenyataan Menteri Besar itu selari dengan pendirian Pengelola Diraja Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad. Sebagaimana kenyataan dikeluarkan Abdul Halim bahawa sambutan sempena hari keputeraan Sultan Kelantan akan diteruskan seperti yang dirancang. Ini bermakna, sambutan tetap diadakan secara sederhana dengan majlis berbentuk keagamaan termasuk solat hajat di beberapa buah masjid di seluruh negeri ini.

“Begitu juga dengan majlis pengurniaan pingat dan darjah kebesaran sehingga ke hari ini tidak ada maklumat acara tersebut dibatalkan,” katanya.

Abdul Halim turut dipetik kenyataannya bahawa kenyataan oleh Wan Hashim amat mengelirukan dan tidak benar disebabkan kuasa pentadbiran negeri ini adalah di bawah Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra. Sepatutnya, beliau selaku Ketua Pejabat dan Pegawai Pengawal Istana menerima maklum terlebih dahulu.

Namun apa yang berlaku, “saya tidak dimaklumkan oleh mana-mana pihak bahawa Wan Hashim dilantik sebagai Setiausaha Sulit Sultan Kelantan dan Tengku Shah Buddin Tengku Mohd. Maasum sebagai Ketua Istiadat Diraja Kelantan,” katanya.

Sehubungan itu, pihak Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN), Datuk Ismail Mat Noor turut mengesahkan kenyataan Abdul Halim (Utusan Malaysia, 20 Mac 2010) bahawa sehingga hari ini pihaknya tidak pernah melantik mana-mana individu sebagai Setiausaha Sulit kepada Sultan dan Ketua Istiadat.

Justeru itu, kemunculan Wan Hashim adalah watak yang diaktifkan semula. Mungkin ia boleh disabitkan sebagai suatu perancangan untuk kucar-kacir keadaan dan untuk mencabar institusi pentadbiran istana diketuai Abdul Halim. Maka, munasabahnya Abdul Halim mengambil suatu tindakan wajar, demi membuktikan tunggak kuasa Pemangku Raja tidak digugat.

Menurut rekod, Wan Hashim Wan Daud adalah bekas Setiausaha Kerajaan Negeri yang pernah terpalit dengan krisis pentadbiran kerajaan negeri. Sementara Tengku Shah Buddin Tengku Mohd. Maasum juga bekas Setiausaha Kerajaan Negeri yang mempunyai rekod bersih dan selepas itu dilantik sebagai Ketua Istiadat Diraja Kelantan dan telah tamat perkhidmatannya pada 14 Ogos 2009.

Wajar dibuat laporan polis

Sehubungan itu, keputusan tepat pihak Pengelola Istana Kelantan, Abdul Halim membuat laporan polis pada 19 Mac mengenai peristiwa “kenyataan media yang diedarkan (18 Mac) oleh Datuk Wan Hashim Wan Daud yang mendakwa dirinya sebagai Setiausaha Sulit Sultan Kelantan.

Bagi Abdul Halim, ia tidak boleh dibiarkan kerana kesahihan kenyataan Wan Hashim itu boleh dipertikaikan dan mengelirukan orang ramai, di samping rakyat Kelantan amnya telah mengetahui bahawa Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra yang dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan oleh Majlis Perajaan pada 24 Mei tahun lalu mempunyai kuasa untuk menentukan pelantikan jawatan itu.

Sekadar mengingati khalayak, Mahkamah Tinggi melalui penghakiman Hakim Mohamad Ariff Md. Yusof pada 29 Januari lalu dalam kes Tengku Muhammad Fakhry memohon perisytiharan mengenai perlucutan keanggotaannya dalam Majlis Perajaan, bahawa dalam Perkara 5, Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan telah menjelaskan peranan Pemangku Raja untuk menjalankan kuasa-kuasa yang perlu tanpa sebarang had. Mahkamah mendapati bahawa kes itu tidak boleh diadili, maka mahkamah telah mengesahkan keputusan Pemangku Raja adalah berasaskan kuasa yang sah.

Pemangku Raja penguasa sah

Berdasarkan rentetan peristiwa tersebut, jelas kini telah ada pihak tertentu di belakang watak Wan Hashim yang sedang menggunakan sudut istana untuk mengadu-domba kuasa yang kini terhimpun di bawah Pemangku Raja. Jika begitu dilihat, amat malang bagi pihak tertentu dan individu seperti Wan Hashim sedia menjadi ‘pelakon’ semata-mata untuk ditonton di pentas yang kelam dan berasap.

Hakikatnya, Undang-undang Tubuh Negeri Kelantan sudah mengabsahkan tunggak kuasa itu sedang diurus di bawah Pemangku Raja. Apakah daya yang ada, pihak-pihak lain mengungkit dan meraih-raih tunggak itu. Melainkan, ia berlaku di dalam suasana sedar dan berniat tidak baik terhadap Pemangku Raja.

Harapnya, seluruh rakyat sedia akur dan memberi ketaatan yang tiada sedikit pun ugah kepada Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra. Semoga Tuhan Yang Esa merahmati kebaktian rakyat untuk Tuanku Pemangku Raja.

(Penulis adalah SETPOL MB Kelantan)

Tengku Muhammad Faris Tenang Biarpun Ada Cubaan Rampas Kuasa

Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra (kanan) bersalaman dengan exco dan pegawai kerajaan negeri ketika tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa hari ini. – Foto Bernama



KOTA BHARU: Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismai Petra tenang dan mampu tersenyum walaupun dalam keadaan kemelut cubaan "merampas kuasa" melibatkan kerabat diraja Sultan Kelantan.

Baginda yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pada 6 petang tadi dari Singapura, mampu melemparkan senyuman dan lambaian kepada rakyat dengan disambut pembesar Istana serta beberapa anggota exco Kerajaan Negeri Kelantan termasuk Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakub.

Sewaktu berjalan menuju ke kenderaan rasminya, baginda dihampiri para wartawan yang ingin bertanyakan reaksi baginda mengenai pengumuman Setiausaha Sulit Sultan Kelantan, Datuk Wan Hashim Wan Daud bahawa Pengerusi Majlis Perajaan Negeri (MPN), Tengku Abdul Aziz Hamzah telah mendakwa Sultan Kelantan melantik beliau sebagai Pemangku Raja yang baru menggantikan baginda berkuat kuasa serta merta.

Tengku Muhammad Faris Petra hanya sempat menjawab sambil berjalan: "Tokleh (tidak boleh),Tokleh (tidak boleh), nanti biar sudah. Ginilah kirim salam kat semua orang," katanya dengan tersenyum dan berlalu menaiki kenderaan baginda.

Laporan awal hari ini menyatakan bahawa Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra didakwa telah melucutkan jawatan anakandanya, Tengku Mahkota, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja berkuat kuasa serta-merta. Titah tersebut didakwa disampaikan baginda kepada Tengku Abdul Aziz dan dibacakan oleh Wan Hashim di Istana Mahkota di sini hari ini.

Bagaimanapun, susulan daripada pengumuman itu yang dihebahkan di laman web media utama,Setiausaha Majlis Perajaan Negeri (MPN), Datuk Mohd Aiseri Alias berkata, Tengku Muhammad Faris Petra Tengku Ismail Petra kekal sebagai Pemangku Raja kerana pelantikannya mengikut dua pertiga daripada 17 anggota majlis MPN pada 29 Mei tahun lalu.

Beliau yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan berkata, pengumuman Wan Hashim awal hari ini mengenai pemecatan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja dan digantikan Pengerusi MPN, Tengku Abdul Aziz Hamzah berkuatkuasa serta merta adalah tidak terpakai kerana ia tidak mewakili MPN.

"Ia adalah sama sekali tidak mewakili keputusan Majlis Perajaan Negeri Perkara 11 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan memperuntukkan mana-mana keputusan majlis (MPN) tidak akan sah dan terpakai kecuali sekurang-kurangnya dua pertiga daripada anggota yang hadir dan mengundi bersetuju dengan keputusan itu," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, Tengku Abdul Aziz, abang kepada Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah telah bertindak secara berseorangan tanpa memanggil MPN bersidang.

Mohd Aiseri berkata, oleh kerana Tengku Muhammad Faris Petra dilantik ekoran Sultan Kelantan tidak boleh menjalankan tugas hal ehwal negeri mengikut Perkara 22A (1) (b) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan Bahagian yang kedua, maka Tengku Muhammad Faris Petra akan terus menjalankan tugas-tugas sebagai Pemangku Raja yang sah sehingga MPN membuat keputusan seterusnya mengikut undang-undang.

Pada sidang media yang sama, Ahmad berkata, pendirian kerajaan negeri adalah mengikut Perlembagaan negeri.

"Kita tetap dengan undang-undang dalam Perlembagaan. Apapun yang berlaku kita merujuk kepada Perlembagaan negeri iaitu Tengku Muhammad Faris Petra kekal sebagai Pemangku Raja. Pemangku Raja masih lagi pemangku walaupun ada pihak lain isytihar pemangku telah digugurkan," katanya.

Beliau berkata, perkara itu tidak perlu lagi dibincangkan dan tidak perlu dilakukan pindaan perlembagaan serta tidak perlu diadakan Sidang Dewan Undangan Negeri tergempar.

Ahmad berkata, sebagai usaha kerajaan negeri menghentikan kemelut Istana, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Shafie Ismail telah membuat laporan polis berhubung kenyataan Wan Hashim berhubung mengenai pelantikan Tengku Abdul Aziz sebagai Pemangku Raja. - BERNAMA

Polis tahan Datuk Wan Hashim

Harakahdaily

KOTA BHARU, 25 Mac: Datuk Wan Hashim Wan Daud telah ditahan oleh sekumpulan pegawai polis di rumahnya dekat Kubang Kerian kira-kira jam 8.45 malam tadi.

Beliau kemudiannya dibawa ke Balai Polis IPK Kota Bharu dan masih berada di sana sehingga kini.

Beliau yang dilantik menjadi Setiauasaha Sulit Sultan Kelantan minggu lalu telah mengadakan sidang akhbar pagi tadi memaklumkan perlucutan jawatan Tengku Faris Petra sebagai pemangku raja Kelantan.

Beliau juga mengumumkan perlantikan Pengerusi Majlis Perajaan Negeri (MPN) Tengku Abdul Aziz Hamzah sebagai pemangku raja menggantikan Tengku Faris.

Ekoran kenyataan media itu, Pengerusi Persatuan Pegawai Tadbir Kelantan, Shafie Ismail membuat satu laporan polis terhadap beliau.

Petang tadi Setiausaha MPN, Datuk Aiseri Alias dalam sidang medianya berkata, perlucutan Tengku Faris itu tidak sah kerana ia tidak mendapat sokongan dua pertiga ahli MPN.

Oleh itu, katanya, Tengku Faris kekal sebagai pemangku raja Kelantan. Turut serta dalam sidang media itu adalah Pengelola Istana Kelantan dan Pegawai Kewangan Kelantan.

Dr Zainal Abidin Hulu Selangor meninggal

Harakahdaily

KAJANG, 25 Mac: Ahli Parlimen PKR Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia jam 9.30 malam ini selepas mengalami barah otak sejak sekian lama.

Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumahnya dekat Jalan Cheras, Kajang.

Beliau yang merupakan bekas Timbalan Menteri Besar Selangor di zaman BN meninggal ketika berumur 71 tahun dan meninggalkan seorang balu iaitu Datin Zaharah Mohd Zin serta empat orang anak.

Zainal Abidin menang dalam pilihan raya lalu atas tiket PKR di kerusi Parlimen Hulu Selangor selepas mengalahkan calon BN dari dari MIC, P Palanivel dengan hanya 198 undi.

Dengan kematian ini bermakna pilihan raya kecil ke 10 akan diadakan dalam masa 60 hari.

Pengguguran Tengku Faris tidak sah - Setiausaha MPN

Mohd Nor Yahya

KOTA BHARU, 25 Mac: Setiausaha Majlis Perajaan Negeri (MPN), Datuk Mohd Aiseri Alias berkata, pengisytiharan yang dibuat Datuk Wan Hashim Wan Daud yang melucut kedudukan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhamad Faris Petra (gambar) adalah tidak sah.

“Saya merujuk kepada salinan perisytiharan yang dibuat oleh YB Mulia Tengku Seri Utama Raja, selaku pengerusi Majlis Perajaan Negeri dan Wan Hashim bertarikh 24 Mac yang menamatkan pelantikan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja adalah sama sekali tidak mewakli keputusan Majlis Perajaan Negeri,” katanya kepada media di sini petang ini.

Kata beliau Perkara 11 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan memperuntukkan mana-mana keputusan Majlis Perajaan Negeri tidak akan menjadi sah dan terbatal melainkan sekurang-kurangnya dua pertiga daripada ahli-ahli yang hadir dan mengundi bersetuju dengan keputusan itu.

Oleh itu katanya, Pengerusi Majlis Perajaan Negeri telah bertindak secara bersendirian tanpa memanggil anggota-anggota Majlis Perajaan Negeri bersidang.

“Ini jelas bahawa tindakan di atas adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang tersebut dan ia tidak terpakai,” katanya ketika menunggu keberangkatan pulang Tengku Muhammad Faris Petra di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra petang ini.

Pagi tadi Wan Hashim yang mendakwa sebagai Setiausaha Sulit Sultan Kelantan mengumumkan Tengku Muhammad Faris Petra dilucutkan daripada jawatan sebagai Pemangku Raja berkuat kuasa hari ini. Beliau digantikan oleh Pengerusi Majlis Perajaan Negeri (MPN), Tengku Abdul Aziz Hamzah iaitu bapa saudara kepada Raja Perempuan Kelantan.

Sedangkan semalam Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad menjelaskan hanya Pemangku Raja dan Majlis Perajaan Negeri mempunyai kuasa sekarang memandangkan Sultan Kelantan masih gering.

Mohd Aiseri yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK) berkata, Pemangku Raja dilantik di atas sebab Sultan gering dan tidak boleh menjalankan tugas hal ehwal negeri.

Mengikut Perkara 22A(1)(b) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan Bahagian Kedua, maka Pemangku Raja akan terus menjalankan tugas sebagai Pemangku Raja yang sah sehinga Majlis Perajaan Negeri membuat keputusan seterusnya berdasarkan undang-undang.

Mohd Aiseri juga berkata, majlis pengurniaan pingat dan darjah kebesaran sempena ulangtahun keputeraan Sultan Kelantan tetap akan diadakan di Balai Besar pada 30 Mac ini.

"Malam ini akan diadakan solat hajat di Masjid Muhammadi yang dijangka dihadiri pemimpin kerajaan negeri dan pegawai-pegawai kanan kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri berdiri teguh di belakang Pemangku Raja berdasar kepada peruntukan undang-undang.

Ditanya cadangan Kelab Penyokong Kerajaan Negeri supaya diadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri bagi menyelesaikan konflik membabitkan istana, katanya ia dianggap tidak perlu buat masa ini kerana undang-undang yang ada sudah cukup jelas.

Pengerusi Persatuan Pegawai Tadbir Negeri, Shafei Ismail berkata, persatuan berkenaan tetap dengan berpendirian awal mendokong Pemangku Raja berdasar kepada undang-undang.

Harakahdaily/-

Kelantan cadang Sidang khas DUN selesai konflik istana

Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 25 Mac: Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Kelantan mencadangkan diadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (Dun) bagi menyelesaikan konflik membabitkan istana negeri.

Pengerusinya, Abdullah Yakob berkata, persidangan tergembar Dun Kelantan penting diadakan untuk membincangkan perkembangan terbaru berkaitan istana.

“BBC mencadangkan diadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri memandangkan kemelut dalaman Istana Kelantan belum berkesudahan.

“Persidangan Dun khas itu boleh diadakan dalam waktu terdekat ini bagi menangani masalah tersebut. Rakyat ingin suatu keputusan dibuat berasaskan kebenaran dan keadilan mengikut undang-undang,” katanya pada persidangan media di sini, hari ini.

Hadir sama timbalan pengerusi BBC, Drs Zainuddin Awang Hamat.

Abdullah yang juga Adun Air Lanas berkata, cadangan itu dicetus berikutan menerima pandangan pelbagai lapisan masyarakat bagi menyelesaikan isu tersebut.

Menurutnya, BBC yakin Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra berada di pihak yang benar.

“BBC turut menyokong dan sentiasa berada di belakang pimpinan kerajaan negeri yang menyatakan taat setia kepada pemerintah yang sah mengikut perlembagaan Negeri.

“BBC berharap keputusan yang dibuat Majlis Perajaan Negeri dapat mengembalikan keharmonian negeri dan rakyat tanpa gangguan mana-mana pihak,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan pagi tadi, Datuk Wan Hashim Wan Daud yang mendakwa sebagai Setiausaha Sulit Sultan Kelantan mengumumkan Tengku Muhammad Faris Petra dilucutkan daripada jawatan sebagai Pemangku Raja negeri itu berkuat kuasa hari ini.

Pengumuman mengejutkan itu dilihat merumitkan lagi krisis Istana Kelantan. Keputusan terbaru itu diumumkan pada sidang media di Istana Mahkota.

Sedangkan semalam Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad menjelaskan hanya Pemangku Raja dan Majlis Perajaan Negeri mempunyai kuasa memandangkan Sultan Kelantan masih gerin.

Setiausaha Sulit Sultan umum Pemangku Raja Kelantan dilucutkan jawatan

Harakahdaily

KOTA BARU, 25 Mac: Setiausaha Sulit Sultan Kelantan yang perlantikannya dipertikaikan minggu lalu, Datuk Wan Hashim Wan Daud mengumumkan, Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra dilucutkan daripada jawatan baginda sebagai Pemangku Raja negeri itu berkuat kuasa hari ini.

Pengumuman mengejutkan itu, yang dilihat merumitkan lagi krisis Istana Kelantan, diumumkan oleh Setiausaha Sulit baru Sultan Kelantan itu pada sidang media di sini sebentar tadi.

Dalam pada itu, Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan mencadangkan agar kerajaan negeri memanggil sidang tergembar DUN Kelantan untuk membincangkan perkembangan terbaru ini. Saranan itu dibuat dalam satu sidang media oleh Pengerusinya, Abdullah Yaakob, Adun Air Lanas.

Semalam, Pengelola Istana Kelantan memaklumkan, hanya Pemangku Raja dan Majlis Perajaan Kelantan mempunyai kuasa mengenai perkara ini kerana Sultan Kelantan masih gering.

Wan Hashim, dalam sidang medianya berkata, keputusan itu diambil selepas baginda mengingkari arahan Sultan Kelantan agar tidak meneruskan sambutan Hari Keputeraan Sultan Kelantan yang dijadual 30 Mac ini.

“Berikutan daripada keingkaran Yang Maha Mulia Pemangku Raja mematuhi titah perintah Sultan Kelantan agar tidak meneruskan sebarang bentuk perayaan termasuk penganugerahan darjah-darjah kebesaran sempena Hari Keputeraan rasmi ke-60 baginda Sultan Kelantan serta di atas kegagalan Yang Maha Mulia Pemangku Raja memelihara, melindungi dan mempertahankan kehormatan diri dan Perlembagaan Negeri Kelantan, maka Duli Maha Mulia Sultan Kelantan dengan ini menamatkan pelantikan Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja,” kata beliau pada sidang media di Istana Mahkota, Kubang Kerian.

Keputusan ini diumumkan sehari selepas Tengku Muhammad Faris Petra mengumumkan bahawa Sultan Kelantan masih gering dan tidak boleh menjalankan tugas berhubung hal ehwal negeri mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan.

Semalam Tengku Muhammad Faris Petra bertitah bahawa mengikut klausa (1)(b) Artikel 22A undang-undang itu, baginda yang telah dipilih menjadi Pemangku Raja pada 24 Mei tahun lepas, kini menjalankan tugas-tugas pemerintah dan Yang Dipertuan Negeri sehingga Sultan Ismail Petra sembuh.

Dalam satu titah yang disampaikan oleh Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad pada satu sidang akhbar di Istana Balai Besar semalam, baginda menegaskan bahawa sebarang kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak tanpa terlebih dahulu mendapat laporan perubatan daripada panel doktor pakar yang telah dilantik adalah tidak tepat, tidak sah dan tidak terpakai.

Judi sukan, Pakatan minta Najib perjelaskan

9 Rabiulakhir 1431H

Ahli parlimen Rasah, Anthony Loke hari ini mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk tampil bagi menjawap di Dewan Rakyat berhubung laporan agensi berita asing AFP bahawa kerajaan bercadang mempertimbangkan agar pertaruhan atau judi sukan dibenarkan di negara ini.

Ini kerana katanya, pertaruhan berkenaan akan menjadi punca kepada masalah gejala sosial yang lain, khusnya di kalangan masyarakat Cina.

Menurut Loke, untuk mempertimbangkan keputusan yang akan memberi impak sosial yang sebegitu besar, kerajaan seharusnya membuat pungutan suara.

MP Shah Alam, Khalid Samad (bawah, kanan) yang juga hadir pada sidang media di lobi Parlimen berkata tindakan mempertimbangkan judi sukan itu suatu pendedahan yang agak menggangu fikiran.

Katanya, adalah mengejutkan bahawa Najib cuba berganjak dari dasar Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution pula berkata Najib wajar menjelaskan kenapa beliau sanggup mempertimbangkan judi itu. Jika alasanya untuk meraih jumlah wang yang besar, katanya ia adalah bukti bahawa kerajaan mengabaikan rakyat.

MalaysiaKini/-



PAS sokong gesa OIC panggil sidang tergempar

9 Rabiulakhir 1431H

KUALA LUMPUR, 25 Mac: PAS menyokong gesaan yang dibuat oleh Speaker Mahmoud al-Abrash dari Syria, Ali Larijani (Republik Islam Iran) dan Mehmet Ali (Turki) supaya Pertubuhan Negara-negara Persidangan Islam (OIC) memanggil sidang tergempar bagi membincangkan tindakan yang berkesan terhadap keganasan regim zionis Israel terhadap tempat suci dan penduduk awam Palestin.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa pencerobohan pasukan bersenjata zionis Israel terhadap Masjid al-Aqsa untuk kesekian kalinya adalah merupakan satu lagi siri tindakan keganasan tajaan negara haram Israel yang melangkaui kewarasan tamadun manusia.

Tambahnya, tindakan zalim itu bukan sahaja dialami oleh penduduk awam Baitul Maqdis dan Palestin tetapi ianya juga merupakan satu tindakan angkuh serta bongkak regim zionis terhadap umat Islam di seluruh dunia.

PAS, katanya menyedari bahawa tindakan yang diambil oleh OIC sebelum ini ternyata tidak berupaya untuk mengekang keganasan pihak zionis Israel tetapi dalam masa yang sama semua pihak adalah tidak wajar untuk berputus asa dalam mencari penyelesaian terhadap konflik ciptaan zionis itu.

“PAS juga ingin menyeru agar rakyat dan kerajaan umat Islam serta seluruh pencinta keamanan dari kalangan masyarakat antarabangsa agar dapat merangka strategi baru yang lebih serius dan berkesan untuk memberikan tekanan kepada regim zionis itu,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Harakahdaily.net/-

Ahli parlimen BN jangan takut kepada Umno

9 Rabiulakhir 1431H

KUALA LUMPUR, 25 Mac: Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (PAS-Kota Bharu) (gambar) berkata, ahli parlimen Barisan Nasional (BN) tidak perlu takut kepada Umno kerana mereka bukan orang yang berkuasa di Parlimen.

"Saya melihat dalam dewan sekarang ini, ramai ahli dewan yang boleh memimpin suatu aliran baru dalam demokrasi di Malaysia supaya kita tidak semata-mata terikat dengan whip parti.

“Jangan takut sangat kepada Umno. Kita mesti membebaskan diri kita daripada Umno dan mesti memperkatakan kebenaran," katanya.

Sehubungan itu, beliau merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Abdul Ghafur Salleh (BN-Kalabakan) di atas keberaniannya menyatakan pendirian secara terbuka di Dewan Rakyat tanpa mengambil kira 'whip' parti.

Abdul Rahim merakamkan ucapan itu sewaktu membahaskan usul junjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong petang semalam.

"Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Kalabakan kerana melakukan pembaharuan dalam dewan ini.

"Dewan ini telah berusia 12 penggal, lebih daripada 50 tahun bersidang, boleh jadi ini pertama kali seorang ahli daripada pihak kerajaan menyatakan pandangan secara ikhlas dengan tidak mempedulikan whip parti BN. Tahniah kepada Kalabakan," katanya.

Semalam, Abdul Ghafur dalam ucapannya menyelar tindakan Datuk Seri Zahrain yang keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mendakwa beliau merupakan salah seorang yang akan melompat ke parti itu.

Abdul Rahim berkata, mana-mana ahli parlimen tidak seharusnya terlalu mengikut 'whip' parti masing-masing sehingga tidak berani untuk menyatakan pandangan secara ikhlas dan jujur.

"Mungkin masanya telah sampai untuk Ahli Yang Berhormat membuat peningkatan dalam perbahasan Parlimen di Malaysia di mana kita tidak patut seratus peratus terikat dengan whip parti masing-masing. Kita sebagai orang yang berkemampuan untuk membuat penilaian dan berhak untuk mengemukakan pandangan seperti yang dilakukan oleh Yang Berhormat Gua Musang (Tengku Razaleigh)," katanya.

Dalam pada itu, beliau mencadangkan kepada Speaker agar meneruskan amalan persidangan Speaker-speaker Malaysia bagi membincangkan segala perkara berhubung pengendalian Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Dewan Undangan Negeri (Dun).

"Saya melahirkan rasa duka cita kerana amalan persidangan Speaker-speaker Malaysia sekarang ini tidak lagi berlaku. Persidangan Speaker ini sebagai satu forum untuk membincangkan pengendalian urusan persidangan di peringkat Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Dun dikemukakan dan diperbahaskan,” ujarnya.

Menurutnya, beliau pernah mengambil bahagian dalam persidangan tersebut sewaktu Speakernya ialah Allahyarham Tun Dr Mohamed Zahir Ismail.

"Saya masih ingat lagi perkara yang berbangkit di dewan ini dibawa ke persidangan Speaker-speaker Malaysia dan saya di antara orang yang mengemukakan soalan kepada Tun Mohamed Zahir Ismail mengenai amalan suatu usul di parlimen yang secara tradisinya tidak dibahaskan," katanya.

Tun Zahir katanya, menyatakan bahawa apabila ada ahli dewan ingin membahaskan sesuatu usul, maka speaker tidak boleh menyelesaikannya secara amalan biasa sebaliknya mesti diselesaikan melalui perbahasan.

Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam responsnya menerima baik cadangan itu dan akan memanjangkan cadangan itu kepada pihak dewan.

Harakahdaily.net/-

Benarkah Kerajaan Pusat Akan Segerakan Pembangunan Di Sarawak ?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan pusat akan berusaha menyegerakan lagi pembangunan di Sarawak. Setelah 52 tahun negara mencapai kemerdekan nampaknya penduduk di Bumi Kenyalang dijanjikan sesuatu yang manis bila setiap kali pilihanraya akan menjelang, benarkah janji itu ?

Bercakap pada sesi sidang video dengan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan pemimpin-pemimpin kaum di kawasan Kota Samarahan, Najib berkata adalah jelas melalui perkara-perkara yang dibangkitkan bahawa rakyat Sarawak mahukan pembangunan di negeri itu disegerakan.

"Kita akan cuba segerakan lagi pembangunan untuk Sarawak," katanya pada sidang itu selepas melancarkan Inisiatif Jalur Lebar Negara dan Perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBD) di Dataran Merdeka di sini Rabu malam.

Turut hadir Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Antara yang terlibat dalam sesi itu di Kota Samarahan ialah pemimpin kaum Iban, Bidayuh, Cina, Melayu, Melanau dan wakil pelajar.

Najib berkata adalah jelas penduduk di Sarawak mahu sama-sama untuk bergerak dalam dunia IT.

"Kita akan segerakan dan percepatkan lagi pembanguan IT (teknologi maklumat) di seluruh Sarawak," katanya.

Bahaya muqabalah Umno-Yahudi

9 Rabiulakhir 1431H

Hubungan pemimpin-pemimpin Umno-BN, khususnya Perdana Menteri, menggunakan konsultan APCO Worldwide yang mempunyai kaitan dengan elemen Zionis dan Neo-Konservatif Amerika Syarikat, jelas amat membahayakan negara.

Sebagai sebuah negara yang dihormati sebagai antara peneraju pergerakan negara-negara Islam, adalah amat malang dan memalukan apabila pemimpin Umno-BN, membuat hubungan rasmi dengan agen-agen yahudi untuk mempromosikan agenda mereka.

Kerajaan BN jelas menodai mandat yang diberikan oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu, sekaligus mereka membohongi rakyat, bahawa kononnya mereka mempertahankan Islam dan anti-Zionis.

Rakyat memandang serius, isu kerajaan BN menggunakan khidmat APCO Worldwide untuk membantu BN menguruskan negara dengan mempromosikan slogan 1Malaysia, menyamai slogan 1Israel semasa kerajaan haram Yahudi dipimpin Perdana Menteri, Ehud Barak suatu ketika dahulu.

Dalam hal ini, bukan soal hendak menyamakan Umno dengan Yahudi, tetapi yang dipersoalkan ialah, mengapa Umno yang mendakwa mereka sebuah parti Melayu-Islam menggunakan khidmat perunding Yahudi?

Apa perlunya Yahudi digunakan untuk mempromosikan slogan One Malaysia? Apakah dalam keadaan sekarang, amat mendesak buat Umno untuk menggunakan khidmat Yahudi untuk menyambung hayatnya dalam politik negara?

Kita mendesak supaya Umno-BN yang dipimpin Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak memperjelaskan keadaan ini. Kita mendesak supaya Umno-BN membatalkan kontrak dengan APCO Worldwide.

Walaupun ada jawapan rasmi kerajaan di Parlimen yang menyatakan bahawa perkhidmatan APCO Worldwide tidak digunakan khusus untuk mempromosi 1Malaysia tetapi untuk semua isu-isu umum komunikasi, tetapi yang dipersoalkan sekarang ini, apakah keperluan dan kewajarannya dibayar syarikat Yahudi ini puluhan juta ringgit menggunakan wang rakyat?

Kerajaan Umno-BN seharusnya sedar bahawa perkhidmatan APCO Worldwide, selain digunakan Israel sebagai konsultan propagandanya, perkhidmatannya turut digunakan oleh diktator di Nigeria dan Kazakhstan.

Justeru dalam hal sebegini, Kerajaan Umno-BN tidak harus menyembunyikan kepada rakyat, apakah peranan APCO Worldwide yang sebenarnya dan berapakah nilai kontrak yang dibayar kepadanya.

Kerajaan Umno-BN harus mendedahkan kepada rakyat, apakah syor-syor yang diberikan oleh APCO Worldwide kepada semua kementerian yang digunapakai untuk faedah rakyat jelata.

Sebagaimana yang ditegaskan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff di Dewan Rakyat, 22 Mac lepas, "Jika Umno-BN tidak membatalkan kontrak APCO, ia memberi implikasi bahawa dasar-dasar Israel menjadi asas kepada komunikasi negara.

"Saya cabar Perdana Menteri jika tidak ada tindakan tegas diambil, rakyat akan berkata kamu bersekongkol dengan pemimpin Israel."

Rakyat Malaysia tidak lupa bagaimana sebelum ini, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, menggunakan khidmat pelobi Yahudi yang pro-Zionis dan neo-konservatif ektremis, Jack Abramoff, dengan jumlah bayaran yang begitu besar.

Difahamkan, Kerajaan Malaysia telah membayar yuran perundingan sebanyak AS$1.2 juta (RM4.6 juta) kepada Abramoff bagi khidmat menguruskan pertemuan antara Mahathir dan Presiden Amerika ketika itu George W. Bush di White House, Washington pada Mei 2002.

Malah Menteri Pertahanan Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi turut dikecam keras kerana mengadakan pertemuan bersama Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak di sebuah majlis koktel di Pertunjukan Udara Paris, 17 Julai tahun lalu.

Kesemua bukti ini menunjukkan wujudnya muqabalah antara pemimpin Umno dengan Yahudi, sedangkan pada masa yang sama Yahudi cukup terkenal dengan nama Penyembelih Gaza (The Butcher of Gaza).

Hubungan ini amat menghiris hati umat Islam di negara ini yang majoriti anti-Yahudi. Maka dengan itu, keadaan ini semakin membulatkan tekad rakyat, yang beragama Islam untuk menguburkan Umno pada PRU ke-13 nanti.


* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Harakahdaily.net/-

Titi Tinggi bukti Umno-BN fobia dengan pilihan raya

9 Rabiulakhir 1431H
Angkasanuri

Ramalan ramai pihak bahawa tidak akan berlaku pilihanraya kecil di Dun Titi Tinggi ternyata kebenarannya. Setelah dipujuk rayu akhirnya ADUN Titi Tinggi, Yip Sun Onn telah menarik balik surat peletakan jawatannya.

Lebih menarik lagi beliau hanya mengirim SMS kepada Speaker DUN Perlis, Datuk Yazid Mat tentang pembatalan meletak jawatan yang diumumkan kelmarin

Pasca pilihanraya Umum ke 12 menunjukkan Umno-BN cukup gentar berhadapan rakyat dalam pilihanraya. Lihat sahajalah apa berlaku di Perak, mereka bermati-matian mengelakkan pilihanraya kecil. Begitu jugalah di tempat lain.

Walaupun speaker sudah memaklumkan kekosongan kerusi yang wujud belum tentu pilihanraya akan diadakan. Kota Seputeh turut menjadi contoh Umno cukup takut dengan pilihanraya untuk berhadapan dengan rakyat. Walaupun ia melibatkan Dun atau parlimen yang didakwa kubu kuat umno-BN.

Usaha Umno untuk mengelak menghadapi pilihanraya kecil ternyata mendapat sokongan padu dari SPR dulu kini dan selamanya.

Malah langkah kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang untuk mengembalikan demokrasi dan mewujudkan ketelusan dengan mengadakan pilihanraya pihak Berkuasa tempatan juga turut dihalang.

Semua ini menjadi bukti nyata Umno-BN yang mendakwa diri selama ini mereka kuat sebenarnya berada dalam keadaan yang cukup lemah. Walaupun cuba memainkan isu dan sentimen perkauman, memanipulasi media itu tidak mencukupi untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada Umno-BN.
Justeru itu dalam suasana Umno-BN dalam keadaan lemah dengan mood penolakan rakyat,pelbagai helah dan taktik kotor dilakukan untuk memastikan tidak berlaku sebarang pilihanraya dalam masa terdekat


* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Harakahdaily.net/-

Mahkamah batal saman Tengku Muhammad Fakhry

9 Rabiulakhir 1431H

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan membenarkan permohonan dua pegawai Istana Kelantan untuk membatalkan saman Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra yang mendakwa mereka melafazkan perkataan bersifat umpatan dan fitnah berhubung masalah perkahwinannya dengan model Indonesia, Manohara Odelia Pinot.

Hakim Datin Zabariah membernarkan permohonan itu dalam kamar dan mengarahkan Tengu Muhammad Fakhry membayar kos sebanyak RM5,000.

BeritaHarianOnline/-


Indahnya Berbuat Baik

9 Rabiulakhir 1431H
By: agussyafii

Dan Allah senantiasa memberikan pertolongan kepada hambaNya selama ia menolong saudaranya (HR. Muslim).

Hadist diatas mengingatkan kepada kita, bila hati kita bersedih, akan ada orang yang lebih bersedih daripada kita. Bila kita mengalami kesulitan, akan ada orang yang lebih sulit hidupnya daripada kita. Cobalah tengok dijalanan atau disebelah rumah kita, barangkali mereka justru membutuhkan pertolongan dan Allah meminta kita untuk memperhatikan dan menolong mereka yang sedang kesusahan atau sedang dalam kesulitan.

Membantu orang lain membuat kita merasa nyaman dan membantu kita menyelesaikan masalah yang kita hadapi, bagus juga secara kesehatan psikis. Penelitian mutakhit di Michigan University menyebutkan bahwa orang-orang yang memberikan perhatian dan membantu orang lain akan hidup lebih lama.

- Membantu teman, kerabat, atau tetangga dengan duduk berbincang, bertegur sapa dan untuk menanyakan bagaimana kabarnya atau sedang sibuk apa sekarang.

- Bergabunglah untuk menjadi relawan sebuah organisasi sosial kemasyarakatan.

- Ambillah sampah yang berserakan yang ada di halaman rumah, di taman atau dipantai.

- Memberikan ruang parkir yang cukup bagi orang lain.

- Membantu orang tua menyeberangkan jalan

- Menghormati pejalan kaki ketika kita sedang mengendarai kendaraan bermotor.

Perbuatan baik yang sederhana seperti diatas menunjukkan kepribadian yang positif pada diri kita. Memaafkan, memberi hadiah, mengucapkan salam, melakukan kebaikan paling ringan dan tularkan pada orang lain, anak-anak kita juga orang-orang yang kita cinta. Lakukan terus menerus dan lihat perubahan yang terjadi pada diri kita dan sekitarnya akan ada sebuah keajaiban.

Yuk, kita buat orang lain merasa nyaman...!

Wassalam,
agussyafii

Tarian Etnik Hui di China (2)

9 Rabiulakhir 1431H

Terdapat beberapa bentuk tarian yang tersebar di kalangan penduduk etnik Hui.Tarian " Dua Sejoli " yang tersebar di kalangan penduduk di Fukang dan kaunti Gimsal untuk meluahkan harapan orang muda terhadap kemurnian alam percintaan. Ia sering diadakan pada majlis perkahwinan atau semasa menyambut hariraya.

Persembahan nyanyian dan tarian biasanya dimainkan oleh seorang lelaki dan seorang wanita, (watak wanita dilakonkan oleh pelakon lelaki). Biasanya wanita etnik Hui tidak dibenarkan menyertai pesta persembahan kesenian nyanyian dan tarian, oleh itu watak wanita biasanya dilakonkan oleh pelakon lelaki. Persembahan kesenian dimainkan dengan nyanyian solo tanpa diiringi irama muzik. Mereka merupakan penyanyi terkenal tempatan yang mengadakan persembahan secara sukarela. Seni kata lagunya berbunyi, "Abang akan pergi jauh, gadis yang dicintai menghantar kekasihnya dan tidak mahu berpisah". Seni kata lagunya yang indah, mudah difahami dengan luahan perasaan cinta muda-mudi etnik Hui.

Tarian yang mempunyai ciri-ciri tempatan Xinjiang telah terbentuk melalui pertukaran dalam kehidupan bersama dalam jangka panjang antara penduduk etnik Hui yang berhijrah ke Xinjiang dengan etnik-etnik Uygur, Kazak dan etnik-etnik lain. Seniman kalangan rakyat etnik Hui dari Xinjiang juga sering kali menyertai pesta kesenian etnik Uygur. Mereka pandai menyanyi dan menari tarian etnik Uygur. Tarian etnik Hui bukan sahaja menawan hati, tetapi juga memperlihatkan gerak-geri yang lucu dengan pergerakan yang dinamik serta keteguhan semangat penduduknya.

Tarian etnik tersebut dipersembahkan oleh penari wanita. Penyanyi lelaki melakukan tugas ringan dan hanya menyanyikan lagu iringan untuk penari wanita. Mereka mengadakan persembahkan secara spontan untuk menarik lebih ramai penonton. Cara persembahan yang begitu rupa telah mewakili tarian etnik Hui di Xinjiang.

Tarian "Luo Lianhua" telah tersebar di kalangan penduduk etnik Hui tempatan. Ia merupakan persembahan kesenian yang amat menarik dalam nyanyian dan tarian etnik Hui. Tarian tersebut tersebar luas di kawasan yang didiami oleh penduduk etnik Hui, iaitu bandar Changji, kaunti Gemsal dan Miquan di Daerah Autonomi Etnik Hui Changhji. Tarian "Luolianhua" merupakan salah satu persembahan nyanyian dan tarian yang begitu digemari oleh penduduk etnik Hui yang tinggal di mukim Changshanzi kaunti Miquan dan Luoshen mukim Yushugou bandar Changji.

CRI/-




Selagi BN berkuasa, jenayah makin bertambah

9 Rabiulakhir 1431H

TELUK INTAN, 24 Mac: Kejadian pembunuhan di negara ini semakin menjadi-jadi, nyawa manusia seolah-olah tidak bernilai, inilah yang membimbangkan seluruh rakyat Malaysia sejak BN berkuasa lebih 50 tahun lalu.

Kejadian pembunuhan kejam ke atas Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Perak merupakan salah satu bukti menunjukkan hidup rakyat negara ini tidak terjamin keselamatannya.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh ketika melawat keluarga mendiang Siva di kediaman mereka di Taman Mawar, Langkap semalam. (Gambar atas)

Menurutnya, Umno/BN tidak lagi boleh diharapkan untuk menjaga rakyat negara ini daripada sebarang bentuk jenayah, sudah lebih 50 tahun BN berkuasa, jenayah kian bertambah dari hari ke hari.

Oleh itu, rakyat wajar memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat memerintah negara ini agar keselamatan mereka terjamin.

Sementara itu balu mendiang Siva, Puan Kala @ Papa a/p Kandasamy melahirkan rasa amat bangga apabila tiga hari lalu beliau telah dikunjungi Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Saya tidak menyangka Tuan Guru akan hadir. Selama ini saya hanya melihat wajahnya di dalam suratkhabar atau di televisyen tetapi hari itu saya dapat bersua muka dan bercakap dengan Tuan Guru," kata beliau.

Pada pertemun itu, Muslimat PAS Pusat telah menyampaian sumbangan kepada Puan Kala.

Sebelum itu, rombongan Dewan Muslimat PAS Pusat telah mengadakan pertemuan dengan Dewan Himpunan Penyokong PAS Pasir Salak di pejabat dewan itu. (Gambar kiri)

Di dalam pertemuan tersebut, Dr Halimah Ali memuji DHPP Pasir Salak yang telah mempunyai pejabat sendiri.

“PAS menghormati DHPP walaupun mereka berbeza, inilah yang Umno/BN tidak mahu lihat kerana dakyah BN kononnya PAS parti yang pelampau ternyata satu pembohongan dari BN," katanya.

Harakahdaily.net/-

TAHNIAH YB ZUL, TAPI BILA KAMI NAK PAKAI PAMPERS NI ?

9 Rabiulakhir 1431H
Oleh: WFAUZDIN NS

SEJURUS YB Zul MP dari Kulim Bandar Baru dipecat dari PKR, kita diingatkan oleh MP berkenaan agar membawa `pampers' sekiranya berada di Parlimen nanti. Sudah tentu kita percaya YB Zul akan menggemparkan semua yang ada di Parlimen bahkan kita yang di luar Parlimen kerana melihat kepada kesungguhan beliau bercakap. Hari ini tibalah YB Zul bangun di Parlimen untuk mengambil giliran membahas titah DYMM YDP Agung.

Apabila dia memulakan perbahasannya, kita menanti bilakah masanya yang sesuai untuk kita mula memakai `pampers'. YB Zul bercerita tentang bagaimana beliau `ditawarkan' dengan habuan yang boleh `menggugat iman' agar beliau membuat akuan bersumpah tentang penglibatan Najib dan Rosmah di dalam kes pembunuhan Altantuya. Ada di antara kita sudah bersedia untuk memakai `pampers' kerana YB Zul mungkin akan mendedahkan siapakah orang yang menawarkan habuan itu. Adakah ianya DS Anwar, DS Wan Azizah, Tuan Guru Nik Aziz, Lim Kit Siang atau mungkin Ibrahim Ali kalau pun tidak Zahrain `The Dog Attack'? Malangnya, cerita itu terhenti setakat itu dan tiadalah jadi kita untuk memakai `pampers'.

Mengikut lojik, apa kena mengena YB Zul dengan kes Altantuya? Jika dahulu kita masih ingat di mana Balasundram telah membuat dua akuan bersumpah dalam tempoh tidak sampai 24 jam, itu dikira lojik kerana Bala ada kaitan dengan kes tersebut. Bala adalah Penyiasat Persendirian yang diupah oleh Razak Baginda iaitu salah seorang yang didakwa terlibat di dalam kes tersebut kemudiannya dibebaskan. Tetapi YB Zul apa kaitannya? Mengapa perlu `diupah' beliau untuk membuat akuan bersumpah? Mungkin kerana YB Zul adalah salah seorang Peguam yang pada mulanya akan mewakili salah seorang sidituduh dalam kes tersebut tetapi menarik diri akhirnya.

YB Zul terus bercerita tentang mengapa beliau menarik diri dari menjadi Peguambela kepada salah seorang dari sidituduh. Beliau mendakwa ada `pihak ketiga' yang mencampuri urusannya menyebabkan beliau menarik diri kerana ingin berlaku adil terhadap sidituduh. Sekali lagi kita merasakan perlu `pampers' dipakai pada waktu beliau mendedahkan kisah ini. Semua tertumpu dan memasang telinga untuk mengetahui siapa `orang ketiga' itu. Malangnya, cerita terhenti setakat itu sahaja. Mengapa kedua-dua kisah yang ada potensi untuk `membanjirkan' dewan Parlimen dengan `air kencing' terhenti setakat itu sahaja? Hanya YB Zul yang tahu.

Saya tidak mahu hipokrit terhadap YB Zul. Tahniah, kerana setakat ini berjaya dan mampu bercakap untuk menyokong keadilan terhadap DS Anwar di dalam kes liwatnya. Jika beliau tidak berani bercakap seperti itu sekali pun, kita masih ada ramai lagi MP yang berani untuk bercakap tentangnya. Apa yang benar dari mulut YB Zul kita patut sokong dan bersangka baik. Cuma apa yang tidak patut, kita perlu tentang iaitu YB Zul tidak patut berada di dalam Parlimen kerana beliau tidak lagi mewakili pengundi-pengundi yang mengundinya atas tiket PKR dahulu.

Kesimpulannya, YB Zul gagal membuat `gempar' setakat ini meskipun sedikit `gempar' yang murahan dan melucukan seperti yang telah dilakukan oleh Zahrain `The Dog Attack'. Bolehkah kita simpan `pampers' ini sekarang?/

Kelainan Jom Heboh di Kelantan jadi teladan

9 Rabiulakhir 1431H
Email :

Saya rasa ramai umat Islam mengalu-alukan usaha kerajaan Kelantan untuk membenarkan penganjuran JOM HEBOH di Kota Bahru bermula 26 hingga 27 Mac 2010 ini.

Sokongan umat Islam mungkin ada yang disebabkan memandang dari aspek hiburan atau perniagaan semata-mata. Bagi pengamat dakwah dan sosial Islam pula, penganjuran Jom Heboh di Kelantan yang penuh kelainan ini perlu dinilai sebagai indikator keanjalan Islam dalam meraikan hiburan dan kehendak massa tanpa mengabaikan peraturan syarak. Tahniah kepada kerajaan Kelantan yang mengutamakan agenda islah dan muslih dalam aplikasi pentadbirannya.

Jika di negeri lain Jom Heboh akan menjadi gelanggang hiburan tanpa batasan, namun, lain pula dengan Jom Heboh yang akan diadakan di sini pada 26 dan 27 Mac ini, tiada artis wanita ditampilkan pada konsert yang akan diadakan atas sebab mengelakkan mudarat dan kesukaran mengawal aurat dan sebagainya.

Konsert itu pada malam 27 Mac hanya menampilkan artis lelaki termasuk Jay Jay, Jamal Abdillah, Kumpulan Raihan dan Megat Nordin.

Selain itu, difahamkan tiada siaran langsung dibuat bagi konsert berkenaan seperti dilakukan TV3 di negeri-negeri lain sebelum ini.

Kelainan juga dapat disaksikan apabila tempat duduk di antara lelaki dan wanita diasingkan pada persembahan konsert terbabit. Sebenarnya aplikasi pemisahan tempat duduk adalah antara cara termudah bagi mana-mana negeri di malaysia untuk menganjurkan program yang penuh bermoral dan beretika tanpa mebgira program agama atau sosial.

Pegawai Khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Nasruddin Mahmud Muhaidin berkata, pihak penganjur Jom Heboh telah memberi jaminan akan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan kerajaan negeri iaitu Enakmen Kawalan Hiburan 1998 yang dikuatkuasa di negeri Kelantan.

Tambah menarik apabila Produk islamik berupa ubatan tradisional, perawatan Al Quran seperti Produk Tok Guru mengambil peluang juga untuk menjadi penganjur bersama. Nilai komersial yang berunsur dakwah terhasil apabila produk yang berlambangkan Guru agama, simbolik kepada institusi pondok dan Islam bersaing bersama jenama biasa lain dalam program ternama sebegitu.

Dakwah tadarruj (berperingkat dan berhikmah) yang diamalkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz bukan perkara baru. Malah sejak penganjuran Konsert Mawi oleh kerajaan Kelantan, pengunjungan para artis dan selebriti ke Kelantan berjumpa sendiri dengan beliau menjadi satu fenomena baru. Tuan Guru Nik Abdul Aziz berjaya memecah tembok pemisah antara golongan seni dengan golongan ulama’. Inilah petanda sunnah dakwah Rasulullah berjaya diamalkan di Kelantan hasil kebijaksanaan dan kesabaran pemimpinnya.

SPAQ mengalukan lagi usaha sebegini dalam memartabatkan syariah sebagai penyelesai permasalahan masyarakat malah masyarakat tanpa mengira kaum boleh berpaut dengan syariah Islam di negara ini.

Muhammad Nuruddin Bashah
Pengerusi Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ)
Hadapan 360 MKJ Kampung Terang
11000 Balik Pulau
Pulau Pinang

Midah Guna Kuasa MAIP Untuk Menggunakan Surau Taman Song Choon

9 Rabiulakhir 1431H
http://dppgopeng.blogspot.com

Taman Song Choon, Ipoh - Mungkin kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Ahli Jawatankuasa Surau Al-Falah Taman Song Choon yang tidak membenarkan umno menggunakan surau tersebut, YB Hamidah bertindak menulis surat kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam Perak ( MAIP ) untuk mendapatkan kebenaran menggunakan surau pada 28/03/2010 ini.

Jika pada program sebelum ini, MAIP telah menghantar beberapa orang wakilnya untuk bertemu dengan AJK surau tersebut bagi mengarahkan agar surau tersebut memberikan kebenaran kepada Hamidah untuk mengadakan programnya, tidak mustahil kali ini perkara yang sama akan berulang.

Walaubagaimanapun, seorang AJK surau tersebut yang juga seorang peguam, En. Haris Alimudin mempertikaikan tindakan Hamidah tersebut yang disifatkannya sebagai tidak memahami bidang kuasa MAIP.

" Saya agak hairan kenapa YB Hamidah menghantar surat untuk mendapatkan kebenaran mengadakan program beliau kepada MAIP sedangkan surau bukanlah terletak di bawah bidang kuasa majlis agama " Kata beliau.

Beliau menambah di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 jelas dinyatakan bahawa bidang kuasa MAIP hanya pada masjid dan tafsiran dalam seksyen 2 enakmen tersebut dengan jelasnya menyatakan bahawa surau tidak boleh ditafsirkan sebagai masjid selagi tidak ditetapkan sedemikian oleh MAIP.

Difahamkan juga mesyuarat AJK surau sebelum ini menolak permohonan lisan dari wakil umno untuk mengadakan program mereka di surau Al-Falah dan menyatakan bahawa ia adalah kuasa budi bicara AJK surau dan dipersetujui di dalam mesyuarat.

" Pihak AJK surau juga secara sebulat suara untuk tidak melayan surat YB Hamidah kerana ia tidak ditujukan kepada kami, dan tindakan menggunakan kuasa MAIP jelas satu perbuatan yang tidak menghormati AJK surau dan kariah di sini " Tambah beliau ketika diminta mengulas mengenai surat YB Hamidah kepada YDP MAIP.


[Fikrah Islamiah] Di sebalik Iqra' mengajak kita memahami mesej

9 Rabiulakhir 1431H
Email : Ahmad Baei Jaafar

Solusi isu 18 menyingkat persoalan "Di sebalik Iqra'" mengupas isu mesej al-Quran dan Islam yang sering dipandang sepi oleh umat Islam. Mengapa umat Islam tidak amalkan Islam dan tidak merujuk kepada al-Quran? Malah ramai juga yang membaca al-Quran tetapi mereka sendiri tidak amalkan ajaran Islam, mengapa keadaan ini boleh terjadi.

Banyak lagi isu yang dibawa untuk tindakan bersama demi membangunkan jiwa Islam dan masyarakat Islam. Umat islam sehingga kini masih ketinggalan dalam banyak bidang adalah kerana Iqra' tidak banyak membantu kita ke arah yang baik dan cemerlang. Mengapa tidak membantu? Jawapannya ada dalam Solusi kali ini. Sila dapatkan isu baru ini di pasaran tidak lama lagi.

Sempena pesta buku yang sedang berlangsung kini, kami mengalu-alu anda semua ke sana hujung minggu ini. Insya-Allah jika ada rezeki, Sabtu dan Ahad ini akan dijual di gerai Telaga Biru. Selamat membeli.

Pemimpin Umno Melenting Didakwa Kaki Arak

9 Rabiulakhir 1431h
Email : iam voyeur

Pemimpin Umno dalam Dewan Rakyat melenting kemarahan apabila Ahli Parlimen Machang mencelah semasa perbahasan titah Yang Dipertuan Agong oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengingatkan betapa beberapa pemimpin Umno tertidur di mesin slot dalam kasino judi di Las Vegas dalam satu lawatan beberapa tahun lalu.

Kejadian bertikam lidah bermula apabila menantu mantan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin bangun untuk memalukan Anwar dengan menimbulkan insiden beliau menari dengan "anak tauke judi".

Anwar dengan tenang berkata, "kita menari sikit dia bising tapi pemimpin Umno muntah kedarah arak takpe".

Saifuddin meminta laluan yang diberi Ketua Pembangkang lalu menyatakan keberanian Khairy berdebat dengan Anwar adalah disebabkan beliau dipinggirkan daripada mennganggotai kabinet Datuk Seri Najib Razak.

"Memang jawatan Ketua Pemuda Umno tapi tak dapat jadi menteri. Itu je supaya nak naik markah sikit kerana Perdana Menteri menyaksi perbahasan ini," kata beliau Khamis lalu.

Khairy yang tidak berpuas hati terhadap kata-kata sinis Saifuddin terus "mengamuk" seolah-olah hilang akal dan berusaha keras untuk terus memalukan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

"Dosa besar dalam Umno kalau menegur dan berkata benar kepada pemimpin Umno dan ini berdosa besar kepada parti agama, bangsa, negara. Judi ok, arak ok.

"Jangan cabar kita, kita boleh tunjuk berapa kerat dalam (Dewan Rakyat) ini, berapa banyak botol arak dia togok dalam lawatan-lawatan Pemuda Umno dulu. Jangan sebut, kita boleh sebut, Jangan cabar kita, kita boleh sebut.

"Jangan cabar, kita tahu, pejabat pemimpin Umno mana yang ada tong arak dalam pejabat. Jangan cabar, waktu "wedding anniversary", pemimpin pemuda Umno dihidangkan botol arak, jangan cabar kita,” kata Saifudin.

Ketika itu Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar cuba menenangkan kerajaan apabila Ahli Parlimen Pasir Salak turut terasa tempias daripada ucapan Saifuddin.

“Apakah Permatang Pauh bersetuju kalau saya katakan bahawa, dalam satu forum beberapa tahun lalu, selepas Ahli Parlimen Permatang Pauh di pecat (dari parti dan kerajaan), di University John New Hopkins Amerika Syarikat, pemimpin Pemuda Umno itu pun ada di sini, Bendahari Umno Malaysia pun ada di sini, berapa banyak botol arak dia togok, kita tahu, jangan cabar,” sambung Saifuddin lagi.

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang turut mengikuti perbahasan itu melahirkan rasa terkejut beliau di atas sikap hipokrit pemimpin Umno yang sering bercakap mengenai Islam tetapi melanggar hukum agama.

"Tu dia, baru kami tahu. Allah Akhbar, apa pasal teruk sangat ni," kata Mahfuz.

Saifuddin seterusnya berkata beliau sanggup mengulangi di luar Dewan jika dicabar dan akan mendedahkan lagi banyak keburukan peribadi pemimpin Umno yang bertopengkan Islam. -SK


Tolak p'raya PBT selepas Najib tolak bukti SPR tidak bebas - Guan Eng

9 Rabiulakhir 1431h

KUALA LUMPUR, 24 Mac: Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak permohonan kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan membuktikan badan itu tidak bebas.

Ini kerana, SPR sekadar mengikut apa yang telah dinyatakan oleh Perdana Menteri sebelum ini, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

“Kita tidak harus terkejut dengan keputusan ini,” katanya.

“Jika tauke telah memberikan pandangannya, maka siapa yang akan memberikan jawapan bertentangan? SPR harus bertindak bebas, ini menunjukkan SPR tidak bebas,” kata beliau pada sidang media di lobi bangunan Parlimen.

Lim berhujah bahawa di bawah Artikel 113 (4) Perlembagaan Persekutuan ada dinyatakan bahawa undang-undang persekutuan dan negeri memberi kuasa kepada SPR untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan.

Katanya kerajaan negeri akan mengkaji kandungan surat penolakan suruhanjaya untuk tindakan masa depan tetapi tidak akan mengubah kedudukan mereka dalam perkara itu.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pula menyifatkan tindakan ini satu langkah penyekatan kepada demokrasi di negara ini.

“Ada baiknya jika SPR mula mempertimbangkan untuk mengadakan semula pilihan raya kerajaan tempatan di mana penduduk setempat boleh mengadakan hubungan baik dengan pihak berkuasa tempatan,” kata beliau kepada sebuah laman wab di bangunan Parlimen hari ini.

“Ini salah satu usaha untuk menjadikan amalan demokrasi negara ini lebih bersifat matang,” katanya.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata barisan Exconya akan diberi taklimat tentang sebab SPR menolak rayuan kerajaan-kerajaan negeri PR.

Kedua-dua kerajaan negeri dimaklumkan keputusan SPR itu petang semalam.

Pagi tadi, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tiada “undang-undang yang membolehkan” pihaknya untuk mengembalikan undi ketiga menerusi pilihan raya kerajaan tempatan.

Ia sekali gus menolak permintaan kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor.

Beliau menjelaskan pilihan raya kerajaan tempatan telah dimansuhkan di bawah Seksyen 15 (1) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Seksyen itu mengatakan bahawa “kesemua peruntukan dalam mana-mana undang-undang berkaitan dengan pilihan raya kerajaan tempatan telah dimansuhkan ataupun tidak lagi berkuat kuasa.”

Harakahdaily.net/-

Kelantan setuju lantik Razaleigh runding tuntutan royalti minyak

9 Rabiulakhir 1431h

KOTA BHARU, 24 Mac: Kerajaan Kelantan bersetuju melantik mantan Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) sebagai perunding untuk berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Petronas mengenai tuntutan royalti minyak.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa memberitahu, pelantikan itu berkuat kuasa serta-merta dan surat rasmi mengenainya akan dihantar hari ini juga.

Menurutnya lagi, mesyuarat Exco hari ini yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengambil keputusan bersetuju melantik Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang sebagai wakil kerajaan untuk berunding menyelesaikan isu tuntutan negeri berhubung isu royalti minyak daripada Kerajaan Pusat.

Jelasnya, pelantikan itu tidak melibatkan apa-apa bayaran daripada kerajaan negeri kepada Razaleigh.

“Kita berharap Tengku (Razaleigh) akan bersetuju sebab sebelum ini Tengku ada menawarkan diri sebagai perunding dan orang tengah untuk menyelesaikan tuntutan itu,” ujarnya ketika ditanya sama ada veteran Umno itu bersetuju atau sebaliknya dengan pelantikan itu.

Ketika berucap di hadapan kira-kira 50,000 rakyat Kelantan dalam ceramah perdana tuntutan petroleum anjuran Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) di Stadium Sultan Mohamad ke-IV akhir Januari lalu berkata Kelantan berhak mendapat bayaran royalti sebanyak lima peratus.

Beliau sekali lagi menyatakan perkara itu ketika berucap pada satu program anjuran Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) di Kuala Ibai, Kuala Terengganu pada 18 Mac lalu tetapi tidak setuju isu tuntutan itu dibawa ke mahkamah.

Harakahdaily.net/-

P’raya PBT: Selangor dedah surat SPR kepada umum

9 Rabiulakhir 1431H

SHAH ALAM, 24 Mac: Kerajaan Negeri Selangor memutuskan untuk menyiarkan kepada umum surat yang dihantar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada Menteri Besar berhubung cadangan untuk mengadakan pilihan raya peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata, tindakan itu bagi membolehkan orang ramai memahami isu tersebut secara mendalam.

Tegasnya, surat SPR itu bukan noktah akhir kerana kerajaan negeri akan terus berusaha mencari jalan atau kemungkinan lain yang membolehkan pilihan raya PBT diadakan.

“Kita membincangkan isu ini dalam Mesyuarat Exco hari ini dan memutuskan jalan terbaik ialah dengan mencari pilihan lain dari sudut yang berbeza.

“Kami percaya dalam sebuah negara yang matang, fungsi sesebuah kerajaan perlu didemokrasikan dan ini baik kerana rakyat mempunyai banyak pilihan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini, hari ini.

Pada 11 Mac lalu, beliau menulis surat kepada SPR untuk mendapatkan pandangan mengenai pilihan raya kecil PBT selain meminta SPR mengadakan kajian menyeluruh untuk kepentingan rakyat khususnya di Selangor.

Dalam surat setebal 11 muka surat bertarikh 23 Mac 2010 itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberikan maklumat dari perspektif perundangan dan had batasan berkaitan cadangan mengadakan pilihan raya PBT di negeri ini.

Beliau membuat kesimpulan bahawa SPR dan negeri tidak mempunyai kuasa untuk mengadakan pilihan raya peringkat PBT bagi memilih ahli majlis.

Abdul Aziz juga berkata, SPR tidak boleh menjalankan kajian dan analisis seperti yang diminta Selangor kerana ia bukan bidang kuasa SPR seperti termaktub dalam Perlembagaan dan Akta Pilihan Raya 1957.

Harakahdaily.net/-

Rumah pemimpin PKR dibaling bom petrol

9 Rabiulakhir 1431H

Rumah seorang ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Badrul Hisham Shaharin dibaling bom petrol awal padi tadi, dipercayai perbuatan khianat.

Badrul yang juga pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata, beliau menyedari perkara tersebut ketika terjaga daripada timur kira-kira jam 1.30 pagi. Rumah beliau terletak di Taman Bukit Serdang, Seremban.

Sehubungan itu, beliau menghubungi pihak polis bagi memaklumkan kejadian itu dan membuat laporan di Balai Polis Seremban 2 kira-kira jam 3 pagi tadi.

“Kira-kira jam 1.30 pagi ketika saya sedang tidur bersama keluarga di rumah di Seremban, (saya) terkejut dengan bunyi kaca pecah.

“Sebaik sahaja membuka pintu rumah kelihatan dua tempat api sedang menyala dan salah satu daripadanya betul-betul bersebelahan dengan kereta,” laporan polisnya dipetik.

Bagaimanapun, tambahnya, sebaik sahaja keluar dari rumah, kesan kebakaran daripada sebuah bom petrol itu telah dipadamkan jirannya yang lebih dahulu menyedari perkara tersebut.

Dalam laporannya juga, Badrul memberitahu, jirannya memaklumkan, sebelum kejadian tersebut, dua lelaki dilihat menunggang motosikal sambil membaling bom petrol tersebut.

Menurutnya lagi, bom buatan sendiri itu jatuh di laman rumahnya, berdekatan dengan keretanya, menyebabkan berlakunya kebakaran kecil di lantai dan dinding berhampiran.

Beliau juga bersyukur kerana anggota keluarga tidak mengalami sebarang kecederaan.

Badrul terkenal di kalangan pemimpin pembangkan ekoran beberapa 'gimik' politiknya, termasuk menyambut ulang tahun kelahiran model Mongolia Altantuya Shaariibu di Putrajaya dan menghadiahkan bantal besar kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika menjadi perdana menteri.

Beliau yang bertanding dalam pilihan raya umum 2008 dan tewas ditangan ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin di kawasan parlimen Rembau.

Malaysiakini/-

Sivarasa: 'KPN tiada ijazah undang-undang'

9 Rabiulakhir 1431H

Satu laporan polis dibuat terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang didakwa memberikan pengakuan palsu berhubung kelayakannya pada perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Menurut laporan polis yang dibuat oleh peguam Anwar, R Sivarasa, Musa, pegawai penyiasat dalam kes itu memberitahu mahkamah ketika itu bahawa dia mempunyai ijazah sarjana muda dalam undang-undang.

Bagaimanapun, dalam satu lagi perbicaraan yang membabitkan kes rasuah bekas Pengarah Sisatan Jenayah Perdagangan, Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuff pada tahun 2009, Musa memberitahu mahkamah dia memiliki “diploma dalam undang-undang dan pengajian pengurusan”.

“KPN telah memberikan kenyataan palsu dengan mengatakan dia memiliki ijazah undang-undang ketika disoal balas dalam kes Anwar, sedangkan hakikatnya dia hanya mempunyai diploma dalam undang-undang,” kata Sivarasa ketika dihubungi.

Malaysiakini/-