26 Mac 2010

Polis tahan Datuk Wan Hashim

Harakahdaily

KOTA BHARU, 25 Mac: Datuk Wan Hashim Wan Daud telah ditahan oleh sekumpulan pegawai polis di rumahnya dekat Kubang Kerian kira-kira jam 8.45 malam tadi.

Beliau kemudiannya dibawa ke Balai Polis IPK Kota Bharu dan masih berada di sana sehingga kini.

Beliau yang dilantik menjadi Setiauasaha Sulit Sultan Kelantan minggu lalu telah mengadakan sidang akhbar pagi tadi memaklumkan perlucutan jawatan Tengku Faris Petra sebagai pemangku raja Kelantan.

Beliau juga mengumumkan perlantikan Pengerusi Majlis Perajaan Negeri (MPN) Tengku Abdul Aziz Hamzah sebagai pemangku raja menggantikan Tengku Faris.

Ekoran kenyataan media itu, Pengerusi Persatuan Pegawai Tadbir Kelantan, Shafie Ismail membuat satu laporan polis terhadap beliau.

Petang tadi Setiausaha MPN, Datuk Aiseri Alias dalam sidang medianya berkata, perlucutan Tengku Faris itu tidak sah kerana ia tidak mendapat sokongan dua pertiga ahli MPN.

Oleh itu, katanya, Tengku Faris kekal sebagai pemangku raja Kelantan. Turut serta dalam sidang media itu adalah Pengelola Istana Kelantan dan Pegawai Kewangan Kelantan.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam..
Wan hashim nih x habis2 mengacau..
dulu masa pegang SUK kelantan barua umeno..
pastu pegang KAFA bola kelantan Hancuss..
Sekarang Barua dalam kemelut istana pulak..
Kami Sokong Tengku Faris..

mindaaktif berkata...

Cubalah bawa bertenang dalam keadaan begini yang sibuk nak rebut kuasa untuk apa tak cukup makan lagi ka konon nak jaga instusi raja2 dimana lojiknya kalau asyik nak kucar kacirkan pentadbiran istana

Tanpa Nama berkata...

Salam,

janganlah tuduh Wan Hashim ni barua, kalu hang tak tau apa cerita. Tak elok dik panggil org barua.

Yang derhaka ke mak bapak tu lagi teruk dik.