26 Mac 2010

Pemimpin Umno Melenting Didakwa Kaki Arak

9 Rabiulakhir 1431h
Email : iam voyeur

Pemimpin Umno dalam Dewan Rakyat melenting kemarahan apabila Ahli Parlimen Machang mencelah semasa perbahasan titah Yang Dipertuan Agong oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengingatkan betapa beberapa pemimpin Umno tertidur di mesin slot dalam kasino judi di Las Vegas dalam satu lawatan beberapa tahun lalu.

Kejadian bertikam lidah bermula apabila menantu mantan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin bangun untuk memalukan Anwar dengan menimbulkan insiden beliau menari dengan "anak tauke judi".

Anwar dengan tenang berkata, "kita menari sikit dia bising tapi pemimpin Umno muntah kedarah arak takpe".

Saifuddin meminta laluan yang diberi Ketua Pembangkang lalu menyatakan keberanian Khairy berdebat dengan Anwar adalah disebabkan beliau dipinggirkan daripada mennganggotai kabinet Datuk Seri Najib Razak.

"Memang jawatan Ketua Pemuda Umno tapi tak dapat jadi menteri. Itu je supaya nak naik markah sikit kerana Perdana Menteri menyaksi perbahasan ini," kata beliau Khamis lalu.

Khairy yang tidak berpuas hati terhadap kata-kata sinis Saifuddin terus "mengamuk" seolah-olah hilang akal dan berusaha keras untuk terus memalukan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

"Dosa besar dalam Umno kalau menegur dan berkata benar kepada pemimpin Umno dan ini berdosa besar kepada parti agama, bangsa, negara. Judi ok, arak ok.

"Jangan cabar kita, kita boleh tunjuk berapa kerat dalam (Dewan Rakyat) ini, berapa banyak botol arak dia togok dalam lawatan-lawatan Pemuda Umno dulu. Jangan sebut, kita boleh sebut, Jangan cabar kita, kita boleh sebut.

"Jangan cabar, kita tahu, pejabat pemimpin Umno mana yang ada tong arak dalam pejabat. Jangan cabar, waktu "wedding anniversary", pemimpin pemuda Umno dihidangkan botol arak, jangan cabar kita,” kata Saifudin.

Ketika itu Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar cuba menenangkan kerajaan apabila Ahli Parlimen Pasir Salak turut terasa tempias daripada ucapan Saifuddin.

“Apakah Permatang Pauh bersetuju kalau saya katakan bahawa, dalam satu forum beberapa tahun lalu, selepas Ahli Parlimen Permatang Pauh di pecat (dari parti dan kerajaan), di University John New Hopkins Amerika Syarikat, pemimpin Pemuda Umno itu pun ada di sini, Bendahari Umno Malaysia pun ada di sini, berapa banyak botol arak dia togok, kita tahu, jangan cabar,” sambung Saifuddin lagi.

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang turut mengikuti perbahasan itu melahirkan rasa terkejut beliau di atas sikap hipokrit pemimpin Umno yang sering bercakap mengenai Islam tetapi melanggar hukum agama.

"Tu dia, baru kami tahu. Allah Akhbar, apa pasal teruk sangat ni," kata Mahfuz.

Saifuddin seterusnya berkata beliau sanggup mengulangi di luar Dewan jika dicabar dan akan mendedahkan lagi banyak keburukan peribadi pemimpin Umno yang bertopengkan Islam. -SK


8 ulasan:

karawilak berkata...

mashaallah....wakil rakyat,mesti bersih dari sikap,sifat demikian,sebab contoh utk rakyat,jgn hanya sayangkan BN tak kisah pemimpin mcmana pun..kita kena keluar dari mudharat yg besar kepada mudharat yg kecil...bykkan berPKlah.

Tanpa Nama berkata...

Astaqfirullah...ape nak jadi dgn KJ ni? Betul ke ni? Bukan fitnah?

Antara dosa-dosa besar adalah minum arak!
Kalau meliwat Nabi Muhammad s.a.w tak terima sebagai umat.

Tanpa Nama berkata...

Biasalah kalau sebahagian pemimpin UMNO teguk arak, aku dulu kerja hotel 5 star lapan tahun. Alhamdullillah, aku dapat hidayah untuk tukar kerja lain. Yang aku takutkan sekarang ialah Allah s.w.t. tak terima taubat aku atas dosa shubahat menghidangkan arak pada mereka.

Tanpa Nama berkata...

Masa kerja hotel 5 star dulu, antara pemimpin yang aku respect ialah DSAI waktu masih TPM. dia ni kalau buat bajet negara, selalu pilih hotel ni untuk dia dan ahli pemikir 5,6 orang duduk kat suiteroom dekat sebulan. antara arahan dia kepada pihak hotel ialah mesti memastikan tiada arak yang disimpan dalam suiteroom tu. Kalau orang lain, arak tu simpan dalam satu kabinet berkunci dalam suiteroom tu tapi kalau DSAI tak boleh simpan dalam kabinet tu pun sebab dia tak mahu ada arak dalam bilik dia. Ada pemimpin UMNO yang minum arak di khalayak ramai tengahari bulan puasa kat private club!!!

Jebat_Musibat berkata...

Tgk gambar anak nazri aziz (yang tersebar) pegang arak sudah lah.. kalau anak bleh bgambar dgn arak selamba camtuh ... Sah2 BAPAKNYA lagi teruk!

Tanpa Nama berkata...

tuu diaaaa...awat teruk sgt smpai snggup mentekedarah "darah kotor dan nanah" tuu...baru la aku tauu...ish..ish..ish...takdak apa2 fatwa ka dr harussani kalu sokong parti dn pemimpin yg perangainya mcm tu?

Tanpa Nama berkata...

MAKSIAT PALING BESAR IALAH MINUM ARAK, IBU SEGALA MAKSIAT.

SEBAB IA IBU SEGALA MAKSIAT MAKANYA MAKSIAT2 YG LAIN MCM BERZINA, BERJUDI, RASUAH, PENIPU PEMBOHONG SELAIN TAK SOLAT HATTA MEMBUNUH ORG ADALAH DI ANGGAP BIASA DAN KECIK BAGI MEREKA, PEMINUM2 ARAK.

JIKA KITA MEMILIH MEREKA SEBAGAI WAKIL RAKYAT SEDANGKAN KITA TAHU WAKIL RAKYAT ITU MINUM ARAK, MAKA KITA BOLEH JUGA DI ANGGAP BERSUBAHAT DGN MEREKA.

WALLAHHU'ALAM

mamat berkata...

biasalah....!Kita sokong umno/bn kerana ada kepentingan masing-masing.Tak kira penyokong bawahan hingga pemimpin atasan ada cita-cita masing-masing. Soal agama itu nombor ke seratus...minum arak di luar negara rakyat bukan nampak..kalau rakyat marah sekejap saje...melayu kan mudah lupa..bagi wang ehsan /macam-macam jenama duit lemah longlailah dia...masa pilihanraya ,pakai baju melayu bersongkok pangkah juga..Inilah mentaliti penyokong parti kita..kita rela diperbodohkan oleh pemimpin bersifat musang berbulu ayam....hehehehe.....