21 Ogos 2021

Ismail Sabri angkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-9



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kesembilan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara sebentar tadi.

Lantikan Ismail buka ruang Umno, PAS, Bersatu kembali dalam MN, kata bekas menteri

 

Annuar Musa berkata penyelesaian kemelut yang berakhir dengan lantikan Ismail Sabri Yaakob menjadi peluang terbaik untuk perkukuh semula Muafakat Nasional secara inklusif.

PETALING JAYA: Berakhirnya kemelut politik dengan pelantikan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri baharu diharap dapat mengukuhkan kembali Muafakat Nasional (MN) yang diasaskan Umno dan PAS, termasuk dengan menjemput kembali Bersatu, kata Annuar Musa.

Ismail Sabri angkat sumpah hari ini


Rakyat Malaysia hari ini (Sabtu) bakal menyaksikan secara langsung upacara angkat sumpah Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Bilangan penumpang ikut kapasiti tempat duduk kenderaan

 - Hiasan. FOTO NSTP

- Hiasan. FOTO NSTP

KUALA LUMPUR: Kerajaan membenarkan jumlah penumpang dalam kenderaan berdasarkan kapasiti tempat duduk khusus bagi individu lengkap dua dos vaksin di negeri berada dalam Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai semalam.

COVID-19: Pemberian vaksin melepasi 30 juta dos

Petugas kesihatan memberikan suntikan vaksin kepada penerima pada PICK di Istana Balai Besar anjuran Pejabat Sultan Kelantan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan. - Foto BERNAMA
Petugas kesihatan memberikan suntikan vaksin kepada penerima pada PICK di Istana Balai Besar anjuran Pejabat Sultan Kelantan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Sebanyak 483,855 dos vaksin diberikan semalam melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di seluruh negara, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 30,370,403 dos.