Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) dalam hantaran melalui media sosial hari ini, berkata setakat jam 11.59 malam tadi sebanyak 155,030 menerima suntikan dos pertama dan 328,825 bagi dos kedua.
Jumlah peratusan vaksinasi terkini bagi populasi dewasa di negara ini juga terus mencatatkan peningkatan sebanyak 76.7 peratus atau 17,961,600 individu sudah melengkapkan dos pertama, manakala 53 peratus iaitu 12,408,803 individu dewasa lengkap dua dos vaksin COVID-19.
Labuan mencatatkan peratusan vaksinasi lengkap bagi populasi dewasa tertinggi mengikut negeri iaitu 90.4 peratus, diikuti Sarawak 83.6 peratus dan Lembah Klang 78.8 peratus.
Dalam pada itu, Selangor mencatatkan kadar vaksinasi harian tertinggi semalam dengan 99,070 bagi dos kedua dan 14,975 untuk dos pertama.
Ia diikuti Kuala Lumpur yang mencatatkan 60,039 dos kedua dan 13,746 dos pertama.
Antara negeri yang mencatatkan kadar vaksinasi agak perlahan semalam adalah Kelantan dengan 921 dos pertama dan 2,129 dos kedua, selain Terengganu yang mencatatkan 1,751 dos pertama dan 3,165 dos kedua.
Kadar vaksinasi harian semalam bagaimanapun, mencatatkan sedikit penurunan berbanding dua hari sebelumnya iaitu 531,114 pada Rabu dan kelmarin, 517,692.
Malaysia kini berada dalam Fasa Tiga PICK yang dilancarkan pada 24 Februari lalu membabitkan pemberian vaksin kepada 13.7 juta penduduk berusia 18 tahun ke atas serta kalangan warga asing yang berada di negara ini.
BH/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan