21 Ogos 2021

Ismail Sabri angkat sumpah hari ini


Rakyat Malaysia hari ini (Sabtu) bakal menyaksikan secara langsung upacara angkat sumpah Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu dijadual pada 2.30 petang ini di Istana Negara.

Majlis berkenaan akan disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan.

Pada Jumaat, Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan.


Tiada ulasan: