25 Disember 2015

Kelantan ketepi levi hiburan Kafa

13 RabiulAwwal 1437 [MOD] -

Kerajaan Kelantan hari ini bersetuju mengetepikan levi hiburan sebanyak RM517,974.10 yang dikenakan ke atas Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) pada 2014 dan 2015.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata ia antara usaha kerajaan negeri untuk pembangunan sukan terutama bola sepak di Kelantan.

23 Disember 2015

PKR JANGAN ANGKUH, PERLU HORMAT PAS

11 RabiulAwwal 1437 [MOD] -

PAS Kawasan Kuala Kangsar melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mendakwa PAS kurang pengaruh di Sarawak. Kenyataan tersebut sangat mengguris hati ahli PAS khususnya di Sarawak yang telah bertungkus-lumus menjalankan gerak kerja dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada bila-bila masa.

Bagi kami, kenyataan tersebut seolah-olah mahu memberi gambaran bahawa PAS tidak akan diberi peluang meletakkan calon mewakili kerjasama politik PAS dan PKR. Sedangkan, PAS telah pun membuat persiapan rapi dan telah mengenalpasti kawasan sasaran yang akan diberikan fokus.

22 Disember 2015

Bercuti Untuk Pulih Nama Baik

11 RabiulAwwal 1437 [MOD] -

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu bercuti sebagai salah satu langkah dalam usaha memulihkan nama baiknya, meningkatkan imej Islam dan memperbaiki nama Malaysia.

Katanya Presiden Umno itu perlu bercuti sehingga siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) selesai dan Ketua Audit Negara melengkapkan siasatan dan laporan terhadap 1MDB.

"Ini penting untuk memulihkan nama baik Presiden Umno, Malaysia dan juga Islam kerana siasatan perlu akan kelihatan adil sebelum keadilan dapat dilakukan," katanya dalam satu kenyataan, Isnin malam.

21 Disember 2015

Penjelasan Laporan The Malaysian Insider Bertajuk "PAS Sedia Maaf, Lupakan Kesalahan UMNO, Kata Setiausaha Agung"

10 RabiulAwwal 1437 [MOD] -
1. Saya ingin membuat penjelasan tentang satu laporan The Malaysian Insider (TMI) bertarikh 20 Disember 2015 yang bertajuk sebagaimana di atas.
2. Pertamanya dimaklumkan bahawa saya dan YBhg. Dato’ Haji Mustafa Ali, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, telah diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat supaya memenuhi undangan sekali gus mewakili PAS ke Persidangan Agung PERKASA yang telah diadakan pada20/12/2015 di Dewan Muktamar, Pusat Islam Kuala Lumpur, jam 9.00 pagi.
3. Selepas tamat Majlis Perasmian Persidangan Agung tersebut, kira-kira jam 12.30 tengahari, saya dan Dato’ Mustafa telah diserbu oleh sekitar 20 orang Petugas Media (sebahagian yang saya kenali dan sebahagian lagi tidak). Pada masa itu suasana dalam Dewan agak bising dengan pengumuman-pengumuman yang dibuat oleh pihak Urusetia program melalui pembesar suara.

20 Disember 2015

Baca doa sebelum terbang

9 RabiulAwwal 1437 [MOD] -

Langkawi: Rayani Air Sdn Bhd (Rayani Air), syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia melancarkan penerbangan sulungnya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) ke Lapangan Terbang Langkawi, di sini, hari ini selepas menerima Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) dan Sijil Pengendali Udara (AOC) daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Jumaat lalu.

Pengarah Urusannya Jaafar Zamhari berkata, penerbangan yang membawa 135 penumpang itu dilihat memiliki tarikan tersendiri kerana Langkawi adalah pangkalan atau hab bagi syarikat itu ke dua destinasi buat masa ini iaitu Kuala Lumpur dan Kota Bharu.

Penerbangan Pertama Rayani Air Berlepas Pagi Ahad

9 RabiulAwwal 1437[MOD] -


Pramugari Rayani Air yang beragama Islam diwajibkan memakai hijab manakala yang bukan Islam memakai pakaian bersopan
SEPANG, 20 Dis (Bernama) -- Syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia, Rayani Air, melancarkan penerbangan sulungnya dari Kuala Lumpur ke Pulau Langkawi kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Pengarah Urusannya Jaafar Zamhari berkata penerbangan RN0600 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), di sini, membawa kira-kira 150 penumpang termasuk 18 anak yatim dari Institut Taufik Islami, Klang serta petugas media.

Secara keseluruhannya, katanya beliau berpuas hati dengan kelancaran penerbangan itu walaupun terdapat sedikit kelewatan semasa proses daftar masuk penumpang.

Presiden PAS ucap takziah tragedi 5 beranak lemas

9 RabiulAwwal 1437 [MOD] -


HARAKAHDAILY | .



"Katakanlah: Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”. (Al-Jumu'ah : 8)

Saya merakamkan ucapan takziah diatas tragedi yang menimpa keluarga Ustaz Abdul Halim Samian sekeluarga ketika berkelah di Air Terjun Belukar Bukit,  Terengganu.