30 Jun 2014

Prof Redzuan mangsa penguasa angkuh - Anwar

2 Ramadhan 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Berita pemecatan serta merta Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan (gambar) sebagai Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel) tidak mengejutkan tetapi tetap mengecewakan dan tidak wajar.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyingkiran secara melulu bertujuan memberi amaran kepada semua ahli akademik bahawa kebebasan mereka akan berakhir semata untuk mempertahankan kepentingan Umno.

"Dalam pentadbiran yang rakus ini, kebebasan mengkritik adalah hak mutlak kepada mereka sasarannya adalah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat atau mereka yang kritikal terhadap Umno BN," ujarnya dalam satu kenyataan.

Saifuddin letak jawatan, protes penyingkiran Prof Redzuan

2 Ramadhan 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Bagi menunjukkan solidariti dan simpati terhadap tindakan pentadbir Universiti Malaya 'menyingkirkan' Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman sebagai Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel) dan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah meletakkan jawatan sebagai Felo Penyelidik Kanan Universiti Malaya (UM) hari ini.

Pengumuman itu dibuat Saifuddin (gambar, kanan) di laman facebook beliau sebentar tadi.

29 Jun 2014

Ramadhan bulan jihad, merakyatkan perjuangan

1 Ramadhan 1435. [MOD] -
SATIFUL BAHRI MAMAT | .
BADAN Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) mendoakan agar seluruh umat Islam dipanjangkan usia dan sempat dengan kedatangan Ramadhan pada setiap tahun untuk mengecapi ‘barakah’ serta nikmat kurniaan Tuhan yang melimpah-ruah yang diberikan oleh Allah kepada umat Nabi Muhammad SAW.

Sesungguhnya Ramadhan yang datang menjadi tetamu yang membawa rahmat dan keampunan dan kami mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana pada tahun ini, sekali lagi Allah memilih kita untuk mengecapinya.

Semoga rahmat melingkari kehidupan kita di dunia serta melimpahi kita hingga ke akhirat. Segala noda dan dosa kita diampuni dan dibersihkan, umpama kain yang putih atau umpama bayi yang baru dilahirkan.

Presiden PAS terima kunjungan PM, pemimpin PR

1 Ramadhan 1435. [MOD] -



KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang berehat di Institut Jantung Negara (IJN) menerima kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tengah hari ini.

Pada sebelah petang pula, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menerima kunjungan Ketua PArlimen DAP, Lim Kit Siang dan bekas Exco Kerajaan Terengganu, Datuk Wan Abdul Muttalib Embong.

28 Jun 2014

Mahkamah putuskan 10 daripada 13 orang terlibat demonstrasi Bukit Chandan didapati bersalah.

29 Sya'aban 1435.
Harakahdaily

IPOH: Mahkamah Tinggi Taiping memutuskan 10 daripada 13 orang yang ditahan dalam demonstrasi di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan pada 6 Februari 2009 lalu didapati bersalah.

26 Jun 2014

Himpunan Kuala Kangsar : Tahniah semua.

28 Sya'aban 1435. [MOD]

Pemuda PAS Perak merakamkan kesyukuran diatas keputusan Mahkamah Tinggi Taiping yang membebaskan hukuman penjara kepada 10 Orang Kena Zalim (OKZ) daripada tiga OKZ yang dibebaskan tanpa disabitkan dengan kesalahan yang telah menunggu semenjak lima tahun dahulu bermula pada 6 Februari 2009 di dalam himpunan yang berlaku di hadapan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar ketika itu. Bagi kami, ini adalah perjuangan rakyat dan kagum dengan semua OKZ yang mengharungi perbicaraan selama ini.

Duit gaji Menteri dari poket rakyat.

28 Sya'aban 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR:Pengumuman perlantikan tiga menteri dan tiga timbalan menteri baru daripada MCA dan Gerakan semalam oleh Perdana Menteri menjadikan Kabinet Malaysia kini diperbesar menjadi 62 orang anggota dengan 35 menteri dan 27 timbalan menteri.

Kabinet diperbesar.

28 Sya'aban 1435. [MOD] -

Putrajaya: Datuk Seri Najib Razak semalam menambah anggota Kabinetnya dengan melantik tiga menteri penuh iaitu dua daripada MCA dan satu GERAKAN selain tiga timbalan menteri baharu mewakili MCA.

24 Jun 2014

Pesanan akhir sang murabbi

26 Sya'aban 1435. [MOD] -
HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Jenazah Allahyarham Datuk Ustaz Abu Bakar Chik selamat dikebumikan petang tadi selepas disolatkan ribuan hadirin di Maahad Tahfiz Wa Tarbiyah (MTT), Tok Jiring.

Ustaz Fadzil Noor dalam kenangan

26 Sya'aban 1435. [MOD] -
HARAKAHDAILY | .
PADA hari ini, 23 Jun 2014, genaplah 12 tahun pemergian Almarhum Ustaz Fadzil Noor. Pemergiannya sewaktu memegang jawatan sebagai Ketua pembangkang di Parlimen sudah tentu memberi kesan kepada perjuangan PAS dalam politik tanah air, khususnya bagi mereka yang aktif dalam gerakan Islam dan dakwah.

Almarhum Ustaz Fadzil Noor dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, Alor Setar, Kedah. Ayahnya Mohd Noor Abdul Hamid dan ibunya Hindun Abdul Rahman meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil.

23 Jun 2014

Jenazah Ust. Abu Bakar di sembahyang selepas Asar

25 Sya'aban 1435. [MOD] -




KUALA LUMPUR: Solat jenazah Allahyarham Datuk Ustaz Abu Bakar Chik dijadual diadakan di Maahad Tahfiz Wa Tarbiyah (MTT), Tok Jiring selepas Asar hari ini.

Ketika ini jenazah telah dibawa pulang ke kediaman beliau bersebelahan MTT untuk diziarahi oleh ahli keluarga, sanak saudara serta sahabat handai.

ALMARHUM USTAZ ABU BAKAR CHIK: DIA MURABBI, PEMIMPIN, TEMAN YANG BAIK

25 Sya'aban 1435. [MOD] -
Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor

Pagi yang indah ini , aku terasa longlai tak bermaya dengan berita yang menyentap tangkai hati, kepulangan ke alam abadi sosok pejuang kental dari negeri Tok Ku Paloh, almarhum Ustaz Dato Abu Bakar Chik. Terbayang lebih dua dekad menjadi anak didiknya semenjak zaman kampus , memasuki Dewan Pemuda, saya sempat dua kali menghadiri mesyuarat pemuda Pusat ketika beliau memimpin Dewan itu, seterusnya bersama almarhum dalam Pas Pusat. Berusrah bersama almarhum semenjak zaman 'anak muda kail sejengkal' saya sehingga melepaskan zaman pemuda yang serba indah. Terbayang renungan matanya yang tajam dan kesungguhan almarhum bila berbicara, dakapan tubuhnya setiap kali bersua termasuk arahan demi arahan untuk memastikan jamaah ini tidak kontang daripada amal tarbawi.

Ustaz ABC, Arkitek Pemuda dan Aku

25 Sya'aban 1435. [MOD] -
Oleh Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss

"Raja, ana dah beri nama anta pada Ustaz Bakor," sapa sahabat saya Tuan Sidek selepas peperiksaan terakhir saya di Universiti Islam Antarabangsa. Saya tanya kembali kepadanya, "kenapa ?". Tuan Sidek menjawab, "Ustaz Kor nak cari seorang pegawai sepenuh masa di Dewan Pemuda PAS Pusat". Saya terdiam dan hanya mengangguk-angguk tanda faham.

Perginya Sang Mirabbi

25 Sya'aban 1435. [MOD] -

Tepat jam 8 pagi semalam (Ahad, 22 Jun 2014) saya menerima panggilan telefon daripada arwah Ustaz Abu Bakar Chik.

Dalam keadaan terdesak, beliau minta saya menguruskan pertemuannya dengan ayahanda saya di Shah Alam, "Khalil, ana nak ziarah ayah sekejap, boleh anta tolong uruskan?". Suaranya masih tergiang-giang di telinga saya sehingga ke saat ini.

Siapa benarkan Vincent Tan bina kasino kedua negara?

25 Sya'aban 1435. [MOD] -

PUCHONG:Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoal kelulusan yang diberi pihak berkuasa kepada jutawan Vincent Tan(gambar) untuk membangunkan pusat kasino kedua terbesar di Malaysia.

“Sekarang ni saya nak tahu siapa yang taja? Siapa yang taja selain Vincent Tan dan mengapa cadangan ini dengan yakin diketengahkan? Siapa yang bagi laluan.

“Kerana kita bantah, cukup dengan keadaan sekarang ni,” katanya ringkas dalam sidang media yang dipetik Keadilan Daily.

Laporan Audit: Kerusi besi RM380 dibeli RM1,250

25 Sya'aban 1435. [MOD] -

KANGAR: Laporan Ketua Audit Negara 2013 siri 2 bagi Aktiviti Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri Perlis mendapati terdapat harga perolehan yang tidak munasabah pagi pembelian dua buah kerusi besi di pondok teksi di Pekan Simpang Empat .

Laporan Audit untuk Pengurusan Perolehan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) mendapati agensi terbabit telah membina sebuah pondok teksi di Pekan Simpang Empat pada 12 April 2013 dengan kos sejumlah RM14,900 melibatkan kerja-kerja meroboh pondok dan tapak sedia ada, membina kerangka besi, kerja-kerja konkrit serta membekal dua buah kerusi besi.

Ustaz Abu Bakar Chik meninggal dunia

25 Sya'aban 1435. [MOD] -

KUALA TERENGGANU: AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik meninggal dunia dalam kemalangan yang berlaku di Lebuh raya Pantai Timur, pagi ini.

Buat masa ini, jenazah beliau masih berada di Hospital Hulu Terengganu.

20 Jun 2014

21 Maut Dalam Letupan Ketika Menonton Piala Dunia

22 Sya'aban 1435. [MOD]

KANO, Nigeria: Kira-kira seramai 21 orang maut dalam satu letupan bom di utara Nigeria ketika asyik menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia pada pukul 8.15 malam waktu tempatan kelmarin.

Muhyiddin nafi mahu berundur

22 Sya'aban 1435. [MOD] -


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan akan berundur daripada Kabinet untuk memberi tumpuan kepada Umno.

Spekulasi tersebar dalam media sosial menyatakan tokoh politik itu akan memberi laluan kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjawat jawatan itu.

Bersama Presiden PAS dari Istanbul ke KL

22 Sya'aban 1435. [MOD] -
DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR 
HATI ini sebak gembira melihat akhirnya Tuan Guru dapat pulang ke tanah air setelah tiga minggu beliau bersama saya berada di bumi bekasan Constantinople yang dibebaskan oleh Muhammad al-Fateh pada 1453 Masehi. Hati ini meruntun bukan kerana merasa berat berpisah dengan kota bersejarah Kostantiniyye (juga dikenali sebagai Islambol, Dersaadet, Istanbul) yang sarat dengan jutaan pengkisahan dan sejarah, tetapi saya terkenangkan santunan dan  persahabatan dengan rakan-rakan di Turki. Ketika ini hati saya teringatkan sabda Rasulullah SAW:

Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak boleh tidur.” (Hadis riwayat Muslim)

Pejabat Khalid Ibrahim dipecah masuk pagi ini

22 Sya'aban 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di sini dipecah masuk pada awal pagi ini.

Pegawai Tadbir Pusat Khidmat Parlmen Bandar Tun Razak, Idris Mohktar berkata kejadian itu disedari seorang pekerja di pusat khidmat itu pada 7.40 pagi yang datang untuk memulakan tugas.

14 Jun 2014

Piala Dunia, Thailand tarik balik perintah darurat

16 Sya'aban 1435. [MOD] -


Junta tentera Thailand menarik balik perintah berkurung di seluruh negara ini.
  
Majlis Keamanan dan Ketenteraman Negara (NCPO) mengumumkan perkara itu petang semalam.
  
Rakyat Thailand yang gilakan sukan bola sepak sebelum ini melobi agar perintah berkurung ditarik balik buat seketika bagi membolehkan mereka menonton siaran perlawanan Piala Dunia 2014 di luar rumah.

Bintang Muslim dalam Piala Dunia Brazil

16 Sya'aban 1435. [MOD] -

PIALA Dunia FIFA 2014 baru sahaja bermula pagi tadi. Demam bola sepak ini melanda seluruh dunia melangkaui batas agama, bangsa, dan keturunan. Semuanya akan duduk semeja untuk meraikannya, itulah keunikan sukan ini.

Di sebalik kemeriahannya, terdapat beberapa pemain bintang yang beragama Islam bermain mewakili negara bukan Islam. Perlu diingat juga, terdapat pemain bukan Islam yang mewakili negara Islam. Namun, seperti yang dinyatakan awal tadi, faktor agama bukanlah isu utamanya. Yang penting setiap mereka akan berjuang bersungguh-sungguh memenangkan negara yang diwakili.

Penemuan Islam yang menggemparkan dunia

16 Sya'aban 1435. [MOD] -
DETIK ISLAM | .

KEHIDUPAN moden tidak terlepas dari penemuan-penemuan ilmuwan muslim. Projek 1001 kembali mengingatkan sejarah 1,000 tahun warisan muslim yang dilupakan.

Ada sebuah lubang dalam ilmu pengetahuan manusia, melompat dari zaman Renaisans hingga kepada Yunani, kata Pengerusi Yayasan Sains, Teknologi dan Peradaban Profesor Salim al-Hassani pemimpin 1001 Penemuan.

13 Jun 2014

Qari Amerika sertai Tilawah Al-Qur'an Antarabangsa

15 Sya'aban 1435. [MOD] -

WASHINGTON: Kemesraan hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) semakin terserlah dengan penyertaan dua wakil negara itu dalam tilawah al-Quran peringkat antarabangsa di Kuala Lumpur yang bermula Isnin ini.
  
Qari dan qariah AS itu berlepas dari Lapangan Antarabangsa Dulles di sini  ke Kuala Lumpur pada awal pagi Rabu.
  
Bercakap kepada Bernama di sini, Duta Malaysia ke AS Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata penyertaan qari dan qariah AS itu adalah yang pertama sejak Malaysia menganjurkan tilawah al-Quran peringkat antarabangsa 56 tahun lepas.

Hoki Piala Dunia: M'sia ditempat tercorot

15 Sya'aban 1435. [MOD] -

Malaysia mempamerkan aksi longlai apabila kalah 6-2 kepada Afrika Selatan pada penentuan tempat ke-11 pada Kejohanan Hoki Piala Dunia 2014 di Stadium Kyocera, The Hague, Belanda, semalam.

Keputusan itu menyaksikan skuad negara kendalian Muhammad Dhaarma Raj Abdullah menduduki tempat terakhir daripada 12 pasukan yang merupakan kedudukan terburuk sepanjang enam penyertaan mereka pada Piala Dunia sebelum ini.
    
Lebih mendukacitakan, Malaysia menduduki tangga tercorot kumpulan A tanpa mengutip sebarang mata selepas kalah kesemua lima perlawanan.

MCA, Gerakan dijangka sertai kabinet hari ini?

15 Sya'aban 1435. [MOD] -


Khabar angin mengenai rombakan kabinet sejak awal minggu ini, bakal terjawab hari ini apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan akan mengumumkannya selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet, lapor Berita Harian hari ini.

Desas desus itu bertambah kuat apabila beliau dijangka menghadiri perasmian Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Teluk Intan esok selepas pilihan raya kecil parlimen itu 31 Mei lalu.

BN tarik balik usul soal pelaksanaan hudud

15 Sya'aban 1435. [MOD] -

Ketua Pembangkang Selangor Datuk Mohd Shamsudin Lias berkata beliau menarik balik usul yang mempersoalkan mengenai kebarangkalian melaksana hudud di Selangor hari ini kerana timbul banyak kekeliruan.

Jelasnya, usul berkenaan ditarik balik kerana ia masih boleh ditanya dalam sesi perbahasan dan tidak perlu dikemuka melalui usul khusus.

Korea Selatan rombak kabinet berikutan tragedi feri

15 Sya'aban 1435. [MOD] -

SEOUL: Presiden Korea Selatan, Park Geun-Hye merombak kabinetnya hari ini dengan menggantikan tujuh menteri berikutan kritikan berhubung cara pentadbirannya menangani tragedi feri April lalu. 

Ia adalah rombakan kabinet pertama secara besar-besaran sejak beliau mengambil alih pentadbiran Februari tahun lalu sebagai Presiden Korea Selatan wanita yang pertama. 


Perubahan paling besar membabitkan Choi Kyoung-Hwan bagi menggantikan Hyun Oh-Seok sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab ke atas ekonomi, kata pejabat presiden. 

11.2 peratus penduduk dewasa Malaysia alami gangguan mental

15 Sya'aban 1435. [MOD] -

Kuching: Lebih 11.2 peratus daripada populasi dewasa di Malaysia memiliki risiko gangguan mental. 

Menurut Ketua Perkhidmatan Teknikal, Psikiatri, Kmenterian Kesihatan, Dr Toh Chin Lee, perkembangan ini disebabkan oleh pelbagai aspek termasuk tragedi, tekanan dan sebagainya. 


Sehubungan itu, kerajaan sedang merancang kaedah rawatan yang lebih komprehensif dan mesra pesakit biarpun dibebani oleh jumlah pakar psikatri yang tidak mengcukupi. BH/- 

Piala Dunia: Penunjuk perasaan bertempur dengan polis

15 Sya'aban 1435. [MOD] -

BELO HORIZONTE: Penunjuk perasaan yang berang kerana pembiayaan bilion dolar untuk penganjuran Piala Dunia, memecah kedai dan bank sebelum bertempur dengan polis, di Belo Horizonte, salah satu daripada 12 bandar raya yang menjadi tuan rumah. 

Polis terpaksa mengerahkan trak, helikoper dan ratusan anggota anti-rusuhan di sepanjang jalan raya utama di bandar raya di selatan itu bagi menyuraikan kira-kira 200 penunjuk perasaan. 


Dua kumpulan penunjuk perasaan secara berasingan bertempur dengan polis sebaik upacara pembukaan Piala Dunia di Bandaraya Sao Paulo yang menyaksikan Brazil menentang Croatia. 

Brazil 3 Croatia 1

15 Sya'aban 1435. [MOD] -

SAO PAULO: Budak poster Brazil, Neymar meledakkan dua gol sebelum Oscar melengkapkan jaringan ketiga yang menghadiahkan tuan rumah kemenangan dramatik 3-1 ke atas Croatia pada perlawanan pembukaan Piala Dunia, Kumpulan A di Corinthians Arena.
Begitupun, jaringan kedua peribadi bintang Barcelona itu pada minit ke-72 menerusi sepakan penalti dianggap penuh kontroversi apabila pengadil dari Jepun, Yuichi Nishimura menyalahkan kapten Croatia, Dejan Lovren kerana menjatuhkan Fred sekalipun pemain itu dilihat sengaja merebahkan badan.

12 Jun 2014

Ramadhan nombor satu bola nombor dua - TG Nik Aziz

14 Sya'aban 1435. [MOD] -



KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Mat tidak mahu membuat jangkaan awal pasukan mana yang menjadi pilihan beliau untuk menjulang Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil kali ini.

Tuan Guru yang ditemui Harakahdaily di pejabatnya di Institut Pemikiran Tok Guru dekat sini hari ini, berkata beliau bagaimanapun sangat berminat dengan sukan itu.

Pemuda PAS: Henti roboh Kg Chubadak Tambahan

14 Sya'aban 1435. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia dalam kenyataan medianya, melalui Lajnah Tanah dan Pembangunan Bandar mengecam tindakan DBKL yang bertindak merobohkan rumah di Kampung Chubadak Tambahan beberapa hari lalu.

Yang berikut ialah kenyataan penuh Pemuda PAS Malaysia.

Lajnah Tanah dan Pembangunan Bandar Pemuda PAS Malaysia (LTPB PPM) mengecam tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk merobohkan Kampung Chubadak Tambahan hari ini. Penduduk kampung menyaksikan kehadiran petugas DBKL dengan peralatan mereka untuk merobohkan kampung mereka hari ini tanpa mereka dapat menghalangnya.

Terkini : Penduduk Kg. Chubadak Tambahan dapat perintah Mahkaman.

14 Sya'aban 1435. [MOD] -
kedahkini.

Alhamdulillah Allah mendengar doa orang2 yg.teraniaya..penduduk2 Kg. Chubadak Tambahan berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang rumah mereka dari diroboh oleh PTGWP dan DBKL..

Salahuddin, Dr Syed Azman bakal iringi Presiden pulang

14 Sya'aban 1435. [MOD] -

ISTANBUL:Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub bersama Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Ahmad kini berada di istanbul menziarahi Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ustaz Abdul Hadi kini semakin pulih dan dinasihati berehat oleh doktor sementara menunggu urusan kepulangan ke tanah air di waktu yang terdekat.

Salahuddin memaklumkan bahawa Setiausaha Politik Presiden, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Dr Syed Azman kini sedang menguruskan urusan perjalanan pulang Ustaz Abdul Hadi ke tanah air.

Sementara itu Presiden PAS terus di kunjungi pelbagai pihak termasuk wakil Kerajaan Turki dan gerakan Islam Timur Tengah yang amat prihatin terhadap kesihatan beliau.

Lucut Status YB Jika Terima Perintah Bankrap – Insolvensi

14 Sya'aban 1435. [MOD] -


Notis kebankrapan yang dikeluarkan terhadap Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.

PETALING JAYA: Status sebagai Ahli Parlimen akan terlucut secara automatik apabila seseorang wakil rakyat itu mendapat perintah kebankrapan daripada mahkamah yang mengisytiharkannya muflis.

Bagaimanapun, sumber Jabatan Insolvensi memberitahu mStar Online,  wakil rakyat itu masih boleh bergelar Yang Berhormat (YB) jika menerima notis kebankrapan.

YB Muflis, PRK Jika Gagal Langsai Hutang

14 Sya'aban 1435. [MOD] -

Abdul Aziz Sheikh Fadzir
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas gagal menyelesaikan sejumlah hutang kepada sebuah bank.

Pengisytiharan berkenaan boleh menyebabkan Abdul Aziz hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen, sekali gus membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil (PRK) bagi kawasan berkenaan.

11 Jun 2014

Penipuan Internet: Peniaga Jangan Sampai Ditipu Pembeli

13 Sya'aban 1435. [MOD] -


PETALING JAYA: Kes penipuan di internet bagai tiada penghujungnya apabila kumpulan-kumpulan penipu terus menyasarkan laman-laman popular jualan barangan dalam talian untuk mencari mangsa.
Jika sebelum ini penjual sering dikaitkan sebagai penipu, namun trend itu telah bertukar apabila pembeli pula dikesan menipu di laman web jualan barangan dalam talian.
Penyangak dalam talian ini dilihat semakin berani apabila mereka menggunakan pendekatan yang lebih mesra, iaitu berurusan secara langsung dengan peniaga melalui telefon, menjadikan peniaga yang diumpan lebih yakin dengan mereka.

Mengapa bercakap tentang hudud setelah jadi pembangkang?

13 Sya'aban 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Umno diminta melaksanakan hudud di negeri-negeri yang diperintah oleh BN dan bukannya mengusulkan pelaksanaan undang-undang jenayah syariah itu ketika menjadi pembangkang, kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad.

Mengulas usul yang dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar Kamarol Zaki Abdul Malik agar Dewan Negeri Selangor menggesa kerajaan negeri mengkaji keberangkalian melaksanakan undang-undang hudud, Iskandar menyifatkannya sebagai “hanya bermain politik”.

Air: Puncak Niaga akhirnya terima tawaran k'jaan S'gor

13 Sya'aban 1435. [MOD] -

SHAH ALAM: Tawaran Kerajaan Selangor untuk mengambilalih 100 peratus pegangan saham dalam Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) dan 70 % saham dalam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) telah diterima secara prinsip oleh Puncak Niaga Holdings Berhad (Puncak Niaga).

Keputusan Puncak Niaga untuk menerima tawaran pengambilalihan PNSB dan SYABAS oleh Kerajaan Selangor telah dimaklumkan kepada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) melalui  sepucuk surat bertarikh 6 Jun 2014.  KDEB pula dalam balasan suratnya kepada Puncak Niaga semalam menyatakan persetujuan secara prinsip dengan persetujuan tawaran itu.

Ada cap masjid tapi tiada sijil halal

13 Sya'aban 1435. [MOD] -


Walaupun menggunakan lambang masjid dan terdapat logo halal, produk sebuah syarikat rupaya-rupanya tidak mempunyai sijil sah halal keluaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

06 Jun 2014

WhatsApp sasar sumbang 1 bilion pengguna baru kepada Facebook

9 Sya'aban 1435. [MOD] -

PALO ALTO, California: Walaupun sukar meningkatkan penggunaan di Amerika Syarikat dan beberapa pasaran lain, Pengasas Bersama WhatsApp Brian Acton yakin syarikat akan memberi sumbangan penting kepada bakal pemiliknya, Facebook Inc. 

“Memang mencabar untuk terus berkembang di Amerika Syarikat. Begitu juga di Jepun dan Taiwan, tetapi kami boleh lebih berjaya dengan usaha lebih keras,” katanya pada StartX, forum untuk syarikat pemula yang diadakan dengan kerjasama Stanford University di sini malam tadi. 

'Enakmen baru Johor langgar prinsip tanggungjawab'

9 Sya'aban 1435. [MOD] -


Pakar perlembangaan Abdul Aziz Bari berkata cadangan enakmen baru yang memberi kuasa yang luas ke atas Sultan Johor dalam satu lembaga perumahan adalah satu perkara aneh.

Malaysia akan rayu tambah kuota haji

9 Sya'aban 1435. [MOD] -



Malaysia akan cuba mendapatkan kuota tambahan jemaah haji daripada kerajaan Arab Saudi bagi membolehkan lebih ramai umat Islam menunaikan ibadah itu pada tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden PAS boleh keluar wad sehari dua lagi

9 Sya'aban 1435. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Keadaan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang kini sedang dirawat di wad hospital Medipol Universite Hastanesi, Istanbul bertambah baik.

Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, semalam doktor pakar yang merawat Tuan Guru Abdul Hadi memberitahu, dengan perkembangan positif itu, kemungkinan besar beliau akan dibenar keluar hospital dalam sedikit masa lagi.

Presiden PAS makin pulih, terima kunjungan pelbagai pihak

9 Sya'aban 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Sejak dipindahkan ke wad biasa kelmarin, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tidak putus-putus menerima kunjungan dari pelbagai pihak.

Semalam, beliau turut menerima kunjungan Sheikh Yussof Nada iaitu salah seorang pimpinan Ikhwan Muslimin Mesir di zaman Imam Hassan al-Banna.

05 Jun 2014

PPIM saran k'jaan wujud akta produk halal

7 Sya'aban 1435. [MOD] -

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan kerajaan mewujudkan Akta Produk Halal bagi melindungi kepentingan umat Islam dan integriti institusi Islam di negara ini.
  
Setiausahanya, Datuk Dr Ma'amor Osman berkata sistem pensijilan halal boleh menjadi satu sabotaj ekonomi dan malapetaka jika isu berkaitan makanan seperti kemelut penemuan DNA khinzir dalam coklat Cadbury tidak ditangani dengan betul.

Kuasa Sultan lebih luas melalui enakmen baru

7 Sya'aban 1435. [MOD] -


Kerajaan Johor akan membentangkan satu rang undang-undang baru di DUN pada hari Isnin untuk membentuk satu lembaga perumahan dan hartanah yang memberi kuasa kepada Sultan untuk melantik ahli lembaga, menyelia akaun dan juga untuk membubar lembaga tersebut.

Tujuh maut bangunan runtuh di Samarinda

7 Sya'aban 1435. [MOD] -

Jumlah kematian akibat keruntuhan bangunan rumah kedai yang sedang dibina di Samarinda, Kalimantan Timur, meningkat kepada tujuh pada hari Selasa, ketika pasukan penyelamat meneruskan operasi menyelamatkan mangsa di bawah runtuhan.
    
"Mangsa kelima ditemui pagi ini pada 4.25 pagi. Identiti belum dikenal pasti kerana pasukan pemulihan masih menjalankan bedah siasat," menurut Ketua Agensi Mitigasi dan Bencana Kalimantan Timur Wahyu Widhi Heranata sebagaimana dipetik
oleh Jakarta Globe pada Rabu.

Teluk Intan: DAP jangan salahkan pihak lain

7 Sya'aban 1435. [MOD] -

KOTA BHARU: Kelantan menolak andaian pemimpin DAP kononnya isu hudud menjadi faktor parti itu gagal mempertahankan Parlimen Teluk Intan pada pilihan raya kecil (PRK) Sabtu lalu.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, DAP tidak sepatutnya menyandarkan kekalahan di Teluk Intan kepada orang lain tanpa melihat dalaman parti itu sendiri.

“Kalau hendak dakwa Teluk Intan kalah kerana isu hudud mengapa pula di Bukit Gelugor parti terbabit boleh menang sedangkan isu hudud juga hangat diperkatakan ketika itu.

04 Jun 2014

Subsidi petrol, diesel baru hanya untuk rakyat bergaji bawah RM5,000, lapor akhbar

6 Sya'aban 1435. [MOD] -

Pemberian subsidi akan dilaksanakan melalui pemberian elaun di mana setiap pengguna kenderaan perlu mendaftar kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapatkan ‎kad subsidi minyak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Jun, 2014.
subsidi akan dilaksanakan melalui pemberian elaun di mana setiap pengguna kenderaan perlu mendaftar kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapatkan ‎kad subsidi minyak. – 
Hanya rakyat berpendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan yang menggunakan kenderaan enjin berkapasiti di bawah 2.0 liter layak menerima pemberian subsidi sepenuhnya dalam pelaksanaan kaedah pemberian subsidi petrol dan diesel yang dijangka bermula pada September ini lapor akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily.

Penyingkiran Nizar usah disentuh

6 Sya'aban 1435. [MOD] -

SUBKY LATIF 

ADALAH wajar segala kebaikan Almarhum Sultan Azlan Shah disebut apabila menyentuh belasungkawa kemangkatan baginda. Dalam memperingati Almarhum pastikan yang baik itu disepakat oleh semua.
   
Yang tidak  disepakati seperti penyingkiran Datuk Seri Nizar Jamaluddin elok tidak disentuh. Apabila ia disentuh, ia mengundang komen pihak yang mengira penyingkiran itu tidak tepat dalam menyelesaikan krisis rampasan kuasa di Perak terhadap kerajaan Pakatan Rakyat oleh Barisan Nasional.
    
Beberapa ulasan mengkagumi baginda dalam isu itu termasuk oleh pakar/profesor undang-undang. Rakyat jelata bangga beroleh seorang Sultan, satu-satunya di dunia, pernah menjadi Ketua Hakim Negara dan banyak penghakiman baginda dihormati.

Cadbury: MAPIM gesa perjelaskan kekeliruan fakta

6 Sya'aban 1435. [MOD] -
HARAKAHDAILY 
KUALA LUMPUR: Akibat perbezaan dapatan hasil ujian sampel coklat Cabbury, MAPIM (Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia) mengesa kekeliruan isu kandungan DNA babi dalam coklat Cadbury yang tercetus akibat dua laporan yang berbeza dan bertentangan antara dua Agensi kerajaan iaitu JAKIM yang memperolehi keputusan makmal dari Jabatan Kimia dan Kementerian Kesihatan, diperjelaskan segera.

“Kami mengesa Panel Pengesahan Halal Malaysia melihat semula cara serta proses sesuatu fakta dikeluarkan yang berkenaan dengan kehalalan sesuatu produk ditentukan. Sehingga kesahihan dan ketepatan maklumat ditentukan, semua pihak perlu berhati-hati dan merujukan kepada fakta secara objektif.” tegas MAPIM dalam kenyataan akhbarnya.

Kenyataan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, semalam berhubung status dua produk coklat Cadbury yang sebelum ini dikatakan tercemar DNA babi sangat mengejutkan kerana sebelumnya Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah mengeluarkan maklumat yang berlawanan.

Noor Hisham mempertahankan kesahihan yang dibuat oleh makmal Kementerian Kesihatan Malaysia. Apatah lagi sampel yang diuji diambil secara rawak di pasaran.

Presiden PAS sudah boleh berjalan

6 Sya'aban 1435. [MOD] -


BAGUS...Mohamad Sabu ketika melawat Tuan Guru Abdul Hadi kelmarin.

KUALA LUMPUR: Pihak Medipol Universitesi Hastanesi, Istanbul menjelaskan bahawa perkembangan keadaan kesihatan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hai Awang bertambah baik.

"Saya telah bertemu dengan Tuan Guru dalam wadnya beberapa kali pada hari ini Selasa 3 Jun 2014 dan terkini ialah pada jam 5.15 petang waktu Istanbul (10.15 malam waktu Malaysia)," ujar Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. 

01 Jun 2014

DAP tumbang di Teluk Intan, di mana silapnya?

3 Sya'aban 1435. [MOD] -


ANALISIS Pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan berakhir semalam. Dan DAP gagal mempertahankan kerusi tersebut apabila calonnya, Dyana Sofya Mohd Daud kalah tipis kepada calon veteran BN, Datuk Mah Siew Keong majoriti 238.

Semasa pengiraan undi semalam, di peringkat awalnya, Dyana mendahului dengan majoriti besar sehingga mencecah lebih 2,000. Namun majoriti itu turun naik dan turus merosot pada satu ketika ia tinggal 25 undi sahaja, dan seterus tewas tipis kepada Mah.

Alhamdulillah, kesihatan Presiden PAS semakin baik

3 Sya'aban 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Keadaan kesihatan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semakin baik dan sudah boleh duduk di atas kerusi dan bercakap.

“Alhamdulillah TGHH sudah semakin baik keadaan kesihatan beliau. Beliau sudah boleh duduk di atas kerusi dan bercakap. Walaupun begitu beliau masih perlu berehat untuk menpercepatkan proses sembuh,” tulis Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menerusi facebook Tuan Guru Abdul Hadi yang dikemas kini jam 6.00 petang waktu Istanbul atau 11 malam tadi.

Dalam masa yang sama, katanya pihak doktor pakar juga menasihatkan supaya beliau tidak menerima pelawat dalam tempoh dua hari ini untuk mengelakkan sebarang jangkitan baru.

'Penurunan undi Cina mungkin kerana Dyana Melayu'

3 Sya'aban 1435. [MOD] -


TELUK INTAN Penurunan undi Cina kepada DAP mungkin kerana calonnya Dyana Sofya Mohd Daud adalah seorang Melayu , kata Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng.

Namun, beliau berpendapat akan tiba masanya apabila mereka boleh menerima idea tersebut.

Teluk Intan: Dyana Sofya 19,919 Mah Siew Keong 20,157

3 Sya'aban 1435. [MOD] -



TELUK INTAN: Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan dengan majoriti 238 undi.

Mah yang juga Presiden Gerakan mendapat 20,157 undi sementara calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat, Dyana Sofya Mohd Daud, memperoleh 19,919 undi dengan 550 undi rosak.