11 Jun 2014

Ada cap masjid tapi tiada sijil halal

13 Sya'aban 1435. [MOD] -


Walaupun menggunakan lambang masjid dan terdapat logo halal, produk sebuah syarikat rupaya-rupanya tidak mempunyai sijil sah halal keluaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Menurut kenyataan bahagian hab halal JAKIM, syarikat terbabit yang mempunyai kilang di Kuala Lumpur itu sebenarnya menggunakan logo halal sendiri pada bungkusan produknya itu.

Ia justeru, kata jabatan itu, bertentangan dengan Akta Perihal Dagangan 2011, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 dan boleh dikenakan tindakan.

"Jakim telah mengambil maklum dan sedang menyiasat lanjut perkara itu," menurut kenyataan itu semalam.

Persoalan itu sebelum ini mendapat perhatian ramai dan disebarkan melalui media-media sosial.
malaysiakini.com

Tiada ulasan: