06 Mei 2017

Senarai Penuh Perlantikan AJK PAS Pusat , Pesuruhjaya Negeri dan Lajnah.

06 Sya'aban 1438H [MOD] -

Alhamdulillah. Pagi tadi telah berlangsung Mesyuarat Khas PAS Pusat dengan agenda perlantikan jawatan-jawatan utama, perlantikan AJK PAS Pusat tambahan dan pembentukan portfolio-portfolio.


Berikut merupakan lantikan yang telah dibuat:

Setiausaha Agung: YB Dato' Takiyuddin Hassan 
Bendahari: Tuan Haji Razman Zakaria
Ketua Penerangan: YB Ustaz Nasrudin Hassan
Ketua Pengarah Pilihanraya: Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
Penolong Setiausaha Agung 1: Sdr Khairul Faizi Ahmad Kamil 
Penolong Setiausaha Agung 2: Sdr Khairul Fahmi Mat Som

Nasrudin dilantik semula Ketua Penerangan PAS, Razman dilantik sebagai Bendahari .


09 Sya'aban 1438H [MOD] -

SELAIN 18 jawatankuasa yang dipilih di dalam Muktamar PAS baru baru ini, AJK PAS Pusat yang baru melantik tujuh orang lagi ahli jawatankuasa tambahan.
Mereka adalah Mohd Sanusi Md Nor, Saiful Bahri Mamat, Mohammad Hussain, Dr Mohd Khalid Kassim, Zainal Abidin Kidam, Datuk Dr Abdul Hakeem Johari dan Wan Rohimi Wan Daud.
Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PAS  Datuk Takiyuddin Hassan yang dilantik semula pada 1 Mei lalu bagi sesi 2017-2019.

Bersama Hidup Sejahtera Dibawah Naungan Islam

Dr. Azman Ibrahim

PAS mengajak ke arah membina sebuah negara yang sejahtera dengan Islam. Semua bangsa dan agama akan diraikan dan dilindungi di bawah sistem Islam. Sebagaimana kita menerima hakikat bahawa wujudnya kepelbagaian bangsa adalah ciptaan Allah kepada mahkluknya, begitulah juga kita menerima hakikat bahawa manusia ada pelbagai pegangan dan kepercayaan agama. Menghormati kepercayaan orang lain adalah perintah agama dan dalam masa yang sama kebenaran Islam mesti disampaikan kepada seluruh manusia. Tetapi tiada paksaan sesiapa pun untuk memeluk Islam.

Insiden kes pukul di masjid yang baru berlaku hanya sekadar kes terpencil yang tak perlu diapi-apikan sehingga nyalaannya marak membakar sentimen perkauman dan keagamaan. Tiada siapa yang akan untung akhirnya.