06 Mei 2017

Nasrudin dilantik semula Ketua Penerangan PAS, Razman dilantik sebagai Bendahari .


09 Sya'aban 1438H [MOD] -

SELAIN 18 jawatankuasa yang dipilih di dalam Muktamar PAS baru baru ini, AJK PAS Pusat yang baru melantik tujuh orang lagi ahli jawatankuasa tambahan.
Mereka adalah Mohd Sanusi Md Nor, Saiful Bahri Mamat, Mohammad Hussain, Dr Mohd Khalid Kassim, Zainal Abidin Kidam, Datuk Dr Abdul Hakeem Johari dan Wan Rohimi Wan Daud.
Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PAS  Datuk Takiyuddin Hassan yang dilantik semula pada 1 Mei lalu bagi sesi 2017-2019.
Bagi jawatan Bendahari diamanahkan kepada Pesuruhjaya Perak Razman Zakaria manakala Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan menyambung kembali tugasnya  sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat.
Bagi Jawatan Ketua Pemgarah Pilihan Raya pada sesi yang baru ini digalas oleh Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, yang mana sebelum ini dipertanggungjawabkan kepada Datuk Mustafa Ali.
Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Khairul Fahmi Mat Som kekal sebagai Penolong Setiausaha Agung 1 dan 2.

Bagi jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri sebanyak 4 negeri mendapat Pesuruhjaya yang baru iaitu Terengganu, Dato Haji Husin bin Awang, Selangor, YB. Ust. Hj. Sollehen Mukhyi, Negeri Sembilan, Ust. Hj. Mustafa Daharum dan Johor, YB. Ust. Hj. Abdullah Hussin.

Bagi negeri-negeri lain Semua pesuruhjaya dikekalkan.

Tiada ulasan: