31 Oktober 2013

Pengawal keselamatan buat hal lagi, kebas barang kemas

26 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Foto

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan bersenjatakan pistol melarikan sedulang barang kemas dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Setapak, kira-kira jam 10 pagi tadi.
Difahamkan, sebelum kejadian pengawal keselamatan berkenaan sedang duduk di kerusi berdekatan pintu masuk kedai manakala staf lain sedang menyusun dulang barang kemas dalam rak kaca. 

Wanita ditemui mati terbaring dalam bilik tidur rumahnya di Lumut

26 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Manjung: Seorang wanita ditemui mati terbaring dalam bilik tidur rumahnya di Apartmen Bukit Permata Lumut, di sini dengan kesan tikaman di dada kiri pada kira-kira jam 12 tengah hari tadi. 

Final Piala Malaysia: 2,000 pegawai dan anggota polis bertugas Ahad ini

26 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Shah Alam: Kira-kira 2,000 pegawai dan anggota polis akan bertugas mengawal keselamatan sepanjang perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Pahang di Stadium Shah Alam, Ahad ini. 


Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata pihak polis akan turut menggunakan anjing pengesan dan alat pengimbas untuk mengesan sebarang objek bahaya serta terlarang yang mungkin cuba dibawa masuk oleh penonton ke dalam stadium.


Serah balik susu tamat tempoh kepada BN

26 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Muhammad Faizal,31 Okt 2013

JERAI: PAS meminta ke semua penduduk yang menerima bantuan susu pekat yang telah tamat tempoh perlu menyerahkannya kembali di bilik gerakan Barisan Nasional (BN).

Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar pada sidang media di Markas Induk PRK Sungai Limau turut menasihati agar mereka yang menerima bantuan susu pekat dari BN perlu memastikan tarikh luput untuk mengelak berlaku keracunan.

Gula: Kantin sekolah naik harga makanan, minuman


26 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Selangorku,31 Okt 2013
SHAH ALAM: Biro Kepenggunaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima aduan beberapa kantin sekolah sekitar Lembah Klang menaikkan harga makanan dan minuman.


Pengerusinya, Yahya Sahri, berkata pihaknya menerima aduan itu selepas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menarik balik subsidi gula sebanyak 34 sen sekilogram.



Katanya, selain kantin sekolah, peniaga gerai turut menaikkan harga makanan dan minuman dengan bayaran dikenakan hampir sama dengan kopitiam.

Sg Limau: PAS letak minimum majoriti 500 undi

26 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,31 Okt 2013

JERAI: PAS menjangkakan mampu menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau yang dijadual 4 November ini dengan meletakkan minumum majoriti sebanyak 500 undi.


Pengarah Jawatankuasa Induk PAS bagi PRK Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar berkata sasaran itu mengambil rujukan keputusan yang diperoleh Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan ketika kali pertama bertanding di Dun itu lima penggal lalu.

6 wakil rakyat DAP ditahan ketika ops roboh Kg Hakka

26 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -



Seramai enam orang wakil rakyat DAP termasuk MP Seremban Anthony Loke serta para aktivis termasuk setiausaha agung PSM S Arutchelvan ditahan ketika menyekat operasi perobohan di Kampung Hakka di Mantin, Negeri Sembilan hari ini.

BN dibidas beri RM1 juta pada sekolah Cina hanya 15 pelajar

NONE
26 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

SG LIMAU Pemimpin BN dibidas kerana memperuntukkan RM1 juta kepada SJK (C) Aik Min di Sungai Limau yang hanya mempunyai 15 pelajar.

Pengarah operasi pilihan raya kecil PAS, Datuk Amiruddin Hamzah 

berkata beliau tidak membantah kerajaan membantu sekolah Cina, tetapi mempersoalkan mengapa jumlah sebesar itu diberikan sekarang, dan itu pun kepada sekolah yang hanya ada 15 pelajar.

Umno layan rakyat macam roti canai - Bob Lokman


26 Zulhijjah 1434 H. [MOD] JERA I: Bekas pelakon dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman mengingatkan seluruh pengundi Dun Sungai Limau agar mengambil iktibar apa yang telah berlaku selepas Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Tampil di pentas ceramah PAS di Padang Lumat, Batu 16 di sini malam tadi, Bob atau nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman, melontar persoalan adakah rakyat di negara ini tidak serik diperlakukan seperti "roti canai" oleh Umno BN.

Kelantan cuti peristiwa 4 November


26 Zurlhijjah 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily/-

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan hari ini telah membuat keputusan  untuk mengisytiharkan cuti peristiwa pada hari Isnin, 4 November 2013 ini sempena skuad TRW berjaya ke peringkat akhir.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, ketika dihubungi memberitahu, ia telah diputuskan pada mesyuarat mingguan exco yang berlangsung hari ini di Kuala Lumpur.

Katanya, kerajaan negeri mengambil tindakan itu untuk memberikan kemudahan kepada rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat bolasepak untuk pergi menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia di Shah Alam.

30 Oktober 2013

Tiga jemaah haji baru pulang meninggal dunia terbabit kemalangan

25 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Tiga jemaah haji baru pulang meninggal dunia terbabit kemalangan
KEADAAN van yang membawa tiga jemaah haji yang baru pulang dari menunaikan haji di Makkah maut selepas van dinaiki merempuh belakang lori membawa muatan bijih besi di KM 210.2 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah ke Kuantan jam 3.40 pagi tadi.
Kuantan: Tiga jemaah haji yang baru pulang dari Makkah, meninggal dunia selepas van dinaiki merempuh belakang lori membawa muatan bijih besi di KM 210.2 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah ke Kuantan jam 3.40 pagi tadi. 

Peniaga emas cedera ditembak ketika memandu

25 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Kota Bharu: Seorang peniaga emas cedera apabila empat das tembakan dilepaskan ke arahnya dalam kejadian di Kampung Sering, Binjai, dekat sini, malam kelmarin. 


Dalam kejadian itu, mangsa, Lokman Zakaria,48,yang sedang memandu kereta Mercedes Benz berseorangan ditembak dari jarak dekat,namun terselamat apabila tembakan itu hanya mencederakan bahu kanannya. 

40 hangus bas terbakar di lebuh raya selatan India

25 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

HYDERABAD: Sebahagian besar 40 penumpang sebuah bas mati hangus apabila kenderaan itu melanggar tembok penghadang lebuh raya sebelum terbakar di selatan India, hari ini. 

Pemandu bas dan lima lagi penumpang dilaporkan Berjaya menyelamatkan diri melalui tingkap bas, kata pegawai kerajaan daerah, Girija Shankar.

Polis tahan pengawal keselamatan terlepas tembakan di Georgetown

25 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

GEORGETOWN: Polis menahan seorang pengawal keselamatan yang melepaskan tembakan secara cuai dalam sebuah bank di Jalan Datok Keramat di sini hari ini, untuk siasatan. 

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A Thaiveegan berkata, dalam kejadian jam 11.30 pagi, lelaki berusia 53 tahun terbabit secara tidak sengaja melepaskan satu das tembakan menggunakan pump gun di bahagian belakang kaunter juruwang. 

BRIM tak bantu petani, nelayan


25 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,30 Okt 2013
JERAI: Dalam keghairahan kerajaan BN mengagihkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bertujuan membantu rakyat berpendapatan rendah, petani dan nelayan yang ditemui di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau mengakui ia tidak banyak membantu kehidupan mereka.

Jaafar Mat Noh, 83, (Kiri) seorang pesawah di Kampung Jalan  Kuala Sedaka berkata, BR1M yang diterima setahun sekali hanyalah helah BN untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Malaysiakini menang, rayuan k'jaan gagal

25 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -



Mahkamah Rayuan hari ini sebulat suara menolak rayuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap Malaysiakini dalam kes permohonan permit penerbitan yang ditolaknya.

PAS minta k'jaan timbang naik subsidi padi


25 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

PAS meminta kerajaan pusat mempertimbang cadangan menaikkan subsidi padi daripada RM248.10 satu tan kepada RM372.10 satu tan bagi meringankan beban serta mengukuhkan ekonomi pesawah.
    
Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar berkata kenaikan subsidi itu dijangka melibatkan RM200 juta setahun akan dapat memberi kelegaan kepada kira-kira 144,958 keluarga petani seluruh negara dengan keluasan bendang sekitar 300,000 hektar. 

Presiden namakan benih padi sempena calon PAS

25 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,30 Okt 2013


JERAI: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini menamakan benih padi yang ditabur untuk musim depan dengan nama Azam.

Pengundi Sg Limau perlu tunjuk kuasa rakyat


25 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
JERAI: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub meminta agar pengundi Dun Sungai Limau menunjukkan kuasa rakyat dengan menolak Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti.

Jelasnya, penolakkan ini sebagai bantahan kepada kerajaan yang tidak pernah memperdulikan nasib rakyat yang semakin tertekan dengan kesempitan hidup.

"Walaupun PRK kali ini tidak dapat mengubah apa-apa kuasa pemerintahan sama ada negeri atau pusat, namun ia amat penting kepada kita untuk menunjukkan kuasa rakyat.

Bubuh arak dalam masakan

25 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

  • Bubuh arak dalam masakan
KUANTAN - Seorang tukang masak sebuah hotel terkenal di Jerantut yang cuba menipu penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) akhirnya mengaku menggunakan arak selepas disoal siasat.

Tukang masak berkenaan pada mulanya mengaku arak jenis wine itu adalah minumannya dan disimpan bersama bahan masakan lain termasuk sos dan kicap.

Piala Liga Inggeris: MU, Chelsea mara ke suku akhir

25 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -


LONDON: Cesar Azpilicueta dan Juan Mata tampil memberi laluan selesa kepada Chelsea untuk mara ke suku akhir selepas menundukkan Arsenal 2-0 pada pusingan keempat Piala Liga Inggeris, awal pagi tadi.

Turut mara ke pusingan suku akhir lapan pasukan ialah Manchester United yang membelasah Norwich 4-0. 

Assad pecat Timbalan Perdana Menteri kerana tinggalkan tugas

Assad pecat Timbalan Perdana Menteri kerana tinggalkan tugas25 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -


DAMSYIK: Presiden Syria, Bashar al-Assad hari ini memecat Timbalan Perdana Menteri, Qadri Jamil kerana meninggalkan kerja tanpa sebab dan mengadakan mesyuarat di luar negara tanpa kebenaran, lapor agensi berita rasmi SANA.

Ia susulan laporan media bahawa Qadri yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Ekonomi, mengadakan pertemuan dengan Duta Amerika Syarikat (AS) di Syria, Robert Ford, pada Sabtu lalu di Geneva, membincangkan mengenai cadangan rundingan damai. 

Akhirnya Muhyiddin mohon maaf

25 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
http://ini-kalilah.blogspot.com,29 Okt 2013

GEMPAR!!! Akhirnya Muhyiddin Mohon Maaf [SAKSIKAN...]

GEMPAR!!! Akhirnya Muhyiddin Mohon Maaf [SAKSIKAN...] 

YAN - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf kepada keluarga Tan Sri Azizan Abdul Razak jika ucapannya tempoh hari mengguris perasaan mereka.

Sebagai umat Islam, beliau memohon maaf walaupun ucapannya pada majlis di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Limau beberapa hari lalu dipetik oleh portal berita di luar konteks sebenar.


Pemuda PAS serah memo desak Muhyiddin minta maaf

25 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -


ALOR SETAR: Pemuda PAS Kampung Bukit Choras hari ini menghantar memorandum kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin YaSsin mendesak beliau memohon maaf kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak di atas kenyataan yang telah dibuatnya berkempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau pada 26 Oktober lalu.

29 Oktober 2013

Nasihat bagi yang suka marah-marah


24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Tuan Ibrahim Tuan Man,29 Okt 2013
Bagi mereka yang suka marah-marah kat anak sendiri kerana sayang dan untuk mendidik...

1. Kita adalah orang matang, anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang?

2. Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil?

Dua warga Filipina ditahan guna kad pengenalan palsu


24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Lagi warga asing yang berkerja sebagai pengawal keselamatan ditahan dan didapati memiliki kad pengenalan palsu.

Sekali ini dua warga Filipina ditahan selepas didapati menggunakan kad pengenalan Malaysia untuk membolehkan mereka bekerja sebagai pengawal keselamatan di salah sebuah premis di Putrajaya.

400 Buah Pesawat C919 Buatan China Ditempah

24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Syarikat Sewa Kewangan Bank Perindustrian menandatangani perjanjian malam tadi dengan Syarikat Pesawat Komersial China (COMAC) untuk menempah 20 buah pesawat C919. Setakat ini, 400 buah pesawat jenis itu telah ditempah. Ketua akauntan COMAC, Tian Min dalam upacara penandatanganan tersebut berkata, hal ini memperlihatkan permintaan yang kukuh di pasaran pesawat awam China serta pesawat C919 diyakini oleh pengguna dari dalam dan luar negeri.

CRI/-

Firefly yakin laluan JB-Pekanbaru buka peluang


24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

PEKANBARU (RIAU) - Syarikat penerbangan komuniti, Firefly, yakin laluan Johor Baharu-Pekanbaru yang dilancarkan Ogos lepas, akan membuka lebih banyak ruang pelaburan dan pelancongan antara Johor dan Riau, Indonesia.
   
Ketua Pegawai Komersil Firefly, Azman Ahmad berkata, penerbangan pada kadar serendah RM99 berkenaan mendapat respons yang baik setakat ini dan promosi kini sedang digiatkan bersama ejen pelancongan serta hotel bagi menarik lebih ramai pihak berkunjung ke dua-dua kawasan.

[Video] Bekas pegawai tentera bom kereta menteri Mesir

24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
http://kachipemas.blogspot.com,29 Okt 2013
[VIDEO] Bekas Pegawai Tentera, Yang Bom Kereta Menteri Mesir


Kaherah - Kumpulan militan Al-Qaeda mendedahkan, identiti individu pengebom nekad yang cuba membunuh Menteri Dalam Negeri kerajaan sementara adalah seorang bekas pegawai tentera negara itu.

Gaji pegawai JPM melampau, lagi pembaziran kerajaan

24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Roketkini,29 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr Ong Kian Ming menegaskan gaji tinggi diperoleh kakitangan kontrak dalam kerajaan adalah satu lagi contoh pembaziran yang tidak dapat ditangani.

Beliau berkata, sebagai contoh jawatan kanan dibayar gaji sebanyak RM69,000 sebulan manakala Pengarah Pengurusan Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) dibayar RM49,000.

Menurut beliau, gaji terlalu tinggi melebihi bayaran diperoleh Ketua Setiausaha Negara itu menyumbang kepada kenaikan 13 peratus dalam Bajet 2014 untuk Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Suami isteri disamun empat lelaki

24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

KUANTAN: Sepasang suami isteri diikat sebelum barangan kemas dan wang tunai RM200 dilarikan empat lelaki yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Pahang, Jalan Sungai Soi di sini, awal hari ini. 


Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata dalam kejadian 2.30 pagi itu pasangan suami isteri itu sedang nyenyak tidur apabila rumah mereka dimasuki suspek terbabit. 

Ke tembak pegawai bank, 11 sudah ditahan

24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Seramai 11 orang ditahan berhubung pembunuhan seorang pegawai bank wanita oleh pengawal keselamatan minggu lalu.

"Penahanan yang terbaharu dilakukan pada Ahad di Johor," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah ketika dihubungi Bernama hari ini. 

Sultan Brunei lancar buku Qanun Jenayah Syariah


24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Buku Qanun Jenayah Syariah: Satu Pengenalan dan The Shari’ah Penal Code: An Introduction telah dilancarkan oleh Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, baru-baru ini.

Pelancaran dibuat semasa Majlis Ilmu 2013 sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda ke-67 di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, Negara Brunei Darussalam.

Susu tamat tempoh: Azeez digesa mohon maaf


24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,29 Okt 2013
JERAI: Pengarah Jawatankuasa Induk PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar memandang serius tindakan BN yang menghadiahkan susu tamat tempoh kepada pengundi di sini.


Menurut beliau, tindakan itu tidak seharusnya berlaku kerana ianya boleh mengancam kesihatan pengguna khususnya pengundi di sini.



"Tak kan la punya sengkek, kedekut piang BN ni. Cari la yang elok sikit nak bagi kat orang," kata Mahfuz dalam loghat Kedah pada sidang media harian di markas induk PRK Sungai Limau di sini hari ini.

Hudud : Kelantan Dipohon Bentuk Segera Pelan Tindakan

24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -


Saya ingin memberikan respon terhadap kenyataan YAB Ustaz Dato Menteri Besar Kelantan seperti yang tersiar di dalam akhbar Sinar Harian, 28 Oktober 2013 yang menzahirkan kesungguhan kerajaan negeri menguatkuasakan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan 20 tahun yang lampau.  Kenyataan beliau tersebut dikeluarkan selepas merasmikan Konvensyen Amar Makruf Nahi Munkar sempena sambutan Hari Hududullah Peringkat Negeri Kelantan bertempat di Pusat Tarbiyah Islamiyyah Kelantan (PUTIK) kelmarin.

BN beri susu tamat tempoh kepada pengundi

24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,29 Okt 2013

JERAI: Pengundi di sekitar Unit Peti Undi Sungai Dedap, di sini terkejut dan kecewa dengan susu krimer tamat tempoh yang 'dihadiahkan' BN sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau.

Kelantan pastikan kanun syariah jadi kenyataan


24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

KOTA BHARU: Selepas Enakmen Kanun Jenayah Syariah II diluluskan persidangan Dun Kelantan pada 1993, kini kerajaan negeri mengambil langkah lebih serius memastikan perundangan tersebut dapat dilaksanakan.

Tahun hadapan kerajaan negeri menyedia peruntukan sebanyak RM1 juta bagi menyediakan prasarana ke arah pelaksanaan perundangan tersebut termasuk melatih hakim-hakim.

Dan semalam juga demontrasi hukuman sebatan dalam Islam dipertonton kepada orang ramai sempena Konvensyen Amar Ma’ruf Nahi Mungkar peringkat kebangsaan yang diadakan di sini.

Mesir gugur juara kung fu dunia kerana sokong Morsi

24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
http://www.wasukalu.com

Kementerian Sukan Mesir telah memutuskan untuk mengharamkan juara Kung Fu Dunia, Mohammad Yousuf daripada mewakili Mesir dalam saingan antarabangsa seterusnya.

Keputusan itu dibuat apabila beliau membuat isyarat empat jari yang melambangkan sokongan untuk Rabaa Al-Adawiyya semasa menerima pingat emas pada Kejohanan Dunia di Saint Petersburg, Rusia pada hari Jumaat.

MP Lenggong beri 'bola tanggung'


24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,29 Okt 2013
KUALA LUMPUR: 'Bola tanggung' yang diberikan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah (gambar) kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang Dewan Rakyat semalam, 'dilibas' dengan baik oleh Ahli Parlimen Marang itu sehingga Dewan Rakyat digegarkan dengan tepukan sokongan ahli-ahli Dewan Rakyat daripada Pakatan Rakyat.

Dickson Nwakaeme, Saya hanya mahu Kelantan mempertahankan Piala Malaysia

24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Foto
Kota Bharu: “Saya tidak kisah siapa yang menjaringkan dan berapa banyak jumlah gol. Saya hanya mahu Kelantan mempertahankan Piala Malaysia”.
Itu azam penyerang import Kelantan, Dickson Nwakaeme yang mahu memastikan trofi berprestij itu kekal bersama The Red Warriors (TRW) musim ini.

Gula naik, pesakit diabetes turun tahun hadapan?

24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,29 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan pengurangan subsidi gula menyebabkan kenaikan harganya sebanyak 34 sen sekilogram dan dinaikkan daripada RM2.50 sekilogram kepada RM2.84 mulai Sabtu lepas. 

Pelbagai alasan diberikan untuk merasionalkan kenaikan harga gula. Antaranya adalah kerana pengurangan subsidi gula menyebabkan berlaku kenaikan harganya. 

PAS tolak GST kerana bebankan rakyat - Presiden


24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: PAS dan Pakatan Rakyat menolak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana ia satu bentuk cukai yang tidak adil dan membebankan rakyat berpendapatan rendah, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Berucap membahaskan bajet 2013 di Dewan Rakyat semalam, Tuan Guru Abdul hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, walaupun Perdana Menteri mengumumkan barangan seperti  budu, cencalok dan tempoyak tidak dikenakan  GST, namun bahan makanan tradisional itu memerlukan ramuan seperti garam dan  gula serta minyak (petrol dan diesel) untuk pengangkutan.

K'jaan lwn Mkini: Rayuan kes permit didengar esok

24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -



Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membatalkan arahan Kementerian Dalan Negeri (KDN) untuk tidak mengeluarkan lesen penerbitan kepada penerbit Malaysiakini Mkini Dotcom Sdn Bhd, akan didengar esok.

Lelaki ikat dadah RM500,000 di paha ditahan

24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Seorang lelaki ditahan di Lapangan Terbang Kota Kinabalu manakala tiga lagi rakannya ditahan di lapangan terbang Hong Kong Sabtu lepas, dan polis menemui dadah jenis kokain diikat pada paha mereka.

Kesemua mereka termasuk seorang wanita itu adalah dari Pulau Pinang dan dipercayai anggota sindiket dadah yang sama.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata polis menemui dua kilogram kokain bernilai RM500,000 diikat di kedua-dua paha lelaki yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK).

MTUC gesa kerajaan batalkan GST


24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang terdiri daripada 800,000 ahli menentang pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dilihat membebankan pekerja berpendapatan rendah dan rakyat terbeban dengan cukai berganda dikenakan kepada mereka.
Presidennya, Mohd Khalid Atan, berkata golongan pekerja yang akan terkesan dengan pelaksanaan GST adalah mereka yang bergaji rendah dan pertengahan selain kerajaan tidak memberi jaminan kenaikan barang melampau tidak berlaku.

Pemuda PAS dan cabaran baru


24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Abdul Shukur Harun ,29 Okt 2013
Sangat menarik melihatkan demikian ramai yang bakal dicalonkan dalam pemilihan saf pimpinan Pemuda PAS Pusat di Muktamar Pemuda November ini, menunjukkan ramai yang berminat untuk mengambil peranan penting dalam kepimpinan Pemuda di masa depan.

Pemuda ialah sayap penting PAS, terutama kerana ia bakal mewarisi kepimpinan PAS akan datang, bukan saja kerana umur mereka yang masih muda, tetapi juga tentunya berilmu dan mempunyai daya juang yang tinggi, sanggup menghadapi cabaran dan sebagainya.

Doa bermusim....

24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Oleh Jarjani Usman
“Kenalilah Allah di kala lapang, niscaya Allah akan mengenalimu di kala sempit” (HR. Tirmidzi).
Doa kadangkala sangat bermusim dilakukan oleh sebahagian hamba di dunia ini.  Hanya di saat-saat tertentu saja dilakukan, seperti di saat susah atau menderita; sedangkan di saat senang, tidak. 

Ringlet , Penempatan penduduk di laluan lepas air dipersoal TNB.

24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -



Hari ini Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Ir Azman Mohd mengeluarkan kenyataan mempersoalkan penempatan 80 rumah dengan katanya tidak ada sesiapapun yang sepatutnya tinggal di kawasan laluan pelepasan air empangan berkenaan kerana elemen cuaca ditambah dengan aktiviti pembangunan, mempunyai unsur ketidaktentuan dalam situasi seperti ini.

Johor dan Melaka dapat Ketua Pemuda yang baru.


24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Dewan Pemuda PAS Johor menerima peneraju baru apabila Faizul Mohd Salleh dipilih menjawat jawatan tersebut setelah Suhaizan Kayat mengundurkan diri atas faktor usia. 

Dalam perkembangan yang berkaitan,Dewan Pemuda PAS Melaka juga mendapat kepimpinan baru apabila ketua dan naib ketua baru dipilih pada muktamarnya, baru-baru ini.

10 maut ribut landa utara Eropa

24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

LONDON: Sekurang-kurangnya 10 orang maut apabila ribut kencang membadai utara Eropah menyebabkan gangguan teruk terhadap pengangkutan. 

Empat orang terbunuh di Britain dan tiga lagi di Jerman ketika hujan lebat dan angin kencang melanda rantau itu. Seorang lagi mati di Denmark, Perancis dan Belanda.