29 Oktober 2013

K'jaan lwn Mkini: Rayuan kes permit didengar esok

24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -



Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membatalkan arahan Kementerian Dalan Negeri (KDN) untuk tidak mengeluarkan lesen penerbitan kepada penerbit Malaysiakini Mkini Dotcom Sdn Bhd, akan didengar esok.


Rayuan oleh kerajaan itu akan didengar oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan.



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa khas) pada 1 Oktober 2012 membatalkan keputusan KDN kerana ia "tidak wajar dan tidak rasional".



Hakim Abang Iskandar Abang Hashim juga memutuskan keputusan menteri dalam negeri tersebut salah arahan kerana ia melebihi had bidang kuasanya.



Beliau juga mengakui hakikat bahawa portal itu telah memenangi pelbagai anugerah tempatan dan antarabangsa, dan ini tidak seharusnya menghalang pihak berkuasa daripada tidak memberinya permit.



Syarikat itu memohon menerbitkan akhbar harian dinamakan "Malaysiakini" dengan edaran 40,000 naskhah di Lembah Klang untuk dijual dengan harga RM1.

Mkini/-

Tiada ulasan: