29 Oktober 2013

Johor dan Melaka dapat Ketua Pemuda yang baru.


24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Dewan Pemuda PAS Johor menerima peneraju baru apabila Faizul Mohd Salleh dipilih menjawat jawatan tersebut setelah Suhaizan Kayat mengundurkan diri atas faktor usia. 

Dalam perkembangan yang berkaitan,Dewan Pemuda PAS Melaka juga mendapat kepimpinan baru apabila ketua dan naib ketua baru dipilih pada muktamarnya, baru-baru ini.
Jauhar Md Dawi dan Muhsin Jamaat dilantik masing-masing sebagai ketua dan naib ketua Melaka yang baru, manakala timbalan sesi lalu Ustaz Musa Mohammad mengekalkan jawatannya tanpa sebarang pertandingan. 

Faizul ialah Naib Ketua Pemuda PAS negeri Johor sesi lalu.


Jawatan Timbalan Ketua kekal disandang Ustaz Azam Abd Razak manakala Saleh Tamyes dipilih sebagai Naib Ketua yang baru.

Muktamar pemilihan DPP Johor yang berlangsung di sebuah hotel dekat sini bertemakan 'Pemuda Tadasa' yang membawa maksud 'tarbiyah, dakwah dan siasah'.

Ia dirasmikan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman.


Mazlan ketika berucap banyak menyentuh isu dalaman parti, pengorbanan ahli dan keperluan Pemuda PAS mendepani dan memperjuangkan isu-isu negara.


Sementara itu, Dewan Muslimat PAS negeri yang bermuktamar 26 Oktober lalu turut menerima teraju baru, Nor Hayati Bachok apabila penyandang jawatan, Atiah Ahmad mengundur diri.


Dewan Ulamak PAS Johor pula akan bermuktamar pada 2 November ini yang bakal dirasmikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob.

DPP Melaka menyaksikan Jauhar (Gambar) yang dipilih menggantikan Yuhaizad Abdullah yang mengundurkan diri atas faktor usia. Manakala Muhsin dipilih oleh perwakilan sebagai Nain Ketua setelah mendapat undi yang besar berbanding seorang calon lain.

Manakala ahli jawatankuasa yang dipilih ialah Mohd Khairul Anam Mohamad Razali, Aidil Azhiim Shamsudin, Azizan Anuar, Norkhairi Yusof, Muhammad Aizat Baharuddin, Ahmad Anwar Razak, Fakhrul Nizam Hussein, Mohd Sobri Hashim, Johari Osman dan Emransyah Abdullah.


Muktamar tersebut berlangsung di Kompleks PAS Bukit Katil/Bukit Bayan yang mana perasmiannya disempurnakan oleh Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Raja Ahmad Iskadar Yaacob.

Sumber : Harakahdaily/-

Tiada ulasan: